Love, Supermoon

Monday, 26 October 2015

"Abah, Abang rasa Abang dah boleh kahwin. Abang dah ada calon."

"Abang nak ke? Hanya kerana semua orang kahwin, tak semestinya Abang pun kena kahwin jugak."

Romantic comedy... Always my favourite genre! Kenapa, tak percaya ke??

Menggandingkan Nadiya Nisaa dan Farid Kamil adalah cubaan Grand Brilliance yang fresh dan berani. Tapi, kita bercakap pasal Nadiya Nisaa lah, bagilah watak apa pun, aku yakin dia boleh bawak. Watak playboy pulak adalah 'makanan' Farid Kamil. Dan bila digabungkan, awalnya nampak awkward, tapi di situlah point sebenar filem ni.

Love, Supermoon adalah kisah tentang Triz (Nadiya Nisaa) yang berkawan baik dengan Nina (Rita Rudaini) dan Tiha (Anne Ngasri) dari sekolah menengah. Suami Nina, Sulaiman (Zain Ruffedge) pulak kawan baik dengan Razak(Farid Kamil). Keadaan membuatkan mereka selalu terserempak, tapi Razak yang sentiasa dikelilingi gadis-gadis hot, memang tak pernah 'pandang' Triz. Triz pulak, awal-awal telah meletakkan Razak dalam 'friendzone', mungkin kerana reputasi Razak dan status Triz sendiri yang dah mempunyai teman lelaki.


Timeline filem ni bermula dari zaman persekolahan Triz dan Razak, menempuh dunia universiti dan kemudiannya pekerjaan. Aku kagum dengan kegigihan pihak produksi menyediakan props sesuai dengan tahun. Kita yang menonton ni rasa seronok dan terus teringat zaman 90-an dan awal 2000 dulu. Sungguh teliti sekali bab gadget, kereta dan fesyen. Bukan senang nak buat filem 'zaman lampau', kalau tak kena gaya, akan nampak cacat dan mintak kena gelak.

Filem ni simple je. Dialog biasa-biasa, tapi semua orang boleh relate. Bukan sekadar tentang cinta, tapi tentang persahabatan dan keluarga. Agak cliche', tipikal romantik komedi yang menggunakan formula 'orang yang kau cari dah ada depan mata'. Menariknya adalah bagaimana Triz dan Razak sedar tentang perasaan diorang tu, bukan semata-mata kerana fenomena 'Supermoon'. Dalam mencari jodoh ni, memang ramai orang yang mainkan peranan, tapi akhirnya, kita tengok hati sendiri jugak. Ewah!!

Cuma satu, ending terlampau simple dan fast-paced. Kalau elaborate mesti lagi sweet. Takdelah nampak nak cepat habis. Other than that, aku suka je. Kelakar, sedih, romantik..semua rasa ada. Kalau you all suka filem genre macam ni, memang wajib tonton.


Till then, jumpa lagi guys..Love, you!!!


75 comments

  1. Mummy suka design poster tu + nadia tu.. Memang sempoi je dia berlakon.. :D

    ReplyDelete
  2. Baru terasa mcm tak de jiwa jer kalau tgk Supermoon ni....tp best ek Sal cite dia.
    Bolehlah nanti cari CD pasar mlm hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ini win paling komen
      tak payah p wayang dah pas ni kan OKje

      Delete
    2. orang sekarang download je kak...haha

      Delete
    3. ye ke....mak kan kilauan...mana reti download haha

      Delete
    4. saya pun tak reti Mak wei..kalau terlepas kat wayang, tunggulah raya

      Delete
    5. Kahkahkah statement 'tunggu raya' tu kelakau!

      Delete
    6. hahaha..betul kak Farrah, saya memang tak pandai bab download ni..lagipun tak suka tgk movie kat pc.mesti nak wayang atau TV

      Delete
  3. Triz ngan razak ni adik dan abg angkat kan masa sklh.. zaman kita dulu2 pakai style mcm tu aarrr nak selindung couple.. haha
    gandingan yg agak rare..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya....dulu-dulu takde pun sesapa nak angkat kiter..

      Delete
    2. hahaha.. Xpelah, kita kan femes...hahaaaa

      Delete
    3. Akak ni haaa tak de siapa yang terangkat,..sebab sejak kecik berat hahahahah

      Delete
  4. terasa nak tgk crta ni lagi dari GF contrak tu.. pelakon yg dah tau la best.. semua pelakon yg ada mmg best2nya belakon

    ReplyDelete
  5. Hello, babeh! Nanti akak datang balik baca entri ni. Nah, nak menunaikan janji ,...
    Widget Top Commentators yang Berfungsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, Ok..nanti saya tengok.agak sibuk hari ni

      Delete
  6. Kita kan first time dengar nama pelakon perempuan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius ke? bukan nadiya nisa tu quite well known ke?

      Delete
    2. Farah ni duduk Canada kak YY..citer Adam dan Hawa x sampai sana..haha

      Delete
    3. Hikhikhik jawapan terbaikkkkkk! ;)

      Delete
  7. Harap2 citer ni ada dlm flight.
    Nnt kita tgk kot... hihi...

    ReplyDelete
  8. Cik sal... siyes x trip tu?
    Jom...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Huda email no. hp kat salbiahm85@gmail.com cakap kat sini x best

      Delete
    2. ape ni x tahu pun..nak join gak!

      Delete
    3. Knda JM, duduk diam2 boleh? kan baru balik ja.. haha

      Delete
    4. ni pun nak kena ikat kaki!hehehe

      Delete
  9. dah berabad tak tengok wayang
    lagipun memang zaman antu wayang dulu pun
    asal cite melayu tak tengok
    asal tak tengok cite melayu...tak tau lah pasal apa

    tapi akak suka tengok nadiya nisaa berlakon
    dia nampak cam ordinary girl tapi watak dia sangat dekat
    cam drama adam dan hawa...serius kemaruk! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu gak tgk cite Melayu kat wayang, tapi memilih..Filem Grand Brilliance atau yang ada Johan As'ari je..haha.Kan..nadiya nisaa very humble n simple, suka giler lakonan dia

      Delete
    2. Kenapa ramai malaysian xsuka tgk cerita melayu.. walupun x grand brilliance mcm penerbit tu tapi enjoy juga klu layan.. hehe...

      Delete
    3. actually kat Malaysia ni, citer Melayu femes jugak...tapi yang femes, citer yang ntah apa-apa..citer rempit ke,hantu ke, akak memang tak minat

      Delete
    4. Samalah kita, YY. Jarang tengok cerita Melayu. Bukannya apa. Kadang-kadang penerbit filem/drama ni kalau satu genre tu dapat sambutan, berlumba-lumba buat genre yang sama. Sampai naik bosan pulak.

      Delete
  10. Dah tak minat tengok drama tema ringan2, kisah cinta, kawin dan keluarga. Mungkin zaman itu sudah berlalu. Lebih suka tema-tema universal dan berat tentang ekonomi, politik dan masyarakat, tema yg cuma ada dlm drama negara2 luar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..saya pulak memang tak berapa minat drama berat.mungkin sebab kerja pun dengan suratkhabar, menghadap isu semasa hari-hari.romantic comedy ni dah jadi escapism

      Delete
    2. Oh, samalah kita! Zaman tengok cerita-cerita cinta atau tema-tema biasa yang selalu dihidangkan dalam drama/filem kat Malaysia ni memang dah lama berlalu.

      Akak pun Sal lagi suka tema yang berat-berat, yang complicated sampai pening kepala nak memahamkan jalan ceritanya!

      Delete
  11. wahh sonoknyer kawen tuuu., hehee2

    ReplyDelete
  12. kawen tu sonok taww ciksal., nak jaga perkawenan tu yg tak brape nak sonok., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha wak wak.. tapi ada betulnya..

      Delete
    2. kalo setuju, blanje wak cappucino bolee? harhar2

      Delete
    3. Nah, Wak! Saya belanja Neslo ajelah yerk. Rumah saya banyak stok, datang ler! Cappucino tu tak reti buat sendiri. Nak beli mahallah, Wak. Sayang duit *_*

      Delete
  13. lakonan NN mmg tak menghampakan... serius ke komedi ke mmg ngam... support filem tempatan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. She can really act :) Jadi Jojie dlm Oh My English pun menjadi!

      Delete
  14. tp RR hebatlah boleh bw watak remaja gituuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, memula skeptical gak...tapi nampak comel je pakai baju sekolah.tak nampak dah ada anak dua pun

      Delete
  15. Cik sal... dh tgk promo ni kt tv... haha...

    Hidup baru.
    Kerja baru.
    Suami baru.
    Johor bharu....

    Yeayyyyy

    ReplyDelete
  16. rasanya dah bukan selera kaknoor Sal
    tkpe kak noor buat air dan kuih je kat dapur time Sal layan ceta ni ya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor mana layan dah kan... tgk cerita masak2 je kak noor ni...haha

      Delete
    2. hahaha..layan santai-santai je kak noor..

      Delete
  17. Selalu gak tengok promo dia kat tv....memang nampak sempoi tapi teliti dalam props ...

    ReplyDelete
  18. Macam best aje. Boleh tengok ni

    ReplyDelete
  19. Cik sal... dh tgk promo ni kt tv... haha...

    Hidup baru.
    Kerja baru.
    Suami baru.
    Johor bharu....

    Yeayyyyy

    ReplyDelete
  20. hehehehehe... gigih promo kat tv sekarang ni kan?

    ReplyDelete
  21. citer ni memang takda harapan la nak ajak en suami pi tengok..beliau tak layan.hehehe

    ReplyDelete
  22. Dah lama tak tgk wayang. Macam best jer citer ni.

    ReplyDelete
  23. Akak ni dah lama tak jejak panggung wayang aka pawagam, Sal! Ni mungkin sindrom biasa mak-mak budak belum cukup umur gamaknya. Akak suka juga Nadiya Nissa ni berlakon. Dia ni nampak macam sempoi aje tapi semua watak kalau beri kat dia, menjadilah juga. Tak macam kebanyakan pelakon wanita kat Malaysia ni yang mengharapkan rupa aje, lakonan zero!

    Farid Kamil sejak dari dulu hingga kini akak tak berapa minatlah. So, kalau tak minat memang tak tengoklah lakonannya. Yang sebenarnya, akak pun dah lama tak tengok drama/filem Melayu. Tak da rasa ummphhh lagi nak pergi bayar duit tiket wayang menonton filem Melayu. Entahlah tak tahu mengapa ...

    ReplyDelete
  24. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  25. OK dah baca di sini kakak tunggu anak kakak beli vcd ajelah Sal
    Masuk panggung rasanya memang dah tak kuasa kakak ni.

    ReplyDelete
  26. Great post dear! Have a nice weekend:)

    irenethayer.com

    ReplyDelete
  27. ye ke? saya rasa yang wajib letak Rita Rudaini ni filem-filem Razak Mohaideen je..hehe.

    ReplyDelete
  28. selamat berhujung minggu Sal...sis JM dah alam x layan cerita melayu..TV dah jarang tgk skrg huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah dia mana tgk cerita macam ni.. dia layan koya jerrr....haha

      Delete
  29. genre mcm ni leh layan time rilek2 sambil mkn kacang.....kita layankan aje....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh layankan,...saya dah tengok the first few scenes diorang promo kat tv. Menarik gak :)

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah