Aku sememangnya penggemar teater.
Tapi, hampir setahun tak menonton mana-mana pementasan, samada indie
atau mainstream. Jadi, pabila karya agung sasterawan Indonesia, buya
HAMKA, atau nama penuhnya Prof. Haji Abdul Malik Karim
Amrullah diterjemahkan ke dalam teater muzikal, aku pantas mengiyakan
ajakan kawan baik aku, ND untuk menikmatinya di Istana Budaya. Kalau
tidak, mereput sahaja aku di rumah kalau hujung minggu, bagaikan Hayati,
bunga kampung dari Batipoh (maaf, mood sastera pas tengok teater macam
ni biasanya akan berlegar-legar ibarat drone dalam masa tiga, empat
hari. Harap tabah membaca. *Gelak malu-malu belakang pintu*)
Teater ini mengisahkan Zainuddin (lakonan Amar Baharin), anak kelahiran Mengkasar, tapi asal nenek moyang dari Padang, yang pulang ke bumi Minangkabau itu untuk mencari sulur-galur keturunannya dan belajar ilmu agama. Pertemuan dengan Hayati (Nabila Huda), gadis yatim-piatu yang membesar di rumah adat, telah membibitkan perasaan sayang. Tapi, soal bangsa dan harta menjadi halangan. Memang kisah cinta yang meruntun jiwa , hati keras macam aku pun bisa cair...Hahahaha.
Yang aku suka:
1. The cast.
Aku kurang familiar dengan lakonan Amar Baharin.. Boleh la tahan, ada jugak scene dia yang sampai. Berlakon teater bukan senang. Penerbit takkan pilih dia kalau dia tak layak, kan? Nabila Huda, awesome as always! Memang pelakon yang tepat untuk watak Hayati. Muka Melayu asli dan expression yang boleh buat kau rasa macam kau pulak yang bercinta ngan si Zainuddin. Dan aku officially ada crush baru : Syarul Ridzwan yang membawa watak Muluk. Paling kiri sekali dalam poster. Watak dia walau takat pembantu tapi berjaya menghidupkan cerita. Watak lain-lain macam Karl Shafiq, Liza Abdullah dan Amyra Rosla pun hebat jugak. Memang puas hati lah.
2. Tak ada babak terlajak mesra!
Aku biasa tengok teater yang ada babak hero dan heroin rapatnya la hai, macam suami isteri! Kalau dalam skrin mungkin rasa tak selesa tu tak kuat sangat, tapi bila depan mata, krik krik la jugak. Aku puji teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni, kerana takde babak-babak yang menimbulkan rasa awkward.
credit : Facebook Istana Budaya
Oh yeah, ini aku suka! Pendapat aku, adaptasi yang tak mengikut naskhah asal adalah sangat annoying. Walaupun ada beberapa part yang dilangkau, tapi jalan cerita tak terjejas. Mungkin kerana nak fokus pada kisah Hayati dan Zainuddin.
4. Kostum dan props
Baju yang cantik, set up rumah Adat yang hampir menyerupai rumah di Padang dan props yang realistik, walaupun tak secanggih teater-teater bajet tinggi. Cuma bukit tu buat aku teringat cerita Lion King. Hehehe.
5.Dialog
Aku memang suka gaya bahasa klasik ni. Walaupun diMelayukan sedikit agar penonton faham, tapi ayat-ayat puitis HAMKA dikekalkan.
credit : Facebook Istana Budaya
Yang kurang berkenan:
1. Lagu
Sorry, Suhaimi Mohd Zain a.k.a Pak Ngah. Muzikal yang bagus adalah yang lagu dia terngiang-ngiang di telinga lepas habis menonton, tapi lagu-lagu teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni memang tenggelam! Kecuali lagu masa kali pertama Zainuddin sampai ke Padang. Sepatutnya lagu-lagu teater ini lebih klasik, sesuai dengan zaman 1930-an. Lagipun pelakon nampak sangat miming. Mungkin bukan diorang yang nyanyi sendiri? Entahlah..
2.Grafik
OK, tapi boleh diperbaiki. Babak laut tu nampak agak kartun. Grafik kapal tu pulak terlampau moden.
So, overall, aku puas hati. Tapi, maaflah, dah habis tayang baru aku nak update. Aku ingat baru start, tapi rupanya hari aku gi tu last day. Well, mana tahu kalau ada restaging, atau diorang buat jelajah Malaysia ke, mungkin ada rezeki korang nak tengok. Tiket dia agak murah, aku duduk dalam row ke 8 dari pentas, harga RM 60.15, termasuk GST. Biasanya teater harga beratus kalau seat depan-depan.
Thanks for reading!
Yang aku minta hanya satu, jangan dikecewakan hati orang yang berlindung padamu - Zainuddin
Yang aku minta hanya satu, jangan dikecewakan hati orang yang berlindung padamu - Zainuddin
akak tak pernah tengok teater life.tapi memang asyik kalau tertengok teater kat tv.Bukan mudah nak berlakon teater sebab ianya life.Bukan shooting yang boleh nak cut cut.
ReplyDeletebetul tu kak..tu sebab saya puji pelakon teater..kana serius dan berlatih sungguh-sungguh
Deletetak penah ada pengalaman
Deletetak tahu nak komen apa...sengaja nak nyibuk kat sini =)
Ala cik sal.... napa x ajak kita...
ReplyDeleteNk tgk gak teater ni...
Jom cik sal tengok skali lagi
dah habis tayang la Huda...nanti kalau nak tengok lagi kite inform ek...
DeleteAlaaaa....
DeleteTEATER KARYA NASKHAH HEBAT MESTI SGT MENARIK KAN SAL...
ReplyDeletebetul..nasib baik gaya bahasa dikekalkan..karya HAMKA memang hebat
Deletealahai, bestnya tu sal.. lain kali cer ajak ramai2 kalau nak tengok teater.. tau tak ramai yang teringin tapi tak pernah tengok teater(mengata diri sendiri).. haha
ReplyDeletehahaha..saya pun orang yang ajak..kena selalu alert, Istana Budaya ada tayangan apa.
DeleteAisy... sama lh kita... sep sikit
DeleteAisy... sama lh kita... sep sikit
Deleteasalam..rupanya menonton teater ni lagi best kan depan live artis berlakon..hebat lah..
ReplyDeletetak perna tengok teater..rugilah kan...kami di Pedalaman Sabah
ReplyDeleteteater..bila agaknya nak tgk live.. ada baca review kat mana ntah, Amar Bahrain macam xbest.. dia belakon kat TV pun xbest..haha
ReplyDeletex pernah tngok dia berlakon kat TV, so tak tau..hahaha.Patut diorang nak amik Remy Ishak, tapi dia sibuk plak.first time tengok diorang-diorang ni berlakon teater
Deletewhoaaaaaaaaa.........lakonan Amar Baharin nampak mantop tuh sebab gf dia si Amyra Rosli pon turut berlkon sekli..patutlah teen top..hehehehehhee..kuat betul berjalan...kekekkekekekee....Syahrul Ridzwan ..perempuan manalah tak minat kat dia..hooohooohooo....artis bru meningkt naik....
ReplyDeletehahaha...first time tengok Syahrul Ridzwan. terfikir gak nape bukan dia yang jadi hero. Amar tu nak impress awek dia agaknya. kuat berjalan? haha, Istana Budaya ngan umah adalah dalam 20 minit
DeleteBestnya tengok teater :)
ReplyDeletekaknoor tk pernah tengok teater, tpi kalau org tu kita minat mesti best bila dia berteater kan Sal..
ReplyDeletesaya memang minat lakonan Nabila Huda.tak sngka pulak dia boleh berteater
Deletetak pernah tengok teater. teringinnyer...
ReplyDeletesamalah kak
Deletecumanya saya tak teringin...hehe
hehehehhe. tetater ni lagi susah dari filem dan drama kn?
Deletesalam perkenalan...done follow :)
ReplyDeletesalam kenal..thanks follow sini
Delete"Demikianlah perempuan,
ReplyDeletedia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
walaupun kecil,
dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain
walaupun bagaimana besarnya."
ada betulnya jugak..
Deletelagu yg x merdu kannss., harhar2
ReplyDeletehahaha..kita ni macam ahlil muzik plak nak komen lagu orang..
DeleteAla bestnya...!
ReplyDeleteMummy suka teater.. Suka sgt! Kalo tau tiket hanya enampolohhengget ja.. Confirm mummy dah usung hero2 pi IB .. Huaaa citer peberet mummy lak tu.. Sob sob sob
ReplyDeletealolo..cian mummy.kena selalu bukak website istana budaya.saya pun mujur kawan yang ajak..kalau tak, memang tak perasan
DeleteNovel karya Dr Hamka ini pernah saya baca masa zaman persekolahan dulu - kisah cinta yg tragik dan sarat dengan ingatan dan pengajaran..
ReplyDeleteoo...ni ke cite tu
Deletesaya pernah terdengar orang bercerita
wah tajuk entry ko bikin gempaklah sal
ReplyDeletedialog teater rupanya! haram tak penah jejak
obviously hak ni kita tak sama
kalau akak sama tengok...mungkin akak dah berdengkur dalam tu =)
hahaha..tajuk kena gempak, kak..
Deleteakak tak pernah tengok teater?ish,rugilah..teater best! tapi janganla tengok yang abstrak sangat..kalau saya pun tidur teater deep deep nih
nice info..
ReplyDeleteTajuknya best...
ReplyDeleteHH beriya ajak SS nengok teater ni... Tapi SS malas... Rupanya karya Hamka... Cisss... Patutlah beriya... Hamka tu peberet dia...
ReplyDeletela, nape tak tengok..best la
DeleteHati Cik Sal cair sebab cerita ke atau amar? Ahaksss...
ReplyDeletesebab Syahrul tu..hihi
DeleteKalu SS... suka babak terlajak mesra... Keh keh keh
ReplyDelete* Gelak miang... Ha ha ha...
hahaha..tengok depan mata rasa awkward la SS..kalau dalam TV takpe lagi, sy pun suka...hahaha
DeleteSS pernah duduk seat depan... Harga tiket beratus... Yes! Tengok teater lg best... Memang puas ati tgk live..
ReplyDeleteLakonan nabila huda memang bestt..:) K Wa pun dah lama tak tengok teater.Last tengok dulu teater hantu.
ReplyDeleteteater hantu? teater apa tu kak wa?
DeletePerrhhhh terbaik lah..hehehe
ReplyDeletenak pegi gak aritu...ntah kenapa terlupa...
ReplyDeleteboleh plak terlupa..haha
Deletebc byk gak komen psl teater ni... tp x berani nk komen lbh2 sbb x tgk kan... so betul ke lakonan amar baharin kurang menyengat?
ReplyDeletekureng lah..second hero ngan watak kawan dia lagi menyerlah
DeleteOh, sudah! Minat teater juga rupanya budak Sal ni! Akak tak pernah lagi seumur hidup menonton teater, Sal. Akak ni kalau guna bahasa klasik, bahasa kesusateraan Melayu lama, mahu akak tertidur kat seat berlinangan air liur pulak kang! Lebih baiklah tak payah tengok. Harga tiket bukan murah katanyakan!
ReplyDeleteEh, bab pelakon tu semua pun akak tak berapa berkenanlah (kalau tengok lakonan dalam drama sinetron TV3 ler...) cumanya si Nabila Huda ni memang seorang pelakon yang bagus, perangai di luar aje kureng sikit :)
Nabila Huda memang bagus giler kak..yang lain tu semua saya first time tengok.saya tak minat sangat layan drama-drama kat TV tuh..
Deleteiye kak, most teater yang saya pernah tengok, memang jenis tradisional macam ni... mohon percaya..hihihi
Minat teater..minat karya sastera..tp tulah takde peluang lg nk tgok teater secara live..pelakon watak pembantu yg watak paling kiri tu kan berlakon dengan mia ahmad tu tak suka..teringin betul nk tgok dia disisi lain dalam teater dh ciksal kata dia bjaya hidupkan suasana..amyra rosli kite suka tau.haha...
ReplyDeletesaya ni memang jarang tengok cerita Melayu..saya cuma familiar dengan lakonan Nabila Huda,Karl Shafeq dan Liza Abdullah je.Mia Ahmad tak kenal, Mia Sara je kenal..huhu.
Deletebut well,mungkin atas pentas, lakonan dia lain..Amyra Rosli pun bagus jugak.watak tu sesuai dengan dia.
Saya teringin juga nak tengok teater ni tapi sebab ada Canada, kita batalkan je hasratnya dulu.
ReplyDeletetangguhkan dulu...balik Malaysia nanti kita tengok sesama ek. Insha Allah...
Deletesaya x pernah berpeluang tgk teater wpun suka dgn teater muzikal ...
ReplyDeleteAssalam sal,kakak ni susah nk masuk blog sal ,itu yg sekejap timbul sekejap tenggelam.
ReplyDeleteJalan cerita yang menarik,kakak pun teringin nak tengok teater ...belum ada kesempatan lagi.
nice sharing
ReplyDeleteTak pernah tengok teater seumur hidup. Mesti mak jakun kalau dpt pergi sekali. Teringat zaman sekolah rendah dulu, kalau hari penyampaian hadiah mesti ada persembahan lakonan. Tu kira teater jugaklah kan hihi...
ReplyDeleteDah lama sangat tak tengok teater. Last tengok dulu teater cindai kot.
ReplyDeletetak pernah tgk teater...x pernah ada org ajak...bila baca tajuk teater ni pun..x pernah dgr
ReplyDeletepernah berangan nk tgk teater...tp lom kesampaian lagi.....mayb 1 fine day laaa hik hik hik
ReplyDelete