USS Part 5 - Water World n Oasis Spice Cafe

Tuesday, 7 April 2015

Assalamualaikum semua! Meh lah kita sambung cerita aku dan kengkawan ke Universal Studios Singapore yang dah lama tertangguh. Melampau tau, gi USS je tapi dah sampai Part 5. Mengalahkan gi Euro Tour.  Tu namanya trick supaya sentiasa ada idea nak update blog. Hahahaha *Gelak blogger keji* So, inilah dia, sambungan dari Part 4.

Kalau korang ke USS, pastikan korang tak terlepas show dekat Water World ni. Aku pun dah lupa apa ke nama show dia, tapi memang awesome. Kalau korang sanggup basah, duduk lah depan-depan. Kerusi warna biru aka 'Soak Zone'. Aku duduk level atas sikit, so kena tempias-tempias jelah. Gitu-gini pun dah standby poncho beli kat Daiso buat ala-ala selimut tetangga gitu. Agak-agak air nak 'melimpah' tu angkatlah poncho tutup badan dan muka. Tapi tak kena pun. Sebab aku duduk belah kanan auditorium. Lainlah kalau duduk area tengah.

Gara-gara panas, nampaklah effect kabus-kabus gitu dalam gambar. Ni before show start.

Aku suka giler tengok watak heroin dalam show ni. Dahlah cantik, lasak lak tu. Kalau aku, nak terjun dari platform tu pun dah gaya macam Mr.Bean kat swimming pool.

Disebabkan aku banyak fokus dekat show ni, takdelah banyak sangat momen-momen cantik yang aku rakam kat kamera. Tapi memang show ni best, ada meletup-letup dan aksi gaduh-gaduh macam dalam filem-filem lanun tu. Arrrr! Arrr! Are you ready, kids? Who lives in the pineapple under the sea? Ops, salah filem.

Dah puas tengok orang putih main air, kita gi mencekik lah! Kat USS ni bab makan tak payah risau. Ada banyak kafe halal. Sediakan jelah Singapore Dollar. Duit kat mana, duit, duit kat mana..

Kitorang makan kat Oasis Spice Cafe', dekat area Egypt. Time ni fanas macam dekat fadang fasir lahhh

Of course lah menu dia ala-ala kat negara Arab kan..

Mohon jeles sebab orang tak ramai. Makan kat dalam ni memang fefeeling dalam filem The Mummy.

Sedap ke tidak? Dah lapar kan...belasah jelah.

Perut dah kenyang, marilah kita menunaikan kewajipan kepada Yang Esa. Mari mencari surau.

Surau USS dekat je ngan Oasis Spice Cafe'. Betul-betul belakang menatang ni.

Comel je u olls surau dia. Huhuhu. Kat surau perempuan tak disediakan telekung (time aku pergi lah), so better korang bawak telekung sendiri.

OKlah, nanti aku sambung lagi ek...Thanks for reading! Love you!!!!!


53 comments

  1. wah best nye Sal, rupa nya ada surau ya, dulu kaknoor pergi tak terjumpa pulak surau ni,kalau ada rezeki boleh pergi lagi dan lagi bawa anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik je suraunya, tersembunyi lak tu.kena cari blkg 'Sphynx' tu..

      Delete
  2. Saya pernah sekali pergi USS...tapi ia cuma dalam mimpi, hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Abang MKL kalau nak tulis semua, kena hari-hari ngadap blog lah..keje pun x jalan.hehe

      Delete
  4. saya suka Osais Specie Cafe tu...sedap makan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting dapat makan nasi...huhu.tapi orang kata cafe Goldilocks ada ayam goreng sedap.tak sempat try pulak.panas-panas tu rasa nak minum je..

      Delete
  5. ala...x kisah lah Sal berapa part pun...sbb sis JM pun sama...berbulan2 entri Seoul belum tamat...org nk baca pun dah bosan..so keep on sharing...

    ha'a..surau tu mmg x de telekung..sis JM pegi thn 2013 pun x de

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nasib baik bawak telekung sendiri..

      saya ni sebab jarang berjalan, tu yang buat sikit-sikit..hehe

      Delete
    2. JM....jgn risau...sy ttap tggu entry pasal seoul tuhhh hehehhe

      Delete
    3. dah la surau kecil.. telekong pun x sedia.. boikot boikot..
      hahaha tetiba =P

      Delete
  6. Kecil je suraunya rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..surau kat Sea World Gold Coast besar lagi...huhu

      Delete
  7. awat dok jauh sgt.dok kt dpn2 laa br macho sal... hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku memang tak macho Anies..pengakuan ikhlas..hahaha

      Delete
  8. Bestnya Sal..dah sampai ke USS..

    ReplyDelete
  9. Bilalah dapat jejak kat sini.. Dalam mimpi je kot.. Huuuuuhuuu :(

    ReplyDelete
  10. Macam tak sedap je makanan tu Sal kalau gaya komen gitu....Tapi Okje tengok, nampak sedaplah....
    Bab nak bawak telekung ni kekadang OKje malas sikit Sal bukan apa, dengan handbag yang dah sedia 3 kilo tu, entah apa isi dalam tu, nak kena bawak bag lain lagi...ohhhh rebeh bahu mak hihi...

    ReplyDelete
  11. Macam tak sedap je makanan tu Sal kalau gaya komen gitu....Tapi Okje tengok, nampak sedaplah....
    Bab nak bawak telekung ni kekadang OKje malas sikit Sal bukan apa, dengan handbag yang dah sedia 3 kilo tu, entah apa isi dalam tu, nak kena bawak bag lain lagi...ohhhh rebeh bahu mak hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jugak kak OKje...tapi perut saya dah kembung minum air je, lagipun ayam tu banyak sangat isi..huhu
      gi sini memang takdelah nk bawak beg ala-ala datin, bawak backpack gi sekolah..hahaa

      Delete
  12. Puteri neferfiri makan² tak ingat Kathy ye? Ala² fanas fadang fasir ngam la cuaca tu. Hehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mestilah ingat..memang, ngam betul cuaca panas dengan Mesir Tiruan tu..hehe

      Delete
  13. Seronok tengok water world tu.. movie dia pun saya suka... best.. :)

    ReplyDelete
  14. Oh, ada surau juga rupanya! Takpa kecil hak pondok sekalipun, janji ada suraukan. Makanan tu rasa macam marbeles je kalau tengok plate yang ditayangkan tapi awat tak komen lebar sikit Dik Sal? Tak sedap ke? Caya weyh sepinggan tu Sal sorang habiskan, ke share?

    Eh, yang pirates semua tu bukan kat Bikini Bottom ke? Erkk... silap juga *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepinggan tu makan sorang..hehe.OKlah sedap jugak, tapi bila dah banyak sangat minum dari makan, hilang dah nikmat sedap tu.hehe.perut kembung ngan air je..hehe.

      Delete
  15. teringin lak nak mkn yg mcm dalam gmbr tu sal...macam kacang kuda masak kari lak ....hahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jugak sebenarnya...kalau dapat makan ngan roti nan memang thorbaik..

      Delete
  16. Wah...sampai 5 episod ni mmg rajin menulis ni.. menarik bercuti di uss ni.. tak pernah sampai lagi akak setakat ni.. bgus sangat ni main pun sudah solat pun jaga gak.. alhamdulillah ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah rajin sangat, tak nak entry panjang sangat.

      huhu, segan pulak saya.mention surau tu psl nak inform readers surau kat mana. (-.-)

      Delete
  17. cinonet tu je surau ? huh cuba buat besar sikit.. hahaha.. komplen..!!

    aaaa show show macam ni CT suka.. naik rides noooo way hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..akak setuju dengan CT.patut surau besar sikit, barulah padan dengan tempat yang gah ni.

      haha..naik rides la best, CT..

      Delete
    2. kan.. baru tak rasa ada diskriminasi agama.. kedekot..

      Delete
  18. memang pun.. pecahkan ikut part sebab nak ada banyak post..
    tapi kalo combine semua dalam 1 post.. sampai tahun depan orang baca tak habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...lagipun kalau panjang sangat orang penat baca.silap-silap tak baca pun..hahaha

      Delete
    2. ehehe lagi2 spesis suka buat entry panjang2 macam CT miahahaha..

      Delete
  19. wahhh macam pirates carrabiens pon ada

    ReplyDelete
  20. tgk mknn tu...macam best jek..
    Okey...kalau gi sana kena bawak telekung sendiri..

    ReplyDelete
  21. Lama jugak tak singgah blog sal.. Rupa2nya dh sampai USS.. Yeayyy uss mmg best,, show tue pn best.. Nnti mmg plan nk repeat lg pi sana..tunggu emir besar sikit...:)

    ReplyDelete
  22. wau, kak sal jenjln lagi dia..hoho..

    ReplyDelete
  23. Whyyyyyy Whyyyyy Part 5???????????? Arghhhhh! Nak baca dari Part 1! Iskkssss...

    ReplyDelete
  24. bila tahun la saya dpt jejak uss ni

    ReplyDelete
  25. kat singapore mmg senang nak dpt mknn halal sbb kat sana ramai gak melayu lagipun berjiran pelancong ramai dr msia da indon ... sape lah yg berani lenjunkan badan dok depan agaknya ya ... heheheee

    ReplyDelete
  26. kat singapore mmg senang nak dpt mknn halal sbb kat sana ramai gak melayu lagipun berjiran pelancong ramai dr msia da indon ... sape lah yg berani lenjunkan badan dok depan agaknya ya ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je, anak-anak orang putih ramai duduk depan tu.sebab panas kot?so bila basah tu sekejap je boleh kering

      Delete
  27. wajib la aida bwk telekung nanti.
    penting! sebab bertiga org nak solat kan. berbaloi ler gilir2 membawak nyer.
    wajib tgk show! mesti izzat excited. tu yg penting :)

    ReplyDelete
  28. ok la ada nasi.
    mahal pun mahal la.
    janji kenyang.
    gi obersi jgn komplen pasal duit, kan :)

    ReplyDelete
  29. Terimbau kemangan pergi USS, show Shrek pun ada splash.. Jeles juga sebab selesa ja nampak tak ramai orang..jap nak skodeng time bila Sal gi ni..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah