Tous Les Jours

Wednesday, 29 April 2015

Assalamualaikum semua..bila takde benda nak cerita, kak Sal korang buat review tempat makan lagi. Kali ni, nak cerita pasal sebuah cafe' kat Bangsar iaitu :

Tous Les Jours
39-41 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
Kuala Lumpur
Tel : +603-2201 3526

Perancis sangat kan nama cafe ni. Pronounce 'Tu le juru'. Lebih kurang 'Tol Juru' je bunyinya. Memula aku ingat nak whatsapp Antoinne Griezzmann tanya apa maksud nama kafe ni, tapi memandangkan dia tengah sibuk training ngan Diego Simeone terpaksalah aku google translate. Tous les jours bermaksud 'everyday' kalau ikut Uncle Google. Kalau duit korang banyak bolehla kot makan sini everyday. Kalau tidak, kita beli roti panjang kat bakeri Jusco tu, makan sambil ngadap wallpaper Eiffel Tower kat laptop. Pun boleh.


Kalau ikut official website TLJ , katanya ia merupakan bakery berkonsep Korean-Perancis gitu. Kawan aku yang pernah gi Korea kata suasana dalam kafe ni memang macam dekat Korea. Kalau dia tipu maknanya aku pun tipu korang la. Hehehe.

Masuk-masuk je korang akan nampak pelbagai jenis roti dan pastry. Pilih je mana yang berkenan di hati.


Kek pun ado!

Le Menu. Nak full list boleh click sini

Aku, SR dan ND pilih ni. Dark Cherry Danish, Apple Crumb Danish, Peach Danish dan Chocolate Ganache Cake.

Kopi yang menyebabkan kitorang tak tido sampai malam. Mana taknya, kitorang gi cafe ni petang, lepas Asar.

Caramel Mocchiato. Too sweet for my liking.


Cafe Mocha. Ni pilihan aku. Hantu coklat.

My verdict: Nice place kalau korang suka dessert. Memang sedap. Berbaloi ngan harga. Ambiance pun tenang je. Boleh pilih nak duduk luar atau dalam. Terpulanglah korang nak feeling minum kat Korea atau kat France. Just that, kelemahan tempat ni adalah parking. Siapa yang biasa ngan area Jalan Telawi dan Bangsar Village, tau sangatlah. But it's worth it!!!!!

Till then, thanks for reading, lovelies!

Email aku at salbiahm85@gmail.com kalau nak aku buat food review of your place.('',)

83 comments

  1. Perghhh! Cik sal dah boleh jadi duta JJCM plak pasni... Berkoleberasi (main bantai eja) dengan Maria Tengku Sabri... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..boleh..hari tu dah hantar resume kat TV3.hahaha

      Delete
    2. 'Berkoleberasi' SS tu yang mahal!

      Delete
    3. Dalam kamus SS je ada perkataan tu... Ismail Kamus pon tak de! Keh Keh Keh...

      Delete
  2. Macaron ada tak Cik Sal?
    * Suka tanya yang tak de dalam gambo... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak Kak Nor buatkan..haha

      Delete
    2. macaron takde la SS..tapi suka bebenor cadangan Syida tu..hehe

      Delete
    3. kte tunggu nanti SS share resepi kat blog..hihihi

      Delete
    4. aRz..Macaron tu adik kembar Macaroni

      Delete
    5. mesti aRz tak ernah mkn kan sbb...sbb sbb.."A macaron is a French sweet meringue-based confection made with egg white, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food colouring"

      Delete
    6. ceh, mana aci tanya Wiki

      Delete
    7. Jay Emm copy paste... keh keh keh...

      Delete
  3. dah kenapa plak nak minum feeling2 kat Koya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb kat Koya byk coffe bene kot

      Delete
    2. kan cafe ni konsep 'Korea-Perancis'..tu lah boleh feeling Korea. x taula kte x pernah gi Koya *kelip-kelip mata*

      Delete
    3. SS minum kopi mesin je Cik Sal.. Tak mampu nak masuk cafe... He He He...

      Delete
  4. Nyam nyam nyam... Makan sedap ni..

    ReplyDelete
  5. sis JM x boleh mkn semua ni...boleh tgk je...badan dan overweight

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke overweight.. tgk ok2 ja..

      Delete
    2. ada lemak tersembunyi huhuh

      Delete
    3. pandai kak JM sembunyikan lemak-lemak dia..hehe

      Delete
    4. Rugi laa JM tgk jerr...sedap nihhh hehehe

      Delete
    5. lepas ni perlu buat senaman kecil kan punggung spt dalam blog Suida...

      Delete
    6. Overweight katanya... Overweight laa bagus... Tak yah tambah layer pada tilam... Kah kah kah...

      Delete
  6. caka lah sedab camna fun i takkan tergoda :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. caka tu apa JM..
      *saja carik pasal..
      haha

      Delete
    2. tolong repair keyboard notebook JM boleh? huruf 'P' merajuk!...

      Delete
    3. hahaha...tu bahasa bebudak sekarang..takde huruf 'P'..barulah hipster

      Delete
  7. Teringin nak pergi sini kalau balik Malaysia nanti.

    ReplyDelete
  8. Korean France gitulah katanya..
    wow.. best2 menu ni..tapi tulah jauh benor..hehe.. Jalan telawi pun tak tahu..Tol Juru tahu lah, selalu sangat lalu..Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau naik flight x jauh..x sampai sejam pun :-)

      Delete
    2. hehe..Syida mintak kak JM sponsor flight ticket.

      Delete
    3. time tu jugak cari dompet tak jupe

      Delete
    4. tetibe gi toilet tak balik-balik..haha

      Delete
  9. Replies
    1. tgk gambar je...mesti bz nih :-)

      Delete
    2. hahaha..sama busy dengan tuan punya blog...hehe

      Delete
    3. walaupun bz sempat ke blog saya termasuklah yang 2 komen diatas ini....

      Delete
    4. curi-curi masa sikit..hehe

      Delete
    5. jgn curi Sal...x baik heeee

      Delete
    6. baik kak..nanti saya ganti balik ye..hehe

      Delete
  10. ok, aku tertarik dengan susunan kek tu walau pun aku bukan penggemar benda2 manis.

    masalah parking? biasa, itu biasa... tak bangsar namanya kalau senang daoat parking. apa pun, aku risau kalau pergi tempat macam ni.
    .
    .
    .
    takut tak nak balik sebab best sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa tu sebab area macam Telawi ni susah dapat parking, sebab orang datang pastu lepak berjam-jam kat kafe macam ni...haha

      Delete
  11. tu terliur tgok kek berderet..kopi lagi menggoda..org makan sedap kita tengok gambar telan air liur sudah.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nak amik bau pun tak boleh..jamu mata jelah..hihi

      Delete
  12. Mula-mula baca tajuk..ingatkan pasal apa tadi hehehe...tapi...kalau sedap, mahal pun tak pe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..Perancis sangat tajuk..hahaha.mahal sikit, bolehla sekali-sekala nak hilangkan craving.hehe

      Delete
  13. Kalau dkt sudah terjah d situ...Semua yg dlm gbr tu sy sukaaaaa...kalau de kt situ mesti juling mata nk pilih yg mana...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya.kejap amik pastry tu, pastu rasa nak yang lain plak..hehe

      Delete
  14. Lapar pulak tengok barisan roti dan kek tu...huuu

    ReplyDelete
  15. Nampak roti dan pastries tu terus jadi lapar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menyesal tengok.. Ha Ha Ha...

      Delete
    2. sapa nak belanja saya? any kakak-kakak?

      Delete
    3. ha..ada kakak-kakak nak belanja tak ni?saya adik-adik, tak boleh..hihi

      Delete
    4. aRZ...sis JM belanja ko bayar...boleh?

      Delete
    5. Tolong bayo pakai duit Jay Emm... he he he...

      Delete
  16. ok! rs nk terjah skrg jg n rs nk sekel je bla bc perenggan yg kedua tu ;-)

    ReplyDelete
  17. geram je tgk kek yg pelbagai tu especially yg mcm buku tu ... klu dpt , mmg tgk je tak mkn . sayang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya geram tengok yang ada buah banyak tu...hehehe

      Delete
  18. Bukan ke ada satu lagi cawangan kat simpang Jalan Bukit Bintang nearby Sungei Wang tu, Dik Sal? Akak selalu lalu jerk tapi tak pernah sesekali ku teringin. Kalau pagi lagi afdal makan nasi lemak, kalau tengahari makan nasi campur, petang makan karipap dan malam makan nasi lagi. Bila masa nak makan roti ala-ala Pe-ran-cis nih.... Akak ni kekadang perasan westerner juga tapi bab roti ni memanglah tak berapa nak gemar. Yang lalu kat tekak tuna sandwich jerk. Low profile sungguhkan! Huhuhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kan makan stail Jepun gitu..hehehe. tak pernah singgah yang kat Bukit Bintang tu, tp taulah ada..huhu.sekali-sekala kak MD, I olls kan orang Sepanyol celup nak gak merasa ala-ala western sekali-sekala.hahaha

      Delete
    2. Kalau nak elak susah parking, pergi kat Bukit Bintanglah, Sal. Tak yah bawa kereta. Bolehlah perasan darah Sepanyol yang ada 0.0001% dalam diri tu. Hahaha....

      Lenkali kalau nak makan kat sini, bawalah akak sekali. Sal belanja! Huhuhu...dasar kedekut!

      Delete
    3. haha..yang kat Bukit Bintang tu belah mana ek? hehe.amboi, kedekut ye..kita mintak HD jelah belanja.

      Delete
    4. Opposite Lot 10, tepi jalan jerk tu. Parkinglah kereta kat shopping malls berhampiran. Tak pun naik train jerk senang.... Bila nak pergi?

      Eh, bukan nak belanja! Nak skodeng dari meja sebelah *_*

      Delete
  19. Tengok kedai dengan roti dia pun dah tau Sal mesti harga kaw kaw punya ....rasa seram pulak mak nak makan hihi...

    Dulu masa mak anak dara, duk Brickfield ngadap jalan ke Bangsar tu....depan rail ketapi. Selalu gaklah nyeberang rail tu hihi....nasib tak kejung

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi beraninya, tak tengok ke iklan atuk bawak cucu naik basikal seberang rel keretapi sudahnya melekap depan ketapi..

      seram gak memula nak makan sini..kawan cakap nak belanj baru hilang seram..hihihui

      Delete
  20. cantik restoran ni..seronoknya kalau ada yang jemput saya minum kopi kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak jemput, tapi takut Mama Cik Puteri jeles..hehe.kang ada kena kejar satu Bangsar.hampppunnnn

      Delete
  21. kopi dia memang berhantu ka sampai takleh tido malam?

    teringin nak cuba. Sebab sejak kebelakangan ini semua kopi tak mampu menhan mata saya yang rindukan bantal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat jugak penangan kafein dia.maybe sebab tak biasa?huhu

      Delete
  22. fuiyioooo Kak Sal buat JJCM nye entri hakhak.. lepas ni banyak2 lagi entri makan2 i loooike..
    mmg kat korea pun ada kedai ni kan.. sedap suka gak makan pastries semua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Korea tu akak tak sure lah pulak..hehehe.entry dah terperuk dalam draft, takde idea so habiskan dan publish jelah..

      Delete
  23. akak masuk semua blog cerita pasal makan.. huhu mencabar mata sungguh dalam pantang ni sal huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh...KM dah kembali!!!!

      Delete
    2. hai kak KM..dah bersalin ye? nanti I olls gi jalan-jalan blog akak ek

      Delete
  24. uishhh makanan... adohai tgh berpuasa plak ni...tertelan air liur plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. telan air liur takpe, tak batal pose...hehe

      Delete
    2. telan air liur secawan batal... ha ha ha...

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah