Isu Boikot - jom nilai diri sendiri

Wednesday 6 August 2014


Boikot oh boikot..sana-sini orang cakap pasal boikot. Dengar cerita, hari Jumaat ni nak buat 24 jam tanpa McDonald. Respon aku? Biasa je... since dah hampir 3 tahun tak makan McD.

Tapi kan...aku sebenarnya ralat dengan diri sendiri. Selama ni aku boikot, tanpa mengajak kawan-kawan aku join sekaki. Bila ada yang mengajak, aku mengelak dengan beri alasan - fast food cholestrol tinggi, aku jaga badan dan perut Melayu aku hanya boleh kenyang dengan makan nasi. Sekali dua, aku tergelincir jugak.  Ada sekali, aku travel ngan kawan aku dan since tu je tempat makan yang diyakini halal, aku pun order Filet-o-fish favourite aku walaupun rasa bersalah. Lagi sekali, masa ada kawan baik aku ajak lepak McD. Bodohnya aku tak ambil kesempatan tu untuk educate diorang. Aku hanya order hot chocolate dan berusaha menahan lapar tengok orang sekeliling mengunyah fries dan burger. Terbayang-bayang wajah anak Palestin menangis sambil tengok kitorang makan.

Sampai ke hari ni aku still menyumpah diri aku sendiri sebab tak ajak orang-orang sekeliling aku boikot sekali. Mungkin kerana aku takut dituduh berlagak baik maka aku ambil inisiatif berdiam diri dan cuba jaga hati kawan-kawan. Lagipun, aku malu sebab walaupun aku tak makan McD dan tak minum Starbucks aku masih menggemari produk Nestle. Hari-hari aku melantak Nescafe' dan Milo.. Kalau mi segera, aku mesti pilih Maggie. Skincare Garnier pun aku pernah guna.


Itu cerita dulu..Aku akui kesilapan diri aku. Kalaulah masa boleh diputar...

Sekarang isu boikot dah jadi viral. Aku dah boleh senyum senang tengok kawan-kawan aku yang dulunya fanatik McD, nak guna wi-fi McD pun fikir dua kali sekarang ni. Aku harap diorang maafkan aku sebab tak pupuk kesedaran dalam diri diorang. Dan aku harap umat Islam Palestin maafkan aku jugak. Adeh!

Tetibe dengar cerita yang McD nak bagi burger free berhampiran masjid sekitar Kuala Lumpur, Jumaat ni. Risau lak aku dengar. Bukan aku risau kawan-kawan aku  makan McChicken tanpa mengajak aku, tapi aku risau kot ada yang bikin kecoh nanti. Iyelah, orang Malaysia ni pelik-pelik. Kot ada yang mengaruk buat demo pijak burger ke, maki pekerja-pekerja McD berbakul-bakul ke..Tak ke haru.. Yang buruk nama nanti orang Melayu, orang Islam. Macam dok demo kat depan restoran McD tu.. apa kes?

Pastu ada pulak yang skeptical pada kempen ni. Ada yang kata "Ala, sementara je tu.." Ce fikir positif sikit, support each other, doakan supaya istiqamah..kan tu lagi bagus? Nanti ada yang dah semangat nak boikot, tetiba tak jadi. Macam kes ada orang ni komen kat FB "Bangsa lain mesti tak boikot sebab diorang sokong Israel." Kan statement macam tu menunjukkan yang kau racist? Nak je aku share artikel INI tapi kang kata aku nak cari populariti pulak sebab komen tu kat page FB yang beribu pengikutnya.

Aku harap, dalam kita dok sakan boikot sana sini, kita tak lupa yang Israel lebih takut tengok umat Islam bersatu hati. Tegakkan Islam dalam diri sendiri dulu sebelum nak tegakkan Islam di dunia. Semoga boikot dan doa kita berterusan walaupun kita tengok keadaan dah reda. Sebab Zionis ni bukan boleh caya sangat.. kata je tentera berundur la, gencatan senjata la, dia tengok kita leka esok, dia ulang balik cycle yang sama.

Ingat, kita nak runtuhkan ekonomi mereka, bukannya akhlak kita.

Wallahu'alam.

Nota kaki : Aku ada keluarga dan kawan baik yang kerja di HP dan Motorola..huhuhu.

51 comments

  1. Huhu...tula..akk pon duk risau jumaat nanti kot ada yg kena maki...kena pukul...org kita pelik sikit kalau berdemo...harap kempen boikot ni pon secara aman dan berterusan..

    Akk pon ada family yg keje intel..

    ReplyDelete
  2. saya pun kadang-kadang serba salah. haritu sebab dah lapar sangat, terpaksa lah pergi juga mcd beli burger. T_T

    tapi adik memang kuat memboikot. selagi boleh dia tak nak makan kat situ. bagus betul dia.

    orang melayu ni kalau makanan tu ada babi (maaf kasar) barulah dia tak makan. pakat boikot habis-habisan. sampai ditroll bagai. hmm

    ReplyDelete
  3. sis bkn pecinta mcd ... alhamdulillah .

    ReplyDelete
  4. mmg dari dulu tak suka fast food, takyah tunggu kempen boikot pun,,tapi kan..kalau McD tutup ramaila anak melayu yang menganggur kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun masalah gak tu..tapi rasanya mcd takkan ditutup, cuma keuntungan diorang akan merosot. kesian jugak kat rakan-rakan kita yang tak bersalah tu..moga ada rezeki lain untuk diorang.

      Delete
  5. Sebab itu kalau nak boikot makanan dan product mereka jgn lupa boikot juga cara hidup mereka yg kita nampak telah banyak menjadi ikutan. Sedih:(

    Jaga peribadi Islam agar terus dipandang syumul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang paling saya setuju.. ada yang cakap pasal boikot beria-ia, tapi solat pun tak terjaga. termasuklah diri sendiri..huhu

      Delete
  6. Part boikot mc'D ana suke, part diorang ludah kat pekeje mc'D buat semua orang marah. Tak baik betul buat camtu kat bangsa sendiri. Manfaat yang yahudi dapat, ummat Islam bergaduh sesam sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, diorang tepuk tangan tengok kita bergaduh sesama sendiri.

      Delete
  7. Terbaiklah Sal...Bila buat sesuatu kena buat secara ikhlas. Jangan ikut-ikutan dan perlu kawal emosi...Yang penting jangan cuba-cuba nak jadi samseng...Kena positif & istiqamah..

    ReplyDelete
  8. nak boikot..diam-diam je...jgn nak pi cari gaduh atau buat onar dekat tempat org...kita kena fikir jugak...yg bekerja tu mostly melayu, islam...jgn sbb company dorang...dorang yang kita hina...takut jatuh hukum lain pulak..

    ReplyDelete
  9. Lama dah akak boikot mcd.coke memang x minum..

    ReplyDelete
  10. good job sal.. btw entry hang memang menarik.. betul.. nak boikot ni dugaan dia kuat..byak pkara yg mngalang.. apa saya leh komen..boikot secara berhemah.. kita mulakan dgn diri sendiri..dlu ..kena paham sbab apa kita boikot :P

    ReplyDelete
  11. nak mengajak org ikut boikot sekali bukan dgn cara memaksa, tapi biarlah dgn cara menyedarkan. kan? huhu

    ReplyDelete
  12. Boikot dengan ilmu. Bukan dengan perasaan.

    ReplyDelete
  13. Dengarnya yg kata McD nak bagi burger free tue berita palsu.. tapi apapun mmg akak dah lama sangat tak makan kat McD.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau palsu. takut yang tak terjangka boleh jadi.takpe, tunggu kawan-kawan lelaki balik solat karang kita interview..hehe

      Delete
  14. Alhamdulillah. Saya sokong segala statement Sal dalam entri ni.
    Umat Islam ni tolonglah jaga nama baik Islam..jangan Islam pada nama je.
    Rasulullah tak ajar pun korang biadab.
    Jaga kata2..jaga tingkahlaku beb.

    ReplyDelete
  15. Actually dari malam tadi sampai rini saya takut bila baca statement husband yang panjang berjela..
    Taktau nak mula macamana..
    Hint~ saya ngeri kalau kita yg jadi macam P*l*s***. Sebab dorang kan saje nak libatkan kita dengan H*m*s pulak. Laknatullah betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang memang tak suka negara kita sebab kita banyak menyumbang kepada Palestin..Ingat tak kita belajar sejarah time sekolah cmane Inggeris cari peluang nak letakkan residen dia kat negeri-negeri kat Tanah Melayu.mungkin tu yang diorang (US sekali) nak buat. Wallahu'alam.

      tu yang pentingnya rakyat Malaysia bersatu dan umat Islam kembali kepada Islam..huhu

      Delete
    2. Asben saya kan asoka.
      Die kate senang je nak serang mesia ni.

      Delete
    3. hanya mampu berdoa je semoga dijauhkan..

      Delete
  16. yang cakap "ala sekejap je tu" memang memandang rendah je dekat usaha yang dilakukan. padahal dah terbukti pun boikot ni memang sedikit sebanyak bagi kesan pada zionis

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kita boikot bukan nak tunjukkan kesan secara fizikal, just nak diorang tau kita punya pendirian.kalau nak harapkan dana, baik zionis gi mintak kat Rumah Putih dari mintak kat Ronald McDonald..huhu

      Delete
  17. yg penting boikot dengan ilmu, bukan dengan nafsu.. :)

    ReplyDelete
  18. akak mmg dah lama tak mkn mac d sejak tau kandungannya bukan bahan yang baik... huhu secara tak langsung boikot terus... mac d tempat akak sunyi tanpa kereta... produk nestle pun akak dah stok sikit2... contoh milo dah ganti coklat malt lain... insyaAllah... sikit2 kita ubah...

    ReplyDelete
  19. Ada org boikot ikut org je x tahu punca biar boikot secara berilmu. Dh lama x makan mcD

    ReplyDelete
  20. Moga kita istiqamah melakukannya..

    ReplyDelete
  21. boikot secara berperingkat..istiqamah..
    cuma kesedaran kita, pekerja Mcd pon ramai bangsa melayu, mereka sekadar mencari nafkah & teringat dgn undang2 tempat kerja..dah jadi macamni macamnan dengan nasib mereka..berapa ramai yg sedang mencari pekerjaan lain..wallahuaklam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya simpati gak ngan diorang ni..yang jawatan kecil-kecil mungkin senang nak cari kerja tempat lain..yang manager, pemilik francais, kan banyak kerugian yang diorang kena tanggung.memang boikot ni isu yang susah nak cerita..kena batang hidung sendiri baru tahu..huhu

      Delete
  22. sebenarnya ada bagus gak kalau mcd bagi free burger kat masjid nie...lepas2 seminggu raya nie orang pun dah kurang pergi masjid..mana tau dengan burger free ini ia mampu meramaikan semula jemaah masjid...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumours je sebenarnya..ala, kalau gi sembahyang jumaat, memang ramai ke masjid..cuba kalau bagi time sembahyang subuh.. hehe

      Delete
  23. Boikot & terus boikot... kita semua kena prihatin terhadap apa yg kita beli sekarang... Ia boleh jadi ibadah juga buat kita yg tak mampu utk berjuang di Gaza...

    ReplyDelete
  24. betul tu, malu la dengan sikap segelintir org melayu yang terlalu taksub smpai takleh fikir baik buruk nyer

    ReplyDelete
  25. Wahhhh bagusnya Sal....lama dah tak makan MC D...
    Mmg le geram ngan Israel tukan...tapi benda yg dah jadi biasa mcm susah pulak nak tinggal.... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boikot McD, starbucks ngan coke takde masalah sangat kak...tapi memang susah nak tinggal makanan macam milo, meggi, coklat kit kat.huhuhu.

      Delete
  26. Replies
    1. haha..Mak Jilap perasan je ye..nak up entry baru takde idea, saja godek-godek tukar header. comei ke dok?

      Delete
  27. Eh? Sal tak de Nuffnang yeh...

    ReplyDelete
  28. semoga boikot kita ini tidak banyak sedikit pun cukup untuk melemahkan musuh yang nyata itu...

    ReplyDelete
  29. bila nk boikot apa yg ontg kita perlukan ilmu bkn boikot membabi buta...mesti ada sebab yg kukuh..nih boikot smpi melibatkan perasaan pekerja muslim tuh yg xbetul

    ReplyDelete
  30. Motif yang tepat ialah boikot tindakan HQ Mac Donald menyalurkan wang kepada Israel.

    ReplyDelete
  31. Saya menyokong boikot habis-habisan bukan dengan keganasan. Dan bagi kita yang ada kawan-kawan sedara mara keja di McD jika dengar peluang kerja yanng lain bantu lah merka

    ReplyDelete
  32. yg terbaru , sos buatan di kilang mrk di amerika ada kandungan dna babi . bagi sis lah , mkn melayu dah cukup sihat . klu nak mkn burger , boleh je buat sendiri ...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah