Hadiah Top Commentator Blog Ako Retna

Monday, 19 July 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Tertangguh pulak perkongsian hadiah dari pemilik blog Ako Retna sebagai salah seorang top commentator bulan Jun 2021. Ni kali kedua nama naik. Last time dapat Kurma Ajwa, kali ni meh tengok dapat apa pulak. 


Dapat beg canvas putih berzip. Bebayang kelabu tu sebab efek lighting. Next time amik gambar better siang kan.  Almaklumlah kita blogger part time je, takde mini studio untuk photoshoot. 

Be the best version of you, pesan Kak Retna. Kata-kata semangat yang sesuai sebab aku sekarang sangat malas dan takde motivasi. Sekadar mengharungi hari-hari on auto pilot. Putus asa dah nak cari kerja baru. Apply sana sini pun tak dapat, lagipun dok dengar orang canang tak sesuai tukar kerja dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Terus patah semangat. Bertahanlah dengan kerja yang ada. Bersyukur please, ramai orang hilang pendapatan okey.

Eh dah terkeluar tajuk. As always. Lol. Thank you kak Ret for the lovely gift. Nanti kalau travel, boleh guna letak skincare ataupun ubat-ubatan. 

Sesape yang nak berkenalan dengan kak Retna ni bolehlah singgah blog dia. Aku suka baca sharing pasal makanan, travel dan anak saudara dia si Uyum yang keletah. Terubat rindu kat anak-anak saudara bila tengok gelagat Uyum.  Kak Retna ni traveller jugak. Semoga Covid 19 segera berakhir supaya kak Ret boleh balik kampung di Korea nun. I follow...
Read More

Walaupun lockdown seribu tahun, Kalau kes tak turun apa gunanya

Friday, 16 July 2021

Dah berapa kali aku taip entry, padam. Taip, padam. Serius mood ke laut nak update blog. Entahlah sebab PMS atau sebab risau tengok angka kes covid yang meningkat sampai 13K. Padahal lockdown dah berbulan-bulan. Walaupun gaji jalan tapi stress tu tetap ada. Kadang-kadang aku fikir patutla Tuhan tak bagi aku suami dan anak. Confirm aku tak boleh handle pressure melayan diorang. Handle diri sendiri pun tak mampu.

Or maybe salah aku sendiri sebab aktif balik Facebook.  Bosan PKP punya pasal, aku online balik setelah hampir setahun detox social media. Ye.. Aku dulu deactivate Twitter dan block apps FB di handphone dan PC sebab aku tak larat baca berita Covid hari-hari. As someone yang ada moderate anxiety disorder, overthinking adalah 'hobi' dia. Kalau aku terlampau risau aku akan sakit kepala dan tak boleh tidur. Harap dapat menjawab persoalan beberapa orang blogger yang pernah tanya nape aku tak aktif social media selain blogging. 

Kena jaga diri sendirilah sebab unit Pskiatri Hospital Ampang pun aku tak tau dah pindah ke mana. Telefon hospital memang tak berangkat. So far aku dah lebih 6 bulan tak makan Benzodiazepines. Ubat sakit mental ni bukan macam ubat batuk or ubat sakit jantung. Ambik je terus sakit reda. No not like that. Itu hanya dalam filem. Makan ubat terus mood ok. Takde maknanya. Ambil masa berhari ubat tu nak take effect. Kadang-kadang berminggu. So jagalah kesihatan mental anda semua. I've been there and it's not pretty. Boleh baca pengalaman aku di SINI


Paling aku takut bila tengok orang ramai-ramai kat Covid Assesment Centre macam di Stadium Melawati Shah Alam. Aku cannot wei kalau kena gi tempat ramai-ramai macam tu. Time tu check Fitband mau heartbeat cecah 120.

Mungkin aku kena stay away balik dari FB. Facebook ni ko tapis la cmane pun, cerita viral tetap akan melintas. Bukan tak nak cakna, tapi apa je aku boleh buat? Maaf tak cukup kental nak jadi keyboard warrior.

Buat masa ni, layan novel,movie dan keluar masuk dapur. Entah apa-apa resepi aku try. Janji masa terisi. Masa lapang adalah musuh utama untuk orang yang suka fikir bukan-bukan. Kena kreatif sibukkan diri. Sosial media nampaknya bukan pilihan terbaik. At least not for me. Lain orang lain coping style. 

My July-August reading target. 

p/s: Entahlah siapa yang gagal. Aku, kau, beliau atau mereka? Wallahualam
Read More

Hadiah dari Blogger Anies

Monday, 12 July 2021

Di suatu hari yang tenang, tetibe blogger Anies whatsapp mintak alamat rumah. Ek eleh, bukan dah datang rumah banyak kali ke? Haha. Gurau je. Kita semua mesti ada macam ni kan. Tempat tu kita dah arif by heart cara nak pergi tapi tak tau pun alamat lengkap. 

A few days later dapat kiriman poslaju. Tengok nama.. Oh Anies rupanya. Pura-pura terkejut walaupun dah expect coz I'm a drama queen like that. Lol.

Meh tengok mem besar bagi apa..


Ada stiker nombor,  pen bentuk aiskrim, set notebook dan pen unicorn dan case nipis plastik warna hitam. Ni kalau anak sedara aku nampak ni memang confirm lah jadi hak milik dia. Rindu pulak si mulut becok tu.


Apa maksud Anies jangan balik Malaysia? Adakah aku nak pindah oversea? Jeng jeng jeng. Kisahnya masa Anies mintak alamat, aku cakap dengan dia aku ada kat St. Petersburg, Russia. Masa tu tengah tunggu game quarter final Euro 2020 Spain vs Switzerland. Berangan jelah konon ada kat stadium sana. Cakap pasal Euro, tahniah Itali juara Euro 2020! Buat comeback ye selepas gagal menyertai World Cup 2018

Bekas hitam tu tak tau untuk apa, so aku buat tempat simpan stiker dan journal trinkets kiriman kak Farrah MF. Laju pulak sel-sel otak aku berhubung time PKP ni. 

Untuk Anies, thank you so much for the gift. Rindu wei ngan ko. Nanti dah tak PKP boleh kita staycation ke, gi ICity ke, gi Anfield ke. Ehhh. Jangan sedih tau team Inglen kesayangan ko kalah. Hehe. Untuk yang nak berkenalan dengan Anies boleh singgah blog Anies and You. Peramah orangnya dan rajin datang mengomen. 

Oklah tu je nak tulis. You'll Never Walk Alone.


Ada peluang kita gi China balik hari lagi.

Read More

Air Mata Biru di Kuala Selangor

Thursday, 8 July 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Tu dia tajuk entry cam lagu rock kapak. Cerita throwback - lagi. Kisah masa bercuti di Kuala Selangor bersama family.


Antara tarikan Kuala Selangor paling famous adalah Sky Mirror. Ala yang orang gelar Salar de Uyuni Malaysia tu. Aku kurang minat nak pergi sebab panas, lagipun orang tua macam mak ayah aku tak minat nak berposing-posing ni. Mungkin kalau bersama kawan-kawan atau anak saudara aku boleh consider untuk pergi. 

Since tak nak panas, kita pergilah aktiviti yang boleh buat di waktu malam which is Blue Tears dan Firefly

Cadangan awal nak tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan melalui Majlis Daerah Kuala Selangor tapi bila call diorang cakap tengah renovate, so kita carilah company lain. Jumpa website Sky Mirror Tour, call and book slot untuk tengok kelip-kelip dan 'Blue Tears' pada malam yang sama. If tak PKP dan hujung minggu/ cuti sekolah sila book awal-awal ye. Harga sila klik SINI

Penangan PKP dan hari Rabu( bukan cuti sekolah) - parking kosong je

Cari surau untuk solat Maghrib tak jumpa, so niat Jamak Takhir je. Ada sesiapa yang dah pergi sini dan tahu kat mana surau terdekat bolehlah share di ruangan komen. 

Laluan ke jeti


Cantik jeti dia warna-warni dan dilimpahi cahaya lampu

Banyak bot tersadai. Masa kitorang pergi ni, ada kitorang berempat je.

Pose before naik bot. Maaf lah ahli keluarga aku pemalu, tak suka exposed muka.

Lupa ambil gambar dalam bot

Trip kitorang ambil ni pukul 8. Mula-mula pergi tengok 'Blue Tears' ataupun fitoplankton. Terbayang plankton dalam cerita Spongebob. Fitoplankton ni merupakan sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Dapat dilihat di pertemuan Sungai Selangor dan Laut Selat Melaka. Ada waktu-waktu tertentu untuk tengok 'blue tears' ni. Adik yang bawak bot tu cakap datang time 'awal bulan' (ikut kalendar hijrah ye, bukan kalendar masihi) lagi cantik sebab air pasang besar dan langit gelap since bulan masih dalam fasa 'anak bulan' atau 'new moon'.


Memang susah nak ambil gambar pakai kamera hp biasa, tapi boleh try ambil video. Akan nampak jaluran-jaluran biru macam video di atas. 

Fitoplankton yang sedang 'berehat' di permukaan air akan menghasilkan warna biru apabila 'diganggu' oleh pergerakan bot. Memang cantik, terbayang scene dalam filem 'The Life of Pi'. Kitorang jugak dibekalkan net, so boleh 'usik' air sungai untuk nampak lebih banyak fitoplankton keluar. Kalau boleh ambil gambar memang aku dah ambil, tapi tulah setakat kamera biasa memang tak mampu. 

Trip 'Blue Tears' ni dalam 45 minit. Kemudian bot patah balik ke jeti, amik customer lain untuk tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan. Since kitorang bayar untuk tengok kelip-kelip jugak, so kitorang stay. Meriah sikit tengok kelip-kelip sebab tambah lagi 4 orang customer. Tapi sebab musim pandemik kan, duduk jauh-jauh and tak borak sangat. 

Video or gambar tengok kelip-kelip aku tak dapat capture. Boleh tengok di SINI or search sahaja di Youtube .Keunikan muara Sungai Selangor adalah kehadiran banyak pokok berembang yang merupakan habitat kegemaran kelip-kelip sebagai sumber makanan. If nak pengalaman lagi menarik, boleh try yang MDKS punya sebab naik sampan. Sky Mirror Tour gunakan bot laju. Selesa dan lagi selamat la if bawak orang tua or kanak-kanak.

Tempoh masa tengok kelip-kelip campur waktu perjalanan hampir sejam. Kemudian, kami pulang ke jeti. 



OKlah tu je nak cerita. Harap terubat rindu nak jalan-jalan. 

Disclaimer : Semua gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkanz...
Read More