Pergi Dungun, Terengganu naik flight? Guane terr

Monday 19 February 2024

Sejak En.I start kursus di PULAPOL (Pusat LatihanPolis) Dungun 14 Januari lepas, aku memang tak jumpa dia. Pulapol lagi strict dari sekolah tahfiz. Handphone boleh pegang seminggu sekali, tu pun hanya untuk beberapa jam je. Kalau suami aku free dia akan call aku guna public phone. Dah macam bercinta zaman 90-an pulak. Outing memang takde. Langsung.
 
So, bila suami aku cakap yang aku boleh datang tengok dia cuti CNY baru ni aku excited la. Nak jugak tau keadaan tempat dia tu macamana sebab masa daftar masuk, company dia sediakan transport

Asalnya aku nak pergi dengan famili belah mertua tapi last minute takde siapa dapat follow aku. Plan asal ke laut weeehh. Famili aku pulak memang awal-awal aku tau ada hal. Nak drive sorang aku tak larat sebab musim perayaan dah tentu jalan jam. Lagipun aku senang mengantuk. 

Maka menggelupurlah aku sorang-sorang lagi 2,3 hari nak cuti CNY tu. Rasa nak nangis pun ada tapi aku kuatkan semangat. Tengok tiket bas 10 February, tinggal petang je. Aku takde siapa nak contact kalau sampai Dungun tengah malam. Suami aku bukan boleh keluar amik aku. 

Dengan pasrah aku bukak website Air Asia. Takde pilihan lain selain naik flight. Airport yang paling dekat, Kuala Terengganu. Still, flight yang ada pun petang tapi ke KL-KT hanya makan masa sejam so aku tak perlu risau sampai lewat malam.

Sabtu pertama cuti CNY. KLIA2 takdelah sesibuk yang aku jangka. Aku sempat lunch dulu. Nak solat je tak sempat sebab 1.30 dah start boarding. Zohor lambat masa ni

Ikutkan kalau dari KL, naik flight ke KT kemudian ke Dungun agak nonsense sebab dah naik ke atas pastu turun bawah. Tapi nak buat cmane, takkan nak lompat pakai parachute masa on the way.

Harga kau jangan tanya. Boleh lepas tiket pergi Bali! Mahal sebab beli last minute. Pejam mata jelah. Suami punya pasal. 

So tengahari Sabtu tu,aku naik MRT sampai Putrajaya Sentral kemudian naik ERL sampai KLIA2. Dah mudah bila ada MRT aliran Putrajaya. Kalau dulu kena naik ERL dari TBS atau KL Sentral, ni dah jimat sebab aku pakai pas MY50 sampai Putrajaya then dari sana hanya 2 stesen nak sampai KLIA2.

Aku tak check in luggage. Ni pun berat sebab bawakkan beberapa barang En.I.

Alhamdulillah flight sampai on time, aku dapat window seat dan sampai pun slightly awal. Aku perasan kalau aku naik flight solo selalu dapat window seat. 



Bersih sikit la sungai kat Terengganu ni berbanding sesetengah negeri yang keruh macam teh tarik. Nak ambil gambar dari atas pun tak tergamak

Airport KT macam airport KB jugak. Tak besar. Bagus. Tak jenuh menapak

Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Ini kali pertama aku touchdown sini. Tak sempat explore sebab nak rushing ke Dungun pulak

Ambil gambar ni dari dalam Grab

So, macamana dari KT nak ke Dungun? Boleh sewa kereta atau naik teksi. Tapi jarak Dungun dan KT jauh juga.  Lebih 80km. Ada RM200 dalam tangan bolehlah naik teksi. Aku nak jimat so naiklah bas. 

Dari airport KT aku naik Grab ke Terminal Bas Ekspress Kuala Terengganu ataupun diorang panggil Terminal MPKT. Aku tanya driver Grab tu, KT ada berapa stesen bas ekspress, dia cakap satu je. Aku dah lama tak naik bas ekspress ke/dari Kuala Terengganu. Last aku naik, bas ke pantai timur masih berpusat di Hentian Putra area PWTC nun. La ni hentian tu pun dah takde. 

Agak lengang walaupun cuti CNY. Memang orang dah tak datang Kuala Terengganu naik bas ke?

Nasib baik aku beli tiket bas online sebab semua kaunter bas di terminal MPKT ni tutup! Pelik betul. Hanya satu je bukak.

Rupanya bila aku tanya orang tempatan, ada akak ni cakap sekarang terminal bas MPKT dah amalkan sistem pembelian berpusat ala TBS. Tu pasal satu kaunter je ada. Kaunter yang sama untuk tukar boarding pass. Menyumpah jugaklah aku sebab tukar boarding pass tu kena bayar RM2. Macamanalah nak support budaya paperless macam ni? Alang-alang dah beli tiket online, biar jelah scan pakai QR macam kat airport tu. 

Sebelah terminal bas ni adalah Hotel Paya Bunga

Sementara tunggu bas ke Dungun, aku pergi solat Jamak Zohor-Asar di Kompleks Paya Bunga Square sebelah Hotel Paya Bunga tu. Terminal MPKT ni complete je tandas dan surau tapi taulah aku ni kan diva. Hahaha. Kompleks Paya Bunga Square tu merupakan mall bersambung dengan UTC Kuala Terengganu, tapi tak banyak sangat kedai. Entahlah kenapa aku tak ambil gambar. Gambar hentian bas pun tak banyak. Maybe aku anxious kot selagi tak jejak kaki ke Dungun. Suami aku pulak sikit-sikit call. Walaupun puas aku cakap yang aku dah biasa naik flight dan naik bas sorang.

Nak dijadikan cerita, bas ke Dungun lambat sampai. Aku dah gelisah. So duduk lah dekat satu famili Melayu ni sebab KT ni boleh tahan ramai jugak warga asing Bangladesh walaupun tak seramai di KL. Aku borak dengan sorang akak ni, rupanya dia nak ke Kemaman tapi akan naik bas yang sama dengan aku. Kiranya bukan bas ekspress la, tapi berhenti-henti jugak. Bas tu dari Jerteh ke mana entah sampai ke Kuantan. 

No wonderlah lambat. Aku pun malas nak bising-bising, kang buatnya driver tu sabotaj aku tak announce once dah sampai Dungun naya pulak. Macam aku pernah cakap, Terengganu adalah negeri yang agak asing bagi aku. Bateri handphone aku pun dah tinggal sikit masa tu. Dalam perjalanan hampir 2 jam aku tak berani main game atau on internet sebab nak jimat bateri untuk Grab once dah sampai Dungun.

Sampai Dungun hampir pukul 9. Takdelah lewat sangat. Alhamdulillah. Terus naik Grab pergi check in Sura Inn.

So begitulah kisah perjalanan aku ke Dungun, Terengganu menaiki flight. Option yang tak berapa recommended melainkan terpaksa. Bila ramai dok tanya-tanya kenapa aku naik flight aku pun malas nak explain, kang buat sakit hati je. Haha.

36 comments

  1. Alhamdulillah selamat sampai..
    Air sungai Kelantan keruh , warna macam teh tarik kawww

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cakap tadi tapi takut orang kelantan marah. hahaha

      Delete
  2. Ada lagi telefon awam? Rasa macam susah jumpa.
    Pengalaman baru demi orang tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, tapi pakai kad prabayar. bukan yang stail lama tu. nanti saya mintak suami snap gambar

      Delete
  3. Sian sal.. kalau kuala trg tu tempat Ldy.. kalau kenal boleh kat airport tu bgth ldy.. kalau naik grab ke dungun dalam rm100 juge.. bangladesh n myanmar serta rohingya byk sini .. kami yg duduk di rumah pun takuuuutttt.. depa ramai, yg perempuan akan dtg dari rumah ke rumah tuk mintak sedekah.. sekali bagi, mereka akan bawa semua keturunan dtg bertandang ke rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..yang saya tengok rm 200 tu harga dari airport kot. kan..memang ramai. tu yang saya duduk dengan keluarga orang kita, borak-borak so tak nampak macam keseorangan

      Delete
  4. mak aiii mahalnya print smpi RM2? kalau sen sen tak pe lagi
    elok ko bako je kaunter tu
    kemain lg cekik darah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. patut nak cas gitu sediakanlah hentian ada aircond ye tak. takdelah marah kena cas sampai RM2

      Delete
    2. betul
      paling tak pun hulur laa air mineral sebotol
      adehhh... salbiah kepanasan, tau tak?

      melaka sentral pun ada cas juga utk print tix
      tp RM0.70
      tu pn ramai bengkekkk
      sbb katanya... nak usaha ke arah green techno
      tp masih nak guna kertas bagai

      Delete
    3. betul.dahla beli tiket online kena cas. print boarding pass kena cas lagi

      Delete
    4. tu baru ko sorang
      kalau 100 org?
      sng2 je dia buat untung
      adehhh

      Delete
  5. ramai tak org dalam flight hari tu?
    raya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. flight kontot tu penuhlah jugak.nasib baik REdang belum bukak, kalau tak lagi struggle nak dapatkan tiket

      Delete
    2. dlm kata semua serba mahaldani pun ramai juga ya
      hahaha

      Delete
    3. balik kampung kot. tak pun cuti-cuti malaysia. menyemarakkan ekonomi katanya

      Delete
    4. tp laut masih bergelora lg time ni
      celup2 kaki je laa tei pantai tu
      ko pn buat cm tu jg kn?
      hehehehe

      Delete
    5. hahaha. celup la sikit. dah lama tak jumpa laut

      Delete
    6. kompem celup kaki mcm tsimikas
      🤣🤣🤣🤣

      Delete
  6. rindunya nak ke Ganu lagi, hajat nak round Pahang, Kelantan dan Terengganu masih tertangguh dah bertahun

    ReplyDelete
  7. Bagus juga naik flight.. Keselamatan lebih terjamin tambah travel sorang.. Alhamdulillah.. selamat semuanya walaupun banyak dugaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, naik flight lebih selamat berbanding drive sendiri.apatah lagi saya bukan cekap sangat

      Delete
  8. Alhamdulillah selamat sampai dah ye Cik Sal

    ReplyDelete
  9. Ya saya pernah naik flight ke Kuala Terengganu kemudian naik bas Himda pulak dari Kuala Terengganu ke UITM Dungun. Naik flight sebab tiket bas dah habis.

    ReplyDelete
  10. Demi suami, apa jua sanggup ku redahi gitu. Dia tak tahu yang Sal dah biasa travel sorang-sorang kan. Jauh dan mencabar betul perjalanan Sal ke Terengganu ni. Kita yang baca ni pun rasa lelahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tahu, tapi biasalah suami kan. takpela, kang dia tak ambil berat kata tak sayang pulak. taulah perempuan

      Delete
  11. cantiknya gambar dari atas flight..

    ReplyDelete
  12. Merasa jugak Sal bercinta zaman 90-an ya…😂
    Semua ni akan jadi kenangan manis untuk Sal dan suami.

    Geram pulak baca caj RM2 untuk pass. Patut cakap awal, senang kita print dari rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. time 90an saya kanak-kanak lagi tapi bercinta zaman 2000-an merasa jugaklah public phone sikit.

      nak print dari rumah pun kena cas RM2 tu kak. Tak boleh lari

      Delete
  13. Demi suami, yang mahal pun tetap beli hehehehe. Samalah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. asyik dia je berkorban duit untuk kita, kita korban la sikit sekali-sekala

      Delete
  14. alhamdulillah sal selamat sampai destinasi menemui suami tercinta

    ReplyDelete
  15. Dah ada kat Ganu jangan lupa singgah Rantau Abang. Ungtung-untung dapat tengok penyu. 😆

    ReplyDelete
  16. wak x pnh lg naik flight turun kt KT tu.. pengalaman tu mendewasakan.. wahh sonoknye jumpa laki PJJ erk.. usaha itu dpt baby.. aminn 😁😁

    ReplyDelete
  17. jauh tu 80km, takpe demi melepas rindu kan

    ReplyDelete
  18. Awak, lain kali kalau sampai ganu dan takde tempat nak pi..boleh bagitau saya. Maybe saya takleh nak hantar ke dungun tu tapi awak boleh je lepak2 dulu kat umah saya sambil charge phone. Umah saya dalam setengah jam je nak ke bus stop tu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah