Pengalaman menginap di Sura Inn Dungun

Thursday 15 February 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Aku nak share penginapan aku selama 2 malam di Dungun, Terengganu cuti CNY baru-baru ni. Buat yang mencari hotel bajet tapi selesa di area Dungun bolehlah try menginap di sini.

Aku book Sura Inn melalui laman Agoda dengan harga RM150 untuk penginapan 2 malam. Harga yang agak murah sebab book pun last minute. Ini kali pertama aku menginap di 'Inn'. Aku teruja ingin mengetahui apa bezanya inn dengan  hotel dan homestay.


Nama pun simply to sleep so di sini takde swimming pool atau gymnasium ye. Itulah konsep Inn. Penginapan yang basic macam kita tumpang tidur rumah saudara atau kawan, bezanya kena bayar dan tak disediakan sarapan.

Aku sampai di Dungun hampir jam sembilan malam. Daerah yang asing bagi aku. Dari stesen bas Dungun, aku menaiki Grab sahaja ke Sura Inn. Jarak Sura Inn dengan stesen bas Dungun hanyalah 7km. Ini kali pertama aku ke Dungun dan aku kagum sebenarnya tengok Dungun agak maju. Kedai-kedai masih dibuka, jalan raya masih dipenuhi kereta dan ada Food Festival di salah satu dataran yang menjadi tumpuan penduduk tempatan. Aku tak pergilah sebab dah penat. Fikir nak rehat sahaja.

Aku sampai lewat dari jangkaan tapi aku dah maklumkan awal-awal pada pemilik Sura Inn. Dia yang attend aku masa aku sampai. Muda lagi orangnya. Sangat friendly dan polite. Check-in pun mudah dan cepat tanpa deposit.

View dari seberang jalan. Rumah banglo putih yang takde logo tu tempat pemilik inn tinggal. Bestnya kalau mampu buat macam ni kan.

Bilik yang aku tempah adalah Economy Queen Room. Ada private bathroom dan aircond. Ada beberapa pilihan bilik di Sura Inn so pilihlah yang sesuai dengan bajet dan bilangan penghuni. Nyaris aku terpilih Economic Double Room kerana murah sedikit. Rupanya Economic Double hanya ada kipas, tiada aircond dan bilik air di luar bilik. 

Aku ingatkan cafe dia betul-betul dalam kawasan rumah tapi rupanya selang 2,3 buah rumah. Boleh COD atau self pick up tapi malangnya masa aku sampai ni Santai Sura Cafe tak bukak

Masa on the way ke Sura Inn, sempat aku borak-borak dengan driver Grab dan dia cakap dengan aku senang je nak book Grab di sana, Foodpanda pun ada kalau nak makan. Nasib baik dia bagitau sebab malam aku sampai tu aku tak book kereta sewa lagi, so just guna khidmat panda pink untuk beli makanan dari restoran tomyam berhampiran. Apo entah nama aku dah lupa.

Ada hot shower dan tandas yang selesa dah lebih dari cukup untuk aku. Towel disediakan, tapi toiletries tak ye.

Iron ada, tapi kena share

Ada dapur yang bersih dan selesa. Memang vibe macam kat rumah gais! Water filter tu ol skool.

Berhadapan dengan Sura Inn ada port breakfast sedap

So? Recommended ke? Highly! Cuma ada beberapa point yang korang kena consider iaitu ada beberapa bilik terletak di tingkat atas. So kalau bawak orang tua atau ahli keluarga yang berkerusi roda mungkin lebih prefer bilik tingkat bawah. Boleh pilih option contact property sebelum select room untuk kepastian.

Bilik aku di tingkat bawah. Katil selesa, bilik bersih, ada airconf dan TV siap Netflix tu! Sempatlah aku tengok La Luna sementara layan mata nak tertidur. Sesekali dengar bunyi dari guest tingkat atas. Tak berapa soundproof. Dulu aku jenis mudah terjaga tapi sejak kahwin ni dah terbiasa dengar dengkur suami dan bunyi bising kereta (rumah aku sekarang sebelah highway), telinga aku dah tebal. Haha.

OKLah tu je nak cerita. Perjalanan aku ke Dungun dan kenapa aku ke sana nantilah aku story ye. 

p/s: tak sangka dah kahwin pun masih berpeluang travel solo macam ni. ;p

33 comments

  1. setiap tahun pi Sura Tengah sbb arwah kak long kahwin dgn org sana. dulu pernah dok di Homestay Kapal... seberang jalan tu pantai.... tp sdg terhakis masa tu... tp thn ni x pi lg ke Dungun slps kak long meninggal Jun 23. Huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-fatihah untuk arwah Kak long. terus saya google Homestay Kapal tu. nampak menarik tapi tak berani sebab dekat sangat dengan pantai.

      Delete
  2. okey ni selesa..cuma macam yang Sal cakap if ada family yang berusia better pilih bilik bawah..but depends on availability kan

    ReplyDelete
  3. ldy setiap kali org ke trg, ldy takut sgt kalau korg menginap di hotel.. ldy lebih suggestkan homestay.. sebab hotel d trg ni hotel lama2.. :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sorang je. membazir duduk homestay. lagipun seram rumah besar-besar duduk sorang. ni kita tahu bilik kiri kanan ada orang

      Delete
  4. seronok nya boleh travel solo...hihihi...

    ReplyDelete
  5. kalau ckp homestay pun
    orang percaya bila tengok
    dari luar, kan?

    perghh rumah owner...
    dasatttt
    kat melaka dulu pun ada mcm ni juga.
    rumah owner org sangka
    tu chalet..
    ko rasa?
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. owner kaya ni, ada rumah lebih so buatlah homestay/ inn. rasanya boleh sewa the whole homestay kalau datang dengan famili

      Delete
    2. kalau ada fam gathering sng2 je family dia nak menginap
      tak yah g jauh2...

      Delete
  6. sayangnya cafe tak buka
    ni mesti pergi beraya sakan
    dok kutip angpau
    hehehe
    kalau buka boleh review mknn2 sedap kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. rata2 tempat aku gi makan masa kat Dungun ni semua sedap. hihi

      Delete
    2. so kepok lekor bla nak hantar?
      lama tggu ni
      hahahaha

      Delete
    3. tak beli. malas nak angkut naik beg. haha

      Delete
  7. Blog Nur pun cerita Dungun. Sama pulak ya 😁

    Wah…solo! Yang baca pun tak sangka jugak nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. mungkin dia ke Dungun atas sebab yang sama dengan saya?

      Delete
  8. Oh.. kiranya kita mcm sewa bilik2 laa dlm ni kan? boleh jadi dapur pun sharing2 kan? tapi untuk harga tu mmg murah. dan kita pun nak balik rest je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..konsep Inn memang macam tu. kita sewa bilik sahaja, macam hotel cuma bangunan rumah

      Delete
  9. Rindunya Sura ni....dulu Sura Gate ada, Sura Hujung ada.....nampak hotel ni pun selesa. Ada pulak port makan best depan tu. Senang dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sempat jalan-jalan di pekan Sura Gate. banyak juga kedai menarik.

      Delete
    2. Rindunya Sura Gate...tempat saya beli barang keperluan masa belajar dulu tahun 1900-an.

      Delete
  10. Murah le tu kalau 150 untuk 2 malam. Janji boleh tidur dengan selesa itu sudah cukup baik.

    ReplyDelete
  11. worth the price lah bilik tu. yg penting tak share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. private bathroom tu penting. lagi-lagi kita perempuan

      Delete
  12. Dulu kalau naik bas lalu jalan pantai Terengganu, pak cik driver mesti berhenti kat sebuah kedai makan area Dungun. Tak ingat dah nama apa kedai tu.

    ReplyDelete
  13. Cantik dan bersih..Dungun tempat ITM dihatiku..tak pernah pi lg dh lps abis study situ

    ReplyDelete
  14. Murah tu untuk 2 malam. Bersih dan selesa. Semua pun kira lengkap.Toiletries tak ada takpe, boleh bawa sendiri. Suka konsep rumah/homestay warna putih.

    ReplyDelete
  15. yang penting bilih bersih, baru kita selesa kan.. nampak kemas tempatnya.

    ReplyDelete
  16. betul sal, mama tgk dapur tu mmg vibe rumah2 sendiri aje. cantik dan sweet aje hotel ni

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah