Pengalaman Menginap di Sunway Velocity Hotel Cheras

Wednesday 7 September 2022

Ni cerita bulan lepas. Aku rindu giler nak swimming. So bila member ajak gi tidur hotel aku terus setuju. Cuma masalah sikit bila member aku ajak stay di Sunway Velocity Hotel. Bukan apa, book last minute, harganya kayangan sikit. Hujung minggu lak tu. Memang mana-mana hotel di Kuala Lumpur macam tu. 

Dipendekkan cerita, hari check in tu hujan lebat. Kitorang pun lepak di Sunway Velocity Mall yang bersambung dengan hotel sementara tunggu time nak check in. Makan dulu sambil borak-borak. 

Pukul 5 lebih macam tu pergi check in. Menginap di Sunway Velocity Hotel ni kena bayar deposit RM100. So korang standby la cash siap-siap. Senang diorang nak pulang balik berbanding pakai kad debit or kredit. Memandangkan kami bertiga, request sekali extra bed. Extra bed sahaja RM90. Extra bed plus breakfast RM116. 

Credit Image : Sunway Velocity Hotel

Kami dapat bilik di Tingkat paling atas iaitu Tingkat 16. Sama level dengan swimming pool! Hanya mampu memandang kolam di sebalik cermin sliding door dicucuri hujan lebat yang tak berhenti

Bilik Superior Plus. Harga bilik untuk 2 orang RM418 campur breakfast. Kecewa jugaklah tengok bilik dia walaupun superior plus dan harga mahal tapi kecik je. Expect harga macam tu boleh dapat bilik ada bath tub. 

Anyway bilik air dia best walaupun setakat shower. Luas. Gambar pecah sebab aku pinjam dari website Agoda. Aku sendiri lupa ambil


Extra bed yang kami request

View dari bilik hotel. What to expect kan, hotel kat Cheras takkan nak view laut pulak

Waktu ni hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Makin lebat ada. Nak gi mandi pool kang takut dipanah petir. So redha jelah aku lepak dalam bilik. Member-member aku bagi ayat penyedap hati, esok pagi-pagi lepas Subuh boleh gi swimming.

Malam tu lepas Maghrib keluar balik. Aktiviti biasalah kitorang semua hantu mikrofon. Karaoke di Manekiniko Sunway Velocity pastu gi makan kat luar. Pergi makan kat mana next entry aku cerita.

Esok paginya, nak gi swimming tapi kawan aku lagi 2 orang mengantuk sebab malam tadi tido lewat. Yang excited nak gi berenang pun memang aku sorang je. So far geng travel aku yang sama-sama hantu air sorang je, blogger Siti Yang Menaip. Haha. Macam tak syok pergi sorang so aku pun sambung tidur. Kul 9 lebih pergi breakfast.



To be honest breakfast buffet Sunway Velocity Hotel ni kurang meriah. Tak macam Sunway Putra Hotel. 

Settle breakfast aku ajak diorang gi survey pool kejap sebab nak update dalam blog. Haha

Tengok kejap swimming pool dia sebelum check out. Sumpah lawa dan luas wei

Nampak macam kalau mandi kat tepi boleh terjatuh terus ke bawah kan? Actually ada ruang macam longkang yang luas tepi tu. Kalau ada yang gatal lompat keluar memang jatuh dalam longkang tu bukan terus terjun Tingkat 16. Anyway ikutkan mustahil manusia nak lompat keluar dari dalam air sebab kita bukan dolphin.

Settle survey kolam renang dengan hati yang kecewa, balik bilik dan siap-siap untuk check out. Patut tadi pukul 7 pagi terjun je kolam renang tu. Sorang pun sorang lah. Padan muka siapa suruh ikutkan mata yang mengantuk.

Member aku lagi 2 orang dah letih so diorang ajak balik rumah terus. Aku pun follow je. Takde benda nak beli dekat mall tu pun.

Ada mesin Starbucks layan diri di kaunter. Tapau kopi balik rumah

Bila nak check out, jangan lupa ambil sekali kupon parking dan deposit di kaunter. Kebiasaan tidur hotel dapat free parking tapi Sunway Velocity Hotel caj parking RM3. Staff kat situ kata takde pilihan sebab parking berkongsi dengan Sunway Velocity Mall.

Yang aku sakit hati bila dah sampai rumah cuaca cerah sampai ke malam. Huhu

So, rekemen ke tidak hotel ni? Entahlah kalau kau tanya aku ni first and last kot. Aku jarang menginap di hotel yang sama sampai 2 kali. Nak try hotel lain pulak. Bila nak try tu tunggu kewangan dan cuaca pulih sikit. 


32 comments

  1. Kalau Tetiba view laut seram jugak! Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. kalau nampak laut kat Cheras tu boleh mengucap siap-siap

      Delete
  2. Bilik hotel design baru ni mmg cinonet semuanya. Klu nak bilik luas sebesar alam kena carik hotel lama2 hehe. Tapi takut gak bangun tgh mlm ada ‘org’ kat sebelah huhu…

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kalau sorang seram lah. maybe sebab tu sunway putra mall besar.sebab tu bekas hotel Legend

      Delete
  3. lama x tido hotel..sbb pegi ngan family ramai2 selalu amik homestay or airbnb je...
    cantik pool nya..leh geng ngan iris ni..suka swim

    ReplyDelete
  4. Lawa.. Swimming pool dia nampak best..

    ReplyDelete
  5. Rugilah tidak mandi kolam. Haha.
    Tidak tahu kata apa tapi katil macam kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin gambar saja. kawan saya plus size tidur di situ ok je

      Delete
  6. dah cuba grand lexis/lexis hibiscus? ada private pool dalam bilik.. hujan2 pun boleh terjun kolam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. that one kena plan dan book awal. ni plan adhoc. terjah je apa yang dapat

      Delete
  7. Infinity pool…cantik kalau bergambar tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. posing time sunset. wah, macam jeniper lopez ke macam kuih lapis tak taula

      Delete
  8. hotel mewah harga kayangan musim cuti sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan cuti sekolah kak PI. cuti sekolah saya selalunya tak ke mana

      Delete
  9. Hehehe best ni staycation.. Rasa lama plk x staycation kat kl ni.. Kita mcm awak jgk, nak tido otel kena tgu ada lebihan kewangan sket hahahha... Kita terigt awak nak g cuti2 mgu depan kan.. Syioknyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shhh.. Jangan bocor rahsia dulu kak Ret. Haha

      Delete
  10. Syok nyer... Dah lama tak pi bedebush 🌹🌹

    ReplyDelete
  11. Alahaiiiiii sayangnya tak pi mandi kolam,. Cantik tu kolamnya. Leh posing hujung2 bayangkan mandi kolam nun atas hotel kat singapore tu. cuaca macam tak kasi can je sal nak mandi kolam. alahaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cuaca sekarang memang tak sesuai nak mandi kolam. Sungai or laut apatah lagi

      Delete
  12. Swimming pool tu macam ngeri bila tengok dari view yang Sal snap tapi bila baca pencerahan tu rugilah Sal tak mandi-manda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Saya dengan kawan-kawan gigih gi intai tepi tu. Demi nak puaskan hati

      Delete
  13. oo bole kawan dengan hosmet ciksun ni, dia pun hantu air gak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke. Minat snorkeling tak? Boleh jadi travel buddy

      Delete
  14. lama x tido hotel...sian Sal, hajat x kesampaian..takpe nanti check in hotel lain pula, tapi cuaca sekrg ni x menentu pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cuaca tak menyebelahi kan. Rasanya sampai bulan 12 macam ni. Jangan banjir dahlah

      Delete
  15. hotelnya terlihat mewah tapi kok menu makanan cuma telur dan bread sj ya

    ReplyDelete
  16. semuanya cantik la kat hotel ni boleh consider cuti2 KL nnti

    ReplyDelete
  17. Yang bestnya bilik selevel swimming pool! Rezeki lain kali baru dapat swimming agaknya Sal. Check in hotel weekend harga dia berlipat ganda kan. Pandai dorang buat duit sebab tahu weekend je orang boleh bercuti. Betul tu Sal, harga macam tu ikutkan boleh dapat bilik besar lagi dan ada bathtub.

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim hujan ni kita mandi kat bilik air jelah. haha

      Delete
  18. Tak apa, Sal. Kali ni rezeki tengok kolam je, nanti esok lusa ada rezeki terjun tiruk, kuak lentang, kuak kupu-kupu sekali k

    ReplyDelete
  19. sudahnya mandi dlm blk hotel laa yaaa

    ReplyDelete
  20. sedihnya mandi sorang2. mai la penang, boleh geng dgn harraz. hahaha. igtkan hotel best tp tak sepadan dgn harga.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah