10 September 2022 adalah Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. Tema tahun ini - Bertindak Segera Harapan Terbina.
Bertindak segera bukan sahaja pada orang yang mengenali pesakit, tetapi juga pesakit itu sendiri. Sekiranya merasakan diri dalam kemurungan, jangan berlengah, segera dapatkan bantuan. But how?
Boleh cuba hubungi Mentari terdekat dengan korang. Kali pertama datang, diorang akan mintak buat test penilaian tahap kesihatan mental. Jawab dengan jujur. Aku ada kawan yang dapatkan rawatan di sini. Awal-awal memang perit sikit, kena makan ubat dan kena datang sesi rawatan. Paling penting bagi aku adalah kau sendiri kena tolong diri kau. Aku tak pergi Mentari, tapi ada doktor refer aku pada hospital kerajaan sebab aku anxiety teruk dan turun berat badan secara mendadak.
Dari pengalaman peribadi aku, awal-awal nak baik memang perit. Side effect ubat buat aku gigil dan depres makin teruk. Ambil masa beberapa minggu untuk stabil. Tu belum campur sesi jumpa doktor di mana setiap kali pun kena timbang berat badan. Aku dulu turun berat badan dengan kronik sampaikan doktor check kalau-kalau aku ada masalah ketidakseimbangan hormon tiroid. Tapi bila jumpa doktor memang lega lah. Dapat menangis kat situ luahkan isi hati yang kau tak mampu nak cerita pada keluarga atau teman rapat sekalipun.
Cuma satu jelah kekurangan bila dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Setiap sesi rawatan akan jumpa doktor yang berbeza, depends pada siapa yang available. Bukan macam dalam filem ye, duduk atas kerusi empuk dan setiap kali pun jumpa doktor yang sama. Itu kalau pusat rawatan swasta bolehlah.
Anyway, kalau korang rasa ada masalah kemurungan yang kronik, segeralah dapatkan bantuan. Benda macam ni kau tak boleh harap orang. Kena tolong diri sendiri. Ibaratnya sakit fizikal, contohnya patah tangan. Kalau duduk diam kat rumah tangan tu boleh baik sendiri ke.
Untuk mereka yang tidak diuji dengan sakit ini, ambil berat juga rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat. Aku mengaku aku sendiri pernah anggap orang ada sakit mental macam PTSD ni lemah iman. Tapi bila aku sendiri yang kena, Allahu rasa berdosa beranggapan sebegitu.
Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Penyembuh. Dapatkan rawatan pun ya, tapi kena sentiasa berdoa dan memohon pada Allah agar diberi ketenangan dan kesihatan. Wallahualam
Pihak yg berkaitan perlu mendedahkan dan promosikan kempen ni...sebab macam dh banyak kes aje kat malaysia ni yg melibatkan orang muda kan ..
ReplyDeleteOrang muda maybe takut nak mengadu kat parents takut dituduh gila atau dianggap kurang iman. Sebab tu banyak kes bunuh diri remaja
DeleteAin setuju yang ni. Kadang2 dekat socmed siap ada yang buat content perli2. Jadi nak2 takut nak bgtau parents. Kurang iman , tak solat, generasi sekarang lemah tu antara kata-kata yang dikatakan.
Deletetiada masalah yg takleh diselesaiikan, tp tu lah., huhu
ReplyDeleteps. wak dh tukar blog lain ye ciksal, leh update link ;p
ok Wak nanti saya update
DeleteBetul itu diri sendiri kena tolong diri.
ReplyDeleteBagus ada badan khas untuk hal begini.
kalau diri sendiri degil, tak ada yang boleh tolong
DeleteOoh..setiap kali tu berbeza doktor. Macam rawatan lain2 jugaklah kat hospital kerajaan. Memang satu kekurangan tu.
ReplyDeletekekurangan jugaklah. tapi rekod kita disimpan dalam database hospital. kadang-kadang dapat doktor best. kadang-kadang rasa lagi sakit pun ada.haha
DeleteMasha Allah Sal, kuatnya awak melawan penyakit anxiety tu. Semoga Allah sembuhkan awak sampai bila2, dan tak perlu bergantung dgn ubat-ubatan. Stay strong sis!
ReplyDeleteAlhamdulilla. Lama jugaklah saya dah berhenti makan ubat. Terima kasih doanya sis
DeleteBaru tahu ada hari pencegahan bunuh diri
ReplyDeletedi Malaysia ada macam-macam hari
DeleteMasalah mental menjadi common lately.. Jangan ambil mudah.
ReplyDeleteBagus perkongsian Sal at least menjadi awareness kepada pembaca.
ya, lagi-lagi zaman pandemik dulu. ramai hilang sumber pendapatan dan dihimpit hutang. bila dengar berita kes orang tertekan ni ramai
Deletesemuga Sal dah sembuh hendaknya. Bukan mudah bila dapat penyakit ni....sebab ianya melibatkan jiwa. Tuan badan kena kuat hadapi dugaan ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dah tak perlu ke klinik dan makan ubat. Terima kasih atas doanya
DeleteKIta orang kat KKM ni ada macam-macam hari sampaikan kadang terlupa hari apa eh...
ReplyDeletehahaha. banyak awareness sebab macam-macam masalah kesihatan kat Malaysia ni
DeleteBagus ada kempen macam ni supaya yang terkesan ada tempat mengadu..Semoga urusan Sal juga dipermudahkanNya, inshaAllah amin..
ReplyDeleteharap entry saya dapat membantu orang lain yang senasib tapi tak tahu kat mana nak mohon bantuan
Deleteekceli bkn takut apa tau, tapi malu nak luahkan masalah kat 'org luar'... itu yg ramai rasanya tak nak jumpa pakar psikologi ni... eh eh dulu kita berANGAN betul nak jadi psycholigist ni tapi berangan je la yang mampu haha
ReplyDeleteEh sama lah pernah berangan gak. Haha. Malu pun ye jugak. Saya dulu pun diam je, nak cerita pada adik beradik pun malu
Deletesetiap manusia lain ujian nya...and sebelum bertawakal pd Allah..kena la usaha sama. moga Sal terus sihat & happy2 selalu...aamiin..
ReplyDeleteBagus perkongsian mcm nie.. lepas2 pandemik nie lagi lah ramai yg ada masalah mental tanpa sedar.. Elok dpt rawatan cpt.
ReplyDeleteYa betul. Masalah kewangan boleh menyebabkan tekanan perasaan. Mereka patut dibantu
DeleteTerima kasih kongsi info. Banyak ilmu Kak Amie dapat dari pembacaan entri ini. Kak Amie baru tahu ada hari pencegahan bunuh diri.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian Sal. Mrs. A ada ahli keluarga yang rapat ada anxiety sedang dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Ahli keluarga mula asalnya memang tak perasan tahu pun bila accidentally dia sakit masuk wad doktor suruh jawab soalan-soalan tu.
ReplyDeleteSelalu sakit mental dan fizikal ni berkait. Kalau check badan semua function means dalaman yang kena ubat. Semoga ahli keluarga Mrs. A diberi kesembuhan
Deletegood sharing..bagus ada MENTARI...jgn Derita Dalam Diam...
ReplyDeleteMoga mentari dapat memberi sinar
Deletebunuh diri hukumnya haram dan pasti akan disiksa berat nanti di akhirat
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian Sal ini.. Semoga Mentari mampu membantu mereka yang memerlukan.. Yang memerlukan bantuan harus kuat untuk dapatkan bantuan barulah boleh orang membantu.. Semoga kita semua dalam keadaan baik-baik sahaja.. InsyaAllah..
ReplyDeletesemoga semua yg ada ptsd kembali sembuh.. jgn sampai terfikir nak bunuh diri
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga dapat membantu mereka yang memerlukan. Bagus ada kempen sebegini. At least mereka tahu ada jalan penyelesaiannya.
ReplyDeleteYang tak bestnya hosp.kerajaan tu lah bertukar doktor. Payah nak kena bercerita semula kan.
Apa yang penting, kita sendiri kena berusaha tolong diri kan…
ReplyDeletekempen sebegini perlu diperluaskan. kalau dulu jaranglah nk dgr kes bunuh diri ke apa ke... tp sekarang, boleh dikatakan saban hari ada je kes sebegini. sokongan org sekeliling jg penting. kpd pesakit, dapatkan sokongan dan jgn malu dgn penyakit anda... setiap penyakit ada ubatnya insya allah
ReplyDeletekempen mcm ni kena war-warkan. skrg kes bunuh diri memang tinggi dgn kos sara hidup pun tinggi
ReplyDeletesemoga sal terus sihat dah dijauhkan dari anxiety amin
ReplyDelete