Santai Yamcha Dimsum Genting Premium Outlet

Friday 20 May 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ini entry throwback aku dan rakan-rakan bercuti ke Genting Highland Januari 2022 yang lepas. Punyalah lama baru berupdate hari ni.

Dari rumah aku, kitorang direct ke Genting Premium Outlet. Kami pergi hari bekerja, memang semua pakat ambil cuti masa tu. Sampai GPO, shopping sikit pastu cari port untuk lunch walaupun dah heavy breakfast. Tempat sejuk biasalah cepat lapar. Hehe. Well, actually masa kitorang pergi ni cuaca panas. Tapi sebab Genting ni tanah tinggi, angin sejuk tu counter bahang matahari so selesa je. Sejuk sangat pun tak best.

First thing first, makan di GPO ni kena check betul-betul status halal restoran-restoran di sini. Kalau tak yakin makan sahaja di restoran yang biasa dijumpai di mall lain serata Malaysia macam Dubuyo, Dome atau Old Town. Nak fast food boleh makan BurgerKing. Food Court pun ada.

Senarai kedai makan di Genting Premium Outlet

Aku suggest Santai Yamcha Dimsum bukanlah sebab aku suka sangat makan Dimsum atau Chinese Food, tapi sebab tak pernah lagi try makan kat situ. Nak jugak kelainan. Lagipun ada logo halal besar-besar kat depan kedai so kita yakin lah. 


Kemas dan bersih je restoran ni. Tak ada orang sebab ni hari bekerja


Cantik mural di dinding

Kitorang duduk di koridor luar tapi aku lupa ambil gambar meja. Ada gambar view ni sahaja.


Menu di Santai Yamcha. Harga bagi aku berpatutan dengan lokasi. Tak pasti di outlet lain macamana. Di Genting Highland ni harga semua jadi high juga



Mi Tarik With Chicken Bites

Spicy Dry Mi Tarik

Chicken Rice

Custard Lava - order sebab comel

Mi Tarik with Fishball

Aku dah lupa total harga berapa makan kat sini. Rasa tu OKlah. Aku suka mi tarik tapi stail yang aku selalu order takde pulak. Kalau makan di kedai mi tarik selalu mintak yang pedas sikit, berkuah dan ada daging. Aduh teringin mi tarik pulak.


Takde point gambar ni tapi orang kalau datang Genting Premium Outlet memang akan ambil gambar kat sini. Cuaca panas berdenting sampai aku terpaksa pinjam spek hitam kawan aku untuk ambil gambar. Dahlah pakai mask. Dah macam Kevin Bacon dalam filem Hollow Man pulak

Baca ni juga : Cara pergi Genting Skyworlds dari GPO naik cable car

Nanti next entry aku share pulak kitorang stay hotel mana di Genting Highland ni ye. Thanks for reading!

27 comments

  1. Ingat makan dim sum.
    Suka juga mi tarik. Memang pilih yang pedas sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka sangat dimsum. ya, mi tarik kena ada chili oil lagi sedap

      Delete
  2. Cute nya pau tu..hehe..mee tarik..ngences..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. kami beli pun sebab comel. memandang rupa betul lah

      Delete
  3. TEMPAT TINGGI HARGA MAKANAN PUN TINGGI JUGA HEH HEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tempat orang kayangan ni, harga pun kayangan

      Delete
  4. Mi tarik tu nampak best. Simple presentation tapi cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la. tapi pernah makan yang lagi sedap

      Delete
  5. cantik mural tu... tgk menu pun best & byk pilihan... bila nk ke kuching pulak sal? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu air asia elok sikit dari kegilaan dia

      Delete
    2. nnt plan ke sini roger akak k

      Delete
    3. Insha Allah. Segan nak kacau kakmim busy dengan keje dengan keluarga lagi

      Delete
  6. selalu klo g gpo mmg tak makan, minum je situ then balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish, tak lapar ke sis sejuk-sejuk tu? saya kalau ke GPO lama, tu yang kena makan

      Delete
  7. bulan 7 atau 8 plan nk pi. sbb adik ipar dh kawen. haaa boleh la terjah

    ReplyDelete
  8. lawa view GPO tp tulah kalau pi hari minggu ramai org

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza. sebab tu sanggup ambil cuti hari biasa. actually plan asal nak jalan-jalan ambil gambar kat skyworld. huhu

      Delete
  9. dia punya mural tuuu...ironi sangat hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, rasa macam perli kiter pulak. haha

      Delete
  10. Gambar mural tu cantik dan makanan nampak sedap. Best nya

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi sampai kat genting primium tu...huhuhu Sal buat le tour jenjalan ke situ hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak kak, tu nanti kena tukar profesion jdi youtuber atau vlogger. saya pemalu, mampu menulis je

      Delete
  12. Terpikat tengok mural di dinding tu. Cantiklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mural tu perli kiter, ambil gambar sebelum makan. huhu

      Delete
  13. order sbb comei...i like! lama gile x gi genting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpengaruh dengan rupa luaran. nasib baik sedap

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah