Sarapan Pagi di Restoran Rebung

Tuesday 28 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Sambung cerita aku berjogginglah sangat di Kuala Lumpur. Penat berjalan, perut pun mula terasa lapar. Maka, keluarlah soalan terpaling agung dalam sejarah peradaban manusia : Nak makan kat mana?

Baca ni dulu : Jalan-jalan KL : Kaki Bukit Nanas ke River of Life

Kalau ikutkan, Kuala Lumpur ni tak kurang kedai makan yang menarik, tapi selain dari masalah parking, kena jugak tengok kedai tu crowded ke tidak. Hampir semua port sarapan sedap di tengah KL dipenuhi geng basikal kalau pagi hujung minggu atau cuti umum. Pusing punya pusing, tetibe ND cakap dia teringin nak try Restoran Rebung. Wah..restoran eksklusif! Restoran Rebung ni milik Chef Ismail tau. Teringat aku Restoran Serai milik Chef Wan. Both pun aku tak pernah pergi, tau nama aje.

First thing first, usha mini purse dulu. OK ada bawa kad debit sebab cash aku bawak dalam RM50 je gitu. Pergi beriadah memang jarang bawak purse besar dan malas bawak duit banyak. Tak mau bawak beg berat-berat. Eleh, macam lah bawak beg ringan lari laju. Ha..ko mampu masuk restoran milik chef terkenal pakai baju jogging? Badan pun bau peluh. Takpelah yang penting boleh bayar. Takdelah kena suruh basuh pinggan.

Walaupun both of us tak pernah makan di Restoran Rebung, tapi boleh waze aje direction ke sana. Tapi tu dia, boleh tahan jam jugak, hari Ahad kan. Hari terakhir cuti sekolah pulak tu.

Kena parkir di Parking Bertingkat Taman Botani. Kalau nak ke Taman Botani Perdana (dulu orang panggil Taman Tasik Perdana) better parking di sini. Lagi selamat dari park tepi jalan. Harga RM5 sekali masuk.

Baca pengalaman Blogger Nohas : Piknik di Taman Botani Perdana 



Kami sampai dah pukul 10 lebih, jadi terlepas buffet breakfast. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku bukan makan banyak. Memang rugi kalau bawak aku gi buffet. Bayar mahal-mahal, makannya secoet. Buffet breakfast hanya pada hari Sabtu dan Ahad, dari pukul 8 hingga 10 pagi. Harga RM20 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. (Info adalah benar sewaktu entry ditulis)

Kali pertama masuk restoran setelah sekian lama. Aku ibarat rusa masuk stadium. Warna kuning ceria, dihiasi peralatan dapur orang Melayu macam tudung saji, dulang dan pinggan corak antik. Suasana tenang. Ada juga bahagian dining di luar.

Maybe sebab dah habis buffet breakfast, so restoran ni lengang. Kebanyakan meja ada placard nama. Reservation untuk lunch agaknya. Makanan untuk breakfast pun dah tinggal sikit, so kita makan ala carte sahaja. Ada staf restoran yang cedokkan. Maybe sebab SOP Covid 19. Or memang kelaziman di sini dari dulu? Tak silap aku Blogger Nohas pernah makan di Restoran Rebung ni tapi entahlah tahun bila aku baca entry tu. Lupa sudah.


Menu di Restoran Rebung ni adalah masakan Melayu tradisional. Sesuai lah kan dengan namanya. Siapa sini suka makan rebung? Aku takdelah suka sangat, tapi kalau dah hidang tu makan aje.

Nak baca dan lihat gambar rebung sebelum dimasak, boleh jengah blog Warisan Petani : Rebung Buluh Betung

Resepi Gulai Rebung Rendah Lemak pula dari blog Farrah MF 


Takde rebung masak lemak, tapi kami ambil Nasi Lemak, Lontong, Roti Canai dan 2 jenis kuih. Air Teh Tarik dan Kopi O takde dalam gambar. Belum sampai. 

Disebabkan meja di bahagian dalam dah penuh dengan reservation untuk buffet lunch, kami makan di bahagian luar. OK jugak, lagipun lepas berjogging, kang kepam pulak restoran ni. Hahaha.


Seronok makan di open air dining sejak larangan merokok 3 meter dari restoran dikuatkuasakan. Buffet lunch dah disediakan seawal pukul 11. Siapa-siapa yang berminat boleh call dulu untuk reservation. Info lanjut aku akan kongsikan di hujung entry.




Rupanya restoran ni milik Datuk Dr. Sheikh Muzaphar juga, tapi takdelah pulak nampak diorang yang memasak. Mungkin sekadar pemilikan, tapi tak kisahlah sebab masakan sedap. Kenalah jaga standard kan. Teringat dulu pernah makan di restoran milik pengarah filem terkenal tapi rasanya agak krik krik. Layanan staf pun biasa-biasa je. Dipendekkan cerita, restoran tu tak tahan lama selepas feedback yang kurang memberangsangkan. Bukan senang tau nak venture business makanan ni. Setakat jual nama tapi kualiti tak setaraf memang cepat bungkus.

Siapa pengarah tu? Tak perlulah mention sebab restoran tu pun dah tutup. Ni kisah berbelas tahun dulu. Zaman aku muda remaja.


Jamu mata tengok alatan-alatan yang digunakan orang Melayu. Rindunya kampung. Tapi..sebenarnya kalau pergi kampung pun dah susah jumpa alatan-alatan ni. Ada bubu, nyiru, kain batik, baju kurung Kedah dan serkup ayam.


Kenyang perut senang hati. Bukan restoran eksklusif dalam hotel, so takdelah specific dress code.


Masa dapat bil, terkejut jugak aku. Harga total RM21.20 je untuk 2 orang! 2 kali aku check takut cashier tersalah kira, tapi memang betul. Murah kan? Buat penat je aku risau cash tak cukup.  

𝗕𝗨𝗙𝗙𝗘𝗧:

𝙈𝙞𝙣𝙞 𝙇𝙪𝙣𝙘𝙝 𝘽𝙪𝙛𝙛𝙚𝙩 (Setiap Hari)
11.30 pagi - 3.30 petang
Dewasa - RM 38 nett
Kanak-kanak (5-11 tahun) - RM 28 nett

𝘽𝙧𝙚𝙖𝙠𝙛𝙖𝙨𝙩 𝘽𝙪𝙛𝙛𝙚𝙩 (Sabtu & Ahad sahaja)
8 pagi - 10 pagi
Dewasa - RM 20+
Kanak-kanak (5-11 tahun) - RM 18+

𝗥𝗲𝘀𝗲𝗿𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻:
☎ 𝟎𝟑-𝟐𝟐𝟕𝟔 𝟑𝟓𝟑𝟓 / 𝟎𝟑-𝟐𝟐𝟕𝟔 𝟐𝟓𝟐𝟓 ☎
************************************************

𝗗𝗲𝗹𝗶𝘃𝗲𝗿𝘆 & 𝗧𝗮𝗸𝗲𝗮𝘄𝗮𝘆 Order dibuka setiap hari seperti biasa! 
Order boleh dibuat di aplikasi FOODPANDA. Link seperti di bawah
 
𝗙𝗢𝗢𝗗𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔
👉 https://www.foodpanda.my/.../restoran-rebung-chef-ismail 👈
𝗕𝗘𝗘𝗣
👉 https://restoranrebungchefismail.beepit.com/ 👈

Order boleh dibuat seawal jam 11.00 pagi. Last order pada pukul 8.00 malam 
Info ni aku dapat dari Facebook rasmi Restoran Rebung

Lepas makan, balik lah rumah, takkan nak makan lunch pulak. Memang kenyang sampai petang.

So..final review: For breakfast, highly recommended! Harga berpatutan dan sedap. Restoran selesa dan luas, very family friendly. Toilet pun ada. Lepas berjogging di Taman Botani Perdana bolehlah breakfast di sini. Dah complete vaksin boleh dine in. Mana tau tengah-tengah makan Chef Ismail datang menyapa.

Ada rezeki, nak cuba buffet lunch pulak. 

Siapa lagi pernah makan di sini? Sharelah pengalaman di ruangan komen. Kita raikan perbezaan pendapat.

Thanks for reading ya!

49 comments

  1. Alhamdulillah wah rehlah lepas jogging di restoran chef celebriti dan ostronot malaysia tu. Betula jika ambik buffet nak kena "cat walk" ambik makanan pula kan.. Harga beepatutan..pernah menjamah sana sempena family reunion suatu masa dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik juga tak join buffet. badan pun bau peluh, takut orang lain tak selesa

      Delete
  2. Pernah dengar juga makan di sini sedap. Walaupun tukang masaknya orang lain tapi kalau sedap memang puas hatilah.
    Teringin pula nak merasa air tangan chef celebriti.
    Pernah dulu sekali masuk restoran orang 'artis' sekitar PJ, tapi terkejut..... rasanya sekali itu sajalah datang situ, sebab hanya indah gambar makanan dari rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul chef selebriti yang masak, rasanya tak dapat harga semurah tu. Restoran orang terkenal kalau mahal tapi rasa tak sedap, memang tu lah pertama dan terakhir datang

      Delete
  3. Hehe emak dan abah akak pernah makan sini. Kasihan akak belum.
    Mungkin boleh pujuk mereka bawa sini nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun teringin nak bawa parents sini. masakan Melayu biasanya orang tua-tua suka

      Delete
  4. murah jugak ye..tempat selesa..bawak anak2 bagus jugak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis. ada meja yang besar juga kalau group yang besar

      Delete
  5. ok jg breakfast ala-carte disini, price reasonable...restoran ni luas, byk benda nak tengok..hehe..

    Thanks ya, letak link entry akk..hihi..depa buat mini buffet lunch, price reduce RM2.00, dulu RM40 per pax..pernah makan 2x di sini..sedap makanannya, puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, sambil makan sambil jamu mata. kalau makan area luar lagi selesa tengok tumbuhan hiasan yang digantung

      Delete
  6. wah harga berbaloi makan katrestoran terkenal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, harga tidaklah mahal walaupun pemiliknya chef terkenal

      Delete
  7. Cantik deko dlm restoren tu...barang2 lama dulu..

    ReplyDelete
  8. satu lg soklan teragung utk org pompuan bila lapar ialah nak makan apa 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang perempuan ni semua dia teringin. tapi pastu makan sikit je

      Delete
  9. Istemewa..subahanallah suka tengok tau gambar2 lawa lah aduhai REBUNG..menawan kalbu ramai orang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. restoran ni memang lawa cikgu. Takdelah indah khabar dari rupa

      Delete
  10. Murah je harga mknan dia ya, kira standard lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah harga sesuai dengan keadaan restoran. layanan pun baik

      Delete
  11. Alang alang keluar jogging lah sangat tu, dapat jugak menjamu selera di Resto Rebung. Pernah dengar tapi tak pernah jejak lagi. Baru tahu resto ni dengan Dr Sheikh Muszaphar sekali rupanya. Ingatkan memang milik Dato'Chef Ismail.
    Cantiklah decoration resto ala kekampungan ni. Makanan tradisional of courselah sedap tu. Kalau saya prefer open air dapat juga memandang view luar.
    Ehhh macam tak caya pulak harga dia berpatutan macama tu. Banyak jugak menu tu kan. Kadang takut nak masuk restorant nama nama gah ni sebab takut takut terkejut tengok harganya tu. Hehe...Baguslah sedap menunya daripada sedap hanya pada namanya je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun tengok dari luaran, ingatkan mahal rupanya berpatutan. Betul tu Fizah makan di kawasan open air lagi selesa sesuai jugak dengan keadaan pandemik tak habis lagi

      Delete
  12. selalu makan sini time lunch je...
    memang penuh sentiasa la kan..
    bila pkp semua ni, dah wfh, lama gila x pegi area situ

    maybe bole try bkfs hujung minggu kat situ la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun terfikir benda sama. golongan bekerja sekitar area ni mesti selalu lunch di sini. sedap jugak breakfast dia.boleh bawa Uyum

      Delete
  13. Wah murah la harga gitu Sal. Sangat berbaloi.
    Ada rezeki teringin jugak nak merasa makan sini.

    ReplyDelete
  14. Cantik tempat dia👍👍 kalau ade Peluang InsyaAllah nak pi juga😊

    ReplyDelete
  15. Hai Sal…. Dari dulu sampai sekarang maintain cute je… hakak jugak yg ke debab hihi… Sal Kalau dah makan sedap tu maksudnya sihat lah ek hihi… Tak yah Nak tanya lagi hihi…
    Hakak pernah makan kt sini zaman kerja dulu… org belanja, mmg sedaplah lagi lagi makan free kan hahahaha.. siap dpt ber sembang ngan chef Ismail lagi masa tu

    ReplyDelete
  16. Selepas semua pandemic ni habis nanti boleh la gather2 ngan kawan- kawan JJCM kan?

    ReplyDelete
  17. Belum berkesempatan berkunjung ke restoran rebung m menu nampak sedap . Tempat pun cantik je dengan gabungan decoration

    ReplyDelete
  18. It looks cosy. The food is affordable. I should dine there soon..

    ReplyDelete
  19. Ini kalau hubby Nina mau tukar baju dulu baru masuk resto.. hahahah

    Vedal je sal janji ada duit nk bayar. Menarik deco resto ni. Ala more traditional.

    Mkn jugak rebung tp tak lah fav.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Benda tak plan. Lagipun kami bukan kaki OOTD. Nak tukar baju kena mandi dulu.tu sebab duduk jauh dari orang

      Delete
    2. Hehhehe.. nasib baik skrg ramai pakai mask tak lah berbau ke apa

      Delete
  20. Wow.. Harganya not bad.. SHa pun berdebar tunggu Sal reveal harga yang perlu dibayar..
    Lunch buffet pun menarik harganya.. Boleh singgah kalau lajak ke sana nanti.. kikiki..

    ReplyDelete
  21. Lepas penat berjogging memang kena isi perut dulu. Itu wajib hahaha
    Dalam family, akak seorang je belum pernah makan di sini. Kalau ada gathering ke event ke kat Rebung, mesti akak tak ada. Harga memang 'unsangkarable' lah. Bolehlah nanti one fine day kita berebung-rebung di sini.

    Thanks, Sal promote link gulai rebung akak. Lapp you! 😊

    ReplyDelete
  22. Nampak mcm makan kat hotel kan.. pastu murah, kalau dekat dah gi makan sini hari2

    ReplyDelete
  23. Boleh try lah kot lepas ni memandangkan dah ada dekat putrajaya ni kikiki tapi itulah bila cuti panjang je baru boleh pi >.<

    Murahhhhhh jugaklah harganyaaa, kemain kak sal risau hahaha, sekali 21 hingget gituu je.

    ReplyDelete
  24. Ahkak pernah makan kat restoren rebung ni yang tempat lama. Siap bawa kawan dari Indon lagi makan kat situ. Sedap sebab masakan kampung. Chef pun ramah je tegur kami tak sombong

    ReplyDelete
  25. Dr Sheikh tu dah lama jadi rakan kongsi dengan Chef Ismail sejak kat tempat lama lagi. Masa tu baru femes nak naik angkasa. Siap ada poster besar Dr Sheikh masa dia nak pi angkasalepas. Masa tu bila kami makan kat situ berdoa semuga Dr Sheikh ada datang tapi nan ado. Jumpa dia masa pelancaran buku dia kat pesta buku untuk signature buku yang dia tulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..saya dulu crush teruk kat Dr.Sheikh tu. segala event dia saya pergi. hehe. tapi tu masa saya muda lah. ada gambar dengan dia dulu tapi dah hilang. huhu

      Delete
  26. Tempat baru ni kami belum pergi lagi. Nanti kalau geng ulat buku free boleh lah kita orang serbu makan kat situ...apa lagi tempat dah cantik dan luas. Tempat lama dulu ada bilik2 dan macam sempit sikit dari tempat sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pergi cawangan lain kot? tak silap saya di bangsar pun ada juga

      Delete
  27. Murah tu lontong je baru RM5...tenguk lontong emm sedapnya. My peberet tu. dapat rendang ayam kampung perghhhh nambah lagi sambal kacang. hehehe rebung masak lomak cili api campur tetel daging sodap. Alahaiiiii lapor lah pulak tengharai cakap pasal makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. teringat makan lontong di muar ke tu? yang di restoran rebung ni takde rendang pulak

      Delete
  28. ok jugak ratenya... ingatkan rest rebung ni fine dining yg eksklusif je.. rupanya mampu milik jugak

    ReplyDelete
  29. Sedap2 menu pilihan sal. Deco dlm kedai cantik juga suka mama tgk

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah