of Atlet Pondan, Katil Kadbod dan kontroversi Olimpik Tokyo 2020

Sunday 1 August 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Olimpik masih berbaki seminggu. Tahniah kepada pasangan beregu badminton Malaysia Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya merangkul pingat gangsa. Olimpik bukanlah platform yang mudah untuk melayakkan diri, meraih pingat apatah lagi. Asam garam jadi atlet, bila menang disorak, bila kalah dikutuk. Semua atlet yang kalah akan rasa kecewa, bukan Farah Ann sahaja. Korang just tumpu perhatian lebih kat dia sebab dia cantik. Lol

Image credit : HERE

Terdetik nak tulis entry ni masa adik aku tanya, “Kenapa Tokyo 2020, bukan 2021?” Agak unik Olimpik tahun ni sebab tahun acara tak sama dengan nama. Semua tahu yang Olimpik sepatutnya diadakan tahun lepas, tapi postpone gara-gara pandemik. Aku turut rasa sedih, sebab dah merancang nak merasai suasana tersebut di Tokyo. Dah beli tiket flight dan booking AirBnB. Apakan daya manusia hanya merancang. Perancangan Allah lagi baik.

Anyway, berbalik pada soalan tadi. Olimpik 2020 telah menjadi satu ‘brand’. Segala persiapan macam banner, merchandise, promotion material dan props event dah siap print dengan perkataan ‘Tokyo 2020’. Mengubah nama bermakna semuanya kena ditukar. Kesian pulak pada pihak penganjur, sudahlah rugi besar kerana tak dapat pulangan dari penjualan tiket dan kena keluar duit lebih untuk SOP Covid 19, kena pulak tanggung kos tukar nama. Lagi satu, walaupun olimpik tahun ni diadakan pada 2021, edisi seterusnya dirancang kekal pada 2024, 2028 dan seterusnya. 

Source: https://www.sportingnews.com/us/athletics/news/why-the-2021-olympics-called-tokyo-2020/

Bukan itu sahaja keunikan/ keanehan Olimpik kali ini. Antara kontroversi yang menarik perhatian adalah:

  • Katil kadbod

Credit image : QZ

Desas-desus mengatakan katil saiz single ni dibuat untuk mengelakkan atlet mengadakan hubungan s**s. Salah satu SOP mengelakkan penularan Covid 19.( Aku censored bukan sebab perasan baik, tapi takut iklan merepek muncul.) Ada yang kata katil tersebut akan roboh kalau ada pergerakan melampau padahal katil tersebut mampu menampung berat sehingga 200 kg. 

Sebenarnya, katil tersebut dibuat menggunakan kadbod untuk mengelakkan pembaziran. Jepun terkenal dengan amalan kitar semula yang sangat strict. Mengambil pengajaran dari penganjur-penganjur sukan besar sebelum ni yang dibanjiri ‘sampah’ selepas habis tournament.  

Diorang ni asal Jepun je, fikir s**s, nampak sangat banyak tengok p .. Eh marilah kita move on ke point seterusnya

Source : https://www.dezeen.com/2021/07/11/cardboard-beds-modular-mattresses-airweave-tokyo-2020-olympics/

  • Gimnas Jerman memakai unitard
Edited : Since ada blogger tanya apa itu unitard, so aku payung gambar di bawah :

Credit Image : TIME

Agak susah menonton acara macam gimnastik dan terjun tanpa berasa ‘segan’ kerana uniform yang bukan takat menjolok, tapi merodok mata. Rupa-rupanya bukan penonton saja yang tak selesa, atlet pun sama.

Apabila pasukan Jerman mengambil keputusan bertanding dengan memakai unitard instead of usual attire, ia menimbulkan kontroversi. Yang ni aku suka, sebab kalau atlet lelaki boleh, kenapa perempuan kena pakai seluar super tiny. Harap Malaysia boleh la tiru.

Source : https://www.si.com/olympics/2021/07/25/tokyo-olympics-germany-gymnastics-wears-unitards

  •  'Penyamaran' Russia
Credit meme : 9Gag

Gara-gara kantoi isu doping secara berjemaah pada tahun 2019, Rusia telah dilarang menyertai sebarang tournament antarabangsa termasuk Olimpik selama 4 tahun. Begitupun atlet Rusia tetap bertanding atas nama ‘Russian Olympic Committee’ (ROC) . Mereka tidak boleh terlibat dalam isu doping 2019 dan langsung tidak dibenarkan menggunakan nama ‘Russia’.

Kalau tanya aku, macam takde beza je. Haha

Source : https://time.com/6084195/what-is-roc-olympics/

  • Atlet Transgender dibenarkan bertanding dalam kategori wanita

Antara isu paling kontroversi. Bagi sesetengah pihak, ia dianggap tidak adil kerana secara biologi lelaki lagi kuat dari wanita. atlet trans paling mencuri perhatian adalah Lauren Hubbard, atlet angkat berat dari New Zealand. 

Pendapat peribadi aku memang tak adil tapi itulah keputusan yang dibuat IOC (International Olympic Committee) sejak 2004. Tak faham aku pride movement ni. Nasib baik lah Malaysia jadi tuan rumah Sukan Komanwel tahun 1998 sebelum wujud polisi merepek ni. Jenuh la tengok atlet pondan bertanding kategori wanita. Mau ada yang kena baling botol air. 

Source: https://www.nbcnews.com/nbc-out/out-news/first-openly-transgender-olympians-are-competing-tokyo-

  • The Last Airbender?
Credit meme : 9Gag

Peminat siri Avatar - The Legend of Aang, mesti kenal watak 'Airbender' atau 'Pengolah Udara' iaitu Aang. Atlit acara 'Windsurfing' dari Netherlands ini menarik perhatian kerana mewarnakan rambutnya seperti karekter tersebut. Lebih menarik apabila Kiran Badloe memenangi pingat emas. Not really kontroversi, cuma a very heart warming story. 

Siapa lagi layan Olimpik? Korang suka layan sukan apa? As for me aku suka tengok acara renang, gimnastik, olahraga, badminton dan terjun. 

Kenangan bergambar bersama atlet terjun Malaysia - Leong Mun Yee dan Bryan Nickson, circa 2013. I'm so star-struck masa ni. Haha.

Rindu juga Jepun. Bila lah dapat sampai 'Negara Gila' ni lagi.

Korang pulak, apa lagi isu menarik di Olimpik Tokyo 2020 yang menarik perhatian? Jemput kongsi di 
ruangan komen.

44 comments

  1. Sama laaa knret oun lbh krg suka tgk sukan yg sal mention tu.. Satu lagi slalu nya suka tgk opening ceremony hahah.. Tp klu ada msia bertanding x kira la sukan apa pun tetap akan jadi minat tetiba haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. samalah, walaupun selama ni tak layan sangat sukan memanah ke sailing ke, tengok aje sebab ada atlet Malaysia

      Delete
  2. Haritu sempat juga tengok opening olimpik tokyo 2020 ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. opening pun menarik jugak. meriah walau takde penonton

      Delete
  3. Mcm2 isu Olimpik 2020, sampaikan katil pun jd berita..pening jd tuan rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katl tu unik. Pening jadi tuan rumah musim pandemik. lagi pening bila ada yang tak dengar bahasa

      Delete
  4. olimpik musim pandemik mmg mencabar Tokyo laksanakannya dgn baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju kak PI. hampir dibatalkan tapi diorang tetap push nak buat. memang dedikasi dan berdisiplin

      Delete
  5. Excited nak tengok Olimpik kali ni sebab tuan rumah Jepun yang sememangnya wow kalau bab teknologi ni. Rasa semangat nak tengok. Suka dengan entrance peserta kat board besar tu sebelum game. Bagus negara Jepun ni well prepared semuanya even pandemik dan kerugian yang sebelum ni. Katil dan medal tu idea yang bagus buat dari bahan yang boleh dikitar semula. Terbaik idea mereka ni. Pakai Unitard tu okay juga kan. Better lah. transgender tu baru tahu ada jugak. Boleh pulak ek. Macam macam gaya atlet. Suka tengok gaya atlet olahraga, macam macam fesyen ado. Saya layan semua yang ada team Malaysia. Support team Malaysia lah katakan :)

    Tahniah buat team beregu badminton berjaya bawa balik medal untuk Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun memang wow bab teknologi ni. semalam tengok pengenalan atlet acara 100m final siap ada light show atas track. ternganga sekejap. Atlet olahraga memang stailo. siap mekap lagi. Cool betul

      Delete
    2. itulah terkedu betul tengok final tu. Tutup lampu, light slow dia kebabom. Sekali ada atlet fault pulak. Huhu..

      Delete
  6. Akak tgk yg atlet israel lompat atas katil tu..tak berakal punya manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang diorang tu tak reti hormat harta benda orang. patut ban je dari masuk pertandingan lagi

      Delete
  7. Seronok baca ada a few facts pasal Tokyo 2020 ni yg saya tak tahu.

    Isu katil tu tahu sebab ada atlit I****l buat experiment sampai patah2 katil , Ish tak baikkkk. Memang meminta dibenci satu dunia ya muka tak tahu malu ni

    Isu transgander tu baru tahu... Sebetulnya sangat tak adil lah. Even dia tukar jantina dia still ada kudrat asalnya ish ish ish

    ROC sama lah. bagi saya pun sama juga tak ada beza pun hm. Kalau nak banned, banned la betul2.

    Betul isu Tokyo 2020 tu. Kalau tukar Tokyo 2021 habis la tak ikut olimpik punya event name tu. Olimpik kan 4 tahun sekali. Ini pertama kali olimpik ditunda. Tahniah Jepun! Tak sabar nak tunggu Tokyo paris 2024 wehoooooo

    Thaniah kepada semua alti-atlit Malaysai yang dengan megah membawa nama malaysia ke persada dunia. Kalian semua pemenang pingat emas di hati kami ❤

    Sukan yang paling ditunggu semestinya semua sukan yang ada atlit malaysia hehe cuma sailing laser tu tak faham macam mana. jadi tengok2 giu je. Semoga malaysia buka mata dan bagi tumpuan lebih kepada suka-sukan yang bawa nama malaysia ke peringkat Olimpik.

    Psttt : Best kan kalau takraw jugak dipertandingkan dalam olimpik hehe teringin juga nak tengok negara-negara barat lipat gunting haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, acara sailing dan golf tak faham sangat, mampu sokong atas angin jelah. sepak takraw tu menarik jugak kalau jadi acara olimpik, tapi masalahnya di Asia pun kita kurang hebat. harap next olimpik kita boleh hantar lagi ramai atlet. Sukan ada potensi memang patut diberi perhatian

      Delete
  8. Rindu Jepun jugak, setiap kali tengok Olimpik games I was like "Bestnyaaa dorang dapat pergi Jepun"..hehe..ingat senang nak lepas masuk Olimpik! Bukan calang-calang nau..tahniah kontinjen Malaysia! You make us proud and sports unite us :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga dapat pergi Jepun lagi. sayang betul Corona ni time olimpik di sana.

      Delete
  9. Tahniah malaysia dapat satu pingat gangsa untuk badminton, mudah-mudahan dapat pingat emas bagi acara basikal, inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..harap berbaloi beli basikal mahal. Go go Pocket Rocketman!

      Delete
  10. Itulah akak tertanya mula-mula ROC ini negara mana. Haha tapi itulah macam tiada beza pula tukar nama.
    Suka acara lari, menembak, acara balapan.
    Tidak sabar tengok acara basikal trek (eh betul ke nama ke basikal velodrum?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acara yang Datuk Azizol Hasni masuk tu aara trek rasanya tak sila psaya. tapi kalau difikir balik, tak ada atlit Rusia pun bosan sebab kebiasaannya diorang ni hebat. tapi takpelah asalkan yang bertanding tu tak terlibat dengan penggunaan bahan terlarang ok lah

      Delete
  11. paling mendebarkan tiap kali tgk malaysia lawan badminton

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish..memang rasa nak tercabut jantung. lagi-lagi kalau perlawanan tu sengit and masuk rubber set

      Delete
  12. Semoga selepas ini ada kilauan emas bagi acara berbasikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...harap tuah basikal mahal Pocket Rocketman.

      Delete
  13. yg pondan dr NZ tu, igt kn bertanding acara wanita bleh dpt emas tp kelayakan pun x lepas kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang kata dia saja je, sebab tak nak orang kata IOC tak adil. Kita tengok 2024 cmane, lagi ramai ke dah berkurang

      Delete
    2. better dia dan puak2 seangkatan dia tu msk paralimpik laa bwh kategori OKU kecelaruan jantina hehehehehe

      Delete
    3. orang paralimpik pun tak nak claim.huhu

      Delete
  14. Gigih kite google unitard tu ape, haha! Nk jugk one day pi jepun, depa kta lagi lawa dari korea, emm, covid, pasport naik cendawan dahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah, untuk awak akak dah tambah gambar dekat entry. Akak memang lagi suka Jepun dari Korea. lawa tu depends pada tempat kot. passport akak kalau boleh buat karangan mesti dia tulis kisah sedih

      Delete
  15. Suka tengok opening ceremony. Kalau bukan pandemik mesti lagi meriah..

    ReplyDelete
  16. pasal transgender tu rasanya sbb mereka ni diiktirafkan transgender ada banyak benda kena lalui. Salah satunya rasanya sebab hormon estrogen diorang lagi tinggi dah.

    ReplyDelete
  17. menariknya semua fakta yang sal senaraikan. Yang kadbod tu ada la tengok dekat tiktok sebab atlet2 update. Atlet israel lompat2 sampai rosak. negara lain excited la jugak tapi israel ni over. Pastu medal diorang power la buat dari handphone yang dikitar semula. Power betul jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang memang resourceful kan. Negara kecil dan takde banyak sumber bahan mentah so make do dengan apa yang ada. sangat bijak

      Delete
  18. Akak jadi bijak Olimpik 2020 baca entri ni. Acara yang akak tengok lebih kurang sama dengan Sal gak. Oh ada lagi yang menarik, kisah atlet China 14 tahun yang menang acara diving tu dan Tom Daley dengan aktiviti knittingnya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya. Tom daley tu memang comel mengait di tepi kolam. atlet China 14 tahun tu saya cakap dengan adik saya dia keluar dari perut mak dia buat sommersault. huhu

      Delete
    2. Hahaha ada possibility tu... bakat dikesan sejak keluar perut 😅

      Delete
  19. Jepun memang wow dari segi teknologi dia, tengok lah pingat olimpik tu, diperbuat daripada telefon lama rasanya. Sebab negara mereka kurang hasil yang diperlukan untuk cipta pingat tu. Bagus kak sal letak terus gambar tu, baru nak google hahaha.

    ReplyDelete
  20. Suka part pembukaan dan best bila bunga api....yehhhhh hehehehe bila lah dapat pi jepun ni.....oh oshin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opening Olimpik 2020 awesome kan dengan teknologi Jepun siap drone la laser la

      Delete
  21. Isu unitard tu menarik..
    apa salahnya biar je gimnast pompuan pakai attire tu.. lebih sopan.. dengki la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, peraturannya aneh. Pakai unitard penuh pun masih boleh beraksi dengan baik

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah