Sepetang Di Sekinchan

Wednesday 28 July 2021

Assalamualaikum dan hai semua!

Bertemu lagi kita dalam sesi throwback. Masih di dalam negeri Selangor, kali ni kisah aku dan keluarga ke Sekinchan, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Sabak Bernam. Sekinchan terkenal dengan sawah padi dan perkampungan nelayan. Tempat bercuti yang sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kampung. Bagi warga KL dan Selangor, memang senang la datang sini, tak perlu rentas negeri.


Cuaca di Sekinchan ni lazimnya panas, so lagi seronok jalan-jalan di waktu petang. Apa aktiviti petang hari di Sekinchan? Since dah lama tak tengok pantai, kita pergilah cari Pantai Redang. Eh.. Selangor pun ada Redang? Ha, jangan confuse Pantai Redang dengan Pulau Redang pulak ye.


Kawasan parkir yang luas dan redup


Pantai Redang ni sangat berangin. Laut dia tak sesuai untuk mandi-manda, tapi pantai dia jadi kegemaran penduduk tempatan untuk main layang-layang. Kalau korang ke sini boleh la bawa layang-layang sendiri. Tapi masa kitorang pergi ni ekor layang-layang pun tak nampak. Maybe sebab PKP or maybe sebab hari bekerja.



Berhampiran dengan Pantai Redang ada perkampungan nelayan. Fresh seafood juga antara tarikan utama di Sekinchan. Antara restoran seafood halal popular di Sekinchan adalah:

Abah Ikan Bakar
Restoran Lembah Bernam
Aji Mentarang Bakar
Faridah Mentarang Bakar

Untuk senarai restoran lain pula boleh refer SINI


The famous ‘Wishing Tree’. Antara port menarik untuk bergambar tapi aku malas kang orang kata aku taksub benda yang bertentangan dengan ajaran Islam pulak. 


Gerai makan pun tak ada yang sesuai untuk orang Muslim so kita batalkan hasrat mengeteh di Pantai Redang. Tapi perut cam lapar pulak lepas kena angin laut.

Kalau datang Sekinchan, rugilah tak try makan mentarang. Mentarang hanya boleh didapati di pantai berselut sahaja macam di Pantai Sabak, Selangor. Harganya agak mahal, benda rare lah katakan. Aku lupa sudah berapa. Korang boleh rujuk Facebook Faridah Mentarang Bakar untuk senarai menu dan harga. Actually ada banyak restoran mentarang bakar di Sekinchan, tapi kitorang makan sini sebab ni gerai yang kitorang nampak dulu. 


Nak sedap makan mentarang ni, of course lah order stail bakar or rebus. If dah masak buat sambal ke, sup ke, rasa asli dah kurang. Sedap wei rasanya manis, masin dan tak memuakkan. Sambil taip ni rasa nak berenang ke Sekinchan demi sesuap mentarang tapi apakan daya.

Selain mentarang, kitorang order jugak Siput Pepahat. Ni pun aku first time makan. Gambar lupa nak ambil lah.


Selesai makan, drive menelusuri kawasan sawah. Selain negeri Kedah, Selangor juga merupakan penyumbang kepada hasil padi di Malaysia. 

Banyak burung bangau mencari makan. Waktu ni padi baru mula ditanam, mudah sang bangau memagut ikan yang timbul


Lastly kita ke Pasar Jerami Ban Kenal, Sungai Besar. Orang kata ada jualan makanan kat situ tapi sayang masa kitorang pergi semua gerai tutup. Sendu aje. Nasib baiklah takde golekan rumpun jerami macam dalam filem koboi.

Tak bergambar sangat kerana lighting kurang cantik. Gambar semua gelap. Lebih sesuai ke sini kalau waktu pagi



Sebelum pulang ke homestay, memerhati matahari terbenam dari celahan surau. Kalau nak tengok sunset cantik, sesuai ke Pantai Redang.

Sekian kisah aku dan famili jalan-jalan di Sekinchan, Selangor. Nanti entry berikutnya aku share homestay mana kitorang duduk dan tempat makan lain yang kami pergi di Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Thanks for reading!

45 comments

  1. Menarik sekinchan, dah dengar, dah baca mengenainya, sampai je belum.. Pandai pergi tempat famous, pernah tonton di tv tentang jerami tu, boleh duduk dan ambil gambar.. Thanks for sharing, rasa nak terjah lihat keindahan sawah padi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak boleh travel oversea, kena la jadi kreatif dan cari tempat best dalam negeri sendiri. huhu

      Delete
  2. Mentarang...pepahat...uihh sedap tu..nk dapatkannya pun susah sbb tu harganya mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. di area lain dalam selangor memang tak jumpa. kalau ada pun mahal bebenau

      Delete
  3. Sekinchan ada pantai eh? waaa baru tau hihihi. nanti lepas pkp,pkpb boleh lepak kat sini. anak-anak suka g pantai nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak layang-layang best ni. tapi pantai ni tak boleh mandi ye

      Delete
  4. Saya tak pernah sampai di pantai-pantai yang terdapat di Selangor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantai di selangor kurang terkenal sebab tak sesuai untuk mandi-manda agaknya

      Delete
  5. NYAMAN SEKALI SUASANA DI SINI ADA BENDANG ADA LAUT ADA MENTARANG FEVERET TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla lepas rindu kat kampung halaman sendiri.

      Delete
  6. dah boleh rentas nanti, boleh la pegi sekinchan ni. layan seafood sedap jugak tu :)

    ReplyDelete
  7. Tak pernah singgah Sekinchan. Lalu je lah kalau pergi Sabak Bernam rumah kakak. Sawah padi pun nampak jauh dari jalan je lah. Teringin nak stay kat homestay Padi box yang viral tu. One day nantilah lepas habis covid.

    kalau ke rumah kakak memang akan beli mentarang. Ayah saya suka betul mentarang. Tak pernah missed membeli kalau kesana.

    Sekinchan ni banyak tempat cantik dan best. Cuma jarang nak kesana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pernah stay rumah PadiBox yang viral tu. Dah pernah beli mentarang kat situ, consider dah pernah sampai la tu. hihi

      Delete
    2. Hihi..baiklah kira dah sampai dah walaupun singgah beli mentarang :)

      Delete
  8. rasa sekali je kot jejak sekinchan ni.. itupun sbb g konvoi raya rumah member heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak posing pakai baju raya tepi sawah ke? hehe

      Delete
  9. Betul tadi terkeliru juga Pulau Redang dan Pantai Redang.
    Belum pernah cuba lagi mentarang, pepahat pernah juga makan.
    Menarik juga Sekinchan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mentarang pun sedap kak NA. Ada peluang ke sana nanti boleh cuba.

      Delete
  10. bestkan kalau dapat jalanjalan lagi:(

    ReplyDelete
  11. Teringin lama dah nak pergi sekinchan . Lagi2 time padi menghijau

    ReplyDelete
  12. Mentarang..tak banyak tempat ada. Akak pernah makan masa ke Perlis. Susah juga nak cuci, penuh selut. Tapi bukan akak yang cucilah…tengok adik ipar buat. Hehe

    Cantik gambo sawah ada bangau banyak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka tengok bangau banyak-banyak di sawah. memang meriah

      Delete
  13. kak ana selalu gak pii Sekinchan ni SAL, belum pernah sampai ke pantai ni lagi selalu pi Padi Box tu tengok sawah time menguning cantik sangat view dan beli jagung tepi jalan hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jagung pun femes jugak kan di Sekinchan ni. nanti next time nak pergi time padi menguning pulak

      Delete
  14. wah best nyaa tempat ni 😍 ada sawah lagi wah

    ReplyDelete
  15. Tak pernah sampai lagi tempat ni
    Nampak macam menarik aje

    ReplyDelete
  16. Bila baca tulisan Sal terubat sikit rasa rindu nak balik kampung. Teringat zaman remaj dulu mengharung lumpur di pantai Jeram kutip kerang dan mentarang. Terasa-rasa manisnya mentarang segar. Kami rebus saja cecahair asam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan, mentarang ni sedap direbus sahaja untuk mantain rasa manis tu. semoga nanti kak Amie dapat balik kampung

      Delete
  17. Assalamualaikum. Pertaam kali singgah sini rasanya. Terus follow. Sekinchan. Antara tempat yang saya nk pergi. Selalu tengok orang post pasal mentarang ni. teringin nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Thanks singgah dan follow sini. Insha Allah akan balas kunjungan. semoga lepas habis Covid nanti awak dapat ke sana

      Delete
  18. Cantik view di Sekinchan..laut & sawah padi..

    ReplyDelete
  19. Cantiknya view...okey lepas PKP akak nak explore kat Sekinchan ni..banyak tempat menarik rupanya

    ReplyDelete
  20. mana mentarang? kata ada beli? bak laa sikit hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggal cengkerang je ha. bolehla buat hiasan. hehe

      Delete
    2. baik buat sudu cekdok kuah je hahahahaha

      Delete
  21. Sekinchan, xpernh sampai lagi, one fine dayyyy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh singgah tengok fitoplankton. kali ni tak payah pakai mikroskop. hehe

      Delete
  22. Waaah sayaaang saya tak pernah kesini. Dulu saya studied Kat Penang kak, dan tiap cuti semester, liburan ke KL bareng teman2 college :D. Tapi ya itulaah, hanya having fun je kat KL, or Genting. Tak terlalu eksplore tempat2 macam sekinchan ini.

    Sama kita, sayapun tak suka Ama spot2 kayak wishing tree, atau macam di Seoul , Love Padlocks di Seoul tower, tak nak sungguh ikutan beli Padlocks. Mitos2 cam tuh tak tertarik saya nak ikut.

    Mendingan menikmati aneka seafood kayak di sekinchan nih :D. Sukaaa sangat seafood. Apalagi kalo dekat pantai gini, terasa lebih fresh ya kaaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fanny. Terima kasih singgah dan komen sini. sekarang ni masih di Malaysia ke? Sekinchan ni kurang popularsebab agak jauh dari KL, tapi tetap ada keistimewaan sendiri. Semoga suatu hari awak berpeluang menikmati seafood di Sekinchan atau di mana-mana tempat menarik lainnya di sini

      Delete
  23. Lamanya tak makan mentarang! Memang betul, mentarang ni enjoy makan kalau dibakar atau rebus. Kalau buat hidangan lain, manis isi tu dah hilang menyerap ke dalam kuah 😊

    ReplyDelete
  24. Mentarang sedap pepahat pun sedap. Cantik kan suasana sekinchan di petang hari. Kawasan kampung bagaikan balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla berangan balik kampung walaupun kampung kita kat Muar tu mana ada sawah. Hihi

      Delete
  25. Tak sangka.. Menarik je sekinchan ini.. TQ share percutian sal di sini..
    Mentarang tu tak pernah makan lagi.. Memang mahal kan harga dia..
    Menarik betul kalau dapat cuba..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah