First dose AstraZeneca at PWTC is done!

Tuesday 29 June 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Cerita Jumaat lepas, simpan sini buat kenangan. My first dose of vaksin AstraZeneca(AZ) is done dengan PWTC as PPV (Pusat Pemberian Vaksin). 


Dapat slot ni setelah mendaftar secara sukarela sewaktu ia dibuka untuk kali kedua. Masa first time tu tak aware. Tau-tau eh ramainya dah amik vaksin. The downside of tak aktif di media sosial. Huhu. Tau pasal sesi pendaftaran sukarela kali kedua ni melalui group whatsapp, so terus standby untuk book tarikh. Harapkan dapat tarikh sama dengan adik, ada gang nak borak. Gara-gara sistem jammed dengan manusia dan robot yang tak habis-habis suruh klik gambar traffic light, tak dapat pulak.

AZ merupakan vaksin yang dihasilkan sekumpulan penyelidik dari Oxford University dan dikeluarkan syarikat Sweden-UK. Sumber: What You Need To Know About AZ. Kontroversi yang vaksin ini menyebabkan 'blood clot' dan ditolak oleh beberapa negara besar Eropah seperti Itali, Jerman, France, Denmark etc (SUMBER) menyebabkan rakyat Malaysia takut nak ambil AZ. Sebab tu ia dibuka secara sukarela. Siapa yang tak nak, boleh tunggu giliran untuk Sinovac atau vaksin lain yang akan kerajaan Malaysia beli. Takde paksaan. Jangan gaduh-gaduh.



Aku tak mau drive (seperti yang dijangka), so aku amik Grab je. Plan asal nak naik LRT tapi pagi kejadian malas pulak. Before pergi, makan nasi goreng siap-siap dan tapau burger breakfast MCD takut habis lambat. Sejenis kurus cikeding tapi tak boleh lapar.

Aku sampai kul 10.15 pagi, tapi walaupun slot pukul 11, dibenarkan masuk tanpa banyak soal. Check awal-awal kat MySejahtera korang stesen mana. Semua stesen sebelah menyebelah je.

Kerusi banyak so tak perlu risau lenguh berdiri

Rindunya memori Pesta Buku dan MATTA Fair kat PWTC ni.

Dekat skrin TV tu ada briefing pasal vaksin AZ dan cara isi borang

Pernah bercadang untuk mendirikan rumah tangga tapi sekarang cadangan ditutup. Hahaha.

Aku salute lah dengan management PPV PWTC ni sebab pantas dan effisien. Baru nak duduk dah kena usher ke next area. Bayangkan tak habis isi borang lagi, nombor dah keluar kat skrin. Untuk yang kena gi inject vaksin sorang-sorang tak perlu risaulah, takkan ada tetibe sesat, tersalah masuk dewan ke apa ke. Ada orang kan jenis nak buat apa-apa je kena teman walaupun sihat walafiat. Tapi tulah orang kata jadi perempuan jangan berdikari sangat, nanti susah dapat jodoh. Eh ni kena buat entry lain.

Dipendekkan cerita, aku settle injection dalam masa tak sampai setengah jam. Memang laju. Before inject, nurse akan tunjuk botol dan jarum vaksin mengesahkan yang dia inject tu AZ. Ada je orang ambil gambar lah video lah, tapi aku dok ketaq lutut. Tau nak habis cepat je.

Ruangan pemantauan, if ada side effect dalam masa 15 minit selepas divaksinasi boleh bagitau petugas

Alhamdulillah lepas habis 15 minit, tak ada apa-apa rasa pelik pada badan, aku pun gerak keluar. Ambil gambar dulu kat photo booth yang merata di setiap floor. If datang sorang, boleh mintak stranger ambilkan, tapi take caution lepas tu sanitize handphone korang ye.

Before balik aku singgah Sunway Putra Mall on the way ke LRT. Side effect tak immediate, tapi bergantung pada orang. If dah start rasa pening, baliklah terus. Aku OK so lepas gian merayap. Cari ATM, singgah Watson dan gi toilet. Toilet PWTC tak best, yang tau tu taulah. 

Mall ni memang sendu. Dah PKP sendu ganda 23 lah jadinya



Deko raya pun tak bukak lagi. Kalau ada best friend aku ni memang dah macam-macam gaya pose

Konon nak beli tapi tak siap masak lagi so balik jelah makan Burger McD. Most kedai makan kat mall ni if datang before kul 12 memang belum ready. 

Lama tak naik LRT. Teringat accident LRT hujung Syawal hari tu so duduk kat tengah-tengah.

Side effect aku kategori mild. Aku vaksin Jumaat, pagi Sabtu baru rasa nak demam. Tepek Cool Fever, by tengahari dah reda. Sengal di area kena cucuk hilang hari berikutnya. Entahlah immune system aku terlampau kuat atau dah crashed. Hahaha. Macam hard drive pulak. OKlah tu ada side effect. Bila masuk benda baru dalam badan, memang ada reaction. If takde or side effect berlarutan sampai 3 hari kena check OK.

Untuk korang yang nak vaksin, I wish you all the best. Consult dengan pakar dulu if ada penyakit, on medication, pregnant atau menyusukan anak. Jangan percaya doktor tak bertauliah. You know your body better. If tak nak vaksin pulak, jangan sampai doakan mudarat untuk orang yang dah atau bakal ambil vaksin ni. Jadi manusia jangan keji, kita semua nak hidup sihat.

Semoga usaha aku ni menyumbang kepada herd immunity agar kita dapat hidup bahagia macam negara-negara yang dah bebas Covid. 

43 comments

  1. Alhamdulillah.
    Tunggu dos 2 pula.
    Moga sihat-sihat saja.

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH BARU JUGA LPS DOS 1ST

    ReplyDelete
  3. Insya Allah cadangan mendirikan rumahtangga tu buat sal dan pasangan ada tu. Janganlah di tutup pulak...Insya Allah ada jodoh sal nanti. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasangan dah order kat Shopee tak sampai-sampai lagi

      Delete
  4. Haah kan bila tenguk PWTC...huhuhu ni lah port ahkak melepak bila time pesta buku...huhuhu rindunya bergather-gather dengan geng sambil lepas tu carik port untuk makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kan pesta buku.lepak berjam-jam tapi beli satu dua je

      Delete
  5. Ingatkan ada stesyen keretapi baru dekat sunway putra rupanya deko....tapi cantik lah...kalau ada geng memang posing punya....port ootd tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, kat dalam mall. Memang port OOTD tapi kena tebal muka la. Hihi

      Delete
  6. alhamdulillah.. setel 1st dose..
    sy masih menanti.. hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..dah setel yg pertama..akk inshaaAllah esok petang..

    samalah kita, kalau dah sorang2, kenalah berdikari..

    ReplyDelete
  8. ok kita geng AZ gak!! hahaha...
    ni mereput nak tgu date 2nd dose plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 bulan kan gap dia? Saya pun baru dapat tarikh second dose. Jangan kena inject kali ke 3 pulak dahla

      Delete
  9. Tahniah. Berani pergi seorang-seorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warga emas or OKU boleh la bawak org teman, kita yang sihat ni tak boleh so kena la sorang-sorang. Berjaya jugak walaupun ketaq lutut masa nak inject. Hihi

      Delete
  10. Alhamdulillah...Senang hati bila nak cucuk vaksin tak lama. Tak suka betul part nak tunggu lama lama tu. Syukur urusan dipermudahkan oleh Allah dan Sal pun baik baik je. Disini masih menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula ingat lama cam tunggu nak jumpa doktor untuk check up, rupanya tidak. Semoga cepat sampai giliran Fizah. Kami ni di negeri yang kes tinggi melampau. Ni pun dah pkpd. Adoi

      Delete
    2. OKaylah kalau gitu dia punya smooth je. Tak sempat nak bosan menunggu. Itulah, sabar je lah menunggu. N9 kemain ligat naik kes. Bertabahlah warga Selangor terpaksa PKPD.

      Delete
  11. alhamdulillah SAL, tempat kerja lama kak ana ni hehe :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah Sal, jadi salah sorang top komentar kat blog k ret... pspsst small token kita dah pos kat awak k hehehe sebagai penghargaan sudi jengah blog kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki saya. Tq kak ret. Akan ku tunggu bak kata lagu Candy

      Delete
  13. alhamduillah ciksal., dan tahniah.,. ;p

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. semoga sihat-sihat sahaja.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah. tahniah. SEmoga terus diberikan kesihatan yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah dah selesai satu dos. Tunggu dos kedua pulak. Harap harap kak sal tak sihat sihat saja.

    ReplyDelete
  17. alhamduliilah... tahniah #teamAZ

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah dah dapat panggilan vaksin gittewww...

    ReplyDelete
  19. Betul sal PPV kalau sistematik mmg sekejap saja. Alhamdulillah badan dh menerima vaksin dgn jayanya. Harap dos kedua pun sama.

    Masih menunggu sbb menyusukan. Lambat la nk dpt. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nervous sebab ramai kata AZ dos kedua lagi kuat side effect. Takpelah Nina, bagi Harraz besar sikit dulu.

      Delete
    2. Allahu harap badan sal dh boleh terima sepenuhnya dose kedua nanti. Sorang adik ipar side mengantok tak habis2. Dh 2 hari. Yg sorang lg relax main pubg 😂

      Semoga allah lindungi kami

      Delete
    3. Lain orang lain effect dia kan. Tengok badan jugak. Harap second dose tak apa-apa

      Delete
  20. Alhamdulillah, selesai satu bahagian. Harap urusan dos kedua Sal pun berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap time tu dh boleh dine in. Sunway putra mall banyak kedai makan sedap

      Delete
    2. Aaminnn. Akak tolong doakan sekali. ��

      Delete
  21. Alhamdulillah.. Selesai dah satu dos..
    Lamanya tak jalan-jalan dalam mall..
    Kalau dapat dine in mesti lagi best kan Sal..

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah dah setel first dose ye

    ReplyDelete
  23. Alhandulillah, betul mmoga kita bebas dan kembali sejahtera.

    ReplyDelete
  24. ko ada jumpa teh tarik pwtc x?😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Teh tarik pwtc legend oi. Nanti kita g cari sama-sama pas habis covid

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah