Dah kurus pun nak exercise?

Tuesday 19 January 2021

Sejak work from home 100% , aku dah mula amalkan rutin exercise setiap pagi. Kalau dibenarkan rentas daerah, on weekend aku pergi morning walk dengan kawan-kawan. Bila PKP, terpuruk di daerah sendiri dan public park ditutup, aku jogging di kawasan perumahan. Jogging seminggu sekali cukuplah. Haha.

Kalau jogging di kawasan perumahan, carilah yang redup dan jauhi kawasan sunyi sekiranya jogging bersendirian. Amalkan penjarakan fizikal.  

Once upon a time kat Tasik Botani Putrajaya

Turun KL best gak, cuci mata tengok laki orang main basikal. Haha. Jangan risau, tengok je tak usik.

Exercise aku level beginner je. Just follow video Youtube. Masa mula-mula dulu mencungap jugak. Kurus tak semestinya fit ye. Aku dapat keinsafan nak exercise bila aku perasan badan aku agak stiff. Nak bangun pun kena paut meja macam orang tua! Bila buat 'plank', hanya mampu tahan 2 saat dah tersembam ke lantai. Teruk betul!

2 saat je kau buat plank Sal? Meh sini abang Thor ajar! Credit: Google image

Selain daripada untuk tingkatkan fitness yang menurun seiring usia, aku ada sebab sendiri jugak kenapa aku jadikan ia rutin (Walaupun kadang-kadang ter skip. Hehe). Antara sebabnya adalah: 

1. Elakkan sambung tidur lepas solat Subuh

Aku ada masalah susah tidur. Dah tidur susah bangun pulak. Lol. So aku akan pastikan pagi aku aktif untuk menepis godaan katil. Ia juga boleh jadi motivasi bangun awal bila cuti solat. Tidur kalau dilayan memang terlajak. Bila bangun lewat, malamnya aku susah tidur. Ulang. Sampai bila nak macam tu kan? So kenalah ubah.

2. Bila badan penat, malam tidur lebih lena

Waktu aku sakit dulu, aku makan pil tidur setiap malam supaya dapat lelapkan mata. Pil tidur ni memang buat kita tidur lena tanpa mimpi, tapi ada side effect iaitu keletihan kronik di siang hari esoknya. Walaupun aku dah stop makan ubat-ubat tu sekarang, tapi since badan dah terbiasa harapkan 'bantuan', aku akan susah tidur kalau badan tak penat di siang hari. Exercise adalah cara yang aku amalkan supaya badan letih. 

Iklan sekejap untuk yang memerlukan

3. Kurangkan simptom resdung

Siapa ada resdung mesti faham perasaan bersin bertalu-talu di pagi hari. Cuaca sejuk memburukkan keadaan. Exercise dapat membantu meningkatkan peredaran darah, hence legakan sakit kepala dan lancarkan pernafasan. Lazimnya aku start je exercise, bersin pun berhenti. Siapa ada resdung  boleh try cara aku. Tapi buanglah dulu hingus tu. Hahaha.

4. Reduce stress

Menurut kajian, bersenam menghasilkan endorphin, hormon yang dapat meningkatkan perasaan gembira. Antara terapi yang sering dicadangkan oleh pakar untuk mereka yang selalu stress. Convert those negative energy into exercise gais. PKP boleh menjejaskan kesihatan mental tau, tu sebab kes bunuh diri makin meningkat. As someone yang ada history ulang-alik klinik pskiatri, aku tak nak sakit lama berulang lagi. Bak kata Elle Woods dalam Legally Blonde: 

I don't have a husband to shoot, but there is one guy in mind. Haha. 

5. Increase immune system

Bersenam dapat meningkatkan sistem immune badan. Memanglah soal sihat dan umur tu rahsia Allah, tapi kita sebagai manusia wajib berusaha. Sekarang musim Covid-19. God knows wabak apa yang akan muncul lagi dalam masa terdekat ni. Marilah jaga kesihatan sendiri. Baru boleh jaga ahli keluarga kita pulak.

So, tu jelah sharing aku untuk menjawab soalan kenapa aku nak bersenam walaupun dah kurus. Harap rutin ni berterusan walaupun lepas tamat PKP. Korang pulak macamana maintain aktif dan sihat sepanjang PKP? Share lah di ruangan komen. Jaga diri OK!

56 comments

  1. semoga istiqamah sal.. bagus tu bersenam... kakmim jugak yg belum start amalkan hidup sihat ni... hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat on weekend jela kakmim bila x busy dengan keje. Ajak anak-anak sekali. Buat kat rumah je. Nak keluar tak boleh plak ramai-ramai

      Delete
    2. tu la skrg nk keluar ramai² org pandang semacam je nnt.. hahaha

      Delete
  2. Bagus Sal. Buat awal-awal pagi sejuk sedikit. Keluar peluh.

    ReplyDelete
  3. bersenam tu bagus, sis ni harap bersenam dalam rumah je sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersenam dalam rumah pun ok. Lagi plak musim pandemik ni kan

      Delete
  4. pssstttt lps jogging jom pekena roti canai banjir dgn teh tarik kawwwww


    larikkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak main la mamak. I olls lepak kedai kopi hipstur

      Delete
    2. hipsturrr laaa sgt... (mata juling ke atas) smpi Tokyo menggelupur cari mamak jugakkkk

      Delete
    3. Tipu...tipu. Tokyo mana ada mamak

      Delete
    4. ada laa... sempena olimpik nnt mamak ada buka resto kat sn... ko mana tau hahahaahha

      Delete
    5. Aku tau la bulan 8 ni aku nak gi Tokyo. Ko nak ikut ke? Hihi

      Delete
  5. Betul tu, bila badan penat letak kepala atas bantal terus lelap.
    Apa pun moga Sal gembira mengharungi rutin harian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, bahagia tu kena cari sendiri. Bila bahagia, tidur lagi lena. Hehe

      Delete
  6. Bagus Sal amalkan gaya hidup sihat. Semoga istiqomah. kurus bukan bermakna tak perlu exercise kan. kurus pun kena sihat gitu. sama juga sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurus lagi bahaya sebenarnya. Banyak lemak tersembunyi dan risiko diabetes. Kena exercise dan jaga makan jugak

      Delete
    2. Dua dua tu penting. Teruskan Sal :)

      Delete
  7. bagusnye exercise selalu badan sihat otak cerdas.. 😎😎😎

    ReplyDelete
  8. moga tiasa sihat walafiat sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak PI. Akak pun ye. Jaga diri

      Delete
  9. Exercise bukan hanya untuk kurus je ia untuk kesihatan semuga sihat selalu. Ada kawan akak rajin buat exercise tapi tiba-tiba sakit bila check dah ada sakit jantung lah pulak. Yang penting selain dari exercise kena buat check up juga mana tahu ada sakit tersembunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Check up penting. Lagi satu, makan pun kena jaga. Apa pun nyawa di tangan Dia. Kita cuma usaha

      Delete
  10. Akak paksa anak keluar jogging walaupun tak setiap hari,risau tengok dia terperap dlm bilek je hadap laptop.Belajar2 juga kesihatan kena jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Duduk lama2 pun tak elok. Keluar la sekali sekala amik udara segar

      Delete
  11. no 2 dgn 4 tu betul.. sblm kawen memang bt plank klau tak peha jd besar.
    sekarang tak bt dh. ceritanya semput lah klau amalkan balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kawin buat plank lain plak. Hahaha. Ok2 gurau

      Delete
    2. hahahaha.. tak pernah buat serius!

      Delete
  12. Terbaik Sal 👍
    Betul, kurus tak mesti fit.

    Kelmarin akak brisk walk kat area rumah dan daki tangga dari tingkat 5 ke tingkat 16.
    Sebabnya? Rasanya macam badan lemau je. Alhamdulillah lepas exercise, badan rasa ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Tahniah kak. Tinngi tu tingkat 5 ke tingkat 16. Senoga terus sihat

      Delete
  13. workout utk tingkat kan stamina ! bukan nak kurus saja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza. setuju sangat. dapat kurus pun bonus

      Delete
  14. ya benar semua faktor tu
    + bila dah berusia ni metabolism merudum.
    kalau tak jaga makan, tak exercise = formula untuk kehancuran kesihatan.

    take care sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan..selalu gak tengok huda jogging kat putrajaya. Penting untuk sihat supaya boleh jaga mak ayah kita pulak

      Delete
  15. Kat rumah pun okay je.. Nak kena mula baliklah.. Semangat.. semangat.. huhuhu..
    Pinjam sikit semangat Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..sila-sila. Amiklah semangat saya sikit. Ajak anak-anak. Konon ganti subjek PJK kat sekolah. Yelah dah belajar dari rumah kan

      Delete
  16. Saya kalau exercise kena ikut mood nak istiqamah pun kna Ada org teman

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya plak dah terbiasa buat benda sorang-sorang. hehe

      Delete
  17. Moga terus istiqamah dan kental semangat untuk exercise. Akak datang bawa pompom ni ha sorak-sorak kat tepi.

    Akak ni pun sejak umur dah makin banyak, bertambahlah juga kesedaran untuk konsisten exercise dan jaga makan. Untuk kebaikan diri sendiri juga, kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Biasa umur dah banyak baru ada kesedaran. Saya ajak adik saya yang umur 20an tu join saya jogging, dia lagi tarik selimut .

      Delete
    2. Kih kih kih umur dah banyak risiko pun banyak, tu yang kita pandai sedar diri tu. Aduhai, sekali lagi akak 'sakit hati' tengok abang Thor tu selamba gagag je plank begitu!

      Delete
    3. Thor takut dia gemuk cam dalam filem Avengers Endgame tu yang beria buat plank

      Delete
  18. plank tu seminit ja sy mampu. tu pun gegar2 sdh 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish... Seminit tu lama. Saya mampu 20 saat macam tu. Tu pun berpeluh dahi

      Delete
  19. Salah tu..bkn utk kurus..untuk sihat..dapat kurus tu bonus! :)

    ReplyDelete
  20. Nice sharing. Antara amalan yang baik especially masa PKP ni.

    ReplyDelete
  21. Betul tu kurus tak semestinya fit.
    Huwaaaa... Mrs. A pun nak mula balik ni badan terasa dah naik perasan sebab seluar kerja dah sempit tang paha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Mrs. A bukan selalu ke jogging? Busy ye sekolah dah start. Caiyok!!

      Delete
  22. Eza yang berisi ni pun kena start balik exercise ni. Perasaan keluar peluh tu yang paling best. Lepas tu, tidur malam pun lena. Doakan kita sama-sama rajin bersenam dan sihat selalu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Keluar peluh tu rasa lega. Kulit pun jadi glowing. Semoga eza pun ada kesempatan nak exercise ye

      Delete
  23. bagusnya sal..ciksun hanya mampu lari setempat depan cermin dalam rumah je buat masa ni..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la tu dari takde langsung. Saya wfh 100% tu yang kena gerakkan badan hari2. Kalau x lesu terperap dalam rumah

      Delete
  24. akak boleh la plank antara 30 - 40 saat. belum pernah more than that.
    buat 3 set rasa mcm nak mam**s, Sal.
    aduhai... aida biasa exercise ringan lepas solat zohor kat ofis.
    releks. santai. dpt dlm 15 minit jadik la. aida concentrate exercise kempis perut :)
    then dlm kul 2.30 tu start keje semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la saya pun plank x sampai 1 minit. Saya pun perut ada flab sikit. Bila pakai kebaya kena pakai corset. Haha

      Delete
  25. Cantiknya tempat jogging dia, betul elak tempat yang sunyi, pandamik endamik elak tempat ramai, kompius mak cik kiah hehe..

    Moga Sal istiqomah, sihat dan gembira selalu.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah