Kembara Aceh Part 7 - Masjid Rahmatullah dan Pantai Lampuuk

Saturday 26 October 2019

Assalamualaikum semua. Meh sambung bersama aku mengembara ke Aceh, dipercayai merupakan kerajaan Islam tertua di Nusantara.

Sebelum membebel panjang, nak tanya sikit..Sape pernah tengok gambar bawah ni? Sila angkat tangan tinggi-tinggi!


Boleh dikatakan gambar di atas merupakan antara gambar paling 'viral' selepas tragedi Tsunami 2004. Ia menarik perhatian pelusuk dunia kerana walaupun dilanda ombak deras yang menyapu bersih apa sahaja di depannya, sebuah masjid berwarna putih di tengah Lampuuk masih teguh berdiri. Antara bukti kekuasaan Allah.


Masjid tersebut diberi nama Masjid Rahmatullah. Masjid ini kali pertama dibuka untuk umum pada 19 Mac 1990 dan merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat di daerah Lampuuk pada Tsunami 26 Disember 2004.



Selain dari melihat-lihat masjid dan bersolat di dalamnya, kat sebelah Masjid Rahmatullah ini turut disediakan galeri tentang peristiwa tsunami. Masuk percuma tapi kalau nak menderma pun apa salahnya. Ada petugas yang menjaga dan sedia menjawab soalan.




Di muzium mini Tsunami 2004 ni, pameran dan tayangan videonya agak grafik tanpa censored. So if korang jenis yang tak sanggup tengok gambar-gambar macam tu mungkin patut elak dari dok perati gambar-gambar korban tu lama-lama. Menurut orang tempatan, mayat mangsa tsunami kembung dan bersalut lumpur hitam. Ada yang tak lengkap anggota badan. Mangsa tsunami dikuburkan secara ditanam beramai-ramai dalam satu lubang besar. Tak diwajibkan untuk disolat dan dikafan seperti lazimnya orang Islam kerana darurat dan terlalu ramai.

Aku sendiri belek satu album yang mengandungi gambar mayat-mayat mangsa tsunami. Rasa sedih dan takut membayangkan apalah agaknya perasaan mereka sewaktu ombak laut tinggi membadai secara tiba-tiba. Ada yang sampai sekarang tak tahu status ahli keluarga mereka samada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Bergambar kenangan di hadapan masjid

Destinasi seterusnya adalah Pantai Lampuuk. Terkedu jugak bila Nasir cakap nak ke pantai tengahari buta begitu. Lagipun bayangan pameran tsunami masih melekat di kepala. Tapi yelah, kalau nak mati kat mana-mana pun boleh mati.

Kawasan parkir yang redup dan banyak pokok


Yang paling aku kagum dan suka dengan pantai Lampuuk adalah  pondok-pondok kecil yang didirikan ni. Tak payah fikir nak pacak payung atau berebut duduk bawah pokok. Percuma je tau. Duduk la mana korang suka.

Rindunya nak tengok laut. Lama tak dapat Vitamin Sea



Nak bergambar dengan props ni kena bayar ye. Aku bukanlah kaki bergambar so let it go je

Dekat dengan pondok-pondok ni ada gerai so bolehlah order kudap-kudap nak makan sambil-sambil tengok laut. 

Walaupun pernah dilanda tsunami, Aceh masih dikenali dengan keindahan pantai dan air lautnya. Aceh sebelum tsunami bukanlah daerah yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Orang lebih gemar ke Bandung, Jakarta atau Bukit Tinggi. But honestly walaupun awal-awal aku skeptical dengan idea nak ke Aceh, tapi bila dah sampai aku akui tempat ni memang ada keunikan yang tersendiri.


Disebabkan dah lapar, next kami ke kedai makan untuk lunch. Aku lupa nak ambil gambar signboard kedai sebab tiba-tiba hujan. Kena berlari nak masuk ke dalam. Standard kot kedai makan di Indonesia hidang banyak-banyak macam ni dan kau hanya usik apa yang nak dimakan. Yang tak mau biarkan je.

Lepas makan ke mana kita? Sambung next entry la ye. Aku dah mengantuk. Haha

Thanks for reading.

10 comments

  1. Masjid Rahmatullah tu mmg viral ke serata dunia after tsunami tu kan Cik Sal.. bukti kekuasaan Allah.. mcm tak sanggup nak bayangkan situasi masa tu:(...
    bila ke Acheh ni kita jadi insaf, byk pengajaran yg kita dpt.. bila Allah berkehendak, apa pun boleh jadi..

    ReplyDelete
  2. Sampai ke hari ini saya masih teringat kes Tsunami di Aceh..

    Tsunami terbesar yang meranapkan kehidupan dan alhamdulillah masih ada yang terselamat untuk meneruskan kehidupan.

    jujurnya Aceh memang cantik pemandanganya...( lihat dalam gambar sahaja )

    ReplyDelete
  3. Pantai memang sangat cantik.. Makanan pun nampak sedap ya...

    ReplyDelete
  4. Allahu Akbar. Allah maha besar dan berkuasa. Teguh berdiri masjid tu walaupun dibadai tsunami yg sangat dasyat. Teringin juga nak pergi muzium mini tu. memang nampak cantik dan unik pantai di acheh ni. Suka juga tgk pondok kecil. seronok duduk dalam pondok menikmati view pantai yang indah

    ReplyDelete
  5. kak.. pasal masjid tu. masa tsunami tu air masuk dalam masjid ke x ? tahu sikit pasal masjid ni tapi macam x sure air masuk dalam ke x yang jadi punca dia elok teguh kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..kitorang pun tanya soalan sama masa kat sana. air masuk je dalam masjid. tingkap dan pintu pecah. tapi basic masjid tu tak runtuh. Gitulah yang orang situ cakap

      Delete
  6. memang mengundang memori betul gambar yang pertama itu.. kebesaran Allah..
    Pantai dia lawa.. bagus juga di sediakan pondok-pondok macam tu.. senang nak bersantai..

    ReplyDelete
  7. Subhanallh.. Masjid Rahmatullah yg tegap berdiri wpun Dolan's tsunami.. besar kuasa Allah

    ReplyDelete
  8. Teringin juga nak pergi Acheh. Pantai di Acheh pun cantik.

    ReplyDelete
  9. lawa jugak pantai acheh laut biru betul.. memang lapar tak boleh nk makan angin, haha

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah