Monday, 16 September 2019

Sonata Salju di Jeju Part 7

Assalamualaikum semua. Allahu, lama tak menaip. Kekok benar rasanya. Tapi itulah, sampai bila nak hidup dalam kesedihan. Memang perit nak melayan sakit, tapi kalau tak dilayan nanti takut sakit tu makan diri. Jadi teruslah ulang alik ke hospital, menelan ubat apa yang patut dan bangun mencari sisa-sia kekuatan dengan sokongan mereka yang masih sayang untuk terus bernafas di bumi Tuhan. Hanya perlu doa dari kalian agar aku redha dan kembali sihat.

Eh apa ni citer sedih-sedih. Meh lah sambung cerita Jeju. Hari ke 4 di Jeju, kami ke Gimnyeong Beach.


Yang putih-putih tu bukan sampah, tapi macam sejenis penanda. Atas pasir pantai ni dibentangkan jaring, sebab tu kot tak nampak burung atau sebarang binatang bertenggek. Kenapa ada jaring tu korang google lah sendiri. Hahaha. Tapi senang lah nak berjalan, kasut tak tenggelam dalam pasir



Angin bertiup kuat. Memang sejuk. Tengoklah Kak Sal kau beria pakai wintercoat siap sarung tangan. Kau ghase.




Datang masa winter, jadi beginilah nasib. Takde makna nak berenang-renang ye. Kot lah kebal tu lain cerita.

Sini takde apa nak buat sangat melainkan ambil gambar dan menikmati kesejukan angin pantai so mehla ke tempat hipstur sikit iaitu Woljeongri Beach. Dekat je, aku rasa baru nak pasang seat belt eh dah sampai. Ok la ni aku ni pengetahuan bab drama atau filem-filem Korea memang ke laut, tapi dari level kecomelan tempat ni aku rasa mesti banyak video klip atau drama pernah shoot kat Woljeongri Beach.


Ada deretan boardwalk yang tinggi sikit dari pasir pantai untuk orang bersiar-siar. Tapi tulah memang ramai dok amik gambar kat sini. Sebab tu aku syak ni area famous untuk shooting. Aku agak jelah

Antaranya kerusi comel ni

Waiting for Son Heung-Min (sis bukan penyokong Spurs)

Bukan tak nak senyum tau tapi gigi tengah rongak time ni. Buruk sikit

Dengan out tour guide yang friendly and super tough! Aku memang rekemen JMT kat korang

Thank you ladies for the awesome trip! Rindu korang sesangat

Ada orang tanya, tak leceh ke berjalan dengan orang tua? Bagi aku OK je. Aku pegang prinsip, kalau tu mak aku, aku nak orang respek dan layan dia dengan baik so aku buat benda yang sama jugak. Tapi biasalah mak-mak. Tahan jelah telinga. Lagipun diorang membebel kat anak diorang, bukan kat aku. Hahahaha

Oklah nanti aku sambung lagi. Camane, terubat tak kerinduan korang kat blog aku. Kalau  ada orang cakap ye nanti aku cerita lagi. Tapi kalau takde pun sukati aku la nak sambung ke tidak sebab ni Blog Sal, bukan blog korang. Hahaha.

Thanks for reading! Annyeong!

14 comments:

  1. Syafakillah..semoga diberi kesembuhan yg sebaiknya..take care..

    Travelogue Seoul & Jeju mmg x jemu baca..nanti sambung cepat2..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. mood update tengah membuak so akan kerap update blog kalau free.

      Delete
  2. Allahuakbar.....semuga cepat sembuh ya Sal. Bila tenguk Sal update jeju....huhuhu akak punya cerita pun tak habis lagi padahal tinggal 1 hari je lagi. huhuhu. Apa pun semuga tetapceria-ceria selalu. Chaiyok chaiyok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat update kak. Lain orang lain ceritanya walau tempat sama. saya pun suka baca cerita travel orang lain

      Delete
  3. Cantiknya sweater sal kaler putih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. beli masa sale masa kat melbourne dulu

      Delete
  4. Moga cepat sembuh Cik Sal.. kuatkan semangat ye.. moga Allah memberi kesembuhan..
    seronok bila baca pasal Jeju ni.. cantik & pastinya menenangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala lari dari kesibukan kota. Memang tenang di Jeju

      Delete
  5. Selalu tgk kat tv jer... Tgk drama lor📺📺

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah, mana tahu satu hari nanti dapat tengok depan mata

      Delete
  6. kesian anaaaaaak diorang..! huhu..

    ReplyDelete
  7. semoga Allah berikan kesembuhan dan kesihatan yang baik kepada Sal.. Aamiin.. Aamiin..
    Okay je berjalan dengan geng mak-mak ni.. membebel itu hiburan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat rindu dekat mak sendiri. jadiklah, tumpang kasih sayang. Haha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com