Sunday, 20 May 2018

Mid-Levels Escalator - HK Part 6

Assalamualaikum dan hai semua! Sambung balik cerita Hong Kong yuk!

Macam yang aku mention dalam entry INI, kami nak naik escalator. Come on la wei. Escalator kan ada di mana-mana. So apa istimewanya Mid-Levels Escalator ni?

The Central – Mid-Levels Escalator system, is the world's longest outdoor covered escalator system, stretching for over 800-metres and rising 135-metres through the streets of a steep hillside linking these districts of Hong Kong Island. It was opened in October 1993, having cost HK$245 million to build, six times the original estimate. The system is not a single continuous escalator, it is a series of 20 escalators and 3 inclined moving walkways (travelators) , connected in places by footbridges, and with 14 entrances and exits. To ride the complete length of the escalator system one-way takes about 20/25 minutes.

Sumber Info : http://www.hongkongextras.com/_midlevels_escalators.html


Perkara paling penting korang kena take note sebelum naik escalator terpanjang di dunia ni adalah arah escalator tersebut. Bila naik dan bila turun. Kitorang sampai dari bawah, dan waktu tu escalator sedang uphill. So, marilah.

Escalator ni walaupun dikatakan terpanjang di dunia, tapi ia takdelah berterusan. Naik sekejap, jalan sikit, jumpa next segmen pulak. Nak lebih faham bolehlah tengok gambar.


Segmen pertama elok je escalator ni jalan tau


Segmen kedua, which happens to be the longest, rosak la pulak. Maka aku dan Anies pun menapak la naik tangga. Adeh.


View dari atas escalator. Korang kalau nak sight seeing, HK bukanlah tempatnya. Rasa macam tengok KL aje. Hahaha


Kali ni OK balik


Dekat persimpangan Hollywood Road, korang akan nampak bangunan ni : Central Police Station

Tapi balai polis ni dah tak beroperasi. Kalau ikut bacaan aku, ia dibina pada tahun 1864. Sewaktu entry ini ditaip, ia ditutup untuk renovation. Mungkin di masa hadapan ia akan dijadikan muzium ke apa ke kan. Harap janganlah dirobohkan sebab seni binanya cantik dan klasik, nampak ciri-ciri Inggeris. Yelah, HK kan dulu dijajah oleh mereka. Aku rasa cam biasa tengok bangunan ni dalam filem. Hurmmm.


Dari Hollywood Road ke Shelley Street kena turun sikit



Aku memang dah plan nak solat Zohor dan Asar kat masjid ni. So kita singgahlah


Dekat sebelah masjid tu ada rumah penduduk. Aku rasa diorang yang jaga Masjid Jamia ni. Ada beberapa keluarga bangsa Pakistan.

Aku pun tanya diorang kat mana tandas dan tempat wudhu'. Surprisingly diorang suruh aku guna bilik air rumah diorang. Free je. Bersih dan selesa lak tu. Lepas tu masa aku balik dari ambil wudhu', salah satu family tu bagi kitorang sepinggan besar Briyani. Aku ingat dia meniaga, aku cakap kitorang dah kenyang. Rupanya memang dia ikhlas nak bagi. So kitorang pun masukkan dalam tuppperware yang memang kitorang bawak.

Ruang solat muslimah. Aku memang bawak telekung sendiri tapi tak silap aku ada disediakan jugak.
 
Berpeluang jemaah solat Asar bersama-sama. Alhamdulillah

Actually lepas dari area masjid ni dah takde tarikan menarik dah sepanjang escalator tu. Ada rumah-rumah aje. Tapi sebab aku dan Anies memang degil, kitorang naik jugaklah escalator tu sampai ke puncak iaitu Conduit Road.


Bila dah sampai atas sekali tak tau pulak nak turun macamana. Hahaha

Macam yang aku mention awal-awal entry, escalator ni ada jadual naik dan turun. So, time ni dia tengah naik sahaja, so nak turun kitorang kenalah cari alternatif lain. Ada je mini bus yang boleh naik patah balik ke Central Station, tapi sebab kitorang nak cari Hard Rock Cafe, kenalah menapak. So, ayuh lah membakar lemak.

Patutla orang HK kurus-kurus. Banyak guna tangga. Adeh

Curam kan. Ni kalau bawak beg berat-berat mau tergolek dog ke bawah nun.

Jumpa jugak!

Akak kita muka happy dapat beli barang yang dihajati

Langit pun dah start gelap, aku dan Anies pun decide untuk balik ke Tsim Tsa Tsui. Masih ada sesuatu yang tidak lengkap dalam travelog HK kami ni. Nak tau apa dia, tunggu next entry na! Till then..thanks for reading!

18 comments:

  1. Alhamdulillah, murah rezeki dapat nasi biryani free :D

    ReplyDelete
  2. wowww.. nasi biryani di HONG KONG.. huhuuhii

    ReplyDelete
  3. nk cari hrc ni kena sampai jumpa kalau tak cik anies xsenang hati

    ReplyDelete
  4. sy x kn maaf kn org yg baiki lane eskalator yg pnjg tu... lenguh tauuu naik tangga hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan jela sempena Ramadon sis

      Delete
  5. dia akak tu lg happy kalu dpt gi kiev eh ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, kalau akak tu pergi mesti dah menang. hurmm

      Delete
  6. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa orang yang baik2 siap dapat nasi beriani lagi tu ha. jenuh jugak la kalau dah sampai atas tu kan nak menapak guna tangga ke bawah kalau tak de escalator yang turun..gerun akak tengok tu kalau akak mau lembik lutut dah tu

    ReplyDelete
  7. Nampak besar jugak masjid tu.
    Alhamdulillah..rezeki tu dpt bariyani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki keluarga tersebut

      Delete
  8. tengok escalator ni dalam Running Man hehe.. sorang naik escalator sorang naik tangga haaa berkejaran leee diorang..

    ReplyDelete
  9. Baiknya keluarga Pakistan Tu.. memuliakan tetamu byk pahala diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dah jadi kebiasaan dan keterujaan tengok saudara seagama kan..

      Delete
  10. nice entry ni, Sal.
    utk aida.
    yg x pernah jejak HK.
    istimewa sungguh ye negara org dan org2 nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HK memang menarik,maju tapi full of life. Orang-orang nya juga baik

      Delete
  11. Bagusnya keluarga tu,...bagi tumpang guna tandas,..bagi nasi beriyani. Murah rezeki kalian berdua 😊

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com