Sunday, 8 April 2018

Ferry to Hong Kong, Ding Ding and Stanley Market - HK Part 4

Assalamualaikum dan hai semua! Maafkanlah kelembapan mengupdate blog bagaikan kura-kura. Ayuh kita sambung kisah di HK.

Macam yang aku cerita dalam entri HK Part 3, kami nak naik feri ke seberang. Tapi adakah yang ini?


Memandangkan aku dan Anies travel bajet, sudah pastilah bukan bot ini. Nama bot ni Aqua Luna. If korang berminat nak naik cruise bolehlah klik kat link tu dan explore sendiri pakej- pakej yang ditawarkan.

Kita ambil gambar jelah buat kenangan

Ya..feri inilah yang akan kita naik. Macam feri Pulau Pinang pulak

Kalau nak naik Star Ferry ni, boleh naik di Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier. Star Ferry Pier tak sama dengan China Ferry Terminal yang aku mention dalam entry INI. Selain dari servis feri harian , Star Ferry turut menyediakan Harbour Tour

Ada sejarah pasal Star Ferry, kalau berminat boleh baca

HK ada banyak pulau, tapi Star Ferry menyediakan perkhidmatan ke Hong Kong Island sahaja. Sebelum naik, pastikan korang nak ke Central Ferry Pier atau Wan Chai Ferry Pier. Itu bergantung kepada itinerary koranglah, nak pergi area mana. Macam kitorang, naik ke Central. Boleh beli token pakai mesin atau tap sahaja pakai kad Octopus. Maklumat lanjut pasal tambang dan jadual boleh refer SINI



Keadaan dalam feri. Macam feri Pulau Pinang jugak


Selfie sikit


Naik feri ni sekejap sahaja, aku pun lupa berapa minit. Once dah sampai, aku dan Anies terus je ikut laluan yang disediakan. Kitorang ni kalau ikutkan mana ada proper itinerary, belasah aje.


Boleh nampak Hong Kong Observatory Wheel. Nampak macam ditutup, mungkin atas faktor cuaca. Macam yang aku pernah mention awal-awal cerita HK dulu, bandar ni baru pulih dari Taufan Hato.

Kalau ikutkan, trip HK ni aku yang banyak wishlist, Anies follow je. Haha. Gara-gara pengaruh filem Kung Fu Hustle, aku teringin nak naik tram sebab nampak klasik sangat dan berbeza dengan tram yang aku pernah naik kat Melbourne.Sape ingat scene watak Stephen Chow kena belasah dengan mamat nerd sebab berlagak teruk? 50 kali tengok, 50 kali la aku gelak.
Plan asal aku dengan Anies nak naik Peak Tram, tapi sebab tengok langit mendung dan hujan pun dah start renyai-renyai, kitorang tukar fikiran. Ada je orang kata tak sah gi HK kalau tak naik Peak Tram ni tapi kisah la pulak aku. Hahahaha.

Jalan punya jalan, nampak stesen tram, so kitorang pun turun. Apa nama stesen aku dah lupa tapi dah nampak dari atas jejantas, kitorang turun je. HK ni bagi aku agak senang untuk navigate sebab kecik je. Lepas tu public transport dia tip top. Nasihat aku, korang jangan ikut sangat bacaan kat blog orang. Nak dekat pergi, buat research sendiri. Setakat panduan bolehlah. Tempat membangun macam ni, bangunan dan jalan dia sentiasa under construction. Public transport pulak sentiasa di upgrade.

Stesen tram. Macam bus stop jugak. Betul-betul depan Dah Sing Bank ni ha. Tak silap aku nama stesen ni Bank Street.


Nama lain untuk tram di HK adalah Ding Ding. Maybe sebab dulu-dulu loceng dia bunyi ding ding kot. Hahaha. Pandai je aku. Boleh download map tram kat sini

Kitorang naik tram ni pakai kad Octopus je. Malas nak fikir. Just tap sahaja dekat dalam tram.

 Bro steady bawak basikal antara dua tram. Tram ni ada driver, macam bas jugak. Sebab tu kot dia tak risau

 Nak feel kenalah duduk atas. Tapi macam nilah, manusia ramai

Muka hepi dapat menunaikan impian diri sendiri.

Kalau korang nak sight seeing tengok HK Island, bagi aku naik tram sesuai sangat. Sebab tram tak laju. Boleh menikmati suasana bandar HK yang sibuk. HK adalah bandar yang bergerak pantas. Orang sentiasa rushing kat sini.


Itu jam serupa KL jugak. Hahahaha

Dah tunaikan impian aku, kenalah tunaikan impian Anies plak kan. Setelah gagal mencari kain ela di Ladies Market, Mongkok dan Dongmen Street, Shenzhen kitorang nak try cari kat HK Island pulak. Biasalah kami penyokong Liverpool mana kenal erti putus asa. So, last minute punya cadangan, nak ke Stanley Market. Tapi, nak ke Stanley Market tak boleh naik tram mahupun MTR. Abih nak naik apo? Tak kan naik kapal pulak.

Antara cara paling mudah dan direct nak ke Stanley Market adalah dengan menaiki Mini Bus dari Jardine's Bazaar. Nak ke Jardine's ni kami turun di Causeway Bay. 

Terjumpa restoran halal yang diusahakan warga Indonesia. Dan untuk pengetahuan korang, dekat area Causeway Bay boleh jumpa ramai orang Indonesia tau. Rasa macam di Jakarta gitu.

Ada banyak signboard macam ni. Tapi kitorang tetap sesat. Tanya aja sama cewek-cewek yang lalu-lalang

Setelah puas mencari..

Tempat tunggu bas mini


Walaupun nama dia bas mini, korang jangan samakan macam bas mini kaler pink tahun 90an dulu. Nak naik kena beratur, pastu tak boleh berdiri. Penuh je dia jalan. Naik mini bus ni boleh pakai Kad Octopus. So tap tap jelah.

Masa dah baik punya duduk dalam bas baru aku perasan sambal nasi lemak tumpah kat baju. What!!! Tak taulah berapa lama aku bawak corak bunga oren ni. Lap dengan tisu basah je buat syarat tapi still ketara sebab Tshirt aku pink kan. Cmane boleh tumpah, sambal dalam beg. Huhuhuhu.

Tapi tulah, malas nak fikir banyak. Kita duduk jelah diam-diam. Jalan nak ke Stanley market ni berpusing-pusing. Rupanya kena naik bukit macam Bukit Ampang tu ha.

Lama jugak perjalanan nak ke Stanley Market tapi dah lalu jalan bengkang bengkok naik bukit memang tak dapat lah aku nak tidur.

Aku assume mesti artis, tak pun tauke besar yang duduk kondo tepi pantai dan memiliki bot-bot mewah persendirian yang aku nampak sepanjang perjalanan ke Stanley Village.

At first aku dan Anies tak tau nak turun kat mana, tapi nasib baik ada budak sekolah yang inform kitorang once dah nak sampai. Thanks lengchai!

Turun bas stop ni pastu lintas jalan

Dah sampai Stanley Market!

Nak tau cmane rupa Stanley Market dan keadaan di Stanley Village, tunggu next entry OK. Thanks for reading!

26 comments:

  1. Sorry Sal. Lama x singgah sini.

    Kita tunggu cerita pasal Stanley Market. Best jugak layan shopping kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam lama kena tunggu. suntuk betul masa asyik tak sempat update blog.huhuhu

      Delete
  2. tak sabar nak baca cerita seterusnya. menarik baca cerita holiday ciksal nih

    ReplyDelete
  3. dok cari kat mana laa part kena sambal tu... nk tggu tu sama macam pogba score last min... eh ehh pe hal plak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibarat tunggu liverpool menang liga lah kekdahnya. Kah kah

      Delete
  4. p/s harap2 ms ko baca komen ni, ko da slmt mendarat kt airport Manchester... jgn lupa ole2 hahahahahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah booking gi Kiev terus..kah kah

      Delete
  5. Anda lebih baik..teman lagi kura-kura.

    ReplyDelete
  6. dh habis cite ke?ala kn tunggu plak..haha bestnya boleh trip selalu♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah selalu..rasanya kena kurangkan berjalan sekarang ni

      Delete
  7. Seronok bila dapat ke tempat yang diimpikan.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. dah duduk dalam bas tu naik jugaklah baunya.haha

      Delete
  9. Wah pegi hk pulak ke.. bestnya

    ReplyDelete
  10. Mantaap ... trip nya sudah sampai di Hong Kong.
    Keren,kak.

    ReplyDelete
  11. aida baca sambil senyum.
    meletakkan diri di hong kong :)

    ReplyDelete
  12. Seronok baca pengembaraan Sal & Aniesz masa baca terasa ada kat sana..
    Gambar pun jelas.. Agak bersih jugak persekitaran jalanraya di Hong Kong..

    ReplyDelete
  13. Wah! kat HK pun ada ramai warga Indonesia ya ingatkan kat Mesia aje.

    Mini bas dia dah macam van sekolah je Mrs. A tengok.

    ReplyDelete
  14. Wow! Lepas baca entri ni lagi semangat nak menabung pi travel. Hahahahaha!

    ReplyDelete
  15. sambal nasi lemak tu nak tengok HK jugeksss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia boring duduk dlm tupperware je

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com