Braces Journey Part 7 - A Year Later

Saturday 14 April 2018

Assalamualaikum. Diam tak diam dah setahun aku bergigi besi full time. Dalam masa setahun macam-macam yang aku lalui. Sungguh tak sangka aku tabah melaluinya *Over*

So, sepanjang pakai braces, dah macam-macam benda alah doktor pasang kat gigi aku untuk mempercepatkan proses. Pakai spring kat gigi belah kiri sahaja sebab doktor kata nak belah kanan rapat dulu. So, kiri kena hold. Time tu memang sakit mata bila tangkap gambar sebab rongak tu nampak ketara. Dahlah spring tu suka trap makanan. Tapi spring tu tak menyakitkan pun. Most of the time tak realise pun dia ada situ.

Selain spring, aku juga berkenalan dengan getah elastik. Dr.K kata elastic ni akan bantu cepatkan proses. Elastic ni macam mini rubber band. At first benci giler pakai elastic sebab rasa mulut tak boleh bukak dan tutup dengan mudah. Nak makan dan gosok gigi kena buang. Elastic lama-lama akan hilang keanjalan so kena tukar like every 4 hours. Paling tak best bila dah duduk siap-siap nak makan pastu realise lupa bukak elastic. Apa lagi berlari ke toilet lah takpun menyorok bawah meja. Nak tanggalkan depan orang takut ada yang hilang selera pulak.

Photo taken in March 2018.
Dalam bulatan biru tu lah elastic band. Kalau perati betul-betul, boleh nampak spring kat kawasan yang rongak tu

Getah elastik ni kalau pakai, tak boleh main-main. Bukan boleh hentam je. Kena ikut instruction dentist. Cara pakai dia pun berubah-ubah dan bergantung kepada struktur dan banyak mana gigi dah bergerak.

Nak bercerita journey setahun ni lagi best kalau ada gambar kan? So mari kita recap.

Januari 2017

Mac 2017

May 2017

September 2017

Dec 2017 - Nampak tak rongak tu? Nampak tak???

Latest - April 2018.  Abaikan mata bengkak sebab berjaga tengok bola

So far aku berpuas hati dengan progress. Dah tak rongak dan mulut pun nampak kecik dan bibir tak terjuih macam dulu. Cuma tulah gigi kapak aku tu memang besar dan walaupun dah tolak ke belakang still nampak obvious. Abaikan lah.

So nanti aku share lagi. Harap habis tahun ni jugak. Mana tau pas bukak boleh naik pelamin. Eh...hahaha.

Thanks for reading guys!

52 comments

  1. Fuh bthn juga kena guna benda ni eh. Scary tgk tp biasa tgk hasil mmg cantik lahkan. Soon nak psg tuk anak, gigi rongak sb mkn pepet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak betulkan gigi seeloknya masa kecik. dah besar macam saya baru buat memang lambat

      Delete
  2. Sampai kesudah tak buat2 lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. eh2, mcm tersama je impian kite bila dah bukk nnti..ngee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. impian tak taulah boleh tidak jadi realiti

      Delete
  4. aminnnn.. part yg last tu i like.. bila smpi masanya jangan lupa jmput zie hik hik..

    ReplyDelete
  5. Sabarlah ya Sal beauty is pain eh! betul ke hiks!

    ReplyDelete
  6. wak baru nak ckp “dah bole kawen” tu., hehehe salam ciksal

    ReplyDelete
  7. InshaAllah nnti dah boleh kawin hehehe, eh tapi sekarng pun boleh kawen apa. tengok progress tu memang nampak makin eloklah keadaan gigi tu kan. moga cepat elok dan dapat buka cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawin bila-bila pun boleh tapi tulah takde calon. hahaha

      Delete
    2. ada tu calonnya lambat sangat sampai tu

      Delete
    3. Mungkin akan sampai lepas sy bukak braces. Haha

      Delete
  8. owh bagus lah perubahan positif

    ReplyDelete
  9. Tgk mmbr2 yg pakai braces ni... Depa koi kurus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kak sal tak pakai braces pun memang kurus. hahaha

      Delete
  10. woww,, ain pun teringin jugak pakai braces tpi takuttt..hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu pun takut, tapi beranikan diri jugak sebab tak tahan kena bahan.

      Delete
  11. Mama boleh nampak perbbezaanya mmg fun lah sal .. Gigi dah cantik Dan tersusun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..rasa macam berbaloi segala sakit tu.

      Delete
  12. kejap je kan da setahun? lps ni nak bergambar dgn mat salah pun dah x rs serba salah lg walaupun ko rasa macam bersalah je kalau terang2 claim n saampai sumpah dgn nama anak yg tu gol ko... eh ehhh... apeni??

    ReplyDelete
  13. tak menyakitkan ka guna Brace nie...

    apapun ..itulah pengalaman berharga.

    tidak semua orrang ada pengalaman tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit jugak..sebab braces ni sejenis treatment kan

      Delete
  14. Sal buat kt klinik mana dan berapa kos

    ReplyDelete
    Replies
    1. klinik pergigian suriani kat ampang. Kos 5500

      Delete
  15. hmmmm nampak semua progress nyer, ohsem!
    anak buah aida buat braces ni.
    so aida boleh imagine la progress nyer.
    now gigi dia is perfect :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah bila tahu result positive..
    LZ tengok bukan mudah tempuhi sepanjang masa ber-braces ni kannnn Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..ni pun baru semalam g appointment. belum mampu nak makan keras-keras

      Delete
  17. Wow tabik spring la. Sy nk pakai lama dah tp sampai sekarang tak pakai-pakai lagi..

    ReplyDelete
  18. Akhirnya..... ye Sal. Lama gak tu menanggung jerih perit dia. Tak perlah Sal yg penting bersanding nanti konfiden je senyum nampak gigi... Jangan lupa pulak jemput hakak ek....

    ReplyDelete
  19. Kejap aje dah setahun...
    Yang penting, senyuman lebih jelita..

    ReplyDelete
  20. dah nampak perubahannya.. good job kakak !

    ReplyDelete
  21. rasa macam baru je akak dan gigi besi ni, dah setahun kan.. let's celebrate... yehuuuu

    ReplyDelete
  22. semoga cpt kawen ... aameen

    ReplyDelete
  23. Memang kalau pakai braces tak boleh makan daging or benda2 yang keras eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Lagi-lagi kalau masa mkula-mula pakai. Takut bracket tercabut dan susah nak mengunyah. Boleh refer entry terdahulu bawah label 'braces'

      Delete
  24. Waktu buat tuh ada kena xray tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena xray dan amik acuan gigi. boleh refer entry terdahulu bawah label 'braces'

      Delete
  25. salam sis. nak tanya, sis pakai rubberband tu guna jari saja ka sangkutnya? atau ada alat khas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada alat dia, tapi tulah, lagi senang guna tangan

      Delete
  26. hi, saya nak tanya. rubber band tu kalau habis ada jual dekat luar tak ? macam farmasi ke ? or memang kena amik kat doktor sendiri ? tq ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak ada jual kat luar. Kena beli dari klinik gigi.

      Delete
  27. salam . nak tanya , kalau rongak gigi dibahagian depan lepas cabut tu, adakah akan rongak je lepas pakai braces atau ada kemungkinan gigi akan rapat .

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah