Osaka ke Kyoto by Shinkansen - Part 10 - Kansai Trip

Friday 16 June 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Lama kisah Jepun ni terbengkalai. Entry ni sebagai pengubat rindu kaki yang dah gigil nak travel tapi tak berkesempatan. Ye, agak pelik menulis entry travel time Ramadhan ni, tapi ketahuilah aku sangat perlukan vacation tapi mustahil. Sob sob. Nangis sorang-sorang menahan stress.
.
.                                      
.

Hari ke 4 di Kansai, kami nak ke Kyoto plak. Jarak Kyoto dengan Osaka dalam 60 km. Nampak jauh, tapi sebab banyak pilihan public transport antara 2 bandar ni, takde masalah untuk balik hari. Pindah-pindah rumah or hotel ni leceh, so unless korang teringin nak tidur di Kyoto (duit korang, sukati koranglah kan), stay aje di Osaka.

Orang yang paling excited pagi hari ke-4 ni of courselah aku. Sebab nak naik Shinkansen (Bullet Train)!! Shinkansen ni kalau korang dah sampai Jepun, wajib naik tau. Tak kisahlah naik dari mana ke mana, tapi yang penting naik. Memang rugi kalau terlepas, sebab pengalaman yang tak dapat kat negara lain.

Display nama stesen dalam subway aliran Midosuji ke Shin-Osaka. See, takdelah susah sangat train di Jepun. Lagi-lagi tempat yang tourist selalu pergi, senang cari info dalam bahasa Inggeris.

Nak naik Shinkansen, kitorang kena naik dari Shin-Osaka station. So, dari Namba, guna kad Kansai Thru Pass yang sama kitorang guna kat Kobe, stop di Shin-Osaka. Tapi, nak naik Shinkansen tak boleh guna Kansai Thru Pass. Sama ada guna Japan Rail Pass atau beli one-way/return ticket.

Platform untuk naik dan beli tiket Shinkansen ni kat tingkat tiga, so ikut je papan tanda. Sebagai tourist, lebih mudah beli tiket di kaunter berbanding di mesin. Kaunter ada banyak, so tak perlu risau beratur lama. Ada staf yang akan sabar melayan kerenah korang. If nasib baik boleh dapat yang hensem macam Takeshi Kaneshiro. Gituuu..

Semasa beli tiket, pastikan perkara-perkara ni:
1. Tarikh perjalanan
2. Carriage - Ordinary Car or Green Car. Green Car lebih selesa dan luas. Slightly mahal
3. Destinasi
4. Reserved or non-reserved seat. Reserved seat mahal sikit.
5. Return atau one-way

Kami pilih yang paling basic. Ordinary Car dan tak select seat. Dalam hati nervous gak, what if tak dapat duduk? Berdiri dalam lrt tak berapa laju pun kena pegang tiang, dalam bullet train ni kang mau melayang aku. Tapi tawakkal jelah, lagipun masih pagi dan takdelah ramai orang sangat.

Tiket Shinkansen kitorang. 

Atas tiket shinkansen, ada segala info tentang perjalanan. 1,420 tu adalah harga tiket iaitu 1.420 yen. 10.30 adalah tarikh tiket iaitu 30 October manakala waktu shinkansen berlepas ialah 8.33 am (dicop berwarna merah). Yang lain tulisan Jepun tu tak tahulah pulak aku. Hehe. Nak faham lebih lanjut tentang cara baca tiket shinkansen, boleh baca SINI

Kitorang saja pilih yang ada gap dalam 20 minit dari waktu kitorang beli tiket, takut sesat dok cari platform. Sampai je platform tu, terus nak confirmkan dengan sorang staf ni, tetibe dia suruh naik satu shinkansen yang sedang tunggu nak berlepas ke Kyoto. Slightly awal dari waktu sebenar. Rezeki.

Sambil mengawal keterujaan, kitorang pun cari tempat kosong. Alhamdulillah, orang tak ramai. Eventually, train pun bergerak. Walaupun excited, aku controll jugak perangai kampung aku. Hehe. Naik shinkansen aka bullet train ni merupakan antara impian aku sekian lama. Syukur sangat-sangat Allah makbulkan.

Suasana dalam bullet train. Selesa dan ada tempat letak luggage

The best part is, kat dalam bullet train ni, kelajuan tu tak terasa. Walaupun boleh mencecah 285km/h, tapi perjalanan smooth je. Nak tangkap gambar kat luar memang blur. Aku pun malas fikir, so just duduk dan menikmati pengalaman pendek berdurasi 15 minit. Yup, hanya 15 minit dari Osaka ke Kyoto.

Dah sampai stesen Kyoto, kami pun turun. Shinkansen kami naik tadi pun meneruskan perjalanan sampai ke Nagoya dan seterusnya Tokyo. Bacaan lanjut di SINI. Terdapat juga bullet train dari Osaka ke kawasan Kobe, Hiroshima sampai ke Fukoaka. Yang tu boleh baca SINI

Dah sampai Kyoto baru amik gambar. Agak susah nak ambil gambar berlatarbelakangkan shinkansen. Malu nak tepek muka sendiri, tapi macam nilah keadaan di stesen Kyoto.


Aish, bijak pulak aku amik gambar yang tulisan Jepun. 

Dah sampai Kyoto, marilah kita ke destinasi pertama iaitu Kinkakuji atau Golden Pavilion. Kalau ikut google map atau tripadvisor ada macam-macam cara nak sampai ke Kinkakuji ni. Tapi sebab kita ni traveler biasa-biasa je, kita ikutlah cara yang mainstream iaitu naik bas di Kyoto Bus Station.

Once dah turun dari Shinkansen, nak ke mana kita? Kyoto Station ni boleh tahan besar macam Osaka Station jugak. Stesen Shinkansen terletak di bahagian selatan (Hachijo), manakala Kyoto Bus Station dan Kyoto Tower terletak di bahagian utara (Karasuma). Ada ISETAN (bukan Setan), Porto Dining dan stesen JR di antaranya. Tabahla menapak. Ikut saja papan tanda atau tanya orang.

Bila dah sampai stesen bas, nak buat apa? Kat mana nak beli tiket? Betul ke orang Jepun beratur nak naik bas? Ke tu semua propa je? Nak tau tunggu sambungan entry ye.

Thanks for reading and for commenting. Love you all!

Part 9

29 comments

  1. ok la tu sal amik gambar tulisan jepun tu, maksudnya sal betl2 jejak kaki kat jepun, tarak tipu punya hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan..nanti orang kata ni amik kat stesen Kelana Jaya je ni.haha

      Delete
  2. Bullet train ni kakau tak silap ada dipaparkan di majalah tiga...laju berdesup geraknya...huhu..

    ReplyDelete
  3. sal nk iti hehehe lupa nk minta no kt anies

    ReplyDelete
  4. takleh bayang bullet train dia yang laju tu. teringin sgt ke japan

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat pergi jepun naik bullet train pulak tu. of course tak lepaskan peluang naik kalau dah sampai sana kan

    ReplyDelete
  6. Bestnya jalan2 jepun ye sal..
    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  7. bestnya jalan2 Jepun. nak raya ni, selamat hari raya sal. boleh buat novel entri2 sal sampai part 9. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tulis pendek-pendek supaya orang tak jemu baca

      Delete
  8. best nyaaaa. teringin gile nk pergi jepun tp tak seconfident ke korea bila baca subway maps dia. jadi, iols lupakan lah niat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nak compare sebab belum sampai Korea. Tapi saya rasa Jepun takdelah susah sangat.nak navigate dalam station dia je susah sikit, terutama main station.kena banyak jalan dan baca signboard

      Delete
  9. Apa yg ditulis di entry ni saya mengalami di sana. Memang seronok.

    Selamat hari raya

    ReplyDelete
  10. semoga Kak Sal menjadi semakin rajin nak menghabiskan cerita.. bookmark citer Jepun akak ni nanti senang nak korek balik. mana tahu ada rezeki nak pergi.. kita study je dulu ehehe..

    perlukan vacation jugak.. tapi.. huuurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin memang rajin, masa sahaja tak berapa nak ada.seganlah orang bookmark, I travel main belasah je..hehe

      Delete
    2. you will never know kak.. part mana dlm cerita akak dpt bantu orang hehe.. teruskan chaiyoo..

      Delete
  11. kegigilan kaki dan tangan untuk berjalan sangat difahami.. ku mengerti.. sama-sama mengerti..

    tabahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab poket juga menggigil maka kita tabahlah..haha

      Delete
    2. bak kata orang.. time2 skrang ni kalo jemur baju mmg poket je cepat kering ngeh3..

      Delete
  12. Jeles baca pengalaman Sal pergi Jepun..
    LZ ntah bila dapat ke sana. Menarik cerita Sal..

    ReplyDelete
  13. best nih..cepat buat sambungan jangan malas2 ya cik sal

    ReplyDelete
  14. Moga dapat lah gi Jepun...jeles nih..

    ReplyDelete
  15. syioknyer p travel..japan pula tu ^_^

    ReplyDelete
  16. tetiba tingat segmen majalah 3 psl bullet train ni.... ntah bla laa malaysia nk merasa ada ketapi ni kan ;-)

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah