Monday, 15 May 2017

A night in Dotonbori - Part 9 - Kansai Trip

Assalamualaikum semua! Seperti yang aku cerita dalam entry INI, waktu aku balik, ada nampak beberapa ketul 'entiti' dalam subway. Lagi pelik, bila turun di stesen Namba, makin ramai yang muncul. Macam-macam rupa. Ni antaranya..



Masa ni memang rasa teruja. Rupanya betul apa yang aku pernah baca, anak-anak muda Jepun gemar memakai kostum dan turun ke bandar setiap malam minggu. Dah memang budaya diorang. Aku tak taulah kat negara lain ada ke tidak, tapi setau aku kat Kolumpo takde. Haha..Jepun memang unik dan 'gila'!

Kitorang dah penat sangat time tu, tapi pada masa yang sama, teringin nak cari area 'Glico Running Man' yang katanya mercu tanda Dotonbori. So, on the way balik, one of us suggest instead of terus belok kiri untuk ke rumah, kitorang belok ke kanan sebab nampak area tu macam meriah gila. Lagipun kat situ banyak 'entiti-entiti' berkumpul. Andaian aku, Glico mesti ada kat situ. Orang yang kenal aku, tahu betapa bencinya aku dengan tempat crowded, tapi since ni tempat orang, aku macam berminat pulak nak tahu apa ada kat situ. So, marilah kita gi tengok.

Clown vs Naruto?

Diorang ni suka pakai kostum secara berkumpulan. Contohnya group ni pakai kostum shark, pastu jalan sekali berderet macam ni. Memang comel.


Jack Sparrow dok asah parang. By the way, nampak awek pakai skirt pendek tu? Jangan terpedaya, time ni sebenarnya sangat-sangat sejuk.

Diorang ni sebenarnya sangat sporting, so boleh je nak ajak bergambar sekali

Aku pun tak tau ni watak apa..tapi yang rambut blonde tu comel. Haha

Entahlah dalam tu pompuan ke lelaki...Haha. Gigih kau ke hulu ke hilir pakai kostum tu.

'Restoran Ketam' yang famous

Inilah dia..the famous Glico! Tak jumpa benda ni kira tak sampai Osaka lah.

Sini memang tempat orang lepak

Dotonbori sememangnya meriah di malam hari. Ada macam-macam orang boleh jumpa. Nasib baik pergi dengan kawan-kawan yang baik dan reti nak balik rumah. Kalau pergi dengan kawan yang nakal, mau hilang pedoman sampai Subuh. Aku serius ni.

OKlah, nanti sambung story.

44 comments:

  1. Bestnya..kat malaysia takdenya macam nih..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada takut kena kecam..haha

      Delete
  2. WAH SAL KE JEPUN PULA SERONOKNYA

    ReplyDelete
  3. Ehem ehem ehem betulkan keyboard nk taip kat sini rasa dh lama x komen kat blog cik sal ni 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak JM datang mengebom! Terkejut saya

      Delete
  4. Yes! Kalau x bergambar depan glico man tu mmg x sampai jepun tau 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kira perkara wajib kat Osaka

      Delete
    2. Usahkn glico... gelimart pon SS x smpi... so SS x smpi jepun laa ehhh... he he he

      Delete
    3. iyelah tu SS x pernah sampai. Cam tipu je

      Delete
  5. Dotonbori tu mmg meriah mcm myeongdong mmg kena masuk dlm itie

    ReplyDelete
    Replies
    1. myeongdong pun saya nak masuk dalam iti. bila pergi tak taulah

      Delete
  6. basikal mesti ada menyelit..hihi..meriah di sini..dulu x jumpa glicoman..gambar pompuan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih cari glicoman, sampai sesat ke mana-mana nak balik tu..

      Delete
  7. Dah terjawab entiti apa yang dimaksudkan...hehe...di Malaysia sudah ada cuma secara minority..sekadar suka-suka untuk bergambar..belum hingga diperaga sepanjang masa..dan belum menjadi trend..mungkin sedikit masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang sesuai di Malaysia kot..tapi entahlah, kang kalau cakap dikata acah baik.

      Delete
  8. ish.. banyaknya spend duit cam tu.. adoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nak sewa kostum bukannya murah. kalau murah kak Sal pun dah sewa gak..haha. jadi Ju On

      Delete
  9. memang sporting la depa ni, sebab tu ok je pakai kostum

    ReplyDelete
  10. Gyaaaaa, NARUTO!! Seronoooknya tengok ramai orang pakai costume macamtu. Ehem, yg rambut blonde tu sekilas pandang dah terpikir dah jugak cam comel je. Hahaa :P

    ReplyDelete
  11. ko ni pun satu laa... awat x minta autograf dgn johny depp tuu... adoyaiii kot2 dpt tiket free movie baru dia ni issshhh ko niiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut lah aku tengok pedang dia..pedang samurai tu.haha

      Delete
  12. Replies
    1. time ni naruto belum kahwin..hehe

      Delete
  13. Kolumpo x payah pakai kostum cik sal... bersepah hantu betul... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal kat kolumpo bahaya kuar malam2 ni..banyak jenis hantu. Seram..haha

      Delete
  14. Kulit org jepon ni dah mcm kulit boye... x heran sejuk pon... kite je yg jln mcm penguin... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..cam kita dah biasa berpanas. pedehal..

      Delete
    2. errr...kat malaysia pun ada...kita masuk shopping complex sejuk semacam...ada gak pakai baju nipis...seluar sependek pendeknya

      Delete
    3. dia darah sejuk kot..haha

      Delete
  15. Kalu kat indonesia... jgn ler gambo dgn org pakai kostum... lepas amik gambo... dia mintak duit pulak! Haremmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye..tapi kat Jepun ni diorang tak suka kita amik gambar curi2..kalau mintak diorang OK.

      Delete
    2. lain pulak cara di negara lain yer....amik gambar dengan saya jela...free kekeke

      Delete
    3. takut gosip.gambar ngan cik puteri jelah..haha

      Delete
  16. fuhhhh negara komik....memang tak terkejut la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejut sebab ramai dan sesak sangat. berpinar mata..dahlah ramai seksi.nasib baik sama jantina

      Delete
  17. aida rasa sebab diorang sporting and support.
    tu yg kostum tu mcm something biasa.
    diorang enjoy.

    ReplyDelete
  18. Gigihnya awek tu pakai skirt pendek time sejuk 😂 Mana2 yg post pasal travel ke Japan, mesti ada terselit gambar the famous Glico & restoran ketam 😄👍

    ReplyDelete
  19. Unik betul remaja Jepun..
    Tak sangka diaorg sporting.. 😊

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com