Kobe Harborland- Part 8 - Kansai Trip

Friday 21 April 2017

Assalamualaikum semua. Well...mari kita sambung entry Jepun. Kali ni masih di Kobe, kami bergerak dari Masjid Kobe lepas Maghrib, langit pun dah gelap padahal baru pukul 5 lebih. Kami nak ke Kobe Harborland. Ikut plan asal, kitorang nak naik bas no.7 ke Kobe Harborland, ataupun naik train Kaigan Line dari Kyukyoryuchi Dimarumae Station dan berhenti di stesen Harborland. Tapi, masa singgah di Kobe-Sannomiya Station, sebelum datang ke masjid, staf di Tourist Information Centre ada bagi option lain yang katanya lebih mudah. Kitorang pun follow jelah direction dia bagi tu. Kalau nak naik bas, susah nak mengagak dari bus stop mana.

Kami diarahkan (wah, diarahkan, macam Running Man pulak) untuk ke stesen Motomachi. So, we olls pun berjalanlah ke sana. Guna Google Maps..ihsan pocket wi-fi yang dipinjamkan Hiro-San Encik Tuan Rumah. Jarak dalam 1.0 km. On the way, terserempak kedai jual makanan halal. Masa tu kira-kira lah jugak, nak top up megi ke, packed food ke, last-last beli sosej je malas nak bawak ke hulu ke hilir. Haha


Kedai ni kecik je, dan barang-barang makanan dia pun banyak import dari Indonesia atau negara Islam lain. Tak ada pun made in Japan, so boleh bayangkanlah harga agak tinggi. Aku nak ambil gambar tapi pekedai tu macam dok jeling-jeling kitorang, segan pulak aku. Bukan apa, masuk sebab sejuk Ya Ampun kat luar. Pekerja kedai tu orang Indonesia. Actually ada lagi satu kedai Indonesia depan masjid, jual rempah dan makanan dalam paket macam mi, tapi tutup time kitorang pergi.

Time aku duduk luar masa kawan aku dok bayar, tetibe ada orang bagi salam. Aku toleh, tu dia ada mat Arab hensem tegur kitorang. Jodoh kah? Tapi rupanya abang hensem datang sama wife dan baby da.. Diorang satu family, turn out baru transfer ke Jepun, dan itu hari pertama diorang. So, diorang tanya kot kitorang tau kedai halal yang lain. Diorang ingat we olls ni student or memang dah lama duduk situ, padahal musafir lalu pak malau je Ya Brother.

Ce teka diorang ni baru relocated dari mana? Of course lah Malaysia! Aku lupa diorang ni kerja Kelantan ke Terengganu entah, tapi diorang cakap diorang rindu makanan kat Malaysia, sebab senang cari yang halal. Betul bang, kekasih halal je susah cari kat Malaysia tu. Perangai cam haram banyaklah. Kah kah.

Dalam 1 km menapak, sampai juga ke Motomachi Station. Nangis..awek kat kaunter tu kata dekat! Nasib baik sejuk, dan kitorang dah kenyang. Kalau lapar tadi mau macam zombie dalam Resident Evil. Naik train Hanshin Line, stop di stesen Kasoko Kobe. Teringat pasukan penyelamat Kasukabe dalam citer Shin Chan. Jalan lagi mencari Kobe Harborland. Jalan ajelah kerja kalau kat Jepun tu.

Masa ni agak sesat jugak. Dah tanya direction pun salah langkah lagi. Tapi tau tak betapa sweetnya couple yang bagi direction kat kitorang tu, dia siap kejar kitorang bila tengok kitorang salah belok. Allahu..baiknya. Sejak tu aku berikrar akan menjadi lebih baik dengan tourist bila pulang ke Malaysia nanti. Hahaha.

Aim Ferris Wheel ni sebagai landmark kobe Harborland

Akhirnya..sampai jugak Kobe Harborland. Tempat ni meriah dengan lampu warna-warni di waktu malam. Ada Ferris Wheel dan deretan restoran. Dah nama pun harbour, of course lah sejuk kena angin laut. Tak tau nak buat apa, kitorang gi naik Ferris Wheel. Entahlah, sampai Jepun je jadi sawan Ferris Wheel. Kah kah. Tak termasuk dalam plan pun nak naik Wheel ni, tapi naik jugaklah sebab alang-alang dah sampai. Lagipun boleh rehatkan kaki sambil santai tengok pemandangan Kobe dari atas. Bayaran aku dah lupa sebab takde dalam plan kan.

View dari dalam Ferris Wheel

Comel je hotel bentuk whale

Kobe Harborland ni biasa jelah bagi aku..mungkin kitorang tak berapa excited sebab penat dan sejuk. Nak makan-makan kat restoran, tak ada yang halal. Sembang cam banyak duit. Puiii. So, we olls pun decide untuk balik je lepas jalan-jalan dan posing sikit-sikit sepanjang pelabuhan tu. Bolehlah takat nak tinggal jejak dah sampai. Tapi aku enjoy jalan tengok town Kobe sebab kurang sesak berbanding Osaka. Orang dia pun lebih rileks dan tak tergesa-gesa..

Sejuk ye dalam stesen ketapi pun masih bermafla dan pakai Down

Dari harbor kami menapak ke stesen train Harborland. Ikut signboard je. Naik train Kaigan Line ke stesen Sannomiya-Hanadokeimae station. Cari plak Hanshin Line untuk pulang ke Namba. Like I said before, jaringan stesen keretapi Jepun ni berselirat dan memenatkan. Yang penting ikut signboard dan lapangkan hati. Kalau tak nak penat jangan travel, duduk rumah je ye. Haha. Tapi sambil-sambil jalan tu boleh cuci mata. Tengok orang, tengok kedai.


Limited Express tu train paling laju dan tak banyak berhenti. Harga sama je macam naik train local atau rapid express. Time ni kitorang dah agak expert. Haha. Nak naik train kena hati-hati pastikan platform dan gerabak yang betul. Kadang-kadang satu keretapi panjang tu akan berhenti di stesen besar dan split. Separuh pergi arah lain, separuh pergi arah lain. Kalau salah gerabak kan naya.

 Tempat pemandu. Nampak klasik. Yup, keretapi bawah tanah Jepun ada driver ye.

Train kitorang naik ni entah kenapa rasa lama. Lepas tu banyak pulak berhenti. Aku sebagai ketua kontinjen mestilah rasa cuak. Aku rasa tadi train ni memang tulis Umeda dan tulis Limited Express. Tengok luar nampak sama je. Bangunan rumah-rumah tak pun pekan kecil yang langsung tak meriah macam Namba. Bila masuk bawah tanah, lagi hampa nampak gelap je. Announcement dan paparan nama stesen semua dalam bahasa Jepun. Ah sudah. Lebih setengah jam dah ni. Rasa pagi tadi takdelah lama sampai macam tu.

Rasa nak terlelap, tapi sebab takut terlepas stesen, tahan je mata sambil dok melilau keluar. Mana Namba tak sampai-sampai ni. Train makin lengang. Huhuhu. Ego lagi tu nak tanya orang. Confident level tinggi sangat.

Train meluncur laju. Berhenti di sebuah stesen yang nama agak familiar. Ah..betul rasanya ni. Ramai yang naik kat sini. Tapi..kenapa tiba-tiba ada entiti dalam subway?

Apa? Entiti? Kak Biah kau buat cerita seram Ju On ke? Aku tak main-main wei. Aku perati diorang, diorang perati aku balik. Travel mate aku yang lain jeling-jeling jugak, tapi tak cakap apa-apa.

Hampir 50 minit perjalanan, akhirnya train berhenti di Osaka-Namba Station. Yeah..mari turun. Eh, entiti pun ikut sekali! 

Nak tau entiti apa? Tunggu sambungan kisah seram di Namba. Thanks for reading!

Part 7
Part 6
Part 5
Part 3
Part 2
Part 1

42 comments

  1. kah kah..nmpaknya mencari jodoh di jepun tak berjaya, cuba lagi..larikkkkkk

    ReplyDelete
  2. entiti apakah itu? jgn entiti tu ikut balik ke mesia sudeh!! hahaa

    ReplyDelete
  3. Suspennya pasal entiti tu! Seram ke? Ke jejaka kacak Jepun? Hikhik :P

    ReplyDelete
  4. Hye sal. Dah lama tak bw ke sini.. Btw travel ke jepun tu best kan,.. Saya pun rindu nak kesana semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye kak DP..ya, jepun memang best. ada peluang nak ke area lain pulak

      Delete
  5. Alamak... ingatkan jumpa jodoh tok arab... ciskek

    ReplyDelete
  6. Perangai cam haram ?? wakakakaka

    ReplyDelete
  7. eh hakak ! cane ngan ikrar yang satu itu ? buat tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikrar yang mana satu ni ek? kak sal banyak jugak berikrar.haha

      Delete
    2. memandangkan dah almost sebulan, Zaf pun lupa ikrar yang mana.. nanti nak scroll balik.. hahaha

      Delete
    3. haha..ingat ikrar zaman sekolah dulu cukuplah

      Delete
  8. cantik jugak kobe waktu mlm,,dulu pergi balik hari je x sempat bemalam sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun tak bermalam..balik hari. tapi spend one whole day kat Kobe

      Delete
  9. kagum dengan senibina sana, bentuk whale pun dia boleh buat hotel

    ReplyDelete
  10. suka ayat..kekasih halal susah nk cari..peragai mcm haram byk..hihi

    ReplyDelete
  11. mesti entiti tu mcm takuya kimura ms memuda dulu... x pun entiti tu persis maria ozawa tu yg ko rs sereemmm je tu kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..haip, nama tu jangan sebut.kang bebudak gogogle, bahaya

      Delete
  12. Replies
    1. Ni mesti x baca entri cik Sal 😜

      Delete
    2. haha...speed reading ni. banyak blog nak bw kot

      Delete
  13. Kobe harbourland ni x ada pe sangat..sis JMke sana pun sbb cari masjid dan halal restoran tu

    ReplyDelete
  14. Sis JM pun naik ferries wheel tu naik waktu siang so x la best mana pun just leh tgk view dari tempat tggi jek

    ReplyDelete
  15. Rasa nk repeat Japan tapi nk pegi region lain lak

    ReplyDelete
  16. cantik night view di sini..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah