Mempersoalkan filem Desolasi

Thursday 5 January 2017

"Dalam hidup ni, kita kena persoalkan semua benda"


Dalam sibuk-sibuk adik aku nak bertunang, sempat lagi aku ngan adik aku lagi sorang pergi tengok filem terbaru arahan Syafiq Yusof ni. Harus kalian tahu yang adik aku bukan penggemar filem Melayu. So, bila aku tanya apa sebab filem yang satu ni buat dia teruja, jawapan dia sama dengan aku: Nak tengok Kuala Lumpur kosong!

Semua orang tahu KL kosong adalah sesuatu yang mustahil berlaku. Lengang-mungkin, tapi menghilangkan semua manusia di dalamnya bukan mudah. Kredit untuk Syafiq n Co. kerana menjadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai kenyataan. Teringin jugak aku nak tahu teknik yang digunakan.


Kalau lihat trailer, ramai boleh agak yang Aiman, (lakonan Syamsul Yusof) watak utama dalam filem ini tak habis-habis ditimpa malang. Melihat melalui kaca mata Aiman, kita semua akan sedar yang kita pernah berada dalam situasi itu. Mempersoalkan. Kenapa aku ni asyik ditimpa bala? Apa dosa aku buat sampai dapat ujian macam ni? Desolasi sebenarnya mendakwah kita tentang qada' qadr dan takdir dengan cara yang tak terjangka. Sedikit meremang bila persoalan 'kenapa kita solat?' ditimbulkan dan dikupas oleh watak-watak filem ini sedikit demi sedikit.

Dari segi lakonan, aku sebenarnya dari dulu tak gemar lakonan Syamsul Yusof. Bagi aku dia sedikit keras. Ada kalanya aku tergelak walaupun babak itu sepatutnya serius. Lakonan Jalaluddin Hassan sebagai ayah Aiman sememangnya menterjemahkan karektor kebanyakan ayah di luar sana. Aku suka watak Zaid (Pekin Ibrahim), bekas mat rempit yang tiba-tiba menjadi alim selepas ditimpa kemalangan. Dia meneutralkan watak kalut Aiman dan ayahnya menjadikan filem ini lebih seimbang.

CGI Desolasi agak realistik. KL dikosongkan, dikejar dinosaur, Aiman dan Maya (Bella Dally) terapung - nampak berkualiti untuk filem Malaysia yang pastinya tak segah produksi Hollywood. Sinematografinya juga. Scene kegemaran aku adalah apabila Aiman dan ayahnya berlegar di ruang sama tapi mereka tidak dapat melihat satu sama lain. Seolah Aiman berada di alam bunian. Tapi ini bukan filem mistik. Ini filem sains fiksyen yang cuba dikaitkan dengan elemen kerohanian. Idea yang rare dan satu percubaan berani Syafiq Yusof untuk keluar dari kotak.


Seperti biasa, ada idea pun tak guna kalau tak dilangsungkan dengan baik. Filem ini banyak juga kekurangannya selain lakonan Syamsul. Bagi aku, ciri-ciri skema filem Skop Production masih kuat. Kalau biasa menonton filem atau drama terbitan Skop , pasti dah terbiasa dengan dialog yang formal dan boleh lulus kalau nak guna dalam peperiksaan. Tengok Gerak Khas jelah cakap macamana. Watak Dr.Yap lebih kaku dari Aiman ada kalanya melucukan. Begitu juga watak-watak polis. Pelakon recycle. Jemulah..

Endingnya juga terlampau mudah. Filem genre macam ni bagi aku lebih kena dengan konsep kalau ending tergantung. Pernah tonton Sucker Punch, Identity dan Shutter Island? Konsep hampir sama tapi dalam ketiga-tiga filem tersebut, di penghujungnya penonton ditinggalkan dengan tanda tanya dan tidak mendapat penjelasan sepenuhnya. Tapi filem Malaysia kalau ending tergantung mesti akan kena kutuk ye tak? So, aku fahamlah kenapa semua persoalan dijawab dan diterangkan dengan terperinci dalam Desolasi. Sepatutnya tinggalkan sikit untuk penonton persoalkan.

Kalau kau tanya aku, Desolasi hampir sama konsep dengan S.A.M. Tapi Desolasi lebih berat dan agak sukar meneka plot twist. Aku bagi 3.9 bintang.


Korang patut tengok Desolasi. Percayalah.

41 comments

  1. sikitt sgt 3.9 bintang tu, cerita SAM berat tapi ending cerita best, segla persoalan terjawab..

    DESOLASI ni dr apa yg Sal komen..tggu pencurimove je la hahaa

    ReplyDelete
  2. sentiasa suka baca penulisan sal

    ReplyDelete
  3. tetiba rasa nak g cari gak movie ni...

    hihihi

    ReplyDelete
  4. iye saya lah malaysian itu.
    yang tak suka citer tergantung ...

    sebab?

    malas fikir.
    nanti merebak2 buat jalan citer sendiri...

    tgk tv/movie sebab nak release tension... tapi kalau tak ada ending - kena pikiaq - uishhhh tension ahkak dik non...
    hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ok je ending tergantung kalau kena dengan gayanya...tapi tak semua pandai buat

      Delete
  5. MENARIK SEKALI REVIEW FLIM NI YG SAL TULIS MESTI MENARIK MINAT RAMAI YG NK MENONTON DESOLASI

    ReplyDelete
  6. good review. tahniah adik bertunang tu

    ReplyDelete
  7. Reviews yang membuatkan Mrs. A rasa nak order kat Astro First balik nanti.

    ReplyDelete
  8. sebab akak bagi 3.9 bintang, nanti Firah tengok hokey

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, yang sorang ni rasa nak tengok sebab rating 3.9..hihi

      Delete
    2. Hahaha ini comel! Sebab 3.9 okayyyy 😆

      Delete
  9. 3.9 rating yang rendah...macam tak best je filem ni.

    ReplyDelete
  10. Alamak...Memang tingin nak tengok citer nih..Tapi xsempat lagi 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada Astro, boleh langgan Astro First..eh terpromote plak..huhu

      Delete
  11. best baca penulisan sal. tersusun dan jelas.

    ReplyDelete
  12. pernah tgk trailer kejap..ada kena kejar dinasour kot.. terus trpikir cita merapu ni..malas nk tgk.... tapi dri penulisan kak sal.. mcm kena tgk ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pulak bila tengok trailer yg kepala dia ada pasang injap ke apa tah,..terus naahhhhh!

      Delete
    2. part kepala dia ada injap tu yang saya rasa excited nak tengok..haha

      Delete
  13. Siqah suka filem ni. Walau pada mulanya tak faham dan rasa nak kuar dari wayang je 😅 Dan betul, shamsul yusof agak kaku berlakon. Tak dinafikan tu. Kiki

    ReplyDelete
  14. Tang KL kosong tu jer teruja nak tengok 😊

    ReplyDelete
  15. Syafiq ni ada idea,..tapi bab perlaksanaan maybe kurang sikit sebab dia pengarah muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..nampak ciri-ciri filem ayah n abang dia lagi kat situ

      Delete
  16. as usual la kalau sal yg buat muvie review rasa tang tu jugak nak g tengok.. best!

    ReplyDelete
  17. yang ni tak tengok lagi
    anak bujang akak banyak kali ajak tengok
    pasal apa tau, dia nampak ada dinosaur...haha
    tapi dia minat betul dengan shamsul yusof tu
    selalu dok kata si shamsul tu macam papa dia...haha

    akak plak dia kata macam aida jebat
    sungguh tak patut tau...akak lagi cun...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi, aida jebat.hihi. biasalah anak, mesti nampak parents dia je paling hensem dan cantik kat dunia ni.dinosaur tu muncul last-last filem. Tu pun sekejap je.takut kecewa plak afif nanti

      Delete
  18. review yg menarik..ada ternampak trailer movie ni, sbb tak faham tajuk, dapat rasa movie ni mcm berat je..ok jg, menggabungkan dakwah & sains fiksyen..mcm filem Syukur 21..ada unsur2 futuristik & dakwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sains fiksyen dalam filem desolasi lebih kepada psychology and brain science.nampak macam berat, tapi senang je nak faham

      Delete
  19. pert teknik kosongkan kl tu... mmg kagum.. ada tengok back scene...

    ReplyDelete
  20. itulah filem melayu..adakala idea dah mmg cukup hebat tp...........

    ReplyDelete
  21. Adik syamsul punya idea n pemikiran yg hebat..syamsul lebih sesuai jadi pengarah dari berlakon..just my opinion

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..bagi saya nyanyian syamsul lagi bagus dari lakonan..haha. mungkin dia kena practice lagi

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah