Monday, 23 January 2017

Ahoj Smicer!!

Assalamualaikum dan Hai semua!. Lama tak update blog. Nak buat cmane..ada je hal. Ini cerita lama sebenarnya, cerita tahun lepas. Time ni Liverpool sedang disebut-sebut bakal jadi juara liga. Tapi sekarang krik-krik duduk dalam gua. Kah kah.

Masa dapat tahu Vladimir Smicer nak datang KL, menggelupur aku wasap Anies plan gi tengok dia kat IOI City Mall. Di hari kejadian, seawal pukul 11 pagi kitorang dah tercongok kat sana.

Kalau ikut tentatif, sesi meet and greet akan bermula pukul 11.30. Tapi ramai yang dah beratur kat bawah nun.

 
Eh terupload selfie plak

Apa barang tengok sahaja, kita turun dan beratur sekali

Mock-up 'Shankly Gates'..harap suatu hari nanti dapat sampai Anfield

MAS (Malaysia Airlines) merupakan penaja utama penerbangan Liverpool FC. Pas ni aku kalau naik MAS nak pakai jersi Liverpool jelah. Mana tau dapat seat upgrade ke. Haha

Seperti yang dijanjikan, tepat 11.30 pagi, Vladimir Smicer muncul di depan peminat yang tabah menanti dan beratur menunggu giliran. Tak macam events yang aku pernah pergi sebelum ni, tak ada sesi soal jawab atau interview ringkas. Terus aja peminat yang beratur naik satu-persatu ke pentas untuk bergambar dan mintak sign.


Vladimir Smicer berasal dari Czech Republik dan pernah bermain di posisi midfield Liverpool FC awal tahun 2000-an dulu. Tak silap aku dia pakai No. 11. Salah seorang hero Istanbul 2005. Dulu masa aktif dalam bola sepak sangat kacak orangnya. La ni pun still kacak cuma chubbs sikit.


Cabaran Robo-Keeper. Ini open untuk pengunjung jugak. Tapi memandangkan aku dah lapan tahun tak sepak bola, khuatir akan terlentang maka tak jadi cuba. Biarlah Smicer yang try. Sedangkan Dida dia boleh tewaskan.

Background 'Kop End'.

Kejap je dapat pandang-pandang jeling-jeling Smicer ni. Lepas satu jam, dia pun blah. So, kitorang pun merayau tengok apa ada.


 Tak cukup True Reds lah kalau tak tau sejarah Liverpool


Piala Champions League yang kali terakhir dimenangi di Istanbul pada tahun 2005. Antara match paling diingati peminat bola sepak kerana comeback menakjubkan ke atas team AC Milan. Sampai hari ni aku (dan ramai lagi)  masih tak boleh hadam cmane team biasa-biasa boleh kalahkan team hebat yang ada Maldini, Kaka, Nesta dan Shevchenko. 

 Thanks Anies melayan aku! Sayang kau!


Tak sempat nak try virtual reality ni. Manalah tau nampak jodoh. Eh.

Selain dari Smicer, Patrick Berger pun ada datang jugak untuk sesi kedua. Tapi sayangnya aku dan Anies salah timing. Masa kitorang datang balik lepas makan, nombor dah habis. Had hanya untuk 100 orang je. Yang sedibnya, gambar dia yang aku tangkap semua corrupt.

Apa pun, teruskan percaya wahai penyokong Reds. Keep on believing and support moga ada rezeki tengok Liverpool julang piala lagi. Sabar. Tak boleh sabar gi sokong team lain. Hihi.

Walk on, walk on with hope in your heart. And You'll never walk alone.

Oh ye, kalian faham tak ni? Tak faham sila move on dan tunggu aku update entry baru entah bila. Thanks for reading!

34 comments:

  1. Kalau dah kata minat beratur pun sanggup ye Sal
    Beruntung juga Anies tu baik hati temankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies tu pun fanatik Liverpool gak kak..dia punya story lagi awal keluar kat blog.. Hehe

      Delete
  2. Oh minat bola ye? Gigih tu g sana jumpa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dekat and kebetulan free..Minat gitu-gitu je. Takdelah pandai sangat kalau ajak sembang.

      Delete
  3. Xlama dh tu nk baca post gi stadium liverpool..tudung merah tak menahan..mmg fanatik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung merah tu sekali-sekala je pakai..hehe. Nak matching ngan baju kaedahnya

      Delete
  4. wahh seronoknya kak sal.. kite pun minat bola,, tapi sokong JDT je hahahah ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu minat Johor..tapi Johor FA lah. JDT x berapa

      Delete
  5. mcm muka chef wan pun hado, sikittt la..(vladimir)
    amboi cik sal, kalau dah minat sggup Q kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tak perasan plak Zie.

      Sekali-sekala nak feeling macam kat Anfield Liverpool sana tu..join geng-geng seperjuangan

      Delete
  6. faham faham... faham sangat

    ReplyDelete
  7. eh yang traveloka haritu apa result?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rejeki Huda..kita gi sendiri lah nampaknya nanti..huhu

      Delete
  8. Awat mai ioi tak habaq.... boleh cheq tumpang Q sekaki payung...
    hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..Huda bosan nanti kalau join. Larat ke nak layan kte ngan Anies sembang bola tak habis-habis

      Delete
  9. kalau nak tgk JREVOLUSI silalah roger moger k

    ReplyDelete
    Replies
    1. JRevolusi? Jap nak usha trailer. Hehe

      Delete
  10. wahh die hard fan liverpool rupanya.

    ReplyDelete
  11. Saya sokong minat anda. Pasal die hard fan.

    ReplyDelete
  12. amboi happy sal dapat selfie dengan org yg diminati kan.

    ReplyDelete
  13. Perghhh! True fans nih. Kita taktau sangat pasal bola ni. Hiuhiu

    ReplyDelete
  14. Faham je...ade jugak dgr dia nak datang haritu tapi almaklum laa..akak 8 tahun x sepak bola...Sally tak pernah kak..hahahaha :P

    so, mereput sana! :P

    ReplyDelete
  15. Peminat bola ke...Wah hebat hehe

    ReplyDelete
  16. Siqah tengok bola bila encik suami tengok bola je. Hehe. Takdelah minat sangat. Kalau tengok pun, bola tempatan je. Bola luar negara ni semua tak tahu. Hehe.

    ReplyDelete
  17. apa barang smicer... kite wijnaldum laaa hahahahaha gua gua gua

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar gua dah..kita mignolet la sekarang.kah kah..

      Delete
  18. Mmg betul betul peminat ni namanya.
    Sal ko beratur nak bergambar tu mesti kena bayo kan....tak mungkin free ek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free je Mak...kan sponsor banyak tu..

      Delete
  19. Menggelupur ek? Minst nye pasal pastu ada geng baru best 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. menggelupur tu metafora je..haha.tapi dah sampai sana kena buat cool..haha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com