Friday, 22 April 2016

We don't just talk history, We made history!

15.4.2016
Stadium Anfield, Liverpool
2.45 pagi waktu Malaysia
Second Leg Europa Cup Quarter Final
Liverpool (LFC) vs Borussia Dortmund (BVB)

Kelab German, BVB bukan calang-calang. Antara pasukan terbaik dunia ketika ini, berdiri sama megah dengan Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich, Johor Darul Takzim dan Paris Saint Germain. Harapan aku cuma satu, kalau kalah pun jangan sampai kena lauk. Siapalah Liverpool, dalam Liga Inggeris pun sesak nafas nak survive.

Berbekalkan seri 1-1 di Signal Iduna Park,  Liverpool mampu layak ke peringkat separuh akhir cukup dengan seri 0-0. Tapi itu mustahil. BVB memiliki ramai penyerang prolifik yang lari lagi laju dari Usain Bolt macam Aubumeyang; yang mampu score dari tight angle macam Marco Reus dan sharp shooter macam Shinji Kagawa. Ramai yang meramalkan LFC akan kena at least 4-0.

Meriahnya Anfield - bilalah nak sampai sini.

***Kick off!*** 

Minit ke-4 : LFC 0-1 BVB (Mikhitaryan)
Minit ke-9 : LFC 0-2 BVB (Aubumeyang). 

Time ni aku dah membayangkan Liverpool akan kena gulai. Sememangnya permulaan yang shaky, defensive line Liverpool banyak loophole dan midfield senang hilang bola. Di twitter dan whatsapp, ramai penyokong Liverpool yang tutup TV atau tukar channel. Penyokong rival mula membahan. Matilah korang! Silap-silap 10-0 nih!! Sabar, wei, sabar, aku pujuk hati. Dalam gelap, aku teruskan juga tonton di laptop melalui life streaming. Pemain Liverpool macam baru tersedar dari mimpi lepas kena 2 bijik. Penyokong di stadium tak berhenti bersorak. Kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun keputusan kekal 2-0 sampai tamat separuh masa pertama.

***Separuh masa kedua***

Minit ke-48 : LFC 1-2 BVB (Origi)

OK, boleh kejar ni! Come on Reds!!! Tapi baru nak happy...

Minit ke-56 : LFC 1-3 BVB (Reus)


Jaringan Reus (depan) membuatkan aku terus tutup laptop. Sambung tidur? Oh, tidak. Aku bangun, pergi ruang tamu bukak TV pulak. Ada setengah jam lagi. Takpelah kalau kalah pun, aku akan tetap tengok sampai habis.

Minit ke-65 : LFC 2-3 BVB (Coutinho)

Strategi pertukaran pemain menjadi! Midfield lebih compact dengan kemasukan Allen. Pakar jaringan jarak jauh, Philippe Coutinho membuat gesture ala-ala Gerrard (UCL final, 2005) selepas menjaringkan gol. Dari baring, aku duduk. Tapi masih takut nak berharap, takut kena harapan palsu lagi..

Minit ke-75 : LFC 3-3 BVB (Sakho)

Gol meledak lagi! Kali ni hasil tandukan Sakho, ironinya, defender yang menyebabkan Liverpool bolos 2 gol awal. Seri, tapi kalau ikut kelebihan jaringan tempat lawan, Liverpool dikira kalah. Penyokong kedua-dua pihak menanti gol seterusnya. Minit ke-80..minit ke-90..masih 3-3. Selamat tinggal piala Eropah.

***4 minit masa tambahan***

Minit ke-91 : LFC 4-3 BVB (Lovren)

Gol wei, gol!! Liverpool potong di minit-minit terakhir. Aku mimpi ke ni?  Penyokong BVB masih bersemangat walaupun pemain-pemain diorang nampak dah lemau. Jangan leka...game tak habis lagi!

Minit ke-94, BVB dapat free kick. 

Oh great, Liverpool memang selalu bolos kalau set piece. Sepakan diambil oleh Gundogan. Or is it Mikhitaryan? Aku tak ingat sebab aku tutup mata.. Tak sanggup tengok. Aku dengar penonton bersorak. Disusuli wisel panjang menandakan tamat masa permainan. Aku bukak mata. Replay. Sepakan pemain BVB tersasar. Keputusan kekal 4-3. Liverpool menang! Anfield is on fire! Liverpool mara ke separuh akhir selepas menewaskan Borussia Dortmund, antara calon favourite yang diramal memenangi Europa League edisi 2015/16.

Great win, great night! Thanks lads!

Jauh lagi perjalanan nak sampai ke final. Last Liverpool julang Europa League ni tahun 2001. Final yang dramatik sebab tipikal Liverpool, 'suka' menang cara susah dan bagi penonton sakit jantung. Harap menang lah tahun ni. Kempunan 4 tahun dah nak tengok rak trofi tu bertambah.

Oh, kalau nak lagi feel apa aku cerita, boleh tengok highlight kat SINI

Disclaimer : Penulis bukanlah pakar taktikal , main futsal pun lintang-pukang, atas padang lagilah terlentang. Hanya penonton, peminat dan penyokong. Ini pendapat dan ulasan peribadi, bukan profesional. Belum layak digelar peminat bola tegar, sekadar syok sendiri kat blog sebab tak boleh move on.

Terima kasih kerana membaca. You'll Never Walk Alone.

Thursday, 14 April 2016

Dawn of Justice - Takdelah best sangat


Maybe it's the Gotham City in me... we just have a bad history with freaks dressed like clowns. 

Ramai yang mengatakan filem ini kureng.  Pendapat aku mungkin kerana expectation yang diletak terlalu tinggi. Filem keluaran Warner Bros, arahan Zack Snyder (300, Sucker Punch dan Man of Steel) mengisahkan dua watak superhero DC Comic paling popular : Batman dan Superman.

Mula-mula pembikinan filem ni degembar-gemburkan, aku antara jutaan yang terinzal sekejap. What makes Gotham's hero wants to go to Metropolis? Or is it the other way around? Atas dasar apa diorang nak gaduh? Duit? Tak mungkin, Bruce Wayne kaya. Perempuan? Takkanlah Lois Lane atau CatWoman nak direbutkan. Kuasa? Clark Kent setahu aku hanyalah wartawan biasa yang hidup tak kacau orang pun. Dendam lama? Maybe..just maybe..



SPOILER ALERT!!! Jangan baca kalau tak suka spoiler!


Tapi, selepas menonton, aku hampa. Ben Affleck (sebagai Batman) dah jadi wajah yang terlampau asing sebab dah lama sangat tak ada filem baru. Aku prefer Christian Bale, mungkin sebab dah terbiasa tengok dia sebagai Bruce Wayne/Batman dalam siri trilogi The Dark Knight. Henry Cavill (sebagai Superman/ Clark Kent) tak ada yang mengujakan.

Mungkin juga aku kecewa sebab watak Lex Luthor terlampau cliche'. Lakonan Jesse Eisenberg bagus dan nampak psycho tapi watak macam tu dah biasa kau lihat dalam Joker, Penguin, Two-Faced dan The Riddler (watak-watak jahat filem-filem Batman sebelum ini). Susah jugaklah bila benchmark villain tu dah diletak terlampau tinggi. Lex Luthor nampak 'baik' pada mata aku. Apa yang dia perjuangkan pun aku tak nampak.

Pas tu aku tak suka Batman asyik mimpi je. Dapat petunjuk dalam mimpi? Apa ini filem Tiga Abdul?
Yup, kebanyakan scene menarik yang korang dok tengok dalam trailer tu sebenarnya hanya mimpi-mimpi Bruce Wayne yang sebenarnya takde sebab pun nak benci Superman.

Come on, how come anybody hate Superman. That's just ridiculous OK.

Pastu, tetibe muncul Wonder Woman entah dari mana. Jalan mudah nak tamatkan cerita? Atau ada significant dengan filem-filem DC yang bakal muncul (Justice League, Suicide Squad etc)? Well..langkah yang baik untuk promote next movie. Harap tak menghampakan.

DC be like - I just piss in a cup and called it 'Granny Peach Tea'. Ya'll just drink it up!!

So, siapa menang, Batman ke Superman? Jawapan dia adalah Martha! Hehe..korang tengok nanti fahamlah.

Kalaulah filem ni diarahkan oleh Christopher Nolan (trilogi The Dark Knight, Interstellar, Prestige) pastinya aku letak harapan lagi tinggi, tapi mujur dia hanya penasihat. Mungkin dia nampak risiko filem ni jadi dia tarik diri awal-awal.

Batman vs Superman tak cukup dark, tak cukup deep. Baik aku tengok filem Marvel.

Dari lima aku bagi tiga bintang je. Hidup Superman! #TeamSuperman

Sekian sesi mengata. Terima kasih kerana membaca. Hanya pendapat peribadi. Kalau korang rasa filem ni best jangan kecam aku pulak. Hahaha. Bye!


Sunday, 10 April 2016

Melbourne Part 12.3 - Twelve Apostles

Assalamualaikum semua! Aku nak sambung cerita Melbourne ni. Sukati aku je kan, hari tu citer pasal berpanas kat Krabi, ni dah kembali kena hembusan angin menderu-deru kat Great Ocean Road. Takde sepoi-sepoi bahasanya kalau datang sini time Spring. Nasihat aku, korang yang tak tahan sejuk tu, bawaklah ultra light down atau thick fleece sweater. Spring di Melbourne sangat unpredictable. Ada hari matahari memancor, ada ketika angin tahap nak terbang dan kalau nasib tak baik kena hujan. Tapi aku rasa aku lagi sanggup menggigil berbanding pergi time summer sebab Australia ni kalau musim panas boleh cecah 38 degrees celcius. Kalah Malaysia.

Orait, lepas meninggalkan Great Otway National Park (nama hutan kredit to  entry Siti),  kami meneruskan perjalanan untuk melihat The Twelve Apostles.

Bila ramai, memang akan kerap berhenti. Tengok lah langit. Mana tak kesejukan asyik nak membuang. Hahaha

Ada yang nak guna tandas, ada yang nak beli makanan.

Sampai akhirnya! Yay, kena upload gambar ni, kang ada orang merajuk. Hehehe

The Twelve Apostles - ketulan-ketulan batu kapur yang terbentuk hasil dari hakisan air laut dan perubahan cuaca selepas berjuta-juta tahun lamanya. Nampak simple : batu. Tapi, Subhanallah, cantiknya tak terucap. Antara tanda-tanda kekuasaan Allah yang patut dikagumi dan direnungi.

 Gambar aku mungkin tak menarik atas faktor langit kelabu, tapi tempat ni memang cantik. Terpegun aku sekejap.


Tak banyak nak dilakukan kat sini selain dari bergambar dari jauh. Korang mesti akan tanya, boleh ke pergi dekat-dekat dengan Apostles tu? Sepanjang aku kat sana, memang tak nampak orang kat persisiran pantai. Mungkin atas faktor- faktor keselamatan. Tengoklah ombak dan angin dia macamana. Sedangkan batu boleh terhakis, ini kan pulak manusia. Sekali kena telan air laut, memang tak jumpa dah. Pelancong hanya dibenarkan berjalan di atas trail berpagar. Pergilah sejauh mana yang korang larat. Aku ngan Siti, macam biasalah. Dekat-dekat suda. Kang jenuh nak berlari balik ke van.


Mana yang rajin, boleh berjalan sampai ke hujung trail. Boleh dapatkan angle dan view yang lagi cantik.

Kat twelve apostles ni memang tak dibenarkan turun. Tapi..ehem, ada tapi..tempat yang kitorang pergi lepas ni boleh turun sampai ke pantai. Serius beb! Tempat bernama...

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>> 

Aku sambung next entry lah. Thanks for reading gais.

Part 12.1
Part 11
Part 10
Part 9

Tuesday, 5 April 2016

Krabi Trip Part 1

Assalamualaikum semua! Sawadee ka.. Masih terasa hembusan bayu laut Andaman di wajah tak berapa mulusku ini, jadi marilah cepat-cepat bercerita sebelum luput segala memori.

Baru-baru ini aku ke Krabi, Thailand. Aku yang mencetus idea nak ke sini dan travel partner aku hanya menurut. Janji dapat bercuti, tak kisahlah ke mana pun. Beli tiket tahun lepas, masa Air Asia buat promo. Memang murah, rasanya tak sampai seratus sorang pergi balik. Lagipun, kitorang tak ambil luggage. Backpack sahaja.

Kenapa Krabi? Entahla. ..time tu tiket Krabi paling best deal kot? Lagipun percutian ke Krabi agak murah, tak perlukan masa yang lama dan senang diatur. Ada ramai kawan dan geng blogger dah sampai ke sana, tiru saja itinerary atau mintak pendapat diorang.

Kitorang book hotel melalui Agoda. Beberapa hari sebelum pergi, tetibe dapat SMS dari Agoda mengatakan yang payment aku tak lepas. Aku beli guna direct debit,  tapi duit hanya akan ditolak seminggu sebelum tarikh check in. Aku dah kalut ke laut! Jenuh call bank dan email orang hotel supaya hold bilik aku no matter what. Matilanak kalau takde tempat tidur. Ambil bilik on the spot pastinya lagi mahal or silap gaya dah penuh. Tido tepi laut la jawabnya.

Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Rupanya, kalau nak buat pembelian secara online melalui debit card kena call bank dahulu minta pelepasan. Settle print voucher hotel dan check-in Air Asia secara online, hari yang dinantikan pun tiba.

Rukun naik flight, wajib amik gambar sayap..haha. Ni rasanya diambil bila dah nak touchdown.

Prosedur biasa masuk ke negara asing, isi Arrival Card. Arrival Card Thailand ni simple. Tak meyiksa jiwa macam Arrival Card Australia.

Perjalanan ke Krabi mengambil masa sejam lebih sahaja. Flight pukul 4.15 petang, dalam pukul 4.30 dah sampai. Uit, 15 minit je? Biar betul! Naik jet Rosmah ke apa nih? Rilek...rilek..waktu di Thailand lambat sejam dari waktu di Malaysia. So, kalau di Malaysia dah pukul 5.30, Thailand baru 4.30. Perjalanan smooth. Begitu juga urusan di imigresen. Diorang tengok passport Malaysia, lagilah tak banyak cakap. Cop..cop...lepas

Airport Krabi ni kecik comel je. Keluar je dari imigresen, dah nampak kaunter jual tiket bas dan teksi. Kat sini ramai yang pandai cakap Melayu tau.

Apa-apahal pun, beli simcard dulu. Biasalah, ada travel partner kaki internet. Hehehe. Aku tak beli pun. Tumpang hotspot je. Takat nak habaq kat Mak dah sampai.

Aku tak ingatlah apa nama syarikat telco ni. Yang aku tau, booth dia warna merah. Malas nak survey yang lain. Mentang-mentang Baht, cuba kalau Dollar!

Kitorang naik bas je, just for the experience. Tambang 150B sorang.

Interior dalam bas. Selesa jugak. Tapi time ni kepala aku dah pening. Sebab panas dan lapar agaknya.

Yang bestnya bas ni, bagitau je driver nama hotel korang, dan dia akan turunkan betul-betul kat depan. Macam naik teksi.

Ikutkan hati dan kepala, rasa nak tidur, tapi excited sebab first time sampai Thailand mengatasi segala sakit yang ada. Mata aku melilau dok tengok luar. Mimpikah aku dah sampai sini? Ewah, drama kau!






Seronok tengok Krabi ni, tak sesak. Mungkin sebab tempat ni dah fokus untuk pelancongan. Jalan tak jam, dalam 45 minit dah sampai hotel. Kitorang menginap di area Aonang. Ramai yang suggest book hotel area ni instead of kat town Krabi sebab senang cari makan, pastu dekat ngan pantai.

OKlah u gais, nanti sambung cerita lagi. Baru perasan yang aku tak tayang pun travel partner aku siapa. Kawan baik? Family member? Teman blogger? Teman tapi mesra? Kekasih gelap? Kekasih awal dan akhir?

Sambungan entry Krabi nanti aku reveal, ngeh ngeh...Thanks for reading!


Sunday, 3 April 2016

Suatu hari di Hari Jadi

Assalamualaikum semua! Tiga April tiba lagi. Ada apa dengan tarikh hari ini? Birthday aku. Tu je nak habaq. Cepat wish! Hahaha. Giler tak semenggah perangai!

Well, semalam aku baru touchdown di KLIA 2. Nanti aku cerita panjang lebar. Cite Melbourne tak habis lagi nak update cerita travel baru. Hurmmm..

Cmane aku celebrate birthday? So, aku sampai ke rumah yang kosong, conquer TV lah. Memula tengok game Liverpool, tapi ada a few yang bermain dengan agak bangang, rosak mood aku. Pastu cuba tahan mata sampai kul 2.30 pagi. Konon-konon nak tunggu El Classico, perlawananan epic yang dahlah setahun 2 kali je, kalau terlepas jangan harap Astro nak buat ulangan ( Astro bunguks! ) Sementara tunggu Messi vs Ronaldo, aku pun dah tertido. Sedar-sedar dah Subuh.

Pagi (pagi lah sangat) tu basuh baju, kemas beg dah settle semua baru melepak depan TV. Stail aku memang suka kemas cepat. Rimas tengok beg tersadai dalam bilik. Malas nak keluar so masak dan makan apa yang ada. Blogwalking..draft entry baru..transfer gambar..main twitter. Acah-acah jetlag letewww. Kahkahkah.

Sebenarnya, aku memang ada perangai pelik ni dari dulu. Bila birthday, aku suka bersendirian. Tu yang kat FB pun aku hide birthday. Tak tahulah kenapa, maybe sebab birthday buat aku teringat kat arwah Mak, so aku jadi emosi sikit. Al-fatihah untuk arwah. Yup, aku memang dah lama kehilangan ibu kandung, yang sekarang dengan aku ni ibu tiri, yang aku sayang tak ubah macam ibu sendiri. Sob sob..sedih plak.

Lagipun dah masuk three series ni, tak heran pun kalau tak celebrate birthday. Family terlupa birthday aku, lagi syukur. Sebab tak payah dengar wish yang awkward macam 'bila nak kahwin' bla bla bla.

 Dinner date. Pizza with Riyad Mahrez. Tapi Adam Lallana tetap di hati

Entahla, birthday macam ni aku jadi bitter bitch pulak! Patutnya bersyukur sebab umur dipanjangkan, dikurniakan family yang penyayang, kawan-kawan yang sentiasa ada untuk aku, tak kisahlah kawan-kawan dunia nyata atau alam maya, ada kerja, sihat tubuh badan, diberi kesempatan travel sana sini. Bila dikenangkan, banyak betul nikmat Allah yang aku patut syukuri.

Bukanlah aku ni manusia yang suka complain, tapi makin bertambah umur, 'KPI' hidup pun bertambah. Rasanya korang pun tahu KPI apa yang aku tak capai lagi, aku malas nak mention sini. Nasiblah badan, tabahlah hati. Letih nak hidup ikut acuan manusia.

Dah, tak mau sedih-sedih. Aku nak enjoy 'birthday dinner' aku sat.

Sneak peek holiday aku. Sape boleh teka aku gi mana?

Dah syok cuti lama, malas tul nak gi kerja esok. Jumpa lain entry. Thanks layan aku merapu entah apa-apa. Untuk sesape yang wish birthday, thanks in advance..hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com