Krabi Part 5

Thursday 15 September 2016

Selepas selesai bersuka-ria manda-manda, kami dibawa ke Tiger Cave pula. Katanya, Tiger Cave ni dapat nama sebab tapak kaki harimau pernah dijumpai dalam gua di situ. Kisah versi lain, sami kat situ pernah bela 2 ekor harimau untuk menjaga temple tersebut. Mana satu yang betul, tak tau lah plak aku. Yang penting jangan ada sebarang unsur mengaum mengganggu hakak dan rakan-rakan cukuplah ye.

Tiger Cave ni aku rasa termasuk dalam kategori diwajibkan singgah oleh Jabatan Pelancongan Thailand. Kalau ikut travel group, jangan beranganlah nak skip. Unless korang pergi sendiri, then up to you. Pendapat peribadi aku, asalkan akidah kau kuat, takde apa pun takat nak jengah dan bergambar. At the same time, hormat agama orang. Hati-hati bila posing, terutama dengan patung yang penganut agama terbabit anggap sacred. Kita hormat agama orang, orang hormat agama kita. Kot kalau tak faham gak, aku nak taruk audio surah Al-Kafirun. Huhu.

Kalau rajin, boleh panjat sampai ke atas. 1237 anak tangga. Kat puncak boleh tengok view Krabi dan ada monumen Buddha gergasi. Tapi aku tak laratlah nak panjat walaupun diberi masa lebih sejam kat situ.


Bila dah tak memanjat, kita jalan-jalan jelah. Sini banyak anjing tau.



Disebabkan boring tak tau nak buat apa, kitorang gi usha gerai kat luar kawasan temple. Nak order air ke makanan ke takut tak halal. So, order air kelapa ni jelah. Bagus pekedai dia sebab jujur. Nampak kitorang ni Islam, so dia tak suggest pun makanan or minuman yang dia jual. In fact, bila ada anjing datang kat meja kitorang, dia siap halaukan.


Tu pun redha tak dapat korek isi. Nak guna sudu kedai ni takut dah guna buat makan apa ntah, so dah jadi was was.

Pas habis jalan-jalan kat sini, diorang pun hantar kitorang balik ke hotel. Petang tu rest je kat bilik. Malam baru cari makan. Saja nak mengada, makan restoran mahal sikit so aku ajak la gi restoran seafood depan hotel ni.


Takdelah restoran mewah pun, since tempat duduk pun open air.



My verdict? Makanan dia sedap! Berbaloi harga mahal.

Pas makan, jalan-jalan usha kedai, beli souvenir. Tu jelah kot. Esok lagi best. Nanti hakak sambung cerita ye.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

39 comments

  1. Kalau pi tempat orang part makan akan jadi wishlist utama kan..tp still kena berhati2 jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kena tanya jugak, tak boleh main sapu je

      Delete
  2. pintu msuk pun dah scary, ada 2ekor naga jaga..
    bab makan tu pyh sikit, tp isi kelapa tu xdpt korek, frust!! hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, isi kelapa tu geram je tengok. hehe, yang naga jaga tu tak siap lagi

      Delete
  3. BESTNYA SAL JLN2 KE KRABI TEMPAT MENARIK TU

    ReplyDelete
  4. tengok tomyam pun, alahaiii.. tau mesti sedap..

    ReplyDelete
  5. Huhhh tergoda mak tengok Tom Yam tu tau...tengok gambo pun dah tau sedap...
    Mcm seram je nak pergi Sal, takut kesaruk pulak kang haha.... jenuh le org nak pulihkan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tu yang cabut gi minum air kelapa kat luar tu Mak

      Delete
  6. hi hi hi.

    tangga batu caves...
    (dah batu cave pulak)
    dah panjat?

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangga LRT Masjid Jamek je selalu panjat..tu pun boleh tahan gak.haha

      Delete
  7. Sallll bila nak jawab TAG.

    Cepat...

    ada nak tag benda baru ni.

    ha ha ha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyo, kte sibuk la huda..tak sempat nak blogging..

      Delete
  8. Hai Cik Sal yg suwit itu... pe kabo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. batuk-batuk sikit SS...sakit tekak sebab dah lama tak karok..haha

      Delete
  9. SS dah lupa dah kat mana SS stop pasal krabi ni... Nak kena F5 laa.... Ha Ha Ha... Aduhhh... Lama gila tak blogwalking... kena asah2 kuku nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, asah kuku...bocor la keyboard tu karang..hehe

      Delete
  10. Bilalah agaknya hakak boleh sambung cerita Krabi Part 6 ni yerk ^_^

    Takpa, takpa. Kita komen entri Krabi Part 5 lah dulu. Cakap banyak pun kalau tak baca semua nak buat apakan!

    Sal, kat depan temple tu bukan ke naga? Awat pulak rimau dapat nama? Dulu-dulu punya ceritalah ya rimau yang jaga kawasan nilahkan! Kasihan rimau, nak juga akak tengok gambar rimau yang berjasa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..slow n steady kak.Cite Krabi pendek je..Tak sampai seploh entry habis la Insha Allah.

      Yang naga tu temple lain. Yang harimau tu lain. Tak tangkap gambar sangat time ni, bateri kamera dah tinggal sikit

      Delete
    2. Sal, akak tengah free hari ni. Mana sambungan Krabi Part 6 ni....

      Delete
    3. yang free tu akak, saya tak..hihi

      Delete
  11. sal nasib baik tak ada harimau kan....

    ReplyDelete
  12. nak lagi best diorang kekalkan harimau dalam tu

    ReplyDelete
  13. orang cakap tomyam kat sana memang betul betul sedap

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. memang sedap..perencah yang diorang guna tu takde kat Malaysia kot

      Delete
    2. aiseh, salah..nak reply komen atas.haha

      Delete
  15. yang lain tu tak apa lagi, tapi tomyam tu...terasa kat tekak dah. sedapnya.

    ReplyDelete
  16. wahhh bestnya cuti ke krabi... teringin gak nak g...x pernah sampai lg ni...

    ReplyDelete
  17. syoknya ke krabi, semoga saya pun ada rezeki ke sana

    ReplyDelete
  18. Betul sgt orang hormat agama kita..kita hormat agama orang..memang kena toleransi la bila.melibatkan travel negara asing ni kan

    ReplyDelete
  19. mati2 igt masjid td hahahahaha tgk sekali lg ada naga hahahahahah kompius mok cik

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah