Aku ngan Siti sebenarnya tak tahu nak gi mana lepas jalan-jalan di State Library . Plan asal nak ke Williamstown tetiba dilanda virus kemalasan. OK, malas yang sebenarnya sebab tak tau nak solat Zohor kat mana. Ye lah, dah habis kuota musafir. So, aku cakap ngan Siti, kita balik umah jelah. Aku nak cari sesuap nasi. Like, literally. Aku dah kenyang makan kebab, tapi memang peel tak dapat nasi rasa tak lengkap kehidupan ini. Tapi ada hati nak travel oversea
Sampai je rumah RZ, nampak ada makhluk berselubung macam kepompong kat ruang tamu. Uikkk? Lupa pulak, tu tetamu RZ, kawan dia yang baru sampai pagi tu. Aku panggil dia FN jelah ye. FN ni kalau sampai awal sikit boleh gak heret sekali gi Brighton ngan State Library. Macam biasa, kawan Siti or kawan RZ aku selamba buat macam kawan aku sendiri gak. Over lunch kitorang dah mesra. Sambil tu Siti dok wasap ngan AK sambil bincang agenda petang tu.
Siti cerita yang AK ajak kitorang gi Pink Lake. So, boleh disimpulkan kat sini yang AK memang tak boleh move on dengan kitorang. Kah kah. Kontrak dua hari je, tapi dia still wasap Siti tanya 'apa plan akak?'. Inikah namanya cinta?? Dah...jangan mengarut. Sewaktu entry ni ditulis, AK baru selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati. Inai pun merah lagi you olls..
Janji diatur untuk bertemu di Southern Cross Station. So, kitorang ke sana petang tu naik tram. Ikut jelah langkah kaki RZ. Dia kan 'local'.
Southern Cross Station ni antara stesen keretapi dan bas utama di Melbourne ni. Selain dari keretapi ke Adelaide dan Sydney, kat sini jugak ada bas ke airport. Nak info lanjut tentang servis yang ada dan route map boleh baca SINI .
Tempat kitorang nak pergi ni takdelah jauh sangat. Kalau ikut map, drive tak sampai 20 minit dah sampai. Tapi since kitorang gi pun dah petang, so jalan jam sikit sebab tu waktu orang balik kerja. Tapi takdelah macam jam di Kolumpo pada petang bulan puasa selepas hujan. Itu memang takde ampun.
Bas yang kitorang naik ni pun salah sebenarnya. Patut naik bas no 235, tapi kitorang naik bas nombor 237. So, kena menapak lebih jauh. Kat Westgate Park ada banyak kilang. Not exactly tourist spot. Lagipun agak sunyi, mungkin tak sesuai unless korang ramai.
At first kitorang jalan-jalan je, tengok ada locals cycling. Ada yang friendly tu siap tegur n offer ambilkan gambar lagi. Then kitorang nampak jambatan ni - Westgate Bridge.
Pastu kitorang jalan punya jalan, punya jalan, nampak lah satu tasik ni. Tapi...nape tak pink? AK dah buat muka serba-salah. Adoi la adikku, aku siap usik dia..nasib baik free, ni kalau bayar mau mintak refund.
Dah lewat petang, so kitorang pun balik, nak kejar solat Maghrib pulak. Bagi aku Westgate Park ni OK. Boleh la tengok jambatan famous tu, tapi aku tak suka satu je, banyak nyamuk.
Kalau tengok kedai ni memang penuh. Tengok ramai jugak student Malaysia. Sengih-sengih jelah. Dah makan barulah borak-borak.
Settle makan, kami pun dah letih. Dari rumah warna-warni, ke library, ke tasik merah jambu, mana tak rasa lenguh kaki! We olls pun balik ke rumah RZ. Malam tu agak meriah sebab dah bertambah lagi sorang. Tapi since sejuk, tak kisah pun tido berhimpit.
RZ ngan FN tido lewat sikit. Biasalah orang dah lama tak jumpa. Aku, awal-awal dah berkonsert. Sejuk lain macam Melbourne malam tu.
Esoknya, hari terakhir aku ngan Siti kat situ. Sedihnya...Tu yang tetibe rasa sejuk kot. Haha.
Part 14
Part 13
Part 12.4
Part 12.3
Part 12.1
Part 11
Part 10
Part 9

Oh, by the way, 'coach' adalah slang orang Australia untuk merujuk kepada bas.
Tunggu bas di sini. The Age ni syarikat suratkhabar. Betul-betul sebelah Southern Cross Station.
Tak payah tunggu lama. Bas diorang ikut schedule
Bas yang kitorang naik. Pakai MyKi jugak.
Tempat kitorang nak pergi ni takdelah jauh sangat. Kalau ikut map, drive tak sampai 20 minit dah sampai. Tapi since kitorang gi pun dah petang, so jalan jam sikit sebab tu waktu orang balik kerja. Tapi takdelah macam jam di Kolumpo pada petang bulan puasa selepas hujan. Itu memang takde ampun.
Bas yang kitorang naik ni pun salah sebenarnya. Patut naik bas no 235, tapi kitorang naik bas nombor 237. So, kena menapak lebih jauh. Kat Westgate Park ada banyak kilang. Not exactly tourist spot. Lagipun agak sunyi, mungkin tak sesuai unless korang ramai.
At first kitorang jalan-jalan je, tengok ada locals cycling. Ada yang friendly tu siap tegur n offer ambilkan gambar lagi. Then kitorang nampak jambatan ni - Westgate Bridge.
History Westgate Park. Sorry gambar blur.
Bukan tasik, tapi Yarra River.
Westgate Bridge. Jambatan ni memang tinggi, so that kapal-kapal besar boleh lalu bawah tu. Sayang takde kapal lalu time ni. Kalau tak lagi lawa kot gambar.
Pastu kitorang jalan punya jalan, punya jalan, nampak lah satu tasik ni. Tapi...nape tak pink? AK dah buat muka serba-salah. Adoi la adikku, aku siap usik dia..nasib baik free, ni kalau bayar mau mintak refund.
Notis yang menjelaskan kenapa warna Pink Lake tak pink langsung. Hakak frust
Takpelah, since dah sampai, just enjoy the view. Time ni dah nak sunset, so kita acah-acah photographer sekejap.
Dah lewat petang, so kitorang pun balik, nak kejar solat Maghrib pulak. Bagi aku Westgate Park ni OK. Boleh la tengok jambatan famous tu, tapi aku tak suka satu je, banyak nyamuk.
Kami pun jalan ke bus stop yang sepatutnya kami turun tadi. Dekat jugaklah. Tunggu bas untuk balik ke Southern Cross Station. Dari situ ke Melbourne Convention Centre. Aku lupa kitorang jalan ke naik tram entah.
Kat dalam ni ada surau. Bersih dan luas.
Dah solat, masing-masing diancam kebuluran. AK pun suggest kitorang gi makan kat Blok M. Apa tu? New Kids On The Block aku tau la.
Kat depan Convention Centre ni ada Crown Casino. Selain tu DFO South Warf pun dekat, untuk kaki shopping. Tapi kitorang tak pergi. Kitorang nak gi shopping tempat lain.
Inilah restoran Blok M tu. Aku sebenarnya blur habis direction nak ke sana. Tau-tau dah sampai je. Ada lalu lorong-lorong mana entah. Yang bestnya, Blok M ni ada dalam google maps. So senang korang nak cari.
Makanan Indonesia.
Kalau tengok kedai ni memang penuh. Tengok ramai jugak student Malaysia. Sengih-sengih jelah. Dah makan barulah borak-borak.
Settle makan, kami pun dah letih. Dari rumah warna-warni, ke library, ke tasik merah jambu, mana tak rasa lenguh kaki! We olls pun balik ke rumah RZ. Malam tu agak meriah sebab dah bertambah lagi sorang. Tapi since sejuk, tak kisah pun tido berhimpit.
RZ ngan FN tido lewat sikit. Biasalah orang dah lama tak jumpa. Aku, awal-awal dah berkonsert. Sejuk lain macam Melbourne malam tu.
Esoknya, hari terakhir aku ngan Siti kat situ. Sedihnya...Tu yang tetibe rasa sejuk kot. Haha.
Part 14
Part 13
Part 12.4
Part 12.3
Part 12.1
Part 11
Part 10
Part 9
Layan gambo sat...
ReplyDeletegambar pun kelabu asap...haha
Deleterindu Melbourne! suka pemandangan di sepanjang Yarra River waktu malam. 😍😍
ReplyDeleteyup..memang cantik..rindu jugak!
Deletepergggghhhh... dah episod 15 dah
ReplyDeletebila nak abis entah
Deletejambtan tu dah mcm tasik banding hahha
ReplyDeletecntik ye view
tak sampai lagi tasik banding..huhu
Deleterindu australia! macam tu rupanya tasik dah tak pink. harap satu hari nanti warnya kembali.
ReplyDeletetulah...mesti cantik
DeleteOooo memang pernah pink ke ?
Deleterindu melbourne
ReplyDeleteboleh la kerap pergi, anak kan sekarang di sana
Deleteharap ke sana lagi.
ReplyDeleteInsha Allah..jangan lupa ajak..hehe
Deletedah alang-alang tu. jangan lupa ajak juga tuan MKL.
DeleteDR. Nasier dah ada sanakan.
hi hi hi
apa kata leng kali dtg bawa warna pink n curahkn kat tasik tu...tadaaaa...jd laa tasik pink ;-)
ReplyDeletehaha..berapa kilo pewarna nak kena angkut tu.jadi tasik sirap bandung plak.
Deletehahaha kita orang melayu kalau x hadap nasi x sah kan.
ReplyDeletelawanya dia punya company suratkhabar. design building dia.
okay, tak sangka pink lake dah jadi lake biasa. kecewa gila kalau betul2 menghaarap nak tengok!
kecewa lah jugak sebenarnya..haha.tapi buat rileks jelah,pengalaman..
Deletebestnya boleh jalan2, siap dapat makan nasi pulak tu
ReplyDeletesana banyak je kedai jual nasi..tapi nasi Malaysia gak yang best.haha
Deleteoo ramai jugak kan malaysian di sana. harap banyaklah rezeki tahun ini nak bawa anak2 jalan2
Deleteya..student Malaysia banyak kat sana
Deleteowh. tak habis lagi ye travelogue melbourne
ReplyDeletehihi..pemalas update blog macam ni lah
DeleteKecewa jugak ni tasiknya tak pink.nasiblah ada gambar nasi sebagai penyembuh kecewa..mabelesnya nasik tu nyum nyum..haha
ReplyDeletesedap jugak rasanya...
Deletearghhhh tak dapat jadi pengomen pertama
ReplyDeletehaha, sabar ye..cuba lain kali
DeleteAK dah kawen ? congrats ~
ReplyDeleteyup..hari tu akak gi, tapi belum dapat up entry sebab belum dapat gambar..jeling-jeling orang yang sepatutnya
Deletenyamuk Melbourne, macam nyamuk Mesia tak kak ?? hehe
ReplyDeletenyamuk Melbourne lagi besar..jangan main-main. akak tak berani, sebab takut badan kita tak biasa.
DeleteDatang jejak balik kat sini...
ReplyDeleteNampaknya... Cik Sal kena plan pi Perth! Perth confirm memang ada Pink Lake tu!
ReplyDeleteDah penat gigih... Tengok tengok x pink! Kalu SS... Dah bancoh sirap bandung kat situ... Keh keh keh...
ReplyDeleteCik Sal memang "so malay"... Ha ha ha... X leh tinggal nasi... Memang akan ada ketika kita x leh x dapat nasi kan... Rasa tak lengkap idup...
ReplyDeletesaya pun soooo malay.
Deletenasik is a must thing to have.
tak kira negara mana saya pergi.
menggelupur lama tak jumpa nasik
Ini kira episod separuh akhirlah Sal ya. Hari terakhir ada satu episod lagi yerk?
ReplyDeleteDah namanya holiday, penat terasa pun tak pa. Bukan senang nak ke negara orang. Kalau dah sampai tu, lenjan ajelah sampai sakit-sakit kaki, sakit-sakit badan.
Yelah Sal...alang alang dah sampai negara orang, hadap ajelah walaupun penat...
ReplyDeleterindunyaaaaa melben
ReplyDeleterugi gak tu bila dah jauh berjalan tapi tasik tak pink ... tak pelah sbb byk tpt juga dpt pergi ... mudah le bila ada surau ... org kafir pun jaga keperluan org islam . patutlah ramai org suka pergi ausi . mesra pelancong !
ReplyDelete