Sunday, 29 November 2015

Melbourne Part 6 - Nobbies Centre

Assalamualaikum dan hai semua! Let's continue our journey at Philip Island, Victoria, shall we? Selepas puas mengagumi keindahan ciptaan Ilahi di Pyramid Rock kitorang ke destinasi seterusnya iaitu Nobbies Centre. Kalau nak diikutkan itinerary asal, memang banyak giler tempat yang kitorang nak cover kat Philip Island yang luas ni. Bak kata Siti dalam entry ni, sehari memang tak cukup. Tapi, menurut ramai orang yang dah sampai ke Melbourne ni, Nobbies Centre ni masuk kategori wajib pergi.

Ada apa dengan Nobbies Centre? Kalau nak describe dengan kata-kata, memang tak mampu nak explain betapa cantiknya Nobbies ni.



Tempat ni agak besar...bertabahlah menapak.


Kalau penat, duduk kejap...tapi baik-baik takut ada selumbar..hehe

 Locals kata dolphin dan singa laut rajin lepak-lepak celah batu tu..tapi tak nampak pulak




Goodbye Nobbies, kami yang noob ni balik dulu!

Selepas Nobbies, ke mana kita? Sambung kemudian OK. Banyak lagi cerita Melbourne, ni baru hari kedua. Hehehehe.

Part 2


Saturday, 28 November 2015

Kerja dan Mentaliti Orang Kita

Gambar hiasan semata ihsan google
Situasi: terserempak dengan kawan yang dah bertahun-tahun tak jumpa.

Apakah soalan yang sesuai ditanya???

A : kerja kat mana?
B : kau anak dah berapa?
C :operate hidung ek? Dulu aku tengok lain...

Aku rasa golongan lahir tahun 80-an macam aku majoriti akan jawab ' A' . Paling subtle dan sopan terutama kawan yang korang tak berapa rapat. Kalau rapat biasa akan cakap, "oi,hidup lagi ngko!".Kan?kan?ala,tak payah berlagak suci kat blog aku ni ha.

Aku pernah mengalami situasi ni. Agak awkward sebab time tu  aku takde pekerjaan tetap. Dengan suara kepit macam pondan kena cubit, aku jawab "Petrosains". Reaksi common adalah excited. Ada gak yang mintak tiket free. Typical. Kalau nasib aku baik diorang tak kan tanya "as what?". Sebab mentaliti orang kita suka judge berdasarkan syarikat. Petrosains kan under Petronas, so bagi diorang kalau kau kerja situ kau dah dianggap best la. Tapi kalau ditanya, aku takkan membohong dengan mengatakan aku Eksekutif. Jawapan standard aku "part time je. Tengah cari kerja tetap."

Entahlah,kadang-kadang rasa macam pertandingan pulak. Terutama kalau duduk kat bandar. Semua nak tau kerja apa yang kau buat. Ingat zaman remaja je ada peer pressure?Peer pressure di umur 20-an ni lagi hebat . Tengok kelulusan sape lagi tinggi...Awek sape lagi hot...Kereta siapa lagi dasyat...Laki sape lagi kaya...Bukan senang nak tebalkan muka mengaku kau still jobhunting sedangkan kawan-kawan lain majoritinya dah duduk kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin.

Aku pernah kerja retail. Seronok, sebab tak duduk pejabat mengadap PC 9 to 5. Dapat jumpa ramai orang dan dapat cuci mata sebab kerja dalam shopping complex. Jangan sesekali korang tengok budak-budak kerja retail ni sebelah mata okey. Kalau kena caranya, gaji diorang kalau campur komisen sebenarnya jauh lagi besar dari gaji orang kerja pejabat. Memangla diorang suka naik public transport atau naik motor. Almaklumlah parking dalam shopping complex ni terhad. Kalau yang high-end macam Pavilion atau KLCC, parking mahal pulak. Dengan jammed lagi. Apakan daya aku takde bakat jual barang. Kalau tak, aku teruskan jugak la kerja jadi salesgirl ni.

Tapi cuba kau mention kat sedara-mara atau kawan-kawan yang kau ni kerja buat sales, muka diorang akan berubah. Apatah lagi kalau kau ada kelulusan. Mesti masing-masing akan suruh kau cari kerja lain. Takpun suruh mintak SPA. Atau mintak jadi cikgu. Itulah orang kita. Kerja kerajaan la baru ada kelas. Kerja pejabat la baru cool. Weekend dan cuti umum boleh lepak, ini tak kerja macam bangla nak buat apa. Kalau lelaki plak cuba cakap kat awek yang kau kerja mekanik. Confirm diorang cebik. Diorang tak tau kau ada bengkel sendiri. Tapi cuba cakap kau kerja office. Mesti mak ayah awek tu akan pandang kau sebagai calon menantu. Hakikatnya kau opis boy je.

Seriously aku respect mereka yang ada keberanian nak kerja sendiri. Contohnya berniaga atau buat freelance.Bukan senang sebab kena tanggung risiko. Meniaga ada untung rugi. Ada hasad-dengki. Buat freelance kena depends pada job. Kalau rajin, orang suka kerja kau, banyaklah job. Kalau tak, melopong je la. Bertambah-tambah tahap kekaguman aku kalau yang sanggup teruskan pekerjaan tradisi cam jadi petani or nelayan moden. Tak salah, kerja tu kan mulia. Bagi aku diorang hebat sebab cabaran bukan sikit. Selain tu, kena rajin jugak. Banding dengan orang makan gaji bulan-bulan. Kerja kadang-kadang tak produktif mana, tapi gaji masuk jugak. Aku tak cakap orang, aku cermin diri aku sendiri je.

Aku tak berdaya nak mengubah mentaliti orang. Tak layak pun bergelar 'keyboard warrior'. Pendapat aku, kerja lah apa pun, janji tak melanggar hukum syarak dan hak asasi manusia, buatlah... Bumi Allah ni luas. Rezeki ada di mana-mana.Selebihnya, tepuk dada, tanyalah iman...

***Entry repost...tak sempat menaip lately*** 

 

Thursday, 26 November 2015

Lovely Gifts from Lovely Ladies

Assalamualaikum semua. Entry ni merupakan entry penghargaan untuk dua orang kakak cantik yang telah menghantar hadiah untuk aku. Pandai betul buat surprise, takde hint langsung, tetibe sampai je.

Hadiah dari blogger travel, kak Jari Manis .Antara blogger travel favourite aku sebab cara dia menulis yang sangat detail, korang rasa macam ikut sekali, padahal dok nganga depan PC je. Travel aku ke Sydney dan Gold Coast tahun lepas pun aku banyak refer pada dia. Kak Jari Manis kalau datang drop komen, memang bertalu-talu. Rasa segan pulak, sebab aku pun tak sekomited itu. So, korang jangan keji dia sebab jarang update blog ye, dia sibuk gi jalan-jalan blog korang sampai terabai blog sendiri. Mohon terharu beramai-ramai. *Matilah aku kalau JM baca ni*

Gigih tau dia panjat gunung Bromo demi nak belikan FM untuk aku kat puncak...hihihi. Tak caya? Korang tunggu lah dia update entry nanti. Siap dengan sekeping surat cinta pink kaler dan collagen Ephyra supaya awet muda macam dia jugak.  Thanks Sweet Finger yang sweet!

Hadiah kedua dari kak Farrah MF. MF stands for what? Aku rasa aku tau tapi saja tak nak bagitau korang. Hahahaha. Biarlah ia menjadi misteri...Aku memang admire ngan akak sorang ni sebab dia ni dahlah kreatif, pandai main gitar, pandai speaking dan pandai masak. Nak je aku pinang jadi kakak ipar tapi takut akak-akak lain jeles, so tak jadi lah. Hahahaha.

Handmade post-it-notes kaler biru, kaler twitter sebab aku memang hantu twitter. Hehehe. Kesian kak Farrah tu perah idea nak buat football theme ye. Mungkin kak Farrah takut tersalah pilih. Nak amik kaler merah Liverpool, terpilih merah Manchester United pulak. Takpe kak, saya appreciate apa je yang akak bagi. Mmmuahhhh bebanyak!

Post-it-note pemberian kak Farrah aku simpan je, sayang nak guna. Fridge magnet kak JM bagi dah naik board. Tapi aku takde blogger board, ada fridge board aje.


Terima kasih daun keladi, kalau sudi, mailah baca blog I lagi..


Tuesday, 24 November 2015

Mak Cun, Mak Siti, Mockingjay, Monday Blues

***Mak Cun***


Sabtu lepas berpeluang menonton Teater Muzikal Mak Cun arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Best ke tak? Of course lah best! Pelakon-pelakon, terutamanya Umie Aida dan Erma Fatima memang superb! Macamana korang dok gelak guling-guling tengok drama bersiri ni kat TV, macam tu lah kelakarnya teater ni. Bukan setakat  menghiburkan, tapi kaya dengan pengajaran. Tentang sikap usahawan Melayu yang berpuas hati dengan 'cukup makan', tentang taksubnya orang kita dengan 'orang putih' dan tabiat masyarakat yang suka mengadu domba dan menjaja cerita. Paling aku suka bila watak Mak Cun menyindir perempuan yang 'amik laki orang'. Perli sape tu kak Erma weii...hahaha.

Yang tak best satu je, aku amik tiket yang paling murah sekali. Aku suggest korang kalau nak tengok teater di Istana Budaya, janganlah duduk kat tingkat tiga ni. Jauh sangat dengan pentas.


Sebelum menonton teater, ND ajak aku ngan SR makan dulu kat Sany Char Kuey Tiow kat sebelah Istana Budaya. Memang sedap wei kuey tiow dia! Aku walaupun dah makan kat rumah, tapi boleh bantai 2 pinggan kuey tiow biasa. Kalau tau sedap, aku order yang besar, takpun yang special terus. Mungkin sebab tengah hujan kot. Ewah, salahkan cuaca pulak!  Udang dia pun banyak. Kalau tak suka taugeh, jangan lupa pesan tak nak taugeh..membazir je macam aku! (Sape tak suka taugeh angkat tangan! ) Kalau korang tak nak makan kuey tiow pun, ada je menu lain macam masakan panas dan keropok lekor. Senang nak cam gerai dia sebab dahla besar, warna merah lak tu. Takpun, korang follow je bau, mesti jumpa. Hahaha.

*** Mak Siti***

Habis teater agak lewat,  tambah dengan jam nak keluar dari parking Istana Budaya memandangkan malam tu show full house, pukul 12.15 tengah malam baru aku sampai ke rumah. Korang rasa aku buat apa? Tidur terus? Ke bukak TV? Hahaha, of course lah bukak TV. Tunggu game Liverpool vs Manchester City pukul 1.30 pagi. Sementara tu, solat Isyak, makan (makan lagi?) dan lepak-lepak tengok match lain dulu. Kopi tak payah, sebab dah minum before tengok Mak Cun.


1-4 gais! Ingat senang ke nak menang lawan Man City, kelab kaya yang berada di kedudukan pertama liga Inggeris (EPL) dan dibarisi pemain bertaraf dunia macam Kun Aguero, Yaya Toure dan Joe Hart.  Baru korang tau Liverpool power ke tidak! Ingat team kitorang ayam sangat ke! Time menang kita berlagak, time kalah kita masuk gua la wei...

Apa kaitan dengan Mak Siti? Sebab pasukan Manchester City / Man City digelar Mak Siti / Mek Siti oleh fan EPL di Malaysia. Tu je.

*** Mockingjay***

Menonton rancangan sukan akan memberi adrenaline rush, buat kita excited dan jantung berdebar. Lagi-lagi kalau menang, memang susah nak tidur. Tambah pulak dok teringat-ingat lawak Mak Cun tadi. Dekat pukul 4 jugaklah baru aku tidur.
 
Bangun pagi tetiba rasa hidung tersumbat. Pastu dah start bersin-bersin. Oh, great! Tapi keinginan nak tengok Mockingjay Part II mengatasi segalanya. Aku gagahkan jugak ke KLCC, menonton tayangan paling awal, pukul 11.15 pagi. Bukan apa, kat TGV KLCC ni, tayangan sebelum pukul 12 tengahari, harga tiket RM 8 sahaja. Diulang, RM 8 sahaja, tanpa GST! Gila apa aku menolak peluang menjimatkan duit.

Patutnya aku tengok dengan Encik A, tapi dia pulak demam, so aku tengok je sorang-sorang. Mujur orang tak ramai, sebab dalam tu asyik aku je sok sek sok sek. Bukan sebab cerita tu sedih, tapi sebab hidung ni dok mengeluarkan cairan. Hahahaha. Yang tak bestnya, bila orang tak ramai, panggung jadi berganda-ganda  sejuk. Sal, kau memang cari pasal!


Sesape yang follow citer ni wajib tengok oi!! Sesape yang tak follow aku nasihat kan tengok Mockingjay Part I dulu kalau tak memang sumpah tak faham. Ending agak dijangka, tapi dia punya plot twist memang gempak. So, are you..are you..coming to the tree? (Yang follow movie ni je faham)

Habis wayang aku terus balik. Badan dah start rasa tak best. Kombinasi udang dalam kuey teow + kena hujan + berjaga malam + air cond panggung wayang = selsema dan sakit tekak. Aku dahlah memang ada resdung.

Malam tu aku tidur awal lepas makan ubat, tak dapat lah tengok Gegar Vaganza. Korang sokong sape? Aku suka Azian Mazwan dengan Ezad.

*** Monday Blues***

Patutnya kalau weekend meriah, haruslah pagi Isnin semangat nak gi kerja, tak gitu Cik Salmah. Tapi aku tidak, sebab...

M.C dua hari da...

Tulah bahana kalau perasan diri tu kuat macam Katniss Everdeen. Kihkihkih.. Doakan esok aku sihat dan boleh kembali bekerja. M.C lama-lama pun jemu gak wei!

Apa-apa pun, thanks for reading!

Friday, 20 November 2015

Pengalaman cabut gigi bongsu - Q&A / Tips

Selamat tinggal 'Adik Bongsu'


Menjawab soalan Mummy Julia, berkenaan aku minum air berais selepas operation. Memang boleh, tapi janganlah cari pasal makan ais ketul pulak. Paling penting, elakkan makanan dan minuman panas. Antara arahan lain yang perlu dipatuhi selepas cabut gigi adalah :

1. Gigit kapas dengan kuat sampai darah berhenti
2. Jangan sentuh kawasan cabutan dengan jari atau lidah.
3. Jangan berkumur-kumur selama sehari selepas cabutan. Kalau dah berkumur pun tak boleh, gosok gigi jauh sekali ye.
4.Jangan ambil makanan panas selama sehari selepas cabutan.
5.Ambil ubat tahan sakit sebelum rasa kebas hilang.
6. Jangan minum menggunakan straw, sebab boleh create pressure dalam mulut, melambatkan darah beku.
7. Jangan buat kerja-kerja berat dan banyakkan berehat.


Sorry lah Anies, hari tu aku gi follow up cabut jahitan, aku tak nampak pulak ditampal di mana-mana. Boleh rujuk dekat website diorang, ataupun call 03-42800231/ 01231389667 (HP)


Mencabar soalan sis Nafira ni..rasanya hanya doktor gigi je yang boleh jawab. Huhuhu. Aku tahu aku ada masalah ni pun sewaktu check up lepas beberapa episod sakit gigi yang berulang-ulang. Dentist  belek-belek gigi kita je dah boleh tahu, tapi dia akan buat XRay untuk kepastian.

Contoh XRay, gigi geraham bertanda X adalah yang bermasalah dan perlu dicabut

Wajib cabut ke gigi bongsu ni? Boleh je tak nak kalau korang sanggup menahan sakit. Hahaha. Sakit tu disebabkan dia kacau gigi sebelah, so gigi sebelah tu akan berlubang. Lagipun, bila dia tumbuh senget, sisa makanan mudah terperangkap. Kalau tak sakit, then tak payah cabut. Masalah ni tak terjadi pada semua orang, tapi orang yang gigi perfect pun boleh kena.

Seandainya terbukti korang bersalah, eh bermasalah, ada dua pilihan.
1. Operate dua atau lebih gigi yang bermasalah tu. Nak cabut semua sekaligus pun boleh. Ni kena masuk wad. Time operation korang memang tak sedar langsung. Best le...tapi recovery lambat sikit, lagi banyak gigi yang dicabut lagi takes time. Sesuai kalau korang tak nak ulang-alik klinik gigi berulang kali. Sakit sekali je, habis cerita. Aku memula nak pilih option ni, tapi last minute kecut perut plak.
2. Minor surgery macam yang aku buat, cabut sebatang je. Korang sedar, tapi dia bius. Recovery cepat, tapi yang tak bestnya, kena ulang untuk cabut kalau ada lagi yang sakit.

Rasanya tu jelah aku nak berkongsi. Nasihat aku untuk korang yang berkira-kira nak buat operation ni, janganlah takut sangat. Tabahkan hati.  Insha Allah, dipermudahkan. Sakit gigi ni bukan ada ubat lain. Cabut jelah.

Terima kasih buat yang mendoakan kesihatan aku. Sayang korang. Thanks for reading!



Thursday, 19 November 2015

Pengalaman cabut gigi bongsu - Part 2

Sambung dari SINI

Assalamualaikum dan hai semua! Amboi, baca komen-komen korang dalam entry lepas, ramai betul yang rasa ngeri ye. Rilekslah gais, operation ni takdelah sakit mana sebab dia pakai bius, nama pun surgery kan. Tips dia, jangan cabut time sakit, jangan keraskan badan dan inform doktor kalau rasa ngilu. Other than that, you guys will be fine. Kalau ada penyakit macam diabetis, high blood pressure atau darah cair, inform doktor awal-awal sebelum operate.

Day 1- petang lepas operate
Aku rasa the real struggle adalah selepas operation. Masa ubat kebas masih berkesan memang takde masalah, nak drive pun boleh. Aku sampai je rumah, mandi dulu, pastu rilek-rilek baring. Ubat kebas akan bertahan selama 4 jam. Pengalaman aku, lagi sejam effect ubat kebas nak hilang adalah waktu paling sakit. Aku start operate dalam pukul 4 petang, pukul 5 siap, so pukul 7 malam tu aku makan painkiller sebiji. Masa tu dah start rasa sakit menangkap ke kepala. Kalah period pain (tak pernah bersalin, period pain jelah aku tau..hahaha). Sakit macam putus cinta! Buat apa semua tak kena. Lagipun, bila darah kat tempat cabut tu belum berhenti memang tak selesa sangat sebab rasa darah penuh dalam mulut.

Klinik bekalkan kapas gauze untuk digigit sampai darah berhenti. Berkali-kali tukar kapas, kapas still basah dan rasa darah still ada. Aku ada baca kat blog mana entah, kalau nak darah cepat beku, minum air sejuk,so itulah yang aku buat. Jangan berkumur dan jangan meludah, sebab dua aktiviti ni akan create pressure dalam mulut dan lambatkan proses pembekuan darah.

Disebabkan mata tak boleh tidur, aku baring depan TV sambil tuam ais kat bahagian pipi yang bengkak tu. Korang jangan tuam air panas pulak ye! Sampai pukul 10 aku berkeluh-kesah, so aku telan lagi sebijik painkiller. Tahan la jugak sampai habis siaran langsung Pencetus Ummah. Gigih? Percayalah, bukan sengaja aku nak tido lewat, tapi dah memang tak boleh tidur! Dekat pukul 12 baru mata aku lena.

Ubat dia bagi. Biasanya aku pemalas makan ubat, tapi kali ni aku makan dengan taat.

Day 2
Masih MC. Aku kalau dah tertidur, memang lena sampai ke pagi. Dahlah cuti solat, makanya pukul 9 pagi baru aku tersedar. Bangun-bangun je rasa lapar. Mana taknya, last makan sebelum operate. Aku gi dapur  cari air Milo, taruk ais. Padahal aku bukan penggemar minuman berais. Pagi-pagi aku mesti nak kopi or teh panas. Tak senonoh doh, tak gosok gigi tak apa, terus minum. Memang ikut pesanan doktor, belum cukup sehari, belum boleh berkumur-kumur. Gosok gigi jauh sekali.

Lewat pukul 11 pagi, dah tak tertanggung rasanya perut aku (ayat nak dramatik aje),  barulah aku makan bubur nasi kosong, taruk kicap. 20 jam tak makan, aku pun kagum ngan diri aku. Hehehe. Bosan dengan bubur, makan biskut meri cicah ngan Milo Ais. Epik!

Seharian duduk rumah memang bosan. Tengok TV jelah keje aku. Mata aku ni liat nak tidur siang walaupun tak sihat. Time ni rasa ngilu dah berkurang. Selagi boleh tahan, memang aku tak nak depend pada painkiller. Tapi, ubat-ubat lain aku still makan ikut aturan. Malam tu je, nak tido baru aku makan sebiji Celebrex supaya tidur lena.

Day 3
Mulut dah start rasa tak selesa sebab tak gosok gigi. Pagi tu aku gosok gak lah, tapi taruk sikit je ubat gigi supaya berkumur pun sikit-sikit je. Aku try makan roti pulak. Tapi, still tak berani nak minum air panas. Time ni aku bersyukur sesangat sebab aku cabut geraham sebelah kanan je. So, belah kiri boleh mengunyah lagi.

Sama macam hari sebelumnya. Duduk rumah, tengok TV, blogwalking, main twitter. Rasa sakit dah kurang, bengkak pun dah surut, cuma kalau bersin je rasa perit sikit. Malam tu aku berjaya tidur tanpa bantuan painkiller.

Day 4
Alhamdulillah, time ni rasa sakit dah kurang, aku pun dah meneruskan hidup macam biasa. Cuma tak boleh buat kerja berat-berat selagi tak bukak jahitan. Takut teretas dik oi..nangis kakak! Aku masih makan bubur, tak berani nak makan nasi, takut terselit dalam lubang gusi. Kalau timbang berat aku, conform tinggal 40 kg. Tapi, aku dan makanan takkan terpisah. Korang percaya tak malam tu aku gi makan-makan???


Abang aku lah, tetibe last minute buat housewarming! Tapi takdelah makan macam korang yang sihat walafiat ni. Sebelum gi aku dah makan bubur kenyang-kenyang dengan biskut Meri cicah Milo sejuk. Kat rumah abang aku, aku makan roti jala, bihun sesuap dua dan sate 2 cucuk, tu pun sebab tak tahan bau  semerbak. Aku cubit sikit, siat-siat jadi kecik, pastu kunyah sikit-sikit, telan. Macam baby baru tumbuh gigi da!

Cuma satu je aku jaga-jaga, sebab anak sedara ramai, ada yang sibuk nak duduk atas pangku, nak ajak sembang lah, apa lah. Pastu diorang dok terlompat-lompat sana-sini, almaklumlah excited rumah baru. Aku perati je, jangan lah korang terlanggar pipi aku. Mau ada yang menangis macam pontianak.

Ingat saya lagi, Baby Cinta? Saya tak berat, so tak apalah Mak Tam nak dukung pun.

Day 5 
Monday - back to work. Bawak bekal bubur, sebab still tak berani nak mengunyah nasi dan makanan panas. Rindu woi nak makan Nasi Goreng Kampung dengan telur dadar! Macam biasalah, aku kan suka membebel, so haruslah berkongsi cerita pasal operation dengan rakan sekerja. Ramai yang melahirkan rasa kagum dengan keberanian aku. Tapi yang lagi diorang kagum adalah aku berjaya bertahan tak makan sampai 20 jam! Hampeh tul korang.

Day 6 & 7
Dah start makan nasi dan minum air suam. Rasa sakit pun dah kurang. Teringin Tom Yam..huhuhu. Rasa pedih je kat tempat cabut. Ulser rupanya.

Day 8
Hari cabut jahitan! Appointment aku pukul 9.30 pagi, so aku singgah ke klinik dulu sebelum gi kerja.

Time cabut jahitan ni takdelah rasa apa sangat. Dia cuma suruh kau baring kat kerusi dan dia pun potong dan cabut dengan hati-hati. Before that Dr.Khairul check kot ada tunggul tertinggal or makanan terselit dalam bekas cabutan. Kumur-kumur then done! Tak sampai 10 minit.

Dengan itu berakhirlah kisah percintaan aku dan doktor hensem..Hahaha. Dia tanya aku bila nak cabut lagi sebelah, aku jawab nantilah dulu. Tunggu lepas duit claim ni ye. Yang sebenarnya, tunggu lah aku sakit tahap tak tahan giler. Sungguh, ini lah antara perkara paling berani aku pernah buat dalam hidup aku.

So, ada apa-apa nak tanya, sila kemukakan di ruang komen. See you next entry!


Tuesday, 17 November 2015

Melbourne Part 5 - Pyramid Rock

Assalamualaikum dan hola semua! Aku sebenarnya nak habiskan story operation aku hari tu, tapi ada permintaan aku sambung story kat Melbourne. Yup, aku tak habis lagi bagi korang ngeri seram sejuk seriau sampai buku lali..hahaha. Sebagai blogger perasan femes, kita haruslah memenuhi permintaan pembaca dan peminat. Tak gitu? Ni nama dia ayat mintak penampo.

Selesai feeling-feeling seolah-olah berada di New Zealand, we oll pun berangkat dengan berat hati meninggalkan Churchill Heritage Farm. Menurut adik AK yang kitorang upah untuk drive dan bawak kitorang jalan-jalan di Philip Island ni, kalau tak nak masuk ke dalam area Churchill Heritage Farm, korang boleh jugak jalan-jalan kat bahagian luar. Tak sempat aku nak ambil gambar, tapi percayalah, memang cantik view dia. Definitely breathtaking.

On the way keluar dari Churchill, kitorang berhenti untuk snap gambar ni

Perjalanan dari Churchill Heritage Farm ke Pyramid Rock mengambil masa 20 minit.

Sejuk bukan main masa ni, sebab angin bertiup kencang. Tapi gigihkan jugak. Menggigil-gigil aku.

Frust time ni kamera habis bateri. Ada snap pakai handphone tapi memori card corrupt masa dah balik Malaysia. Sedih! Gambar ni semua dari kamera Siti.



Kat Pyramid Rock tak banyak nak diceritakan. Hanya nikmati view yang cantik dan laut yang membiru. Sejuk pun boleh diabaikan. Aku nasihat korang yang tak tahan sejuk tu bawak sweater extra kalau datang Melbourne musim spring.

OK, nanti sambung lagi ye..

Thanks for reading, gais! 

Part 2

Friday, 13 November 2015

Pengalaman cabut gigi bongsu

Assalamualaikum dan hai semua! Ingat lagi tak aku cerita aku sakit gigi yang amat sangat dalam entry INI dan keputusan aku untuk operate kat HBKL dalam entry INI . Menjelang tarikh aku operate, tetibe aku rasa tak best. Takut beb, sebab kena masuk wad. Yang lebih aku risaukan adalah sape nak temankan aku. Nak tunggu seharian kat hospital, nak drive aku balik. Kalau tetibe aku sakit lepas operate, sape pulak nak hantar aku? Takkanlah nak menyusahkan Mak dan Abah, diorang sendiri pun tak berapa kuat.

Akhirnya aku call HBKL dan cancel operation yang sepatutnya aku buat Oktober lepas. Member office suggest aku buat private je since boleh claim dental dengan company. Aku pulak, bila rasa sakit tu dah takde, aku pun teruskan kehidupan macam biasa. Buat-buat lupa. Kalau boleh memang tak nak cabut. Sebab ni bukan cabut biasa-biasa, tapi kena operate. Kalau takat cabut tak sampai lima minit tu aku boleh tahan lagi.

Tapi, satu hari ni rasa sakit tu tetibe datang balik. Punyalah tak tahan, aku terus google klinik gigi area Ampang. Aku pun jumpa satu blog ni review Suriani Dental Surgery kat area Ampang Waterfront.

Klinik ni memang best, rasa tenang je bila masuk. Tapi sebenarnya tenang kalau kau temankan orang lah. Kalau sendiri yang sakit memang rasa tak tentu arah je.

Tak lama pun aku tunggu, nama aku dipanggil. Doktor yang attend tu doktor lelaki. Nama dia Dr.Khairul. Korang mesti nak tanya, hensem ke tak kan? Hensem jugak lah di mata aku. Tapi, bukanlah hensem dia menjadi faktor aku mengangkang, eh tak, menganga dengan rela. Aku redha aje dia godek-godek mulut aku. Ayat dia lebih kurang je dengan ayat doktor kat HBKL hari tu. Cuma doktor swasta ni lainlah, cakap lembut je. Dia suggest aku buat scaling dulu. So, aku pun buat jelah. Scaling tak sakit, tapi padanlah muka aku sebab dah lama tak buat. Settle scaling, dia bagi aku ubat dan MC sehari sebab dah katanya sakit gigi. Kalau klinik gigi kerajaan jangan mimpilah nak dapat kalau setakat buat check up.

"Gigi bongsu awak ni kena cabut, Cik Salbiah"

Adoilah, sebaris ayat yang begitu membunuh semangat aku. Ada ke dia suruh aku book appointment dalam minggu tu jugak. Eh, memang tak lah. Weekend tu ada wedding. Lagipun, sakit tu masih terasa. Cabut gigi time sakit is a big NO, NO ye.. So, aku pun book tarikh Khamis minggu depannya.

Hari yang 'dinantikan' akhirnya tiba. Appointment aku pukul 3.30 petang, tapi since doktor dah janji nak bagi MC, so aku tak gi kerja. Pagi tu aku rileks je, tapi menjelang tengahari aku dah tak tentu arah rasa. Ini persiapan yang aku suggest korang buat sebelum minor surgery cabut gigi bongsu:

1. Buat scaling. Ini penting, sebab bila mulut dan gigi bersih, boleh elak dari jangkitan kuman.
2.Makan kenyang-kenyang sebelum operate. Aku makan 2 pinggan nasi, pastu makan cereal ngan roti lagi tengahari tu.
3.Gosok gigi dan floss sebelum jumpa doktor.

Mula-mula kitorang amik Xray dulu sebab Xray aku buat kat HBKL hari tu aku lupa mintak. Sabar jelah kan. Actually, nasib aku baik sebab wisdom tooth aku yang bermasalah belah bawah sahaja, kiri dan kanan. Ada kes sampai empat sekali macam dalam gambar ni.


Doktor suggest aku cabut belah kanan dulu sebab lagi teruk dari belah kiri. Aku pun iyekan aja. Tapi, bila dah baring atas kerusi tu tetiba rasa nak terkucil. Rasa nak buat drama sebabak lari dari situ. Hahaha, kenangkan dah bayar deposit, teruskan jelah. Buat-buat berani, tapi Tuhan jelah tahu apa aku rasa. Lagi berdebar dari nak naik kapal terbang!

Mula-mula diorang tutup mata aku. Mungkin diorang takut patient takut kalau nampak alat-alat diorang. Pastu doktor pun inject bius. 2 kali dia inject, aku still rasa sakit. So, dia inject lagi. Time ni ngilu lah jugak. Mana taknya, dia inject kat gusi dan kat dinding pipi. 2,3 minit lepas dah rasa kebas, dia pun memulakan operasi. Aku pun tak tahu apa dia buat, ada time-time tu aku macam mamai, dia cakap apa entah dengan aku, aku tak ingat pun. Aku iyekan aje. Tapi, telinga aku dapat lah tangkap bunyi gerudi berdesing kat telinga dan bunyi gigi aku dipecah-pecahkan sebelum dicabut. Ada lah 2, 3 kali doktor tu cakap..'lagi sikit je cik..,' tapi tak tercabut jugak.  Aku rasa dia tersiksa, sebab gigi aku pun degil macam tuan dia jugak. Ditarik-tarik gigi aku, kepala aku pun rasa nak tercabut sekali. Tak sakit, tips dia kau rileks je..fikir benda-benda lain, sambil dalam hati zikir je tau. Nilah dia, dah sakit baru ingat Tuhan..

Akhirnya, lepas hampir sejam berhempas-pulas, gigi aku selamat dicabut. Doktor bagitahu aku yang dia nak jahit tempat cabut tu. Kena jahit, sebab lubang tu besar. Alhamdulillah, lega. Time dia jahit tu aku tak rasa apa-apa pun. Lagipun, mata aku masih ditutup. So, tak payahla cakap sebab doktor hensem rasa sakit tu kurang, dia hensem tahap Johan As'ari pun aku tak nampak wei.

Exhibit A - Bahagian atas gigi yang dipecah-pecahkan
Exhibit B - Bahagian akar gigi yang dicabut. Panjang, ada dalam 1 inci! Pergh, kalah taring dracula ni

Settle jahit, Dr. Khairul mintak aku book appointment seminggu lagi untuk cabut benang jahit. Damn, tak habis lagi penderitaan aku rupanya. Kos cabut sebatang gigi, RM 650. Tu tak campur extra bius dan ubat ye. Aku pejam mata je, bayar pakai kad, tak adalah nak bawak cash sebanyak tu. 

Tapi tu baru satu part, belum bab recovery lagi. Aku rasa tu yang lagi perit sebenarnya. Nanti aku sambung entry lain bab aku berhibernasi kat rumah dan proses menanggalkan jahitan. See you next entry. Bye!


Tuesday, 10 November 2015

Journey to the South

Assalamualaikum dan hai semua! Rindu aku tak? Tak? Ah, aku tetap nak bagitau gak ke mana aku menghilang. Aku dah balik dari kampung tercinta. In case ada yang keliru, aku dekat KL ni, duduk dengan family. Parents dan adik-beradik yang belum kahwin. Tapi, dekat kampung aku masih ada atuk dan ramai lagi saudara-mara. So, aku balik kampung sekali-sekala untuk melawat diorang dan rilekskan kepala otak.

Orang kata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian jadilah Sal yang Menyesal. Itulah yang terjadi kat aku. Semuanya salah aku sebab tak nak beli tiket awal. Iye, aku tau ada perayaan Deepavali, tapi aku biasa je balik kampung time cuti Chinese New Year, Krismas ataupun balik sesaja di bulan puasa. Cuma dah lama tak balik kampung naik bas. Most of the time, aku walk-in, beli tiket bas di kaunter, tunggu sekejap then jalan. Simple. Kat Terminal Bersepadu Selatan tu ada 20 kaunter yang beroperasi, lebih dari cukup.

Tapi Sabtu lepas, jangkaan aku meleset sama sekali. Aku janji nak balik kampung dengan makcik aku. Aku belum sampai TBS ,dia dah call, bagitau yang dia dah sampai, tapi orang ramai gila. Aku pun pelik, ramai mananya pun. Biasa OK je. Tapi, bila aku sampai, memang betullah, ramai mengalahkan zaman Puduraya dulu. Tak caya, tengok gambar.



Aku dah saspen. Ramai macam ni, ada ke tidak tiket? Nak beratur, tak tau lah berapa jam baru sampai ke kaunter. Nasib baik ada staf kat situ suggest kitorang beli tiket kat kaunter warga emas/OKU since makcik aku memang warga emas pun. Lega sekejap. Tapi, kaunter warga emas tu turut dibuka untuk penebusan tiket bagi yang beli online. Still, kena beratur, tapi takdelah barisan panjang macam kaunter biasa.

Naluri Detektif Conan aku still tak puasa hati kenapa orang tetiba ramai. Yang ramai tu pulak muka Melayu ngan Cina, tak nampak pun macam sambut Deepavali. Siasat punya siasat, aku pun jumpa notis ni.


Ceh, patutlah orang melimpah ruah, semua perkhidmatan bas ke Utara dah berpindah dari Pudu Sentral ke TBS mulai 1 November 2015. Cmane boleh aku tak perasan benda ni padahal baca suratkhabar hari-hari. Mungkin keluar time cuti kot, aku kalau cuti tak baca suratkhabar pun sebab kena beli. Muahahaha.

Dah bas ke utara, ke pantai timur dan selatan semuanya bertumpu setempat, macamana lah orang tak ramai! Ni kalau raya puasa tak tahulah cmane. Aku harap dalam masa terdekat pihak TBS dapat fikirkan cara nak figure out masalah ni.

Alhamdulillah, dapat jugak tiket, but the earliest lagi sejam setengah. Menangis! Tapi nak buat cmane, salah sendiri tak beli tiket awal-awal. Tu pun nasib baik ada makcik yang warga emas, boleh gak tumpang kat kaunter khas. Kalau aku sorang, takkan nak buat-buat mengandung plak. Ish, mengundang sangat, kan!


Sementara nak tunggu bas, kitorang pun naik atas dulu cari makan. Since makcik aku tak nak makan heavy, kitorang pun masuk kedai ala-ala kopitiam yang kat depan dia ada gambar Misbun Sidek tu. Rasa tu bolehla, tapi yang kelakarnya, kat sini walaupun diorang serve kau, tapi kena bayar sebelum balik. Boleh bayangkan tak, kau tengah makan tetiba waiter datang dan mintak kau bayar. Ada kes orang lari lepas makan kot? Aku husnudzon jelah.

Gitu-gini pun aku tapau Nasi Goreng Cina kat foodcourt. Takut jalan jam, pastu kebuluran dalam bas. In the end, jalan tak jam pun, tapi nasi goreng tetap habis sebab aku ni walaupun badan kecik tapi memanjang lapar. Hahaha.

Note to self, lepas ni kalau nak balik kampung time waku puncak, beli tiket di Terminal Bersepadu Selatan secara online. Klik SINI .Hanya register menggunakan email yang masih valid. Tiket hanya available dalam tempoh 48 jam. Contohnya kalau kita online pada tarikh 1 haribulan, pukul 2 petang, kita hanya dapat view tiket pada tarikh 3 haribulan, pukul 2 petang dan ke atas. Ada faham ka abang kakak? Tiket yang dah beli tu kita print dan bawa ke TBS untuk ditukar di kaunter. Ini pun kena beratur jugak tau, macam nak dapatkan boarding pass flight kekdahnya. So, walaupun dah ada online ticket, jangan sesuka hati nak datang lambat

Itu sajalah cerita pendek aku. Nanti aku free aku gi blogwalking n sambung cerita Melbourne. Mohon sabar menanti. Thanks for reading


Friday, 6 November 2015

Orang Johor I/C Kolumpo

Assalamualaikum semua! Korang ada tak kawan-kawan yang tetiba dengan bangga mengaku dia orang Johor lepas pasukan JDT menang Piala AFC? Aku rasa takde kot, sebab orang Johor akan tetap mengaku dia orang Johor, even before kewujudan JDT. Aku pernah dengar orang persoalkan, nape orang Johor obses dengan JDT? Well, let's just say yang diorang bangga dengan JDT sebab ia merupakan 'produk' dan inisiatif  Tengku Mahkota Johor. Bukan sebab nama Darul Takzim tu..percayalah kalau TMJ taruk nama yang takde bunyi Johor pun orang Johor akan tetap support. Kat kampung aku, makcik-makcik pun kenal Luciano Figueroa tau.

JDT ada sejarah dia sendiri dan bukanlah tiba-tiba muncul dari dalam tanah pada tahun 2012. Lain kalilah kita sembang pasal sejarah bola sepak Johor kat sini. Mendidih jugak bila orang quote 'orang Johor baru belajar tengok bola'. Bukan apa, aku kalau cakap pasal bola nanti tak jumpa butang 'publish'. Hahaha.

Yang penting korang kena tahu, JDT is a football club. Korang nak kutuk JDT? Silakan.. Tapi, tolong, tolong jangan kutuk Johor. Tak reti bezakan ke? Tak berkudis pun aku kalau korang kata 'penyokong JDT bangang', tapi kalau korang kata 'orang Johor bangang', that's another story... Berasap je telinga aku dengar, walaupun aku Johor celup je.


Johor celup? Ayah orang Johor, Mak orang Johor, atuk, nenek, moyang semua Johor.  Aku pulak dilahirkan dan membesar kat KL, walhal gaya selebet tak melambangkan identiti warga kota langsung. Eh..nak tengok I/C ke?

Dibesarkan oleh nenek membuatkan cara aku bercakap macam orang Muor sejati. Hujung ayat selalu ada 'ek'. Orang sebut besar, aku sebut 'beso'. Orang sebut hantar, aku sebut 'anto'. Vocab aku pulak kaya dengan perkataan yang non-Johorean tak faham contohnya cekoh, lokos, tubir, gelegor, peran dan gelobos. Hahaha..even adik-adik aku pun kekadang kerut dahi bila borak ngan aku. Diorang lain, tak duduk dengan arwah nenek masa kecik-kecik. Bila aku borak ngan sepupu or sedara-mara yang memang lahir dan membesar kat sana, aku boleh blend in dengan jayanya. Dan kalau korang nak tahu, orang Johor boleh detect tone 'orang Johor' yang lain. Susah nak explain, tapi actually orang Johor ada slang diorang sendiri.

Arwah nenek aku pernah cerita yang susur galur keturunan kitorang ni dari Bugis dan Bentan. Korang mesti pernah dengar cerita Laksamana Bentan yang menikam Sultan Mahmud dalam legenda 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang' kan? Kalau tak pernah, silakanlah cari filem tu kat youtube, takpun baca SINI. Aku tak pandai nak berlipur lara. Aku selalu cakap ngan adik-adik aku, patutlah kita ni degil dan suka memberontak, keturunan Laksamana Bentan rupanya. Adik-adik aku gelak je. Dan kami pun berhuhuhuhu sampai pagi.

Aku ni bukannya apa, last balik kampung masa Aidilfitri hari tu. Tu pun sekejap je. Insha Allah, weekend ni sampailah aku ke sana, negeri pelik yang orang dia pagi-pagi breakfast satay tu. Hahaha! Jangan rindu I tau!!!

Oh, by the way, aku rasa JDT hari tu menang nasib. Diorang bermain dengan baik tapi Istiklol FC bermain dengan lebih baik, cuma takde rezeki. Tapi itulah bola sepak. Possession dan goal attempt saja tak cukup, kena ada luck jugak. Aku bagi extra credit untuk Farizal Marlias sebab cekap jaga gawang dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan sebab nampak dah kurus. Gol bola leret Velasquez tu pulak memang padu dan mampu menipu Manuel Neur mahupun Iker Casillas. Well, a win is a win, right. Ingat senang ke nak sampai ke final. Lantak korang nak kata piala AFC low class, tak setanding ACL. Kalau dah memang busuk hati tu, JDT menang Club World Cup pun korang pertikaikan.

Eleh, ngan Istiklol boleh la, dengan Liverpool ce tengok, berkicap ke tidak...

Apa-apa pun, semoga objektif utama penubuhan JDT tercapai iaitu untuk memajukan bola sepak Johor. Semoga dapat tengok pemain menyanyikan lagu Negeri Johor dengan penuh semangat di Stadium Larkin dan bukan sekadar diam, atau langsung tak reti cakap Melayu! Semoga bakat anak-anak muda Johor dapat dicungkil. Semoga JDT tak jadi sekadar kelab kaya yang mampu membeli pemain ternama tapi kalau korang nak beli Torres aku dah standby borang transfer ke cawangan Senai.

Apa-apa pun, luaskan kuasamu. Terima kasih layan aku membebel kat sini.


Monday, 2 November 2015

Sweet November

Assalamualaikum dan hai semua! Sebelum aku bentangkan senarai nama top pengomen bulan lepas, aku nak ucap takziah kat blogger Qaseh Vee, yang baru kehilangan bonda tercinta. Al-fatihah untuk arwah Hajah Mangiah binti Haji Abdullah, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kemudian, dapat pulak berita sedih yang Blogger Siti Yang Menaip pula kehilangan ayah. Semoga Allahyarham Shuhami bin Sulaiman tenang di sana. Al-fatihah untuk arwah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Siti dan kak Qaseh Vee kuatkan semangat dan tabah menghadapi ujian Allah ini.



*****



Mencabar betul nak buat entry top commentator bulan Oktober ni sebab widget yang selalu guna tu crash. Nak kata masalah Java Script, widget lain yang guna HTML coding takde masalah pulak. Aku guna je widget baru yang Farrah MF ajar, walaupun hakikatnya tak berapa faham. Not your fault, kak Farrah, memang saya yang blur. Huhuhu.

So, let's cekidout the lucky (lucky ke?) fifteen!

1. Jari Manis
Blog :  http://jarimanistravel.blogspot.com

2. Yana Yani
Blog : http://iamaproudmama.blogspot.com

3. Qaseh Abadi
Blog : http://syidamenulis.blogspot.com

4.Siti Yang Menaip
Blog:http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

5.nhhas
Blog : http://hnr318.blogspot.my/

6.Muhammad Khairuddin Lim
Blog: http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my

7. Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.my/

8. Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

9.Deanna Morni
Blog : http://kameqdeanna.blogspot.com

10. Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

11.aRz MoHa
Blog : http://www.arzmoha.com/

12. Scdha Sein (SS)
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

13.tiga lalat
Blog: http://tigalalat.blogspot.my

14. QasehVee
Blog : http://harumankasehvee.blogspot.com/

15.aiman mania
Blog : http://aimanbudakbaik93.blogspot.my/

Jari Manis is back! Tahniah JM sebab berjaya merampas kedudukan takhta liga. Tapi heran gak Scdha Sein terguling-guling ke bawah. Takpe, bulan depan boleh kembali mengganas ye.

Blogger yang buat comeback, abang kawasan blogger utara - aRz MoHa dan kakak yang kalau datang komen memang tak reti pendek-pendek - Mummydearie. Hari tu sibuk katanya, kalahkan mak pengantin. Hehehehe. Aiman pulak kali pertama masuk carta walaupun dah selalu komen kat sini. Thanks gais!!!

Thanks jugak dekat kak Yana Yani yang sudi review blog saya, dan Wak Lalat yang telah buat interview ala-ala Oprah Winfrey Show gitu! Disebabkan ada yang memberi cadangan supaya blog ni ditambah widget 'Archive', dengan senang hatinya aku telah menambah di sidebar. Engkorang jangan tak baca pulak entry lama-lama aku.

Till then, thanks for reading! See ya lain kali!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com