Nak sangat sakit minggu depan, kan?

Sunday 9 August 2015

Assalamualaikum semua.. Akhirnya dapat juga aku mengadap blog selepas berhadapan dengan salah satu sakit paling sakit dalam dunia : Sakit gigi. Ingat lagi tak dalam ENTRY NI, aku dengan sepenuh hati berdoa agar sakit gigi aku ditangguhkan sampai termakbul hasrat nak tengok Liverpool FC depan mata. Siap keluar ayat "Sabtu onwards nak sakit cmane pun aku tak kisah dah". Masin mulut kau, Sal..memang sakit ni!

Actually aku agak sibuk lepas beraya kat Stadium Bukit Jalil dengan kawan-kawan dari England tu. Aku ambil EL, balik kampung sebab atuk aku sakit. Alhamdulillah..masa aku balik sini, dia dah makin OK. Kat KL, kalau tak sibuk beraya, sibuk melayan orang yang datang beraya pulak. Lepas tu, kat office, macam biasa, bila masuk je bulan Ogos, department aku memang sibuk. Tahulah kerja bahagian arkib ni, segala sejarah Merdeka nak dikorek buat features dalam suratkhabar dan pameran sana-sini. Tu belum masuk cerita 1MDB dan MH370 nak disimpan dalam fail.

Sibuk-sibuk tu, aku fikir jugak diri sendiri. Sempat jugak ke klinik gigi, buat follow up sakit yang kejap ada kejap tidak ni. Sekali dentist tu bagi aku berita tak baik. Gigi geraham bongsu aku tumbuh melintang, diorang tak boleh cabut. Kena cabut kat hospital! So, dentist kat situ pun keluarkan surat rujukan untuk aku. Mula-mula dia tanya, nak fikir dulu ke, tapi aku tak larat lah nak mengulang ke klinik gigi dua, tiga kali! Bukannya best macam gi karaoke!

Suasana tenang di Klinik Bedah Mulut, Hospital Besar KL pun tak mampu redakan hati yang gundah-gulana

So, pagi Jumaat lepas, tercongok lah aku dekat Hospital Besar KL dengan surat rujukan yang aku dapat dari Klinik Cahaya Suria. Cantik klinik ni, dekat bangunan baru HKL. Debar-debar gak, sebab dah lama giler tak gi hospital. Gi melawat orang sakit tu adalah, tapi kalau sendiri sakit, adalah 8,9 tahun dulu.

Masa aku sampai, orang tak ramai. Tapi aku tunggu hampir sejam jugak lah. Sementara tunggu tu aku gi makan dulu. Mampu hadap kueytiow sup je. Tu pun tak kunyah, telan terus. Bekerja keras usus aku 2,3 hari tu. Makan bubur dan roti pun telan je.

Sampai turn aku, aku pun masuk. Doktor India lelaki, hensem la jugak, walaupun muka dia ditutup dengan face mask. Hilang kejap debaran aku, bila aku bayangkan doktor tu hero filem Tamil yang akan menyelamatkan aku dari penderitaan ini. Drama sangat, kan!

Kau ingat masuk tu terus cabut ke. No no no.. Buat XRay dulu ye! Menyesal pulak pakai shawl, tau nak kena XRay lagi sekali, aku pakai tudung Syria je. Pastu cabut subang siap-siap. Nasib baik aku tak pakai rantai, sebab semua dari kepala ke leher kena tanggal ye. Baju tak payah! Hasil XRay aku, aku tak tangkap gambar pulak, tapi lebih kurang macam gambar bawah ni:


Tapi kes aku lagi dahsyat, sebab geraham aku tumbuh melintang on both sides. Kiri dan kanan! Patutlah sakit gigi aku kejap belah kanan, kejap belah kiri. Boleh pindah-pindah pulak! So, cadangan  doktor tu : Buat day surgery, cabut dua-dua gigi.

Mula-mula aku ingat nak cabut satu-satu, sebab taulah cabut gigi ni, even seketul pun dah menderita 2,3 hari. Ini sekali dua, operate pulak tu. Tapi aku fikir, sampai bila nak tahan kan. Sakit gigi ni sekali dia datang, kucing mengiau pun kau rasa nak campak masuk longkang! So, aku nak settlekan problem ni once and for all. Tapi, sebelum operate, diorang bawak aku jumpa pakar bius dan fisio dulu. Nak terangkan prosedur, pantang larang dan risiko. Tetibe aku jadi takut. Masa nurse tu ambil bacaan Blood Pressure aku, sedap je dia tanya , "berdebar ke?". Maunya tak berdebar! Rasa nak tertanggal jantung ni!

Dengan hati berat, aku pun buat keputusan, setuju untuk operate. Dua sekali. Dari sakit dua kali, biarlah sakit sekaligus. So, diorang pun booking appointment untuk aku operate, bulan Oktober nanti. Lambat lagi! Kenapa tak hari ni je doktor?

Sekarang ni, Alhamdulillah, bengkak dah surut. Hanya mampu berdoa agar sakit tak menyerang pada tarikh-tarikh penting.

Expect aku untuk jarang muncul di blog bulan ni ye... Terlajak sibuk pulak. Harap sibuk ni boleh kurangkan debaran di hati. Tolong doa yang baik-baik untuk aku, please..

Bila fikir pasal nak masuk operation theatre, tetibe seram sejuk. Tetibe tak tentu arah. Tetibe nak tarik diri. Nak inject pun aku takut, apatah lagi nak kena operate..



58 comments

  1. Sha kalau masuk bilik operation nak bedah perut memang tak gentar dah... tapi berkaitan mulut ni... errrr tumpang seram sejuk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaa...janganlah cakap gitu, lagi lah kite takut!

      Delete
  2. Sal...kata-kata itu satu doa...x sangka plak doa Sal tu cepat termakbul...adus!!! yg baca ni pun rasa sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahna sakit saya berkurang sebab dah bagi sikit-sikit dekat yang baca blog ni

      Delete
  3. kah kah kah...best ke gi karaoke? x best g klinik? eheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. best lah gi karaoke! sebab saya selalu perasan suara sedap..hahaha

      Delete
  4. kasihan usus tu Sal..nape x mkn bubur..ke x de jual bubur? kalau sis JM main telan mkn tu mmg tercecik lah hai

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde jual bubur kak..kuey tiow dia pun saya berani sebab potong kecik-kecik dan nampak lembut. ni sakit dah hilang, baru boleh makan dengan tenang..

      Delete
  5. tutup muka ngan mask pun leh tahu hensem? skali buka mask gigi rongak macam mana ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..takkan doktor gigi, rongak plak kak JM. tak sesuai...saya tau dia hensem, hidung mancung!

      Delete
    2. Sal ni ada ramalan nujum pak belalang, sis! Hahahaha

      Delete
  6. dalam pada sakit2 tu sempat juga berfikir nak melawak. doktor tamil hensem nak selamatkan awak ye..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, buat lawak hiburkan hati sendiri...hihihi

      Delete
  7. dua-dua belah kiri dan kanan....adus lah...biasa gigi bongsu ni mmg mcm tu....tapi part tumbuh melintang tu jarang dengar...Sabar ye Sal...x perlu takut..operation kecil je tu..klau x buang x hilang sakit tu..in shaa Allah doakan supaya semua berjalan lancar okt nanti

    ***biasalah penantian satu penyiksaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunggu bulan sepuluh tu...separuh jiwaku pergi

      Delete
    2. Akak yang baca ni pun rasa dup dap dup dap! Dua bulan lagi?

      Delete
    3. tulah, saya ingat nak buat kat private je. tapi bulan 8 dengan 9 ni memang sibuk sikit

      Delete
  8. sakit gigi dh cabut gigi yg sakit tu hilanglh sakitnya tu...bersabar ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak PI..yelah, tu je ubatnya kan...

      Delete
  9. Alahai Sal.. muncul sekejap aje lepas tu nak menghilang balik. Macamana nih... baru teruja nak baca karangan tetiba karangan tergantung. I is tension kalau jadi cikgu penanda kertasa macam ni tau!

    Akak tengok ' Klinik Bedah Mulut' kat belakang kaunter tu pun akak dah bernafas tercungap-cungap inikan pulak kalau kena bedah betul. OMG! Ngerinya...

    By the way, akak ni memang tak boleh buat kawan kalau nak minta legakan kebimbangan di hati tu, Sal. Nanti akak pulak yang lagi over takut daripada Sal. Apa-apa pun kita tunggulah bulan Oktober nanti. Mana tahu doktor yang nak bedah tu rupanya macam salah seorang buah hati Sal dalam kelab bola yang dicintaikan ~_^ Lega banyak kat situ. Hilang terus sakit, ngeri dan takut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dah kena bius tu tak sedar apa dah kak MD...nak buat cmane, memang entry ni tergantung..bulan 11 baru ada sambungan, lepas selesai semuanya. Insha Allah...

      takpe, akak tolong doa je ye..

      Delete
    2. Eh, sebelum bius nak juga tengok rupa doktor! Mana tau memang betul-betul handsome, rugi oi pengsan dulu sebelum tengok! At least kalau dah kena bius tu, bolehlah Sal berangan-angan berpimpin tangan dengan pemain bola yang namanya terpahat di hati tak keluar-keluar tu :)

      Eh, lupa nak tanya? Bius tu kasi pengsan satu badan ke atau separa sedar ni, Sal? Maklumlah akak kalau kata 'doktor gigi' aje, akak dah marathon sembunyi siap-siap!

      Delete
    3. pengsan satu badan. memang tak sedar.tapi member yang pernah operate ni kata, once dah sedar, memang sakit tak ingat lah..

      Delete
  10. akak doa kan yg terbaik utk Sal insya Allah lepas bedah nanti ok lah tu don worry ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak Noor...selagi tak operate, selagi tulah dok gundah gulana macam ni

      Delete
  11. alaaa..siannye sal....tapi kalau xoperate lagi sakit kan...biar laa sakit sekali dari menanggung kesakitan lagi....sy kalau sebut bedah mulut mmg seriau sikit...pape pun...sy doakan semoga urusan sal dipermudahkan yerrr....

    ReplyDelete
  12. Akak doakan agar sepanjang tempoh nak menunggu tarikh operate tu, sakit gigi tak datang jengah Sal sangat. Kalau intai pun main cak-cak je. Mudah2an tak ganggu Sal dan urusan harian, especially kerja2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..amin. Urusan kerja satu hal, jangan dia datang time travel sudah!

      Delete
  13. semoga dipermudahkan dan segalanya berjalan lancar nanti ... sis pun takut hospital . last masuk hospital masa tingkatan satu sebab tertelan jarum . lagi takut bila bab gigi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyo..tertelan jarum! rasanya tu lagi kronik dari sakit gigi

      Delete
  14. nak tambah ... teringat org tua pesan , sakit jgn diminta , nanti ALlah bagi ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mintak sakit pun sis Vee...sebab dah sakit. Hehehe. mintak postpone je

      Delete
  15. Alahai sakit gigi nih hanya Tuhan saja yang tahu huhu

    ReplyDelete
  16. Tengok gambar xray pun macam menderita aje empunya gigi tu selalu..:( :(
    Tapi tak tipu...sakit gigi memang sakitttttt

    ReplyDelete
  17. Gigi geraham ni, memang kita kena cabut ke, kak Sal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua orang...kalau yang ada masalah tumbuh melintang je.so, kalau asyik rasa sakit kat gigi geraham tu, silalah check.biasanya orang yang rahang kecik akan kena kes ni.

      Delete
  18. sama gigiku juga bermasalah jadi harus dicabut tapi sebelumnya harus nunggu hasil rotgen

    ReplyDelete
  19. Telan kueh teaw sop tanpa kunyah... Hebat! Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  20. Bebaru ni SS cabut gigi bungsu jugak.. Tapi nasib baik tak apa2... Terbang RM 140 utk sebatang gigi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting sihat kan SS...duit boleh cari

      Delete
    2. tapi kadang2 xleh terus cabot kan.. kalo gusi tngh bengkak kenot..
      tabah eh kakak..

      Delete
  21. Bertabah laa cik sal... And get well soon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks SS...selagi tak cabut, kena bertabah

      Delete
    2. skarang da cabot ke belom ? CT kalo p dentist.. nak tampal ke treatment ke okay tau..
      part nak cabut tu hahaha seram sejuk..

      Delete
  22. Masa baca entri ni perasaan bercampur baur. Nak ketawa pun ada,kesian pun ada. Hehehe. Harap sis tabahkan hati ye? Tapi asal lak tarikh appointment tu lambat sangat kan? September pun belum,apalagi oktober.

    ReplyDelete
    Replies
    1. General Hospital KL memang waiting list dia panjang sis...tapi tengok lah, kot tak tahan saya cari private je

      Delete
  23. Akk pun kalo masalah gigi ni cukup ngeri. Akk pun ada geraham bungsu tumbuh tak keluar habis, doktor mmg suggest cabut je, sbb masalahnya bila mkn sisa makanan melekat dan gusi jadi bengkak, tapi tulah dia...sanggup mengunyah sebelah kiri je supaya gusi tu tk bengkak.
    Semoga operation tu going smooth je, in shaa Allah ye...kita doa yg baik2 je

    ReplyDelete
  24. be positive... insya allah...skt tu sementara je...

    syafakillah sal

    ReplyDelete
  25. akak rasa kelakar pula baca cerita kau ni
    tak rasa kesian pun...kijam tak...hehe

    akak penah rasa operation di bahagian badan dan gigi
    tapi gigi paling ngeri sebab ko nampak apa diroang buat
    pastu ko cam tak daya nak buat apa2...cam cite seram dibuatnya

    semoga ko survive =)

    ReplyDelete
  26. aaaargh ritu jumpa Onni time maka kat bora ombak tu.. pipi dia kembung macam kena tumbok..
    rupanya gusi bengkak sbb gigi ni la.. sabar eh kak.. cepat2 sembuh..

    ReplyDelete
  27. gigi bongsu ni memang semak..dah la naik masa tua2 ni..huhu.. I kadang2 terasa gak nyilu kat gigi bongsu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngilu sikit-sikit takpe lagi, dia kalau sakit menangkap sampai kepala memang kena check

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah