Apa yang kau nampak bila tengok pantulan dalam cermin? Cinderella dengan kasut kaca? Atau ibu tiri yang kejam?
Kalau korang dah lama follow blog aku, mesti perasan yang aku ni bukanlah 'Kaki-Korea'. Aku kurang minat tengok drama dan reality show diorang. Kalau bintang KPop tercongok depan aku pun, conform aku tak rasa apa walaupun ramai fangirl belakang aku dah menjerit-jerit sebab teruja. Pernah paksa diri tengok, tapi tak boleh jugak. No offense kan guys, minat masing-masing. Macam aku suka tengok Hindustan, nampak Shahid Kapoor depan mata confirm kesurupan sekejap. Hahahaha.
Tapi malam tadi, tetibe aku terlayan Korea. Serius wei! Bukan drama atau reality show, tapi filem - Perfect Proposal.
Sinopsis :
Filem ni mengisahkan Ji-yeon, lakonan Im Soo Jung, seorang gadis yang tinggal di Macao. Dia mempunyai sebuah agensi pelancongan yang dikongsi dengan seorang rakan, tapi business partner dia telah belot dan lari dengan duit syarikat. Hidup dihimpit hutang dan dikejar 'Along', Ji-yeon mencuba nasib untuk menjadi seorang penjaga kepada Tauke Kasino kaya dari Korea, Pengerusi Kim kerana gaji lumayan yang ditawarkan. Ji-yeon bertemu Sung-Yeol (hero filem ni), lakonan Yoo Yeon Seok, sewaktu temuduga.

Sung-Yeol rupa-rupanya adalah anak kepada Pengerusi Kim. Syarat utama untuk Ji-Yeon kalau nak bekerja sebagai penjaga, dia kena setuju untuk mengikuti pelayaran dari Macao ke Busan, bersama-sama Pengerusi Kim, Sung-Yeol dan beberapa orang anak kapal. Tapi Sung-Yeol ada offer yang lebih menarik. Dia nak Ji-Yeon menggoda Pengerusi Kim sehingga berkahwin, dan harta yang bakal diwarisi akan dibahagikan antara mereka selepas Pengerusi Kim mati. Ini kerana Pengerusi Kim telah mewasiatkan keseluruhan hartanya untuk kebajikan, sebab beliau tak suka dengan anak tunggal dia ni.
Dalam diam-diam, Ji-Yeon jatuh cinta pada Sung-Yeol. Well, kalau aku pun! Patut lah korang suka tengok Korea ek, hero dia hensem-hensem!
Tapi, disebabkan ada perjanjian, Ji-Yeon dan Sung-Yeol terpaksa meneruskan misi memastikan Pengerusi Kim mengahwini Ji-Yeon. Tapi, nak ngorat lelaki tua panas baran yang banyak rahsia tu bukanlah senang. Kalau takat gedik-gedik, pakai skirt pendek, pakcik tu tak layan pun. Ini bukan watak Datuk gatal dalam drama Melayu yang boleh buat trick gitu! Ji-Yeon dah nak give up, tapi lepas tu akur jugak dengan pujuk rayu Sung-Yeol.
Asalnya plan berjalan lancar, Pengerusi Kim akhirnya cair jugak dengan Ji-yeon. Tapi, satu peristiwa besar telah berlaku sewaktu kapal hampir berlayar di Seoul. Apakah peristiwa itu? Who's the culprit? Apasal anak-anak kapal ni semua perangai lain macam? Nak tau..tengok lah sendiri.
My Review :
Kalau tengok tajuk, orang akan ingat ini filem Romantik, tapi memandangkan ia ditayangkan di channel Astro 729, KIX, yang biasanya menayangkan filem aksi, aku tau filem Korea ni lebih dari itu. Filem ni memang interesting dari awal, tak meleret-leret, even babak 'makeover' yang biasanya pembuat filem suka panjang-panjangkan pun dia tayang sekejap je. Lebih 50% scene adalah di atas kapal layar, jadi lebih senang nak faham sebab watak-watak tak banyak. Aku suka plot twist kat tengah-tengah filem yang mengubah jalan cerita hampir 180 darjah! Memang berdebr nak tunggu sampai habis, nak tau sape sebenarnya yang jahat dan rahsia-rahsia atas kapal layar tu.
Aku suggest filem ni untuk orang yang suka filem bergenre thriller dan murder mystery. Memang best! Aku bagi 4 bintang. Aku suka lakonan natural Im Soo Jung. Watak ni sesuai dengan air muka dia yang nampak takut-takut tu.
Moral of the story, jangan terpedaya dengan luaran. Even manusia yang nampak sempurna, ada rahsia sendiri.

Kalau korang tau filem Korea yang genre macam ni lagi, bagitaulah aku!
Till then, thanks for reading!