Sunday, 31 August 2014

Encorp Strand Mall lah pulak

Assalamualaikum u olls.. Entry ni merupakan sambungan dari INI. Dalam entry yang lepas aku cerita aku gi dua tempat kat Damansara, tapi sempat cerita pasal gi ke Empire Damansara je. Ni nak sambung story seperti yang dijanjikan. Kali ni aku ke Encorp Strand Mall pulak. Encorp Strand Mall merupakan sebuah mall kepunyaan Encorp Sdn. Bhd dan terletak di Kota Damansara.


Mall ni baru dibuka pada 28 May 2014, aku pun first time dengar pasal tempat ni. Alang-alang aku ke sana bawak kamera, gatal pulak tangan ni nak tangkap gambar banyak-banyak. Motif sangat kan!

The Surau




The toilet yang seriously posh!

 Ada 'pulau', dan lampu chandeliar yang bertukar warna setiap beberapa saat. Kalau kawan lama sangat dalam toilet duduk la sini tunggu.

Banyak cermin..kaki selfie dalam toilet so gonna love this! 

The attractions

A/X World- 6D Cinema. Biasa 2,3 atau 4 je kan? Aku tengok dari luar je, tak masuk.

 TGV Cinemas, yang agak sunyi. Sesuai untuk korang yang nak lepak tempat tak ramai orang. Sesetengah orang, macam aku, tak suka tempat crowded.

 Buktinya, tengok la arcade game ni. Kalau kat Ampang mahu penuh sampai melimpah ruah.

J-Kids Centre. Tempat mainan untuk kanak-kanak, obviously. Ada kolam untuk baby jugak. Ala, yang korang selalu tengok ramai blogger bawak baby mandi-manda. Ini antara cawangan diorang.Yang ni pun tak ramai orang. Kalaulah dekat memang memanjang aku bawak anak sedara aku mai sini. Nasib baik jugak jauh,sebab makcik korang ni kedekut. Main kat taman permainan cukuplah. Free pun free. Muahahaha.

Kedai-kedai lain


Directory yang interactive. Gigih Kak Sal korang tangkap gambar.

 Banyak kedai belum beroperasi



Thw whole tingkat tiga dan empat adalah untuk parking

OKlah, just in case korang tertanya-tanya, tujuan aku ke Encorp Strand Mall ni bukan untuk setakat tangkap gambar dan update dalam blog je, tapi sebab kerja.  Kali ni ni department aku buat event ni..

Lat- Merdeka and Unity Photo Exhibition


Ha, nilah dia punca aku sibuk sampai tak sempat nak blogwalking atau join segmen. Sempena Hari Kemerdekaan, unit Pusat Sumber NSTP, dengan kerjasama Encorp Sdn. Bhd mengadakan pameran kartun-kartun lukisan Datuk Lat bertemakan kemerdekaan dan kesatuan rakyat Malaysia. U olls kenal kan Datuk Lat ni? Datuk Lat, atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid merupakan pelukis yang telah menghasilkan banyak komik-komik terkenal seperti Kampung Boy, Mat Som dan Town Boy. Antara karier awal beliau adalah sebagai wartawan di New Straits Times pada tahun 70-an dan kemudian menjadi pelukis sepenuh masa. Sampai sekarang, walaupun dah tak bekerja untuk NSTP, beliau still kirimkan kartun untuk disiarkan dalam suratkhabar BH, Metro dan New Straits Times. Oh ye, beliau juga merupakan abang kepada pengarah terkenal, Mamat Khalid.


Aku dah banyak kali jumpa Datuk Lat ni, sebab dia memang selalu datang office. Seorang yang sangat humble dan ramah. Teringin nak tangkap gambar ngan dia tapi malu sebab setiap kali pun dia datang atas urusan rasmi dengan bos aku. Takut orang office kata aku starstruck pulak! Huhuhuhu. Nantilah, suatu hari nanti. Nak jugak buat kenangan kan..

Disebabkan aku lambat update entry ni, pameran foto ni pun dah tamat. So sorry guys,huhuhu... Sebagai ganti, ni aku belanja gambar aku selfie sebijik!


Sekarang ni unit kitorang buat event Merdeka Photo Exhibition kat Setia City Mall, Shah Alam. Sesiapa yang berminat nak tengok gambar-gambar bertemakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bolehlah  menyinggah di ruang legar tingkat satu, betul-betul depan North Court Entrance. Pameran akan berlangsung sampai 5hb September ni. Kalau jumpa aku jaga booth kat exhibition tu nanti tegur la ye...


Till then, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua!

Entry ni pun scheduled post..

Friday, 29 August 2014

of Empire Damansara n Kulcats

Aik, sejak bila aku jadi agen Majlis Perbandaran Petaling Jaya lak ni, promote Damansara sebagai destinasi pelencongan (bukan typo)? Kalau nak tau cerita, sila baca sampai habis ye..Oh ye, entry ni special sebab setelah sekian lama, aku up gambar yang ada muka aku dalam entry. Korang excited tak ni? Tak excited pun buat-buat la excited gak ye sebagai menjaga hati tuan tanah. Hahahaha!

First thing first, harus korang tau yang budak Ampang macam aku memang jarang sangat ke Damansara sebab jauh dan aku memang tak pandai jalan kat area ni. Highway bersimpang-siur! Sediakan duit jelah nak bayar tol. Kau cakap la Ikea ke, One Utama ke, Curve ke, memang aku yang humble ni prefer lepak kat Ampang Park dan Times Square je. Tapi bulan ni je dah dua kali gi sana. Pertama untuk tengok my BFF, Sarah shoot pre wed kat Empire Damansara.

Empire Damansara ni ada office building, apartment yang sewanya minimum dua ribu sebulan, lot-lot kedai high end dan restoran. Selain tu, Damansara Performance Art Centre (DPAC) pun kat sini jugak. Kira tempat lepak budak Subang Jaya memang ada gaya, macam hari-hari, hari raya. Tapi yang aku menyampah, mungkin sebab tempat ni belum fully occupied, tenant pun tak ramai, punyalah siksa nak cari dalam Google Maps dan Waze. Kitorang sendiri sesat sampai keluar masuk tol dua kali!


Kau tengok la, yang titik merah tu, keliling dia kelabu..Mesti ingat tempat ni terapung atas tasik kalau tengok Maps. Pfft! Redah jelah nak sampai ke sana.

Tapi kan, tapi kan..nak shoot pre wed kat sini memang cantik sebab dekorasi bangunan dia berunsur vintage. Kalau tengok gambar aku bawah ni cam feeling kat oversea je!


Budak dua orang tu anak kawan aku, Zana (yang tudung biru). Satu-satunya yang kahwin awal. Lagi dua orang tu,Dee dan aku, In sha Allah, ada jodoh adalah..Stop asking please...

Posing kaki patah

Gambar ni aku amik dari FB Sarah..huhu. Ni gambar candid..yang full version kat photographer diorang.

Habis photo shoot, kitorang gi makan kat cafe Kulcats Barrio, Taman Tun Dr. Ismail. Tempat yang sesuai kalau korang suka western food dengan citarasa tempatan. Sedap jugak! Harga standard, tapi portion besar. Decoration tempat ni bertemakan urban dan moden. Too bad kelaparan membuatkan aku lupa nak ambil gambar. Semua gambar bawah ni aku ambil dari Kulcats Foursquare

 The ambiance
CREDIT

 Antara makanan yang ada

The menus
CREDIT

Pas dah kenyang,  kitorang patah balik ke KL, gi Semua House pulak cari bunga telur untuk Sarah. Tak boleh nak share gambar kat sini,  tak surprise nanti. Nak patah gak la kaki sebab kawan aku ni cerewet sikit. Yelah, hari bahagia kan. Mesti nak yang terbaik, tercantik, tercomel dan segala ter lah! Pilihan banyak lak tu, masing-masing rambang mata. Empat orang, empat pendapat. Last-last ikut pilihan bakal pengantin. Dah dia yang nak kahwin kan..

Penat shopping, aku ajak diorang datang rumah aku untuk beraya. Haha, nampak sangat ni cerita dah basi! Busy betul kak Sal korang baru ada kesempatan nak transfer gambar!


It's definitely an awesome day well spent with the three of them. Cam sedih lak Sarah nak kahwin sebab dah lama sangat kawan ngan dia. Aku ngan dia sangat-sangat berbeza dari penampilan,  personaliti dan cara kitorang bawa diri. Tapi perbezaan tu yang buat kitorang rapat agaknya.

Nak cerita pasal destinasi kedua aku kat Damansara, tapi cam dah panjang sangat pulak entry kali ni. Kita sambung lain kali lah ye..

Thanks for reading...

*auto publish *

Wednesday, 27 August 2014

Kisah teladan untuk adik-adik yang akan menempuh alam pekerjaan


Kisah 1

Hari pertama... Bos Besar bagi projek kat Encik A. Aku terjebak sekali, sekadar membantu.

Hari kedua... Aku bertugas di luar, tak masuk office

Hari ketiga... Aku E.L.

Hari keempat... Bos Besar tanya progress. Encik A Medical Leave la pulak. Bos mintak Encik B take over. Aku yang dah dua hari tak masuk office terkial-kial. Encik B pun sama sebab dia tak terlibat dari mula.

Hari kelima... Encik B pulak E.L! Bos Besar panggil aku, suruh lead dan liaise dengan unit lain yang terlibat. Encik A yang masih tak sihat pulak yang jadi pembantu aku! Kelam-kabut aku turun naik dan nasib baik ada yang sudi menolong. Hasilnya, aku dapat submit sebelum tamat waktu pejabat.

Moral of the story : Jangan stress kalau bos tak bagi kerja, tapi sila stress kalau bos tak bagi kita tugas langsung. Dapat peluang untuk settlekan something, cuba buat sehabis baik. Tak tahu, tanya. Tak pandai, mintak tolong. Sesetengah orang kerja dia lagi bagus kalau under pressure. Aku dulu kurang suka kerja last minute, tapi dah lama-lama aku cuba biasakan diri bekerja dalam keadaan kelam-kabut.

Kisah 2

Hari aku E.L, aku terbaca kat FB, one of my colleague (Encik C) meroyan marahkan sape entah. Biasalah, takkan nak bagitau status tu tujukan kat sape kan. Aku hanya membaca, malas nak ambil kisah. Tapi hati aku berdetik, mungkin dia marahkan rakan sepejabat sebab status update itu berlaku di pagi hari bekerja.

Esoknya, over the lunch kawan aku buka cerita. Rupanya, dalam diam senior kepada Encik C panggil dia dan inquiry pasal status tu. Encik C deny, kata status tu takde kena-mengena dengan kerja. Pendapat aku? Korang baca bawah ni..

Moral of the story : Yup, kita boleh cakap, FB aku, sukahati aku! Tapi tolong ye adik-adik, jangan, jangan, jangan meroyan kat FB atau twitter atau whatever! Terutama kalau kau friend dengan rakan tempat kerja, or worse, your seniors and bosses! 4 tahun dulu, masa aku kerja tempat lama, aku pernah kecewa sebab company tu tak ambil aku kerja permanent. Aku gagal sesi temuduga walaupun aku sangat confident aku calon terbaik dari segi kelayakan dan pengalaman. Boleh kau bayangkan kekecewaan aku? At the same time, aku putus cinta. Putus cinta buat aku agak meroyan kat FB! Hari-hari aku post lagu dan status sedih. Aku budak-budak masa tu. Lebih kurang umur Encik C sekarang. Hasilnya, ramai mengata aku kecewa sebab tak dapat position tu padahal aku mengarut yang bukan-bukan sebab jantan. Bodoh betul! Aku malu dan menyesal, tapi once reputasi kau dah tercalar,tak boleh nak pulih balik. So, adik-adik belajarlah dari pengalaman akak kau ni. Orang akan judge kau dari media sosial. So, berhati-hatilah dengan apa yang kita update.

Susah-susah, buat blog anon..Sendiri create, sendiri follow, sendiri meroyan. Boleh?

Sekadar luahan rasa. Aku ngantuk ni, tapi gigih nak tulis entry. Tengah tunggu baju siap dimesin, lepas sidai aku nak tidur. Esok-esok lah aku jalan-jalan blog korang ye. Suratkhabar pun aku tak sempat baca sebab aku 'curi' masa baca suratkhabar untuk blogwalking pagi tadi...lalalala. Adalah pelik kerja di balai berita tapi tak sempat bukak newspaper.

Oh ye, hari ni ada customer yang comel macam Chong Wei Feng kata tulisan aku cantik. Terubat sikit hati yang masih bersedih dan badan yang penat ni.. Thanks!

*Image from The Devil Wears Prada movie

Tuesday, 26 August 2014

Ironinya Mati

Mati..
walau dari dulu kita tahu ia datang secara tiba-tiba,
kehadirannya tak pernah gagal memberi kejutan.
walau dari dulu kita tahu ia tak terjangka,
kita masih mengharapkan secebis amaran.

Ironinya Mati,
bila ayat 'sudah, jangan menangis..'
hanya menambahkan linangan air mata.
Pelukan yang kononnya mengurangkan duka,
hanyalah medium berkongsi derita.
Kalaulah boleh kuredakan hatimu yang gundah,
Dengan pujukan agar kau redha dan tabah.

Ironinya Mati,
bila Talkin dibaca,
seolah-olah ditujukan buat yang telah pergi.
Namun ramai yang lupa,
ia sebenarnya peringatan buat yang masih bernyawa
Agar kita tahu dan bersedia,
Esok lusa mungkin giliran kita.

Ironinya Mati,
ia nampak seperti pengakhiran,
hakikatnya ia suatu permulaan.
Alam baru buat yang mati,
berjuang hingga kiamat nanti.
Hidup baru buat yang ditinggalkan,
kerana segalanya akan berubah,
tanpa dia yang selama ini di sisi.

Mati,
Tiada manusia yang boleh lari,
Kerana ia sesuatu yang pasti.
Tabahlah wahai jiwa-jiwa yang kehilangan
Semoga yang pergi ditempatkan di kalangan yang beriman.

Al-fatihah... Menulis entry di rumah, selepas pemergian pakcik tersayang, Uda Faizal petang Isnin 25 August.  Sempat menghadap arwah di hujung hayatnya. Dari pengalaman memang dah dapat agak masa memang dah sampai tapi masih mengharap keajaiban. Menabahkan hati sambil baca Yasin di hujung katil hospital sambil sesekali memandang ke arah isteri arwah yang berdiri di sisi. Ummi (panggilan untuk isteri arwah) bukannya sihat sangat, tapi beliau enggan duduk. Cucu-cucu arwah tak putus mengajarkan sebutan Lailahailallah di telinga walau nampak keadaan Uda Faizal memang tak sedar. Time tu memang rasa nak nangis. Teringat masa kedua-dua arwah nenek aku meninggal dulu, macam gitulah suasananya.

Dah tersurat umur Mohd. Faizal bin Abdullah akhirnya di situ. Al-fatihah buat arwah. Seorang pakcik yang sporting dan suka buat lawak cuma makin sensitif sejak umur menginjak ke usia emas.

Al-fatihah dan salam takziah buat MH17 juga...kalau aku di tempat ahli keluarga mereka, belum tentu aku setabah itu.

Allah maha mengetahui...

Sunday, 24 August 2014

Versatile Blogger Award


Assalamualaikum semua!

Sungguh tak tersangka, cempedak dah jadi nangka. Walaupun aku gagal mendapat Nobel Prize dalam bidang Termodinamik, ada gak orang sudi bagi aku  'Versatile Blogger Award'. Aku terima award ni dari dua orang blogger iaitu dari blog http://karyamahirah.blogspot.com dan http://www.schanazri.com. Thanks korang!Untuk menghargai mereka yang telah mencalonkan blog picisan aku dan since aku ada free time sikit, aku pun joinlah. Cara-cara nak join segmen ni adalah...
  • Thank the nice fella who gave you this award ;)
  • Include a link to their blog
  • Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly. 
  • Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
  • Tell the person who nominated you with 7 things about yourself
7 je? 77 aku boleh bagi..muahahaha.

So, the 7 things about Sal Bee Yah are:

1. Minat filem Hindustan
Nampak je macam hati kental, tapi jiwang karat sebenarnya. Aku paling suka cerita yang ada aspek kekeluargaan macam Kabhi Kushi Kabhi Gham dan Hum Saath Saath Hain. Pelakon favourite siapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan!


2. Benci orang berkira!
Aku ni jenis yang sempoi, boleh lebih kurang. Memang pissed off dengan orang yang berkira tak kisah la dari segi harta benda, masa atau pertolongan. Bukan nak mengungkit, tapi please la toleransi sikit ye.

3.Kaki karaoke
Haha, ni memang hobi aku. Kalau nak tau kenapa, boleh baca kat SINI.

4.Neat freak
Rimas kalau bersepah sana-sini. Kalau ada free time aku suka mengemas.  Ada sesape berkenan buat calon?Oh no Sal, kau suka angkat bakul!

5. Peramah
Kalau dah selesa dengan seseorang tu, memang banyak sembangnya. Tu sebab kawan-kawan aku terdiri dari golongan remaja dan remaja purba.Semua pun layan.

6. Suka tengok teater
Tengok teater ni berpuluh kali ganda lagi puas dari tengok kat skrin atau wayang. Aku suka teater muzikal lebih-lebih lagi kisah dulu-dulu cam 'Semerah Padi' dan 'Natrah'. Just that teater ni mahal, tak boleh selalu.

7.Suka menyakat budak-budak
Aku suka spend time dengan budak-budak sebab diorang jujur dan happy je sepanjang masa.Memang release tension dengar gelak tawa diorang.

So, aku nak calonkan 15 orang di bawah ni untuk award yang sama. Suka-suka je, takde paksaan pun, tapi menarik gak dapat tau 7 perkara tentang u olls kan? Jangan lupa tepek banner kat atas ye!

1. Jari Manis - http://jarimanistravel.blogspot.com
2. Dr. Shikin - http://drshikinzainal.blogspot.com
3. Kathy R'bain - http://coretanhatikathy.blogspot.com
4. Khir Khalid - www.khirkhalid.com
5. Khairuddin Lim - http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com
6. Anies - http://aniesandyou.blogspot.com
7. Raudzah - http://myblogsantai.blogspot.com
8.Mimi Azirah - http://coratcoretpinkummi.blogspot.com
9.Cik Misstree - http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com
10.Mama Niza- http://www.mamaniza.com
11. Anajingga - http://anajingga.blogspot.com
12.Saniah Ibrahim - http://saniahibrahim4.blogspot.com
13. Teacher Basariah - http://teacherbasariah.blogspot.com
14. Nick Nashram - http://nicknashram.blogspot.com
15. Ismi Ana - http://annaputri20.blogspot.com


Thanks for reading peeps!

Thursday, 21 August 2014

Entry paling jujur - So you think you can blog

Assalamualaikum semua..Tajuk entry ni, entry paling jujur kan? So, entry ni memang lebih jujur dari Ahmad yang menjumpai dompet tercicir di tengah jalan.

Pendapat aku, kalau nak hasilkan satu blog entry yang best, kena ada tiga benda ni. Masa, Idea dan Mood. Kalau ada idea dan mood tapi takde masa, aku akan gigih untuk buat at least draft, curi-curi menaip time office hour atau sambil berdiri dalam LRT on the way pergi balik kerja. Siksa jugakla pakai S3 Mini yang comel macam tuan dia ni. Kalau ada idea dan masa tapi takde mood, entry tu biasanya diperam dalam draft sahaja. Dah ada mood baru habiskan dan publish.  Tapi kalau ada masa ada mood tapi takde idea, aku akan tatap monitor lama-lama dengan harapan idea akan datang. End up aku tak taip apa-apa pun. Huhuhu. Itu aku lah, korang aku tak tau macamana.


Ada yang tanya, mana dapat idea untuk letak url blog ni 'akutaipkaubaca.blogspot.com' ?  Sebab aku nak taip benda yang aku suka baca! Contohnya cerita bola,  isu semasa, filem atau travel. At the same time aku suka gak baca cerita peribadi orang walaupun takde kena-mengena dengan aku. Tapi cerita pasal life aku jarang muncul kat sini melainkan kalau aku nak berlagak dapat jumpa artis atau gi jalan-jalan tempat best. Bahahaha. (kata jujur kan...) Bukan kedekut berkongsi cerita, tapi tak tau nak mengarang cmane. Jeles tengok blogger yang cerita pasal benda simple je macam apa dia makan pagi tadi atau pergi kedai beli selipar jepun tapi somehow entry tu menarik dan seronok dibaca walaupun pendek. Kalau aku tulis story macam tu conform hambar nak arwah!

Bunyi macam aku tulis blog untuk mengharapkan komen dan populariti je kan? No, no my dear. Awal - awal blogging dulu aku takde letak button 'follow me' pun kat blog aku. Dah setahun setengah berblog baru terlintas hati nak follow blog orang dan drop hint supaya diorang follow aku balik. Dulu-dulu aku follow blog-blog famous amos je. Blog yang aku tak payah berangan la penulis dia nak follow aku balik. Then later aku realise bosan jugak kalau tulis panjang-panjang tapi takde orang baca kan? So aku pun start berkawan dengan blogger yang aku tahu sudi nak follow aku balik. Seronok pulak rasanya bila ada orang komen kat blog entry aku. Bermula dari berbalas kunjungan, tetibe rasa macam kawan yang lama kenal. Aku tau nama anak-anak diorang, kerja diorang, apa diorang suka buat di masa lapang... Kadang - kadang siap mention kat kawan di alam nyata. Contohnya..

"Hari tu kawan aku kata......"
"Kawan mana?"
"Kawan kat blog!"
"Kawan blog?"

Bloggers je faham apa maksudnya kawan blog ni, betul tak?

Aku mengaku, sekali dua, aku rindu masa-masa blog aku takde follower. Aku update ikut suka dan aku tak perlu fikir tanggapan orang bila baca entry aku. So aku main taip je ikut perasaan. Kadang-kadang sakit hati gak bila orang komen menyakitkan hati. Aku cuba untuk tak nak buat macam tu. Contohnya, korang cerita pung pang pasal hobi korang memancing ikan. Tetibe ada orang komen "Tak sukalah memancing, membazir masa je". Sentap tak jiwa raga u olls? So, kalau tak suka jangan komen. Ada benda nak tegur mungkin boleh email. Kan lebih proper...

So jangan kecik hati kalau aku jarang komen kat blog entry korang. Prinsip aku, if you can't say anything nice, then say nothing at all.

Apa-apa pun thanks korang sudi baca entry jujur sejujurnya dari aku ni. Kalau korang ada idea untuk aku upgrade blog aku ni bagitau je. Ada beza antara menghanjing dan kritikan membina ye..

Till then, Assalamualaikum.

Wednesday, 13 August 2014

Entry merapu - You've been warned..

Assalamualaikum semua! Dekat seminggu aku kejap muncul kejap tidak kat arena blogging ni. Nak kata busy, takdelah busy mana. Busy makan adalah. Iyelah, weekend dok menghadap wedding dan open house. Bila balik ke rumah, tangan tu automatik je nak bukak TV. Dalam dok boikot, sempat lagi layan Piala Pinggan McDonald aka FA Community Shield. Ingat dapat tengok Frank Lampard beraksi dengan Manchester City buat pertama kali, tapi rupanya duduk diam siap berkot lagi di atas bleachers. Begitupun, abang Lamps tetap kacak dan bergaya  (harus memuji kekacakan dia agar nampak 'normal'.) Kau perempuan nak cakap pasal bola? Gi dapur sana, masak! By the way, tahniah the Gunners! Jangan tanya aku sokong sape sebab aku lalang kelab. OK, tipu..aku sokong Liverpool.

Chelsea fans will understand - Troll Football

Kalau nak ikutkan ada je cerita, contohnya cerita kat open house n wedding. Tapi entry takde gambar tak best! Masalahnya aku ni pemalu nak tangkap gambar kat majlis orang kalau kat situ ramai sangat. Yelah, orang dok mencedok lauk aku dok sibuk tangkap gambar. I olls ni pemalu tau. Hihihi (gelak sambil tutup mulut) Lagipun, kalau orang tak ajak, jangan harap la aku nak buka mulut n cakap "Jom tangkap gambar". Mungkin diorang tahu kalau diorang ajak aku akan melebih-lebih posing gaya Miss World dari tuan punya monopod..hehe.

Itu cerita weekend, kalau weekdays aku gigih habiskan puasa ganti. Tapi, ada jugak hari yang kantoi macam hari ni. Pagi tadi tak larat nak bangun sebab kepala pening. Salah aku jugak. Weekend makan macam-macam tak ingat dunia. Lepas tu weekdays puasa. Mana perut tak terkejut. Dah tau diri tu low B.P still tak nak jaga makan lagi. Haish.. Alhamdulillah, lagi dua hari je untuk diganti. Aku memang suka ganti awal-awal. Yelah, lagi lama tunggu lagi malas jadinya. Puasa enam, kalau sempat aku cuba habiskan. Kita ni apa-apa hal pun kena dahulukan ibadat wajib ye tak. Bab umur ni bukan boleh jangka.

Bila puasa ni aku macam malas nak blogging. Badan tu lemau dan asyik nak tidur je. Mungkin faktor perut tak tentu arah macam aku mention kat perenggan atas ni. Tapi kenalah jugak buat kerja sebab nak berbaik-baik dengan bos. Bodek baik punya sebab bulan September nak ambil cuti. Yayyyy!!!

Tahu tak kaki ni dah gatal nak berjalan? Last gi holiday adalah ke Miri bulan March hari tu. Boleh baca story kat SINI .Orang lain awal 20-an dok travel sana-sini, aku dah hujung-hujung 20-an baru merasa nak gi bercuti ke luar negara ngan kawan-kawan. Ni first time ye. Koman tul aku ni, Indonesia or Singapore pun tak pernah jejak! Satu-satunya cop dalam passport aku adalah di Arab Saudi. Boleh baca story kat SINI . Best experience ever!!

Nak bercuti ke mana? Hehehe.. biarlah rahsia. Nanti tak surprise pulak kan! In sha Allah, aku akan share strory kat sini. Dalam banyak-banyak entry blog, cerita pasal travel paling best nak tulis. Tul tak?

Sekarang dok busy buat research. Actually kawan-kawan aku dalam trip ni dah arrange perkara-perkara penting cam flight ticket, hotel dan entrance ticket. Aku just buat bacaan dan catitan tambahan je. Yelah, lain padang lain belalang. Sekali-sekala nak ke negara orang kena belajar dulu selok-belok supaya percutian lebih seronok dan bermakna (Dah kenapa ayat skema?)

Apa-apa pun aku bangga dengan diri aku sebab dah jejak semua negeri dalam Malaysia ni dari Perlis sampai ke Sabah. Ada yang sekali dua, ada yang berkali-kali. Paling suka, pulau-pulau kat Terengganu!

Pulau Perhentian I mish u!!

Bukan Maldives, tapi Turtle Island, Sandakan

Entry aku ke sana takde dalam blog ni sebab aku ke sana sebelum blog ni wujud. huhuhu

OKlah, tutup cerita pasal aku..Lagi baik korang baca berita pasal Gaza ye dok? Semoga terbuka pintu hati Fatah al-Sisi untuk buka pintu sempadan Rafah bagi memudahkan urusan kemasukan sukarelawan dan bantuan perubatan serta makanan. Kot la dia dapat hidayah pas balik umrah ni. Siap dapat award lagi dari pemimpin Arab Saudi. Boleh baca story kat LINK ni . Pemimpin Mesir yang bunuh ramai rakyat sendiri dapat award dari penjaga dua masjid suci. Kat Syria, Bashar al- Assad yang sama keji dengan zionis makin mengganas. Korang boleh tengok kat FB Syria Kini untuk ikuti perkembangan.

Apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni. Tetibe aku rasa nak percaya teori konspirasi.

Selalu macam ni..takde idea la konon tapi merepek panjang-panjang.

Friday, 8 August 2014

Aku bukan Puteri Balinan


Malam Khamis lepas, sambil menunggu mata terlelap, sebagai blogger perasan femes, aku pun check stats blog aku. Padahal aku baru check sebelum blah dari office. Poyo aje ko ni Sal. Sekali tengok, mak ai..

Apa kejadahnya yang pageview aku sampai 589 tu..biasa nak dapat 100 view sehari pun perit. Tu pun ihsan follower-follower setia datang menyinggah.


Rupa-rupanya rating naik sebab  Lemak Kampung Santan ditayangkan di TV3. Makanya, ramailah dok google keyword kat bawah ni.

Wah..wah.. ramai sungguh yang singgah sini mencari Puteri Balinan ye.. Malangnya, review aku tulis SINI masa filem ni sedang ditayangkan di pawagam. So, takkan la aku nak buat sinopsis penuh ye dok? Nanti orang kata spoiler pulak! Marah pulak Hans Isaac kat aku, sape nak jawab dik non.

Filem Lemak Kampung Santan tu memang complicated sikit. Susah nak faham kalau tengok dalam keadaan yang riuh-rendah ataupun sekejap tengok sekejap tidak. Aku yang tengok kali kedua baru faham..hehe.

Seumur hidup aku, tak pernah dengar pasal cerita Puteri Balinan ni. Kalau Puteri Lindungan Bulan, Puteri Santubong atau Puteri Gunung Ledang tu biasalah. Kecik-kecik dulu suka baca cerita-cerita lagenda gini sambil berangan-angan nak jadi puteri. Hahaha. Tak kisahlah, yang penting kita enjoy!

Image by shutterstock

Aku rasa hikayat Puteri Balinan ni hanyalah rekaan panel skrip Tall Order Production je. Diingatkan, haram bagi umat Islam untuk percaya dan taksub dengan cerita-cerita mitos macam ni. Sebab tu filem ni diratingkan sebagai PG13. 

Oklah, kalau nak tahu sangat meh sini aku cerita berdasarkan pemahaman aku selepas menonton dengan menggunakan bahasa yang korang senang faham..Nak baca silakan, kalau tak nak skip je perenggan ni. *Spoiler alert!* So, here goes... cerita tentang Sumpahan Puteri Balinan.

Al-kisah, ada sebuah kerajaan (tak dinyatakan nama) yang sangat handal menakluk negeri-negeri lain. Tapi, bila sampai kat kerajaan Balinan, macam susah je nak takluk negeri yang satu ni. Dalam dok perang tu, entah cmane, sempat lagi si Sultan (pun tak dinyatakan nama) dan Puteri Balinan terpaut hati. Suatu hari, tentera-tentera Sultan ni dijamu nasi lemak kampung Balinan yang sedap. Punyalah sedap giler tak hengat sampai tentera diorang terus insaf dan membatalkan hasrat menakluk negeri tersebut. Tengok keadaan dah aman, Sultan ngan Puteri ni pun decide nak announce kat rakyat jelata yang diorang ni bercinta. Rakyat Kampung Balinan tak restu sebab Sultan tu kan bekas musuh perang, takkan nak bagi puteri diorang kahwin ngan baginda. Sultan merajuk,  kembali ke medan perang tapi terkorban. Sempat dikirimkan keris untuk Puteri.  Puteri yang sedih telah bunuh diri pakai keris tu. Nak dijadikan cerita khurafat, mayat Puteri Balinan tetibe hilang. Keris tu pun entah ke mana perginya. Rakyat pun insaf, tapi dah lambat sebab Puteri Balinan dah sumpah diorang ni. Diorang hanya boleh menetap dalam Kampung Santan (tetibe dah tukar nama),  kalau nak keluar pun, mesti selepas Subuh dan balik sebelum Maghrib. Kalau diorang berkasar dengan manusia lain diorang akan ditimpa bencana. Tu yang korang tengok ada scene Awie dan Nadia Mustafa tetibe tersejat pastu hilang. Penduduk kampung ni ada keistimewaan masing-masing dan immortal selagi tak melanggar syarat dalam sumpahan diorang.

Tu dia, jenuh Kak Sal kau mengarang. Sorry aku tak pandai bercerita..huhu.

Pendapat aku, filem ni best. Idea dah ada, jalan cerita dah menarik tapi kurang kemas. Banyak benda yang orang boleh persoalkan dan nampak macam kurang logik. Memanglah filem ni tak logik pun in the first place, tapi kalau diorang susun cantik sikit mesti lagi mantap.

Aku rasa kat Malaysia ni masalahnya bukan tak ada filem-filem yang fresh dan lain dari yang lain macam filem ni, tapi penonton Malaysia yang balik-balik suka tengok filem genre yang sama. Tu yang produser filem 'malas' nak berkarya dengan idea luar kotak sebab tau sambutan mesti tak menggalakkan.

Filem kita, wajah kita. Katanye.......

Wednesday, 6 August 2014

Isu Boikot - jom nilai diri sendiri


Boikot oh boikot..sana-sini orang cakap pasal boikot. Dengar cerita, hari Jumaat ni nak buat 24 jam tanpa McDonald. Respon aku? Biasa je... since dah hampir 3 tahun tak makan McD.

Tapi kan...aku sebenarnya ralat dengan diri sendiri. Selama ni aku boikot, tanpa mengajak kawan-kawan aku join sekaki. Bila ada yang mengajak, aku mengelak dengan beri alasan - fast food cholestrol tinggi, aku jaga badan dan perut Melayu aku hanya boleh kenyang dengan makan nasi. Sekali dua, aku tergelincir jugak.  Ada sekali, aku travel ngan kawan aku dan since tu je tempat makan yang diyakini halal, aku pun order Filet-o-fish favourite aku walaupun rasa bersalah. Lagi sekali, masa ada kawan baik aku ajak lepak McD. Bodohnya aku tak ambil kesempatan tu untuk educate diorang. Aku hanya order hot chocolate dan berusaha menahan lapar tengok orang sekeliling mengunyah fries dan burger. Terbayang-bayang wajah anak Palestin menangis sambil tengok kitorang makan.

Sampai ke hari ni aku still menyumpah diri aku sendiri sebab tak ajak orang-orang sekeliling aku boikot sekali. Mungkin kerana aku takut dituduh berlagak baik maka aku ambil inisiatif berdiam diri dan cuba jaga hati kawan-kawan. Lagipun, aku malu sebab walaupun aku tak makan McD dan tak minum Starbucks aku masih menggemari produk Nestle. Hari-hari aku melantak Nescafe' dan Milo.. Kalau mi segera, aku mesti pilih Maggie. Skincare Garnier pun aku pernah guna.


Itu cerita dulu..Aku akui kesilapan diri aku. Kalaulah masa boleh diputar...

Sekarang isu boikot dah jadi viral. Aku dah boleh senyum senang tengok kawan-kawan aku yang dulunya fanatik McD, nak guna wi-fi McD pun fikir dua kali sekarang ni. Aku harap diorang maafkan aku sebab tak pupuk kesedaran dalam diri diorang. Dan aku harap umat Islam Palestin maafkan aku jugak. Adeh!

Tetibe dengar cerita yang McD nak bagi burger free berhampiran masjid sekitar Kuala Lumpur, Jumaat ni. Risau lak aku dengar. Bukan aku risau kawan-kawan aku  makan McChicken tanpa mengajak aku, tapi aku risau kot ada yang bikin kecoh nanti. Iyelah, orang Malaysia ni pelik-pelik. Kot ada yang mengaruk buat demo pijak burger ke, maki pekerja-pekerja McD berbakul-bakul ke..Tak ke haru.. Yang buruk nama nanti orang Melayu, orang Islam. Macam dok demo kat depan restoran McD tu.. apa kes?

Pastu ada pulak yang skeptical pada kempen ni. Ada yang kata "Ala, sementara je tu.." Ce fikir positif sikit, support each other, doakan supaya istiqamah..kan tu lagi bagus? Nanti ada yang dah semangat nak boikot, tetiba tak jadi. Macam kes ada orang ni komen kat FB "Bangsa lain mesti tak boikot sebab diorang sokong Israel." Kan statement macam tu menunjukkan yang kau racist? Nak je aku share artikel INI tapi kang kata aku nak cari populariti pulak sebab komen tu kat page FB yang beribu pengikutnya.

Aku harap, dalam kita dok sakan boikot sana sini, kita tak lupa yang Israel lebih takut tengok umat Islam bersatu hati. Tegakkan Islam dalam diri sendiri dulu sebelum nak tegakkan Islam di dunia. Semoga boikot dan doa kita berterusan walaupun kita tengok keadaan dah reda. Sebab Zionis ni bukan boleh caya sangat.. kata je tentera berundur la, gencatan senjata la, dia tengok kita leka esok, dia ulang balik cycle yang sama.

Ingat, kita nak runtuhkan ekonomi mereka, bukannya akhlak kita.

Wallahu'alam.

Nota kaki : Aku ada keluarga dan kawan baik yang kerja di HP dan Motorola..huhuhu.

Monday, 4 August 2014

Mengkaji tema-tema telemovie raya

Korang suka tengok telemovie raya tak? Bagi aku, antara telemovie dan filem, aku lebih suka tengok telemovie time raya ni. Kecuali filem hindustan, hehehe. Aku prefer telemovie khas raya over filem sebab feel dia lain. Yelah, kalau filem tu takde beza pun kau tengok time raya korban ke, Krismas ke, Deepavali ke, tapi kalau telemovie Aidilfitri hanya seronok ditonton di bulan Syawal sahaja.

Berdasarkan pemerhatian aku yang memang hantu TV ni, antara tema-tema telemovie raya yang paling kerap digunakan produser drama adalah:

1.  Anak derhaka
Tema paling popular. Biasanya drama macam ni berunsur sedih. Aku rasa tema ni selalu digunakan sebab nak menggalakkan anak-anak yang dah melupakan ibu bapa mereka agar kembali ke pangkuan keluarga di hari raya. Yelah, kau buatlah ibadat banyak mana pun, kalau pegang status 'anak derhaka', takde maknanya pahala menggunung tu. Redha ibu bapa kan paling utama kalau nak berjaya dunia akhirat.

Personal favourite: Pondok Buruk. Lakonan Fauziah Nawi dan arwah Ismail Din. Memang tangkap leleh la! Jiwa kental pun boleh nangis..

2. Balik beraya
Biasanya kisah orang yang kerja di bandar nak balik beraya di kampung. Ada je halangan macam takde tiket, kereta rosak, kena rompak tengah jalan la dan macam-macam lagi. Biasanya berunsur komedi. Ada jugak yang sedih. Contohnya Daun Ketupat Kering lakonan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Rita Rudaini dan Intan Azura. This one memang sad ending. Huhu, kalau nak tengok cerita ni standby tisu banyak-banyak!

Personal favourite: Nak Balik Raya. Lakonan Johan,  Zizan, Nadia Mustafa n ramai lagi. Memang lawak tak hengat!

Antara scene dalam 'Nak Balik Raya'

3. Cari duit untuk raya
Watak utama cerita ni biasanya kalut nak cari duit untuk berhari raya sampai terlepas pandang ibadat sunat macam terawih dan tadarus. In the end diorang akan menyesal tu pun lepas dipulaukan oleh seisi keluarga yang dah pakat balik kampung tanpa diorang. Typical ending..

Personal favourite: Bahulu Gayah ke apa ntah tajuknya. Lakonan Shila Rusly dan arwah Hani Mohsin. Mix of komedi dan drama. Cik Gayah dalam telemovie ni sakan nak bisnes bahulu sampaikan anak dan laki berbuka dan sahur bahulu sepanjang hari. Lagi satu drama aku suka, lakonan Abby Abadi, Norman Hakim dan Remy Ishak. Abby dan Norman still together time shooting telefilem ni. Diorang ada kedai jahit dan Abby dok pulun ambil tempahan walaupun tak menang tangan. Tak silap aku tajuk dia Sabarlah Sabariah. Haha, main tibai je.

4. Perchentaan
Boleh jadi cerita sedih atau cerita komedi. Contohnya dua orang lelaki dok gaduh berebut sorang awek ke, bakal mertua tak suka each other ke ataupun cinta terhalang.

Personal favourite: Tak ada! Haha, aku kurang suka tema ni. Mungkin kerana aku hanya boleh hadam jiwang cerita hindustan, maka agak sukar menghayati jiwang drama Melayu.

5.Mak mertua yang mengerikan
Asas ceritanya sama..kahwin tanpa restu. Bila balik raya, mak mertua asyik nak cari salah. Biasalah kalau tak suka. Ayah mertua biasanya rileks je. Maka, bermulalah struggle seorang menantu untuk mendapatkan approval dan kasih sayang dari ibu mertua yang asyik nak cari gaduh je kerjanya.


Personal favourite :Menantu Mak Dara lakonan Arfah Damanhuri dan Shila Rusly sebab mak mertua dalam cerita ni memang vogue ala-ala wanita 50-an tapi menantunya si Shila ni, tentera yang sempoi. Memang huru-hara! Lagi satu, Rendang Untuk Mertua lakonan Fazura dan Wan Maimunah. Memang kesian tengok Fazura dalam cerita ni sebab mak mertua dia memang mimpi ngeri. Antara calon drama yang memerlukan penyediaan tisu sebelum menonton.

Telefilem favourite aku ni semua yang lama-lama. Tahun ni cerita takde yang best la. Korang plak cmane? Apa telefilem raya favourite korang? Share lah kat sini..

Till then..Selamat kembali bekerja!

*auto publish*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com