Soalan basic untuk orang 'kerja surat khabar'

Sunday, 1 June 2014

Situasi: korang berkenalan dengan kawan baru. Dia cakap dia kerja kat syarikat suratkhabar XYZ. Apa soalan-soalan yang akan menyusul lepas tu? Cop..tak payah jawab, aku gerenti mesti korang akan tanya soalan-soalan kat bawah ni..

1. Reporter ke?

Soalan paling cliche'.. dari hari aku dipanggil interview sampailah dah dekat tiga tahun kerja, tulah soalan pertama orang akan tanya aku. No dear, kat  syarikat suratkhabar ada pekerjaan lain selain dari reporter seperti kerani, despatch, akauntan, driver, tukang masak,secretary dan manager. Dah semua orang jadi reporter sape plak nak susun suratkhabar dalam lori untuk dijual. Kalau suratkhabar kat Hogwarts takpelah boleh terbang sendiri.

2. Mesti selalu jumpa artis kan?

Tak semua orang selalu jumpa artis dan orang famous. Lainlah kalau kau dari unit Hiburan yang boleh bergelak tawa dengan Aaron Aziz kat Old Town. Sesekali bila ikut event, merasa lah jugak. One thing bila kerja bawah label syarikat suratkhabar, kau kena kawal diri supaya tak nampak 'jakun' bila berjumpa dengan artis dan VIP. Tapi sesekali langgar jugak 'rules' tu, contohnya macam gambar-gambar bawah ni:

 Hero Malaya pujaan hatiku, Johan As'ari. Ni masa jamuan raya

  Leong Mun Yee dan Brian Nickson, atlet terjun Malaysia. 

Terasa kerdilnya diri ini...

Wishlist aku: Dato' Lee Chong Wei, YB Khairy Jamaluddin dan Shah Rukh Khan..

3. Mesti hari-hari dapat (news)paper free kan?

Well..kalau hari tu kerja dapatla. Tapi jangan expect kitorang untuk walk-in kedai runcit dan mintak je suratkhabar sesuka hati. Takde maknanya! Kalau hari tu tak masuk office, kenalah beli macam orang lain. Diskaun pun tak hado!

4. MH370 kat mana?

Pilihan raya bulan berapa? Kenapa Dyana Sofea kalah? Betul ke rakyat Brazil protes World Cup tahun ni? Sila jangan tanya soalan tak tercapai akalku. Apa yang ditulis dalam suratkhabar dan keluar dalam berita, itulah yang kitorang tahu. Lainla kalau kitorang ada contact Dato Sri Hishamuddin. Jangan expect we olls tahu rahsia negara yang top secret.

5. Ada lagi ke orang baca suratkhabar?

Eh..asal lak takde? Kalau takde dah lama kitorang semua ni cari kerja lain. Dalam zaman serba canggih ni, suratkhabar sebenarnya masih relevan. Alhamdulillah, rezeki Allah tu ada...masih ada orang berharap pada suratkhabar untuk tahu apa yang berlaku di serata dunia dan untuk pengiklanan. Dalam mahkamah, keratan surat khabar boleh dijadikan bukti tau.

Apa-apa pun pekerjaan kita, bekerjalah dengan ikhlas supaya rezeki berkat..tak gitu?

So,korang biasa tanya apa kat orang 'kerja suratkhabar'?

14 comments

  1. haha! soalan yg dah dijawab kat atas..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan atas sekali tu paling famous...hehe

      Delete
  2. Alolo..comel kak sal kat gambar tu kan..hihi.. Kalau ana suke tnye kt org yg keje surat khabar, best tak? Penat tak? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..miss malaysia tu yang tinggi,akak ni takdelah rendah sangat.best atau penat tu sama la macam kerja-kerja lain jugak,ada pasang surutnya

      Delete
  3. Soalan tu kadang-kadang kita pun musykil coz kita pun dah lama tak baca paper. most of the time online paper...

    ReplyDelete
    Replies
    1. online paper tu pun kira suratkhabar gak la, tapi versi digital..hehehe. tapi yelah,tak semua orang senang dapat kemudahan internet.

      Delete
  4. Akak JM nk tanya Sal..kerja suratkhabar sbg apa..PENULIS ke? hikss...tapi untung jugak kerja dgn suratkhabar ni byk info dan ilmu yg di perolehi..kekadang leh gak gambar ngan retis heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan penulis kak JM, saya department library. Kalau nak buat research bolehla datang.Hehe..tapi memang orang suratkhabar ni hari-hari baca paper.Dah dapat free kan..Tangkap gambar ngan retis tu kalau ada peluang..hehe

      Delete
  5. oh kerja surat khabar ke..hehe baru tau:P *padahal baru masuk blog ni..^^
    wah best yer..merasa gak tangkap gambar dgn org femes...kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..merasa la jugak.Seronok kalau orang femes tu tak sombong :)

      Delete
  6. ooo kerja selagi mampu .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...bekerjala selagi khidmat diperlukan :)

      Delete
  7. sama jer lah kesnya klu kerja kat u ...lancar jer lidah bertanya , lecturer ker ? ... nak buek camno ... layan ajolah yo .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, dah tu pekerjaan paling famous kat certain company. kalau cakap kerja kat mahkamah mesti orang tanya 'lawyer ke?'. padahal tukang taip je..hehe. kerja kat u mana sis? -busy body-

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah