Memori Piala Thomas 1992

Saturday 24 May 2014



Bagi yang tak sempat tengok di zaman tersebut, boleh layan video di atas.(Sumber dari youtube )

Sewaku entry ini ditaip,Piala Thomas edisi ke-28 sedang berlangsung di New Delhi, India. Piala Thomas ni bolehlah nak kata macam World Cup bagi badminton. Ada 3 negara je pernah menang Piala Thomas iaitu Indonesia, China dan of course, Malaysia. Last time Malaysia menang Piala Thomas, aku baru darjah satu. Tau tengok kartun je time tu. Tapi aku still boleh ingat kemeriahannya sebab masa tu aku kat rumah mak cik aku, ada kenduri. Takde sape pun pedulikan kenduri tapi dok bertumpu depan TV tengok live match! Hampeh!!! Kalau dah orang tua dan tuan rumah pun terlibat sama kau nak cakap apa kan! Riuh-rendah dan meriahnya rumah tu macam nak runtuh.

Aku ingat-ingat lupa siapa main time tu. Ada Razif, Jalani, Rashid Sidek, Soo Beng Kiang dan Soon Kit tak silap aku. Lama dah, tu 22 tahun dulu. Manalah tau kot ada rezeki, 22 tahun berselang, kita boleh menang lagi..kan? Amin..Tak sabar nak tengok game final Malaysia vs Jepun. Aku pun tak tahu sejak bila orang Jepun pandai main badminton! Boleh pulak makan China! So, kita memang tak boleh pandang rendah kat diorang ni. Lagi-lagi si Kenichi Tago tu.

Erm..lompat balik ke mesin masa dan kembali ke tahun 1992 ye.Lepas Malaysia menang tu, tagline 'Malaysia Boleh' dan lagu 'Kau Boleh' nyanyian kumpulan Metropolitan mencanak-canak popularnya. Sampai kan jadi fenomena lah,asal buka TV je keluar lagu tu. Sampai boleh hafal lirik sebab cikgu-cikgu edarkan lirik kat semua murid-murid, buat motivasi lah kononnya tu. Mesti gigih cikgu-cikgu zaman dahulu menyalin lirik kat sarung kaset sebab mana ada Google. Hehe.

Selain tu,  kat sekolah,  kelab Badminton akan jadi kelab paling cepat penuh. Petang-petang pulak semua orang pakat kuar bawak racket.

Bersambung dari situlah munculnya komik 'Anak-Anak Sidek' atas usaha Raja Azmi, isteri (masa dulu lah) Jalani Sidek . Komik aku jarang baca, tapi kalau kartun kat TV aku tak pernah miss. Walaupun tak sehebat Upin Ipin tapi kemas lah sikit dari Usop Sontorian dan Keluang Man. Haha..bebudak sekarang tak tau kot apa aku merepek ni tapi generasi kanak-kanak 90-an mesti tau kan?

Itulah secebis fragmen memori kanak-kanak aku yang aku still ingat sampai sekarang. Haha..rindu zaman di mana channel TV ada tiga sahaja dan semua orang tengok sama-sama. Nantilah buat entry khas mengenang zaman 90-an.

Apa-apa pun, tidakkah anda rasa Chong Wei Feng sangat comel?

Ambillah raket dan smash tepat ke hatiku..

Ok,cukup-cukup merepek! Bye...

14 comments

  1. Kluang man? Ahaha..superhero yg huduh tu? Dlu kalau tgk kluangman kt tv msti gelak2 pdhal xlawak p0nn. Sbb agak selebet rupe kluangman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..selebet gak.jalan macam berkawad.tapi tulah kartun bebudak dulu suka tengok.hehe

      Delete
  2. tiada rezeki juga untuk tahun ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pikir positif..meriah sikit dunia badminton ada kuasa baru. Tapi kesian Dato' LCW tak merasa Piala Thomas sebelum bersara.

      Delete
  3. Jepun buat kejutan kan...Diaorang played really well, no wonder China kalah. Malaysia ok jugak lah. bagi saingan tapi masih banyak benda yang perlu perbaiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat gak Jepun tu...Kenichi Tago tu kalau bukan LCW yang lawan, awal-awal kita dah bungkus agaknya. Malaysia perlukan pelapis sebenarnya kalau nak terus maju dalam badminton.

      Delete
  4. Tak join pertandingan tu kerrrr ehehee Ini tengok orang atau tengok perlawanan badminton ahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dua-dua sekali :p memang nak join pun, ni tengah karang ayat.hehe.tungguuuuuuuuu

      Delete
  5. Zaman piala Thomas 92 ni la, semua orang gila main badminton. Hampir semua kedai runcit ada jual raket. Bulu tangkis memang benda yang paling selalu bebudak beli. Itupun kadang sampai nak hancur pun, diorang still main lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..kalau kat sekolah, kelab yang paling cepat penuh adalah Kelab Badminton. Semua pun nak berangan jadi Anak-anak Sidek. Rindu rasanya nak melalui zaman kegemilangan tu lagi.

      Delete
  6. Mcmn nak menang... sekarang nak glamour je. Menang sekali terus berlagak, cth mcm roslin, jadi top ranking terus je tak reti main lah, masalah kesihatan lah... sekarang ni semangat kewarganegaraan sangat-sangat terhakis. semua sibuk dengan hal cari harta je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu chegu...tak ada semangat macam pemain-pemain zaman 90an dulu.cakap pasal roslin, adik dia yang hafiz tu pun entah apa jadinya.ada orang kata pengurusan BAM macam hampeh.entahlah..

      Delete
  7. kalu nk tau pelukis komik anak2 sidek tu opismet sy ;-)

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah