Perkara-perkara yang perempuan kaki bola saja faham

Monday, 19 May 2014

U olls ada kenal golongan perempuan yang suka bola sepak? Bukanlah suka gila-gila sampaikan tiap-tiap malam melepak kat Mamak tengok bola, tapi diorang tau apa itu 'offside' , 'setpiece' dan boleh bezakan Manchester United dengan Manchester City. Ada? Ke korang sendiri yang masuk kategori ni? Kalau ye, marilah berdamping dengan aku, boleh kita jadi geng!

Sebenarnya menjadi golongan minoriti ni bukan senang. Antara 'cabaran-cabaran' yang sering dihadapi adalah:

1. Dianggap hanya kenal pemain hensem .
Mana-mana pompuan pun tau David Beckham. Cristiano Ronaldo pulak semakin femes sejak jadi Duta KFC ni. Ramai yang kalau nampak billboard KFC sekarang dah tak kecur liur tengok ayam tapi terpana dengan kemachoan abam Ronaldo. Tapi kalau gadis tu betul-betul ambil port pasal bola sepak, dia tau sape Ronaldinho, Wayne Rooney, Peter Crouch dan Ronaldo lagi sorang yang dah bersara tu..Kitorang tengok bola bukan sebab nak tengok player hensem OK! Tapi kalau diorang hensem, bukan salah kitorang la ye.

Korang nak peha ke dada? Oit, aku cakap pasal ayam KFC lah!

2. Selamanya lalang!
Orang lelaki yang gila bola, biasanya ada satu sifat setia yang melampau-lampau. Walaupun dia Romeo first class sekali pun, tapi bab pasukan bola sepak kegemaran, diorang pilih satu je. Kalau kata peminat Manchester United tu, ko kutuk la kata nombor 7 ke, masuk gua ke, pendirian tetap tak berubah. Orang perempuan biasanya rileks sikit. Bukan dosa pun sokong lebih dari satu team. Pasukan favourite memanglah ada tapi tak lah sampai tak mau tengok game dah kalau team favourite kalah. Sokong je mana-mana yang ada potensi. Tengok cam aku, Liverpool kalah pun aku chill je minat Atletico Madrid. * takde kena-mengena.

3.Kawan-kawan perempuan kau tak faham lawak kau.
Ini sedih. Banyak kali aku buat lawak 'dalam terowong', 'Arsenal is number four' dan 'parking bas', tapi kawan-kawan pompuan aku tak gelak. Sob sob..

4.Kawan-kawan lelaki kau tak terima pendapat kau
Nasihat aku buat para gadis yang hanya menonton game bola sepak apabila ada kelapangan dan hanya sesekali melayari blog dan page sukan selepas bosan online shopping, sila jangan menyibuk nak beri pendapat bila lelaki sedang berdiskusi pasal bola. Terutama bab taktikal. Kalau tak cukup ilmu, sila jangan bertempur. Takut malu, ataupun jadi macam point nombor 5.


5.Dituduh cuba tarik perhatian lelaki
Lelaki boleh bezakan perempuan tu betul-betul minat atau pura-pura nak tarik perhatian. Ingat senang ke nak tumpu perhatian tengok perlawanan 90 minit. Separuh cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai tau! Perempuan tengok bola kadang-kadang lagi semangat, dok jerit-jerit macam nak tercabut anak tekak. Tapi, kalau tengok game apa sekalipun orang menjerit kut. Lainlah kalau tengok catur! Bukan kitorang saja nak tarik perhatian.  Plus point, mengaku jelah kitorang nampak lagi kiut bila pakai jersi berbanding korang. Hahahaha

So, apa pendapat u olls? Personally, aku rasa lelaki yang gila bola dapat awek yang minat bola, memang bertuah. Memahami katanya... Untunglah sape jadi pakwe aku..haha, ayat angkat bakul. Tu pun kalau dapat yang gila bola. Kalau tak, aku takut dia yang gila..

Anyway, bersedialah wahai gadis-gadis seangkatan kerana demam Piala Dunia akan membuatkan golongan kita bertambah walau untuk seketika cuma..

p/s : kami para gadis tak suka provokasi dan gaduh-gaduh kat stadium. Tak cool okey!!

Haha..jangan marah penyokong JDT, aku pun orang Johor gak! Luaskan Kuasamu!!!

19 comments

  1. Kak long ana tu gile bola. Bile ade game, laju2 je menghilang. Haha.

    ReplyDelete
  2. haha..mesti selalu berebut tv dengan dia kan? :p

    ReplyDelete
  3. hahaha. mmg jarang pon nak jumpa perempuan y minat bola.. kalau ad awek yang minat bola mesti bley lepak tengok bola sama2 kan.. sweet gtu.. nice entry! bley dijadikan idola nie.. thanks.

    http://coretansyahmean-taj.blogspot,com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ada je pompuan minat bola tapi rare la..thanks follow blog saya. :p

      Delete
  4. datang sini BW lepas follow. eheheh

    ReplyDelete
  5. datang sini BW lepas follow. eheheh

    ReplyDelete
  6. dear sal bee yah,,
    terima kasih singgah blog akak ye
    i also minat Ronaldo, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ronaldo brazil ke ronaldo portugal?tapi dua2 pun terer kak.. :p

      Delete
  7. Sukan nie mmg untuk lelaki, bagi Fiza sendri pun kalau sokong ikut suke jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nak suka-suka jer kan. diorang menang kita bukan dapat apa pun :p

      Delete
  8. tapi mmg ada gadis tgk bola sebab nk tgk player hensem main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je, tapi tak semua....lumrah la kalau pompuan suka tengok lelaki hensem.macam lelaki suka tengok pompuan cantik.kalau the other way around tu yg tak normal.hehe

      Delete
  9. Tak minat bola....

    Tapi minat main bola

    ReplyDelete
  10. mama dulu minat, sekarang tak dah..

    ReplyDelete
  11. Sy suka tngk bola world cup shj. Mula berjinak tngk bola since 1998.masa tu Amek SPM ,sangguo bngun subuh nk tngk bola ngan genk Aspuri😂😂
    Brazil vs France final, I vote for France this time😎

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah