Thai Boat Noodle Mytown with BFFs

Friday 5 August 2022

Assalamualaikum dan hai semua. Rasanya dah bertahun-tahun restoran Boat Noodle ni wujud di Malaysia tapi belum pernah sekali pun aku masuk makan. Masa awal-awal dulu dia punya viral sampaikan orang beratur panjang nak masuk. Sekarang pun Boat Noodle masih mendapat sambutan sebab rakyat Malaysia kan suka makanan Thailand.

Makan di cawangan MyTown sebab dekat dengan rumah. Haha

Sampai awal dalam pukul 11 lebih. Suka sangat deko ala-ala kedai kampung macam ni


Cik dan Puan BFFs sedang memilih makanan. Kami semua Boat Noodle virgins. Ambil masa jugak nak decide nak makan apa

Boleh pilih jenis mi, nak pedas atau mild dan nak ayam atau daging

Pilihan side dish lain

Mula-mula eksyen, pilih 5 mangkuk je sebab nak rasa dulu

Baju kuning tu anak SR (baju pink) tapi gigih nak duduk dengan aku. Layan jelah si comel Arash ni. Dah makin petah dan ligat.

Boleh pulak aku tak ambil gambar makanan sangat. Apo lah tapi nak buat review restoran

Desert Sangkaya yang sedap

Dari kiri : Terer Taro (recomended kalau suka perasa keladi), Cha Keow Yen (Green Tea) dan Cha Mano Yen (Peach Tea kot)

Total cost makan 4 orang. Actually Arash tak makan sangat

So..my review..

Pathumthani - sedap jugak. Masam dan pedas. I loike
Ayutthaya - aku kurang suka sebab rasa herba kuat. So kalau makan Boat Noodle lagi aku akan elak dari order ni.
Tom Kha Kai- sedap jugak. Macam rasa tomyam tapi ditambah santan
Khao Soi - ada herbs jugak tapi tak sekuat Ayutthaya

Orang yang makan tak banyak macam aku memang suka lah makan di Boat Noodle ni sebab portion kecik. So, boleh try semua. Aku makan 3 ke 4 mangkuk je. Kenyang dah sampai ke petang.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!




27 comments

  1. Akak pun belum pernah makan kat Boat Noodle. Tengok Sal makan ni rasa macam nak mencuba jugaklah 😀

    ReplyDelete
  2. Ya dahulu ramai buat ulasan tentang makan di Thai Boat Noodle.
    Masih hidup lagi restoran ini sebab makanan sedap. Itu yang penting kena kekal sedap selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, walaupun cara order dan menu dan berubah, kualiti dan reputasi jenama ni masih terjaga

      Delete
  3. Macam pernah makan, tapi lama dulu. Rasanya anak buah yang bawa makan di area Damansara Utama, kalau tak silaplah. Yang saya ingat selepas jalan-jalan di IKEA dekat belah2 Shah Alam ataupun Klang....haha lupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. nampak sangat boat noodle ni dah lama ada. saya yang baru makan

      Delete
  4. boat noodle bangku kayu siam tu yg legend.. wak biasa order nasi krapow nyum2., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi tak makan lagi wak. makan mi sahaja. maybe next time

      Delete
  5. Dah naik harga kan.. dulu tak silap RM2 je.. biase la harga barang pun dah naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jugak naiknya. dulu restoran ni viral sebab harga yang murah

      Delete
  6. Mrs. A pun sama belum pernah masuk makan di boat noodle

    ReplyDelete
  7. Suka boat noodle...lama x makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekaran dah lain sikit menu dan cara hidangannya.

      Delete
  8. rasanya gimana ya. asal jangan terlalu pedas maka saya suka

    ReplyDelete
  9. Sedap boat noodle ni. Saya pun suka Pathumtani tu.

    ReplyDelete
  10. pernah makan 2 kali je boat noodle ni. Rasa macam mahal sbb portion kecik nak mampus tp harga dah dekat 3 ringgit. dapat kat anak ammi no. 2 tu rasa-rasa mana nak cukup 3 mangkuk ahakssss. air lagi. itu baru dia sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. masa mula-mula je RM2. sekarang dah naik. Tapi saya rasa banyak tu ok je dengan harga

      Delete
  11. Akak setiap kali makan sana, setiap kali tu struggle dok cuba ingat yang mana aku makan sedap ari tuh? Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab saya tulis dalam blog. Supaya ingat. Haha

      Delete
  12. Samalah saya ni tak pernah lagi cuba makan kat Boat Noodle. Tiap kali lalu je mesti ramai beratur. Last2 tukar makan kat restoran lain huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula dulu je kot. Masa harga semangkuk RM2 sahaja. Sekarang dah tak sesak mana

      Delete
  13. BN ni tak pernah yg kecewa tp tulah kalau bawa harraz rasa mcm nk runtuh meja kayu tu. so order FP sudah

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah