Friday, 12 March 2021

Melaka Solo Trip - Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-Layang Melaka

Assalamualaikum dan hai semua! Entry throwback sambungan solo trip aku ke Melaka.  Aku ada mention yang aku melawat salah satu muzium di tengah bandar kan? Muzium tersebut adalah Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-Layang Melaka. Amboi rajin kan aku bukan setakat satu, tapi pergi tiga muzium sekali.




Harga masuk muzium ni murah sahaja : RM 5. Satu harga boleh tapau sampai 3 muzium sekali. Murah kan? Muzium ni terletak di Bukit St Paul, betul-betul di tengah Banda Hilir.


Masa aku pergi ni takde orang. Hanya ada 2 orang pekerja kaunter. Aku malas nak bawak beg dan barang aku shoping so tinggalkan untuk diorang jaga.




Bahagian Muzium Rakyat terletak di tingkat satu. Cerita tentang bangsa-bangsa yang ada di Melaka, pemakaian, cara hidup, makanan tradisional dan lain-lain. Menarik jugak sebab Melaka ni kan terkenal dengan kepelbagaian bangsa. 

Muzium Kecantikan terletak di tingkat 2. Aku pergi dengan harapan habis lawatan tetibe cantik. Eh. 

Amalan pemakaian gelang leher oleh masyarkat Padaung di Burma (kini Myanmar). Rahsia mendapat leher jinjang






Sesetengah amalan agak ekstrem, macam ni. Sanggup pakai alat untuk leperkan kepala


Jujur aku cakap, bila sorang-sorang dikelilingi artifak dan gambar lama ni seram la jugak. Dengar buyi berdenting je aku toleh. Hahaha. Dasar penakut!


Korset yang digemari masyarakat Eropah dan Amerika yang obses untuk langsing



Kasut yang dipakai golongan China dahulu kala yang percaya kaki yang cantik adalah kaki yang kecil

Lama aku di Muzium Kecantikan. Biasalah perempuan kan. Seronok tengok bagaimana setiap kaum mendefinasikan apa itu 'cantik'. Beauty is pain. Kesian pun ada. Amalan kuno begini masih diamalkan tetapi hanya segolongan kecil. Syukurlah zaman sekarang nak cantik senang je - pakai filter. Muka hauk pun boleh jadi Beyonce.

Next kita ke Muzium Layang-Layang pulak di tingkat tiga.

Rupanya setiap negeri ada wau sendiri ye. Aku tau Wau Bulan je pasal ada lagu. Ewa..ewa...ewau bulei.. Ewau Bulei teraju tigooo




Selain wau, ada jugak cerita pasal permainan tradisional lain seperti gasing dan congkak.




Sebelum balik, aku singgah Meteor Garden Galeri Meteor. Kecik tapi informatif. Banyak informasi astronomi dan serpihan tahi bintang dipamerkan.


Itu meteor sebenar ye. Ko nampak tu ada angkasawan jaga.

Lama aku kat sini. Kadang-kadang seronok gi muzium sorang-sorang. Nak spend berapa lama kat certain exhibit pun buatlah. Tak ada sape nak kacau.

Perut pun dah lapar. Badan dah penat. Marilah cari makan dan check in hotel. Korang kalau ke Melaka, bolehla try melawat muzium ni. Tiket murah, exhibit pun banyak yang menarik. Itu pun banyak aku tak ambil gambar. Siapa kata kalau sorang-sorang tak boleh have fun?

49 comments:

  1. hahah dah update pun dia...
    lama sepi...

    Melaka byk tmpt bersejarah.. tp kdg g sana jarang nak masuk muzium...
    tq sharing info ni Sal.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepi sebab merentas daerah kak. Ni pun entry dah lama duduk dalam draf

      Delete
  2. bagus sal rajin mengutip ilmu di muzium

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Pergi muzium ni cara yang fun untuk tuntut ilmu

      Delete
  3. Akak sendiri pun belum pergi. Murah betul RM5 3 muzium.
    Boleh buat lawat sorang-sorang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi sorang-sorang seram sikit tapi boleh stay lama mana kita nak.

      Delete
  4. Nice sharing, nanti pergi Melaka boleh pergi muzium muzium ni. Setakat ni, sekali je singgah sekejap kat Melaka. Tu pun singgah beli kuih keria je hahaha. Tak dan nak jelajah negeri Melaka lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka ni macam-macam ada. Kalau stay dalam Melaka, ni lah masanya nak pergi explore. Tapi kalau stay negeri lain kenala tunggu

      Delete
  5. jaga muzium lebih mudah dari jaga zoo., kalo zoo kena bagi makan binatangggs., hahaha sbb tu tiket muzium murahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Betul la tu Wak. Ala, zoo sekarang tengah promo katanya.

      Delete
  6. Memang murah betul tiket tu. Untung gak Sal masuk dalam. Eh, seksa nampak nak menjinjangkan leher tu. Lepas baca entry Sal ni rasa nak pergi muzium rakyat juga. Berapa kali pergi melaka belum habis explore lagi. aiyaaa..kena repeat datang tandanya tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Redha jela leher tak jenjang ni. Kang susah plak nak pakai tudung. Hehe.

      Delete
    2. Nak makan pun rasa jauh pulak perjalanan dia nak masuk perut. hihi

      Delete
  7. Kat Melaka banyak muzium 🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan banyak lagi nak pergi tapi tutup on Monday. Huhu

      Delete
    2. Boleh pergi lagiπŸ€“πŸ€“

      Delete
    3. Tu kena tunggu kebenaran rentas negeri. Huhuhu

      Delete
  8. rajin sal explore melaka sorang2 masuk muzium ni macam2 sejarah dh tau kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak tau nak gi mana. Lagipun muzium ada aircond. Hehe

      Delete
    2. hahaha.. pandai. kalau ramai org sah tak rasa sejuk

      Delete
  9. korset dia mmg tul2 melekat kan.. patut org dulu2 pinggang tak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Perut pun flat je. Zaman sekarang kita perut bloated. Haha

      Delete
  10. Anak sulung akak mmg suka melaawat muzium mcm ni... dlu pegi KL bawak pegi tugu negara pun hepi... hehehe

    Terima kasih sal... hadiah dr sal dh lama sampai tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kakmim macam saya gak tu, suka sejarah. Kalau gi muzium, memang lama saya duduk dalam tu

      Delete
  11. Kalo naik atas sekali leh jumpa mummy.. hehhee tulah opis mummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke. Saya ada tanya staf kat situ, atas ada muzium lagi ke, dia cakap ada office. Tau tadi dah sebut nama Mummy Julia

      Delete
  12. ko x perasan ke ada momok tgh perhatikan ko dlm muzium tu? hahahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan jugak, tapi aku buat2 berani. Baca ayat kursi la dalam hati. Hehe

      Delete
  13. Wah, seronok Sal buat museum tours! Akak rasa pergi muzium kecantikan ni akan buat akak rasa justified/ada valid reasons kenapa tak cantik hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Cantik tu subjektif. Nasib baik la orang Melayu nak cantik tak ekstrem sangat. Zaman sekarang je sanggup pakai krim hydroquinon tinggi demi nak putih

      Delete
    2. Ha ah la... orang Melayu kita obses nak kulit putih πŸ˜‚

      Delete
  14. Tapi kira berani juga Sal jalan-jalan cuci mata kat muzium sorang-sorang. Akak pernah pergi muzium tentera darat kat N9... terpaksa mengendeng ikut-ikut group orang sebab tetiba rasa eerie πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang eerie, tapi muzium ni well lit dan tak rasa terkurung. So effect seram tu kurang. Nak ikut orang pun takde orang time ni. Haha

      Delete
    2. Akak tetap tabik spring sebab Sal berani! 😊

      Delete
  15. seram pula..tang leperkan kepala tu..udah tgk memalam hahaha ^_^

    ReplyDelete
  16. Melaka ni sebenarnya banyak tempat boleh terjah. Tapi tu lah kadang lalu je maklum lah jiran sebelah kg. kalau masuk melaka kena plan nak pergi mana. Kalau pergi saje-saje je selalunya jenguk akak kat Bukit Cina dan adik-adik kat Taman duyung. Yang lain tu lalu saje. hehehehe

    ReplyDelete
  17. eh masuk muzium boleh ambil gambar ke kadang dia orang tak bagi ambil gambar sebab esklusif sangat. masuk muzium sorang-sorang ni jaga-jaga ada mata yang memerhati. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pulak saya nampak sign no picture so saya amik jela. Haha. Perati je takpe, jangan tegur udah le

      Delete
  18. Tak pernah masuk muzium ni. Takde kawan yang berminat masuk sama. Masuk sorang memang tak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takut, masuk sorang time ramai pengunjung lain.

      Delete
  19. Best juga muzium dia.. Sha tak pernah masuk lagi sini..

    ReplyDelete
  20. banyak sejarah yang kita boleh tahu dari muzium ni

    ReplyDelete
  21. Last Mrs. A masuk muzium lepas SPM kot time tu kerja sementara kat Melaka hahaha... dah hampir nak 3 dekad dah tu.
    Oh! samalah baru mrs.A tahu setiap negeri ada wau masing-masing. Lawak pulak nama wau negeri Melaka tu Wau Kikik, apo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tu kena tanya orang Melaka apa maksudnya. Ikan kekek saya tau la

      Delete
  22. menarik nyer perjalanan Sal di Melaka.
    muzium :)
    aida sendiri lom lagi bwk anak2 ke muzium ni semua.
    just berjalan di luar-luar tu aje.

    muzium kastam masuk x?

    ReplyDelete
  23. satu bangunan ada 3 muzium..menarik..
    mcm2 yg dilakukan utk jd cantik..

    ReplyDelete
  24. Terima kasih kerana menjadikan muzium sebagai salah satu destinasi anda.. :)

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com