Tips melawat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Monday, 27 January 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Siapa kat sini pernah melawat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia? Kalau pernah, meh sini aku nak tanya..nape tak ajak aku? Hahaha. Actually, aku dah lama tau pasal tempat ni tapi tulah belum sampai seru. Buat yang tak tau atau tak pernah sampai, muzium ini terletak di Sasana Kijang, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Entry ni bukan entry berbayar tau, tapi aku cuma nak share tips dengan korang supaya trip korang ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM) tak gagal macam aku. Ya..misi aku gagal, after all, gagal is my middle name and I come from Loserville.

Tak nak gagal macam aku? Teruskan membaca tips-tips berikut:

1. Drive sendiri ke sana

Muzium BNM ni agak tersorok. Stesen LRT terdekat adalah Stesen Komuter Bank Negara dan LRT Bandaraya. Google Maps kata kalian boleh sampai dengan berjalan, tapi percayalah jalan ke Muzium BNM dari stesen-stesen berikut sangat tak mesra pejalan kaki. Kena lalu highway dan jalan jauh. Utamakan keselamatan gais. Kalau nak naik public transport jugak, install Grab siap-siap so boleh naik Grab dari mana-mana stesen tren terdekat. Parking percuma dan banyak, so tak payah risau.


2. Datang dengan kawan. Or better still, datang dengan kawan yang pandai ambil gambar.

Walaupun aku takde akaun instagram, tapi antara tarikan aku nak datang Muzium BNM ni adalah kerana ia sangat-sangat insta-worthy. Or instagrammable. Or whateverlah. Bukan kaki ambil gambar pun boleh datang isim nak ambil gambar bila kat sini tau.

3. Bring a tripod

If terpaksa datang sorang-sorang or just nak ber 'me-time', sila bawa tripod. Selfie stick tak cukup. Nak mintak tolong orang pun boleh, tapi malangnya time aku pergi tempat ni lengang. Si Bodoh ni ada tripod tapi tak bawak. Banyak missed opportunity nak ambil gambar cantik.

Pacak je selfie stick kat mana boleh

4. Charge your photography equipment!

Banyak sangat makan ubat, otak pun dah jam. Bawak powerbank tak bawak cable. Tak habis visit lagi satu floor, handphone dah habis bateri. Tengok-tengok kabel tertinggal. Phone dah mati, mood pun hilang. Terus aku rasa nak marah diri sendiri. Mood dah takde, aku balik je. Kuat angin aku ni.

5. Start dari level atas sekali

Antara gambar paling ikonik Muzium BNM ni adalah the spiral staircase. Ni gambar last aku ambil sebelum phone aku menghembuskan nafas terakhir. Muzium BNM ada 4 tingkat. Jangan risau kalau bawak stroller atau naik wheelchair sebab muzium ni ada lif jugak. Aku suggest korang naik lif sampai atas sekali, start tour atas dulu dan kemudian turun.

Gambar ni paling cantik kalau ambil dari level paling atas. Next time aku ambil gambar ikonik yang aku harapkan tu

6. Tak suka sejarah? Tapi suka duit kan?

Muzium ni free gais! Complete dengan surau, kafe, loker dan tandas yang cantik dan selesa. Come with an open mind. Sejarah duit dan perbankan ni menarik sebenarnya. So take your time stroll tiap-tiap ruang pameran. Aku menyesal misi aku gagal, so aku akan pastikan aku datang lagi sekali. Kali ni aku akan ikut tips yang aku tulis ni. Kalau gagal jugak, baik meninggal jelah.




7. Bonus point!

Lepas habis melawat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, boleh singgah ke Memorial Tun Hussein Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahman yang berhampiran. Both pun free jugak.

Sekian sesi perkongsian aku. Thanks for reading! Nak tahu lebih lanjut pasal Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, boleh klik SINI


31 comments

  1. Takpe gagal sekali bukan gagal selamanya eh!
    Lepas ni boleh cuba lagi.
    Terima kasih atas tips ni Sal.
    Manalah tahu kalau Mrs. A tersesat ke sini boleh gunapakai tips Sal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni menarik jugak kalau Mrs.A nak bawak keluarga

      Delete
  2. takpa fail kali ni, nx trip cfrm berjaya dgn jaya nya. insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah. Lagipun masuk free, boleh cuba lagi. haha

      Delete
  3. menariknya Sal,kak ana pun tak pernah tahu.Tips yang bagus sesangat ni tq Sal, nanti pi sekali lagi naa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Kalau saya pergi lagi saya buat entry

      Delete
  4. pernah pegi sekali.. time tu pki hp cap ayam. camera pun xde hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi lagi Zie. Bawak anak-anak pulak

      Delete
  5. SERONOK BACA SEJARAH DUIT DI BANK NEGARA...TAK PERNAH SAMPAI LAGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah memang menarik kan kak PI. Lagi-lagi sejarah duit

      Delete
  6. pernah masuk yg tingkat bawah dkt cafe sbb ada meeting di sini..tak sempat tour..

    naik grab atau drive sendiri lebih baik..parking banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya datang sini saya teringat kak nohas sebab akak la yang rajin datang tempat-tempat macam ni. haha

      Delete
  7. waalaikumussalam. kak pun belum pernah sampai ke sini. huhu

    ReplyDelete
  8. ehehehe bukan xmo ajak.. mmg sendiri x penah pegi ahhaha..
    jom kak one day kita plan jalan2 kl mcm tourist
    gituuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2. turun kl nanti roger ye. kita playing tourist sampai dikecam. haha

      Delete
    2. ahhaha jioomm.. nak dok hotel VV Usop duduk blh ? hahaha..
      yang mandi tub cermin kaca ?? wakakaka..

      habis 3 bulan gaji =P

      Delete
  9. gagal tu mcm google gak.. last2 jd jutawan billionaire.. hehe

    spiral stair tu ohsem ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak dah pergi belum? nak tengok gambar please..

      Delete
  10. tak pernah pulak ke sini.. best juga nie

    ReplyDelete
  11. Kalau part duit...Akak suka..😀

    ReplyDelete
  12. wah tak tahu pun.....huhuhu

    ReplyDelete
  13. Thank you share. Cambest je kalau pergi sini. Nak pergi jugaklah..semua free rugilah kalau tak pergi kan.

    ReplyDelete
  14. Sha dah pernah pergi.. memang cantik dan berinformasi.. Cuma nanti nak bawa anak pula..

    ReplyDelete
  15. Kegagalan yang membawa pengajaran seterusnya timbul tips berfaedah kepada pembaca yang lain.. thumbs up Sal.. Best tempat2 bersejarah ni, in shaa Allah LZ akan ke sana nanti tapi tak tahu bila ;)..

    ReplyDelete
  16. Jom pergi sama-sama. Belum pernah pergi lagi. Sal cakap bermanfaat.

    ReplyDelete
  17. Akak suka datang tempat tempat macam ni bagus tambah ilmu kan.

    ReplyDelete
  18. sambil selfie sambil dpt ilmu.. hehe

    ReplyDelete
  19. waa bertambah lagi satu tempat untuk dilawati, menarik nampaknya tu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah