Pitch Perfect 3 - Movie Review

Tuesday 9 January 2018

Always give 100%
Except when giving blood, and going through a divorce


Aku menonton filem ni di Paradigm Mall bersama sepupu-sepupu aku, malam sebelum kami pulang ke kampung sempena cuti tahun baru. Plan asal nak tengok Jumanji tapi tiket habis so Pitch Perfect 3 layanlah jugak since aku dah tengok yang first dan second.

Dalam siri ketiga filem muzikal ni, ahli-ahli kumpulan Barden Bellas semuanya telah tamat pengajian dan bekerja kecuali Emily (Hailee Steinfeld). Beca (Anna Kendrick) boleh dikatakan antara yang paling berjaya dan berkerja sebagai produser muzik. Bellas telah menghadiri reunion yang diaturkan oleh Emily dan ahli-ahli Bellas yang baru.

Walaupun dah tamat pengajian dari Barden University, tapi sejujurnya diorang semua ni belum boleh move on terutama Chloe (Brittany Snow) dan Aubrey (Anna Camp). Aubrey mencadangkan mereka mengikuti tour konsert yang diaturkan untuk tentera-tentera US di merata tempat. Beca yang tidak tahan tekanan dan telah berhenti kerja bersetuju untuk mengikut ahli-ahli Bellas yang lain termasuk Fat Amy (Rebel Wilson) menyertai tour tersebut.


Tour tersebut rupanya bukan sahaja disertai anggota Bellas tetapi terdapat juga band lain. Sepanjang tour tersebut Bella menghadapi banyak cabaran. DJ Khaled, seorang DJ terkemuka pula bercadang untuk memilih salah satu dari kumpulan yang menyertai tour tersebut untuk menjadi artis naungannya.

Yang best bagi aku Pitch Perfect 3 ni banding yang dulu-dulu adalah genre muzik yang lebih luas. If 1 dan 2, Bella hanya compete dengan kumpulan acapella tapi yang 3 ni ada band lain yang jauh lebih hebat dan boleh main alat muzik. 'Dunia' Pitch Perfect 3 juga lebih luas dan matang. Kalau dulu hanya di universiti dan golongan rakan sebaya, sequel kali ni The Bellas ke serata Eropah dan berjumpa bermacam jenis manusia.

Dari segi koreografi dan lagu aku rasa lagi best. Lawak pun boleh tahan kelakar. Scene paling aku suka dalam kapal masa dah hujung-hujung cerita.

So..rekemen ke? Highly kalau korang memang follow since first movie dan untuk peminat filem muzikal. Filem yang light dan fun though lawak dia PG13 sikitla.

Pssst...peminat watak Fat Amy confirm teruja dengan sequel kali ni!

26 comments

  1. ok.. ok.. mmg tggu review citer ni.. pitch perfect 1,2 pasal acapella yg kuno.. macam best sal review ni..

    ReplyDelete
  2. Yang second pun tak lepas lagi nak tengok.. Wah.. dah keluar yang ketiga..

    ReplyDelete
  3. sejak kahwin, wayang kat rumah je... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata bebudak sekarang...Untunglahhhhhhh. haha

      Delete
  4. Wow menarik jalan cerita no 3 ni ye. Hmm bilannak tengok ni

    ReplyDelete
  5. Tak tahu bila boleh tengok sebab takde masa free T__T

    ReplyDelete
  6. tak pernah tengok citer ni, baru tahu dah #3 rupanya. mesti best la tu sebab sampai kali ke 3 dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem ni memang ada pengikut dia yang tersendiri. bolehlah layan walaupun tak sehebat francais filem lain

      Delete
  7. kalau nak tahu kan akak tak pernah tengok citer ni dan tak pernah tahu pun ahaksss kesian tak akak. tapi akak suka juga kalau cerita muzikal macam ni cumanya kalau nak tengok tu anak2 tak boleh ada la

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.saya pun tau lepas tengok yang second. citer ni best layan ngan kawan-kawan pompuan. bebudak or kaum lelaki mungkin kureng unless peminat filem muzikal

      Delete
  8. sempat tgk review je aritu kat melodi... nmpk mcm best... tp since mem besar x ikuti dr sekuel pertama, makanya mem besar kena selak kain you tube dulu laa kot cerita pertama ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selak sampai jumpa pengganti coutinho tau. eh..

      Delete
  9. naaak tengok tapi xdak geng.. mana tengok Jumanji citer ni tak keluar lagi. gamaknyaaa tunggu laaa nanti baru dapat tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh plak kita...kalau tak boleh tengok sesama

      Delete
  10. Baca review Sal macam menarik filem ni.
    In shaa Allah jika berkesempatan LZ akan tengok filem ni.

    ReplyDelete
  11. Menarik filem ni..syukur Sal dah tonton

    ReplyDelete
  12. Adehhh!!! dah tiga dah. Satu dan dua pun Mrs. A tak tengok lagi.
    Baca reviews cik Sal ni best la pula tertarik macam nak gi tengok jer...

    ReplyDelete
  13. Tak tengok lagi..
    In shaa Allah kalau ada kesempatan..

    ReplyDelete
  14. ala aritu nak tengok, tapi hero2 takmau teman..Ajak Zul Ariffin pun dia tak layan..haha :P

    ReplyDelete
  15. you can watch pitch perfect 3 for free here : http://downloadmovie4freeonline.blogspot.my/2018/01/pitch-perfect-3-2017-movie-download.html

    ReplyDelete
  16. nak tgk.
    aida dgn anak dara ntah bila dpt tgk ni. minat sgt pitch perfect.
    fat amy sgt lawak :) ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau minat at amy confirm suka yang no.3 ni sebab scene dia banyak

      Delete
    2. sal. aida da tgk! love it...
      yes. fat amy byk scene dlm ni kan.
      dgn abah nyer lah.... sian dia.

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah