Monday, 27 November 2017

Apa nak buat kalau tertinggal barang dalam Grab Car- Based on true story


First of all, mana ada orang saja-saja nak tinggalkan or terhilang barang ye tak. Lagi-lagi barang berharga atau dokumen maha penting. Sanggup rentas Lautan Pasifik nak dapatkan balik.

Tapi itulah yang terjadi pada aku yang sengal ini. Aku tertinggal kunci rumah dalam Grab Car. Aku naik Grab pagi masa nak gi kerja tapi aku perasan kunci aku takde masa petang nak balik. Ha..sengal kan. Memang rengsa la time tu. Gelisah mengalahkan kucing nak beranak. Bahaya kunci rumah hilang ni. Kena tukar kunci pintu whole set untuk semua orang dalam rumah. Tapi paling aku takut kena bebel dengan Mak. Matilah aku wei!

Memula aku tak yakin pun tertinggal dalam Grab. Aku call Mak aku mintak cari kat rumah. Then balik tu aku gi stesen LRT tempat aku naik dan turun pagi tu. Tanya 'Lost n Found'. Still tak ada so sampai rumah cari lagi. Akhirnya aku mengalah dan akur aku memang tertinggal dalam kereta Grab.


So apa nak buat? First thing first kita janganlah panik. Kah kah sembang tak panik apa, itu semua dusta.

Ok..bila dah puas panik, bertenang dan bukak apps Grab kat HP. HP siapa? HP orang yang request Grab tu la. Kes aku ni nasib baik aku yang request sendiri. Dapatkan maklumat-maklumat ni:

1. Grab ID requester (penumpang)
2. Email ID requester
3. Tarikh, waktu n dari mana ke mana trip tu.
4. Nama n plat kereta driver.
5. Description barang yang hilang tersebut

Dah cukup info ni, sila dail 1300805858

Ini talian hotline, so kena cakap dengan mesin dulu. Tapi aku call sekali je terus dapat.

Once dah disambungkan, aku terus bagitau aku tertinggal barang dalam Grab. Pastu dia mintak Grab ID n email register Grab untuk verification. Pastu detail ride dan description barang tersebut.


At first aku bengang gak sebab takde option call driver directly dari 'History' tu kan, tapi fikir balik ni untuk privacy driver jugak.

Sambung cerita, once dah buat report, operator tu cakap dia akan call driver tu untuk aku. See...aku tak boleh call sendiri.

Tak sampai setengah jam, aku dapat panggilan dari Call Centre Grab bagitau yang diorang dah contact the driver dan confirm kunci aku ada kat dia. Lepas tu diorang pun bagi aku contact number mamat tu untuk aku call sendiri.

Aku pun teruskan lah, wasap that guy dan arrange nak jumpa. Bayangkan malam, hujan dan aku terpaksa drive ke tempat yang aku tak familiar sangat. Dengan jam, dengan sesat. Mak aku la teman sebab risau aku ni bab driving memang kureng sikit.

Dipendekkan cerita, dapatlah aku jumpa mamat tu dan ambil balik kunci rumah aku. Nasib baik sesangat Pandan ngan Ampang tak berapa jauh. Kalau Damansara ke, Semenyih ke, tak ke menangis aku.

Disclaimer dari Grab. Kalau ada rezeki, ada lah

So moral of the story, jangan careless, jangan bangun lambat (aku naik Grab sebab dah lambat time tu) dan jangan pakai Palazzo or skirt kalau kau ada habit masukkan barang dalam poket. Hahaha.

Akhir kata, bersyukurlah aku ditemukan orang-orang baik dan jujur macam Grab driver tu. Apa pun pujian untuk Grab sebab cekap dan helpful. Syukur Alhamdulillah. Lega separuh nyawa.


52 comments:

  1. alhamdulillah jumpa driver yang jujur

    ReplyDelete
  2. hahahaha..kak Sal...kak Sal! ok jugak la dapat balik...jangan careless lagi lepas ni (tgk cermin) hahaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Allah permudahkan dapat balik kunci.
    Masih wujud manusia jujur hehehe....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, jumpa juga.. anyway thankz info boleh digunakan sekiranya berlaku nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena doa supaya tak berlaku..haha. tapi tulah malang tak berbau

      Delete
  5. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya.
    Tapi banyak jugak benda nak kena buat and call sana sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, banyak jugak kerja. tapi nak buat cmane dah salah sendiri

      Delete
  6. sik baik jumpa balik... kalau tertinggal hati kat dlm grab tu... hmmmm susah tu nk kena pulangkan balik... sakitnya mcm kena gol di last2 minit.... eh eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm..sakit jugak asyik kena je. ada nampak mami hepi?

      Delete
    2. mami nak Salah je senyum..Allahu, sejuk hati mami

      Delete
    3. "Apa Salah buat pagi tadi? (Mummy) tengok, masuk 'pitch' jahanam stoke!" hahahaha

      Delete
  7. Nasib baik jumpa dan dapat balik, kak Sal.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Adoii lain kali jgn careless lagi na..

    ReplyDelete
  10. Nasib baik masih ramai lagi manusia mulia kat dunia ni..kalo tak innalillah je la kat kunci umah tu..hehhe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau ada yang tak berjalan, tunggu je rumah. kunci dah takde

      Delete
  11. Alahmdulillah dipermudahkan urusan dan berjumpa dengan orang yang baik, ye lah kan risau juga terhilang kunci rumah tu kan, nak tukar kunci satu hal, paling tak tahan telinga menanah mendengar bebelan lah kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tu yang paling perit..biasalah nama pun Ibu

      Delete
  12. tu yg riso kalu paki suar palazo tu boleh tercicir, hp pon boleh kuar dgn sendirinya tanpa sedar, syukur la Sal dapat jumpa balik

    ReplyDelete
  13. Adoi... mau tak panik hilang kunci rumah.. huhuhu alhamdulillah dah dapat semula kunci tu.

    ReplyDelete
  14. Ok juga dgn pengalaman ni boleh kongsi kan tips pada yg menerima nasib yg sama.
    Lain kali jangan cuai ya Sal๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, baiklah. apasal ntah hari tu serba-serbi tak kena

      Delete
  15. alhamdulillah lega, huhu..kunci rumah tu bahaya la jugak..

    ReplyDelete
  16. Asalam Sal. Hati2 dengan Grab tu ya..apapun pasti selamat jika Grab tu baik ..ya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kena doa banyak-banyak juga moga Allah bantu

      Delete
  17. Sukur sangat Sal ianya berlaku di Malaysia dan sekitar Kuala Lumpur dan berjaya dapat semula. Alhamdulillah selesai sudah masalah..
    Thanks for sharing this info Sal tapi minta dijauhkan perkara tertinggal barang di tempat awam ni. Leceh nak menguruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, mintak dijauhkan. tapi kalau benda nak jadi kenalah belajar cara nak menanganinya

      Delete
  18. Nasiblah dapat balik kunci tu ye Sal.... kalau tidak, entahlah hakak pun tak tau apa nak jadi haha....
    Nasib lagi sekali sebab yg tertinggal tu kunci kalau hp ....ke beg tangan ke hishhhhh.... seram nak pikir ah!

    Ko ada rasa nak terkencing tak Sal masa mengingatkan pasal kunci tu. Yelah cari barang tak jumpa kan, mesti rasa nak terkencing ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tertinggal hp memang tak boleh buat apalah. unless ingat semua detail macam Grab ID n nama driver semua tu

      Delete
  19. Assalamualaikum.. Hye Sal.. Awak bertuah..
    https://kasihkuamani.blogspot.my/2017/11/mereka-yang-bertuah_28.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, apa yang bertuah tu? ok nanti saya baca ye

      Delete
  20. Mujurlah jumpa dan dapat balik kunci tu kan,...terasa paniknya hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, yang baca pun panik. yang melaluinya apatah lagi

      Delete
  21. Alhamdulillah mujur dapat balik. Senang juga ye sebab dah Ada Id pemandu grab Tu so boleh trace semuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik jugak driver tu baik sanggup jumpa. kalau dia malas nak layan,tak ke haru

      Delete
  22. Alhamdulillah dpt semula. Kena alert dan hati2 lps ni sal.

    ReplyDelete
  23. Hushhh memang sakit kalau tertinggal barang penting. Auni dulu masa abah bawak teksi, tertinggal henpon baru beli dalam teksi dia. Dah laa kita duduk belakang, panik gila.. nasib baik abah perasan. Anyway, bagus jugak sistem dari Grabcar ni.

    ReplyDelete
  24. nice info ... Alhamdulillah dapat balik

    ReplyDelete
  25. tediaaa... punya lama baru perasan kunci tak de.. adeii dei deiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela..yela..saya careless. maafkan diriku. huhu

      Delete
  26. adoi.. nasib baik semua selamat.. drive memalam, kalau tak biasa, boleh tahan tu

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah.. dengar kata kalau hilang brang dalam grab, memang dapat balik.. tapi tak taulah kalau mendapat manusia tak jujur.. huuu

    ReplyDelete
  28. apps grab car pun saya tak ada. kesian betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huda rajin memandu, so logik lah takde apps ni.hehe

      Delete
  29. and alhamdulillah driver yang jujur dan baik.. adakah ini yang dinamakan jodoh kak ?? ahahah CT baru install grab baru skali guna. senang yang amat rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..x tau la jodoh ke atau kebodohan.malu kot. sebab budak tu kata dia dah hon suruh akak patah balik tapi akak menonong je jalan

      Delete
  30. Saya bak kongsi kan kepada anda dan saya bukan la jujur mana pun..Saya perna pinjam kereta kawan untuk jadi grap part time,perna juga penumpang tertinggal bag duit berisi RM800 serta payslip gaji..dalam bag duit tu,.mula mulanya saya terfikir sangat la jahat untuk mengambil nya..rezeki depan mata..bila dah sampai rumah masa nak kira isi dalam bag itu..terlintas dalam fikiran tentang pemilik bag itu..penat kerja sebulan dan hilang bag nya begitu sahaja..dan saya sendiri berfikir jika saya berada di situasi yang sama dgn penumpang itu..mesti merasa sedih sangat dan samgat..lalu saya membuat keputusan untuk buat laporan di balai polis yang berdekatan jika ada sesiapa yg me,buat laporan polis atas nama tersebut..dan tinggal kan contect number saya untuk di hubungi..tetapi tiada siapa yg menghubungi saya..dan saya membuat pencarian ke 2..saya sendiri menghantar nya ke pejabat grap untuk memberi tahu jika pemilik menghubungi terus hubungi saya.,tetapi tiada sesiapa yg mengadu tentang kehilangan..pencarian ke 3..saya mencoba mengambil gambar IC nya untuk di sebar kan ke wahtsapp sambil menbabur kan number IC hantar nama dan gpjawa sahaja yg tida di kabur kan..selepas berapa hari kemudian saya dapat panggilan dari seorang lelaki yg mengaku perna kehilangan bag duit berapa hari lalu..dan saya terus bertanya apa isi dalam bag duit itu untuk me,bukti kan itu adalah pemilik sebenar..pemilik itu berkata dalam berapa isi wang tersebut dan selainya..saya dengar semua yg di sebut adalah benar yg saya tidak perna dedakan isi dalam nya..dan saya bersyukur kerana tenang pemilik nya dapat kembali harga yg di usaha selama ni,,itu sahaja pengalaman saya untim di kongsi kan..

    ReplyDelete
  31. Rezeki berjodoh la kalau jmp semula.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com