Apa nak buat kalau tertinggal barang dalam Grab Car- Based on true story

Monday, 27 November 2017


First of all, mana ada orang saja-saja nak tinggalkan or terhilang barang ye tak. Lagi-lagi barang berharga atau dokumen maha penting. Sanggup rentas Lautan Pasifik nak dapatkan balik.

Tapi itulah yang terjadi pada aku yang sengal ini. Aku tertinggal kunci rumah dalam Grab Car. Aku naik Grab pagi masa nak gi kerja tapi aku perasan kunci aku takde masa petang nak balik. Ha..sengal kan. Memang rengsa la time tu. Gelisah mengalahkan kucing nak beranak. Bahaya kunci rumah hilang ni. Kena tukar kunci pintu whole set untuk semua orang dalam rumah. Tapi paling aku takut kena bebel dengan Mak. Matilah aku wei!

Memula aku tak yakin pun tertinggal dalam Grab. Aku call Mak aku mintak cari kat rumah. Then balik tu aku gi stesen LRT tempat aku naik dan turun pagi tu. Tanya 'Lost n Found'. Still tak ada so sampai rumah cari lagi. Akhirnya aku mengalah dan akur aku memang tertinggal dalam kereta Grab.


So apa nak buat? First thing first kita janganlah panik. Kah kah sembang tak panik apa, itu semua dusta.

Ok..bila dah puas panik, bertenang dan bukak apps Grab kat HP. HP siapa? HP orang yang request Grab tu la. Kes aku ni nasib baik aku yang request sendiri. Dapatkan maklumat-maklumat ni:

1. Grab ID requester (penumpang)
2. Email ID requester
3. Tarikh, waktu n dari mana ke mana trip tu.
4. Nama n plat kereta driver.
5. Description barang yang hilang tersebut

Dah cukup info ni, sila dail 1300805858

Ini talian hotline, so kena cakap dengan mesin dulu. Tapi aku call sekali je terus dapat.

Once dah disambungkan, aku terus bagitau aku tertinggal barang dalam Grab. Pastu dia mintak Grab ID n email register Grab untuk verification. Pastu detail ride dan description barang tersebut.


At first aku bengang gak sebab takde option call driver directly dari 'History' tu kan, tapi fikir balik ni untuk privacy driver jugak.

Sambung cerita, once dah buat report, operator tu cakap dia akan call driver tu untuk aku. See...aku tak boleh call sendiri.

Tak sampai setengah jam, aku dapat panggilan dari Call Centre Grab bagitau yang diorang dah contact the driver dan confirm kunci aku ada kat dia. Lepas tu diorang pun bagi aku contact number mamat tu untuk aku call sendiri.

Aku pun teruskan lah, wasap that guy dan arrange nak jumpa. Bayangkan malam, hujan dan aku terpaksa drive ke tempat yang aku tak familiar sangat. Dengan jam, dengan sesat. Mak aku la teman sebab risau aku ni bab driving memang kureng sikit.

Dipendekkan cerita, dapatlah aku jumpa mamat tu dan ambil balik kunci rumah aku. Nasib baik sesangat Pandan ngan Ampang tak berapa jauh. Kalau Damansara ke, Semenyih ke, tak ke menangis aku.

Disclaimer dari Grab. Kalau ada rezeki, ada lah

So moral of the story, jangan careless, jangan bangun lambat (aku naik Grab sebab dah lambat time tu) dan jangan pakai Palazzo or skirt kalau kau ada habit masukkan barang dalam poket. Hahaha.

Akhir kata, bersyukurlah aku ditemukan orang-orang baik dan jujur macam Grab driver tu. Apa pun pujian untuk Grab sebab cekap dan helpful. Syukur Alhamdulillah. Lega separuh nyawa.


Read More

One Nite in Mongkok - HK Part 2

Tuesday, 21 November 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Lepas makan, solat dan rest sekejap, kitorang decide untuk keluar dan cari China Ferry Terminal. Walaupun nama dia China Ferry Terminal (CFT) , ia terletak di area Kowloon, Hong Kong dan bukanlah di China.


Bila dah keluar dari building ni dan lintas jalan baru perasan signboard Chungking Mansion ni. Haha. Chungking ni pernah jadi set filem Hong Kong 90-an, Chungking Express. Aku pernah tengok sekali je, tu pun pasal ada Takeshi Kaneshiro dengan Faye Wong. Bagi aku filem tu slow dan dramatik, tapi kalau orang suka filem romantik melankoli maybe akan enjoy. Eh, tetibe terekemen movie pulak.

Dari Chungking nak ke CFT, kena jalan dalam 700 meter. Aku tak berani nak bagi direction sebab aku rasa tempat macam Hong Kong ni sentiasa berubah-ubah. Masa aku pergi pun tutup jalan sana, korek jalan sini. Aku pasti lagi sekali pergi confirm dah lain. Nasihat aku, korang search dulu awal-awal pakai google maps, pastu print takpun screen shot.

Cik A sedang mengagak jalan menggunakan google map dan peta. Aku rekemen korang travel ngan dia sebab sangat direction-wise. Bukan cam aku, kiri-kanan pun confuse. Haha

Ha..dekat dah!

One thing aku suka pasal Hong Kong ni adalah ia sangat mesra pejalan kaki. Walaupun construction giat dilakukan dan bandar sentiasa sibuk, kaki lima cukup luas dan selesa untuk pedestrians. Cuma kena hati-hati bila melintas sebab HK banyak bas. Besar-besar dan laju pulak tu.

 CFT dalam bangunan kaca tu

Aku sangat kagum sebab walaupun namanya Terminal Feri, tapi lobi macam lobi hotel. Siap ada guard yang usher lif mana kena naik

Kawasan membeli tiket yang selesa

Kitorang datang untuk beli tiket feri sahaja, tapi bukan nak naik on that day. Nak pergi mana? Kita tunggu...

Like I said before, aku ngan Cik A ni memang tak berapa ada proper itinerary. So pas beli tiket tu baru fikir nak pergi mana. Memandangkan masa on the way ke CFT ni ada nampak masjid, so plan nak gi tinjau-tinjau. Sambil-sambil tu boleh berkenalan dengan local Muslims.

Ni waktu orang balik kerja, so agak sesak

Kowloon Mosque and Islamic Centre, Hong Kong.

Masjid Kowloon ni terletak betul-betul tepi jalan. Aku sorang je masuk coz Cik A 'cuti'. Mula-mula ingat nak refill air kat water cooler je, tapi sebab dah nak masuk Maghrib, Cik A suggest aku solat je terus. Masa ni cuaca HK memang panas berdenting.

Kebanyakan orang yang aku jumpa dalam masjid ni adalah foreigner berbangsa Arab, Bangladesh, Pakistan dan Indonesia. Berada di HK tak ubah macam berada di KL. Alhamdulillah, berkesempatan solat jemaah bersama-sama mereka. Tempat solat wanita terletak di tingkat atas, tapi wuduk di tingkat bawah. Telekung yang disediakan memang unik. Ada kain macam biasa, tapi untuk atas, hanya tutup bahagian leher ke bawah. Aku malu nak ambil gambar, tapi demi korang aku gigih google jenis-jenis telekung. Ha...terharu bukan?

Credit : Mukena Pelangi

If korang biasa shopping telekung kat Indonesia, mungkin familiar dengan telekung stail Mukena ni. Ada cerut kat leher dan tak ada tutup kepala. So kalau free hair or pakai tudung jarang memang tak lepas guna. Logik lah kat Masjid Kowloon pakai telekung jenis ni sebab memang ramai orang Indonesia.

Ada kelas mengaji untuk anak-anak lepas solat. Semua foreigner, tak ada pulak aku nampak muka Cina

Lobi masjid

Selesai solat dan refill air, aku pun tanya Cik A nak ke mana. Kalau nak ke main island, rasanya tak larat, lagipun dah malam. So Cik A ajak ke Ladies' Market di area Mongkok. Masjid Kowloon ni terletak betul-betul sebelah stesen MTR Tsim Sha Tsui, so dari sana just naik  Tsuen Wan line ke MTR Mong Kok Station. Bayar pakai kad Octopus. Dalam 15 minit dah sampai.

Ikut exit E2 ke Ladies Market

Ladies Market terletak di Tung Choi Street. Kenapa ladies? Nape tak gentleman? Hahaha. Maybe sebab shopping lebih sinonim dengan kaum perempuan kot. Entahlah nak...Konsep dia macam downtown lah. Bukak malam sahaja.Selain tu kat area Mongkok ni ada Sneakers Street jugak. So kaki sneakers boleh ke sana. Kitorang tak plan nak cari sneakers, tapi nak cari souvenir so kami pun ke Ladies Market.

Ramai manusia keluar bershopping

Kat Ladies Market ni macam-macam ada jual. So kalau korang datang HK tapi tak cukup spender ke, stokin ke, baju ke, cari aje kat sini. Harga pun murah dan banyak pilihan

Kat mana nak cari T-shirt murah di HK? Jawapannya di Ladies Market. HKD100 boleh dapat 7 helai kalau pandai tawar-menawar.

Area Mongkok ni terkenal dengan tempat shopping.

Hasil tangkapan

Sekian cerita hari pertama di Hong Kong. Nanti aku sambung lagi ye. Thanks for reading!
Read More

Kisah Itali tidak ke Piala Dunia

Wednesday, 15 November 2017

Itali. Gli Azurri. Antara pasukan yang mempunyai ramai peminat dan penyokong di serata dunia.  Pernah memenangi World Cup pada tahun 2006, 1982, 1938 dan 1934. Terkenal dengan corak pertahanan catenaccio yang compact dan kebal. Maldini, Inzaghi, Cannavaro, Totti, Pirlo, Del Piero, Baggio dan Nesta antara sebilangan nama yang menjadi inspirasi pemain dan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa.


Dan buat kali pertama dalam 60 tahun, Itali gagal ke Piala Dunia setelah terkandas di peringkat kumpulan dan kalah play-off di tangan Sweden. Ironinya kali terakhir Sweden layak ke Piala Dunia adalah pada tahun 2006, tahun di mana Itali menang setelah menewaskan Perancis di pentas akhir. Headbutt Zidane ke perut Materazzi, korang ingat lagi tak? Time final tu aku sokong Itali, sebab aku kecewa Ribery and co menyingkirkan Spain yang aku sokong.

Apalah erti Piala Dunia tanpa Itali. Setakat USA, Netherlands dan Chile aku boleh terima lagi, tapi Itali adalah nadi dan penyeri. Dari segi taktikal, kontroversi atau skill individu pemain, pasukan Itali sentiasa menghidupkan sesuatu tournament.

Kapten Buffon yang berhasrat menjadikan World Cup 2018 yang terakhir, rupanya terpaksa bersara awal.

Sedih aku bukan sebab aku penyokong Itali, tapi sedih seorang yang dah bertahun tengok bola. Piala Dunia adalah holy grail bola sepak. Maka apalah erti Piala Dunia 2018 tanpa pasukan legenda zaman berzaman iaitu Itali.

Para gadis pasti akan berasa kehilangan sebab Itali ramai pemain hensem. #jangankecamsaya 

Demi mengenang Itali, petang semalam aku terus ajak kawan gi makan Spaghetti. Hahaha. Padahal tekak yang teringin.

By the way, Itali, Itali juga. Yang dari Harimau Malaya dah tukar jadi Sotong Malaya tu nak cerita apa? Kah kah kah. Ah..malas lah sembang bola Malaysia. Serupa Liverpool sembang nak menang liga.

Till then, Forza Azurri!!! Thanks for reading.
Read More

Escape to Hong Kong Island - HK Part 1

Thursday, 9 November 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Memandangkan cerita Jepun dah habis, bolehla aku bukak cerita baru. Cerita baru ni lokasi dia tak jauh mana, naik kapal terbang 4 jam sahaja. Kali ni aku ke Hong Kong!

Walaupun aku ni minat cerita Cina, tak kisahlah filem ataupun yang bersiri, aku tak pernah terlintas nak ke HK. Mungkin sebab bila tengok filem atau drama sana, aku nampak HK ni macam tempat yang messed up. Banyak penjenayah, sesak, orang sentiasa nak cepat dan penduduknya ramai hidup susah kerana kos sara hidup yang tinggi. Bak kata pepatah 'Filem kita, Wajah kita'. Dan wajah yang aku nampak pada HK pula adalah sangat buruk.

Plan asal aku nak ke tempat lain, so aku saja ajak sorang blogger ni sebab walaupun dah lama kenal dan selalu lepak sesama, tak pernah travel sekali. Since aku dengan dia dah ngam, aku assume takde masalah. *Fingers crossed* Tapi sayangnya dia tak banyak cuti. So dia ajak pilih destinasi yang boleh pergi sekejap dan kadar tukaran wang yang moderate. So tahan dulu beli tiket dan tunggu promo lagi. Sekali tengok tiket pergi Hong Kong murah. Memula rasa skeptical jugak (rujuk perenggan atas), tapi lepas baca pengalaman a few bloggers dan tengok diorang OK walaupun travel berdua atau solo, aku pun setuju.

Belanja teaser dulu

Segala urusan berjalan lancar, beli tiket, booking hotel,beli tiket return, plan itinerary, tapi yang tak bestnya genap sebulan lagi nak pergi tetiba keluar berita HK dilanda Taufan Hato. Taufan ni memang dahsyat sampaikan ada nyawa yang terkorban. Seketul manusia paranoid macam aku pun mulalah serabut. Risaulah jugak. Hari-hari check berita sebab masa tu HK suspend segala perkhidmatan flight dan kapal keluar dan masuk. Kalau tak jadi memang sedihlah aku. Bukan pasal duit tapi sebab hati tu dah excited sangat. Takut pun ye jugak. Jadi apa-apa kat aku masa kat sana, dah kena menyusahkan keluarga.

Tapi mujurlah dapat partner travel yang tenang. Rileks je dia pesan kat aku suruh doa banyak-banyak. Dia ni bukan biasa biasa. Europe pun dah sampai. Rasanya ramai antara korang kenal dia. Aku ingatkan dia akan update story HK dulu tapi dia dok focus trip lama dia so terpaksalah aku langkah bendul. Eh..

Dipendekkan cerita, di hari kejadian, aku dengan dia pun plan jumpa dalam KLIA Transit. Flight kitorang pagi, naik di KLIA2. Disebabkan time tu awal bebenor, masing-masing eksyen tak nak breakfast. Aku bukan apa, takut perut meragam dalam flight.

Proses imigresen berjalan lancar. HK tak strict, so kitorang bawak banyak makanan dari sini. Ye, aku sedar diri yang aku ni tak boleh lapar. Tapi makanan dan baju semua kitorang humban dalam lugggage. Malas nak heret beg on board. Kitorang gi HK ni hujung September, musim autumn baru nak mula. So bawak baju macam nak jalan-jalan kat Malaysia je u olls. Tak payah tebal-tebal. Beg pun ringan. Luggage 20 kg cukup untuk 2 orang.

Naik flight mula-mula plan nak tidur, tapi gagal. Memula sebab ada bebudak bising, tapi pastu sebab turbulence. Time ni memang cuak sebab rasa bergegar je kapal terbang tu. Memanjang keluar announcement suruh pakai seat belt in every language in Asean. Barulah bebudak tu senyap. Senyap sebab takut lah tu. Hahaha. Aku yang dah tua pun takut, ini kan pulak budak-budak.

 Macam biasa kena isi arrival card. Kad HK very simple

Pesanan penaja di belakang kad- Apa nak buat kalau hilang landing slip selama berada di Hong Kong.

Nasi Lemak Pak Nasser. Lapor. Sape suruh eksyen tak nak breakfast dulu

Dah nak sampai!

Alhamdulillah, safely arrived. Tak delay walaupun ada turbulence tadi. Cuaca baik nampaknya.


Nak ke imigresen kena naik aerotrain. Macam kat KLIA tu.


Proses claim baggage dan imigresen berjalan dengan mudah. Alhamdulillah. Imigresen HK tak strict sangat. Staf diorang pun mahir berbahasa Inggeris.  Tapi airport HK tak ada cop. Diorang cuma bagi kau landing slip saiz tapak tangan baby je. Pastikan simpan slip tu selama berada di HK OK.

Dah dapat beg, kita gi cari bas ke hotel. Tapi sebelum tu, memandangkan kami akan fully guna public transport kat sini, kenalah beli kad ala-ala Touch'n'Go tu.

Lepas keluar imigresen akan nampak kaunter ni. Sila beratur ye. Tapi staf kat HK ni laju. Sekejap je urusan selesai.

Kad Octopus yang selamat dimiliki. 

Harga kad Octopus adalah HKD150. HKD50 untuk card deposit, HKD100 tu nilai kredit.  Kad Octopus boleh refund, so janganlah risau kalau top up banyak-banyak pastu tak habis guna.

Dah dapat kad Octopus, badan pun dah letih, so marilah kita cari hotel. Kami menginap di Chungking Mansion yang terletak di area Tsim Sha Tsui. Plan nak ke sana dengan menaiki bas. Memang ramai blogger yang pernah menginap kat situ suggest naik bas. Kalau naik train mahal dan kena tukar-tukar. Naik bas direct dan berhenti betul-betul depan Chungking.

 Laluan ke stesen bas. Apasal kakak T-shirt hitam tu perati aku pun tak tau

Stesen bas di luar airport. Jangan confuse dengan bas untuk rombongan tau

Beratur dekat platform yang betul. Pastikan Bas Airport Transfer no A21 ye

Keadaan dalam bas

Bas yang selesa. Ada tempat letak beg. Boleh bayar pakai Octopus Card, swipe sekali je masa naik. Jangan risau terlepas stesen sebab ada skrin yang paparkan nama dan nombor stesen. Berhenti kat stop no.14. Harga HKD33. 

Enjoy the view along the way. HK ni negara pulau, so banyaklah jambatannya.

Macam yang aku cakap tadi, bas akan berhenti betul-betul depan Chungking Mansion. Jangan terpedaya perkataan 'Mansion' tu.  Bukan mansion as in rumah besar tu, tapi bangunan yang menempatkan kedai-kedai di tingkat bawah (macam kompleks Pertama) dan hotel-hotel bajet di tingkat lain. Yang kelakarnya, lepas kitorang turun dari bas, tak dongak ke atas. Kalau dongak mesti nampak signboard. Pastu blur nak tarik beg cari Chungking Mansion. Nasib baik ada dua orang perempuan Melayu sama flight dengan kitorang naik bas yang sama. Diorang tegur dan ajak masuk bangunan betul-betul depan bus stop. Aku memang ada bagitau diorang kitorang akan duduk kat Chungking, rupanya diorang pun sama.

Chungking Mansion ada banyak blok, so pastikan korang pergi blok yang betul. Macam kitorang, duduk kat Blok D. So cari lif yang ada tulis 'D' macam ni.

Lif memang kecik, tapi ada CCTV. Pastikan tingkat dan nama hostel yang betul


Kami menginap di Everest Hostel, hotel yang sama blogger Scdha Sein duduk masa dia gi HK. Tengok review dia macam best. Lagipun lengkap dengan microwave dan iron. Iron adalah penting untuk orang yang suka pakai tudung bawal. Haha.

Aku book hotel pakai Agoda dan bayar siap-siap. Agoda akan email booking slip so print out dan tunjuk pada staf keje hotel tu. Yang kelakarnya kitorang tersilap hotel. Kitorang gi Everest Guest House. Rupanya diorang ni company sama, so staf dia mintak kitorang tunggu dan staf Everest Hostel turun ambil kitorang bawak gi hotel yang betul. So, korang kalau duduk kat Chungking ni pastikan betul-betul nama hotel korang tu. 

Kat Chungking ni ramai foreigner. Time tu rasa macam kat KL je. Staf Everest Hostel ni dari Bangladesh kot, takpun Pakistan. Entahlah, takde pulak aku tanya. Yang pasti, dapat je bilik tak sempat aku tangkap gambar, partner travel dah terjun atas katil. Bilik kecik je, ada satu katil double, bilik air, sinki, cermin, night stand, air cond dan kipas. Bolehlah nak hidup. 

Time tu dah hampir petang. Perut pun dah lapar, so aku masak megi dan makan roti sapu kaya. Semua bawak dari Malaysia. Partner aku tak kuat lapar macam aku. Dia makan roti je. Eh, baru perasan aku tak reveal aku travel ngan sape. 

So kalau nak tau aku jenjalan ngan sape dan kitorang gi mana pas tu, sila tunggu next entry ye. Thanks for reading!

p/s: blog aku mengalami masalah comment box kalau pakai web version. Nak komen kena pakai handphone. 
Read More