Friday, 9 December 2016

Interchange - Aku tengok apa ni?

" Macam-macam sudah jadi. Macam-macam boleh jadi" 
- Sani


Agak lama aku tak menonton filem Melayu di wayang. Tapi ada sesuatu tentang filem Interchange yang buat aku rasa nak tengok. Mungkin sebab Nicholas Saputra dan Shaheizy Sam. Atau mungkin sebab ia filem Dain Said.

Seorang kaki movie pernah ajar aku : Nak tengok movie, tengok dulu siapa director. Sebab kebiasaannya, diorang ada certain identiti yang buatkan kita fikir "Oh..ni filem dia!". Christopher Nolan, Guy Ritchie, Bernard Chauly dan Mamat Khalid adalah antara director yang buatkan aku tak fikir panjang sebelum beli tiket. (Still frust terlepas Rock Ooo..)

Kalau pernah tengok Bunohan, atau snippet filem 'Dukun' (yang diharamkan tayangan), sewajarnya korang dah boleh agak Interchange macamana. Semestinya filem ala noir berkisarkan budaya dan tradisi, ada unsur mistik dan filem mindf**k level kau tanya diri, "Aku tengok apa ni?".


Filem ini dimulakan dengan penemuan mayat dalam keadaan ngeri seolah-olah disedut darahnya sampai kering. Di setiap lokasi kejadian, pembunuh meninggalkan sekeping negatif kaca dan di sisi mayat. Detektif Man (lakonan Shaheizy Sam) ditugaskan menyiasat kes-kes tersebut dan beliau cuba mendapatkan bantuan Adam (Iedil Putra), seorang jurugambar forensik. Adam sebaliknya lebih berminat membantu jirannya Iva (Prisia Nasution) yang turut mencari negatif-negatif kaca tersebut. Kehadiran Belian  (Nicholas Saputra) , manusia berupa burung dan Sani (Nadya Nisaa) pemilik kedai antik menyulitkan siasatan.

Ada apa dengan negatif kaca? Belian tu manusia atau bukan? Nak tau kena tengok sendiri lah.

Sejujurnya aku suka filem sebegini sebab ia lain dari yang lain. Dan ia membincangkan tentang kepercayaan dan adat kaum Tinggang dari Borneo (Tak pasti wujud atau tidak, kena tanya pakar sejarah peradaban manusia). Kalau kau expect filem simple lalala atau filem penyiasatan, maaf, ini bukan naskhahnya.

Pemilihan pelakon sangat tepat. Bukan muka-muka yang kau dah biasa tengok. Sam sebagai polis bukan perkara baru, tapi Detektif Man bukan Inspektor Khai. Nadya Nisaa dan Nicholas Saputra seperti biasa tak pernah menghampakan walau terpaksa berdialog dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda diorang.

Yang aku kurang suka, terlalu banyak persoalan tak terjawab. Aku tunggu babak punca segalanya bermula didedahkan tapi hampa sampai ke sudah. Ye, aku tahu filem ni memang tak logik dan banyak fikir, tapi at least bagitau la kaitan semangat burung dan negatif kaca tu walaupun sedikit. Mungkin kena tengok kali kedua baru faham.


Rekemen atau tidak tu bergantung pada taste movie korang. Kang aku rekemen pastu korang tengok tak best, korang marah aku pulak. Tapi kalau korang suka filem macam Pan's Labyrinth, Black Swan, The Forest dan Nota mungkin boleh terima filem Interchange. Apa pun, ini soal citarasa. Orang tak sama.

Bak kata Iva..Kau kena percaya apa yang kau lihat.

Oh ye, jangan tengok filem ni kalau kau malas berfikir.

27 comments:

  1. hokey, filem ni la yg shaheizy Sam (detektif man) di jemput kat radio, pengambaran di buat di Sarawak klu tak silap..cerita mcam gempak je. tp cerita yg mistik & misteri taknak tengok..i ni penakut..kang terbayang2 je mayat tu kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem ni kejap kat Sarawak, kejap kat KL, kejap belakang rumah saya..eh.

      Delete
  2. lg satu klu cerita berat mls nk tgok..mls nak fikir lebih kah kahhh..hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha.. cerita tanpa jawapan ni yang tak syok.. sampai sudah asyik dok fikir and try to relate them

    ReplyDelete
  4. seriously memang nak tengok citer sbb tgk trailer pon mcm best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak filem yang harap trailer je best...

      Delete
  5. best nye !!! selama nih kakak tengok cerita seram / thriller - macam makan kacang cap jari tu jek.. tah pape.. tak seram.. harap nih meninggalkan kesan sikit la.. hee~ nanti nak tengok !!!

    ReplyDelete
  6. Kalau tgk filem mat saleh..bila tak faham boleh google wikipedia utk lebih phm..macam first tgk Inception..tapi filem melayu kena korek sendiri jwbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem Melayu kena pandai-pandai tafsir..entah ye entah tidak, wallahu'alam..hehe

      Delete
  7. malas tengok, sebab malas pikir :-)

    ReplyDelete
  8. Salam sal...
    Lama tak ke sini..

    Filem macam ni ada kala menarik juga...
    Ada Masa nanti nak juga tonton

    ReplyDelete
  9. mood tgh bercelaru rs nyer mmg x sesuai tgk filem ni... ada tido kt dlm panggung ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood bercelaru tengoklah wajah Karius, terus sejuk hati..hehe

      Delete
  10. sound intresting la... rasanya bulih jd feveret nih..nanti nak kena tengok duluh

    ReplyDelete
  11. Filem campur ni ek Sal.... Boleh jugak layan, kalau dah tak tau nak buat apa ni hujung minggu. Hero hero tu pun mcm hensem je hihi...

    Tulah sebenarnya tingin nak tengok Rock Bro Sal, tp tulah....udah terlepas

    ReplyDelete
  12. Teringin nak tengok filem ni tapi takde sape nak teman. Hihi. Baca rewiew sal macam menarik jugak jalan ceritanya..

    ReplyDelete
  13. boleh tak kalau nak tengok tapi tak nak fikir? 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..boleh je. Fikir banyak pun still tak faham

      Delete
  14. Ajak member gi tengok, dia tak nak tengok citer orang jadi burung katanya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Nicholas saputra dah bosan jadi Rangga, nak jadi burung pulak

      Delete
  15. Dah lama tak masuk wayang. Pernah masuk pun 2 kali aje. Selebihnya tunggu filem tu keluar dekat astro tahun depan. Haha.

    Cerita yang banyak berfikir ni bukan semua orang suka tengok. Lebih-lebih lagi kalau banyak tergantung aje jalan ceritanya. Heh.

    ReplyDelete
  16. Kaitan burung tu dengan semangat negatif, part ni explain dekat scene bila Iva bawa Adam pergi taman burung hornbill tu? Somehow, semangat burung tu pun tersangkut sama dan tak boleh terlepas bila org putih tu amik gambar org Tinggang.

    Sama mcm suku kaum tinggang lain yang semangat terperangkap dalam negatif kaca tu.

    Filem ni serious best sebab banyak fikir dan mungkin saya memang minat filem genre berat macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..memang babak kat taman burung tu ada kaitan nak explain pasal semangat tu.suka jugak filem macam ni.mencabar minda

      Delete
  17. xbest kannn., ciksal kannns ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. best je wak..cuma tak berapa faham..

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com