Wednesday, 30 September 2015

Melbourne Part 1 - Imigresen, Federation Square dan Yarra River

Assalamualaikum dan hai semua!Intro boleh baca kat SINI.

Penerbangan lebih 8 jam memang memenatkan, tapi sebaik saja nampak langit biru Melbourne selepas berhari-hari tengok jerebu, memang perasaan yang sangat menenangkan. Tapi, debaran tu datang balik bila sampai kaunter imigresen. Pemeriksaan kastam Australia ni strict. Walaupun ada pengalaman (baca SINI), tapi aku tetap nervous. Memula beratur elok je kat kaunter passport sambil menikmati free wifi. Tiba-tiba muncul beberapa orang pegawai kastam kacak. Motif, nak bagitau diorang kacak?? Salah seorangnya menarik seekor anjing hitam! Damn!! Kisah-kisah yang aku baca di blog terus terbayang di ruangan mata. Ewah, drama sangat. Tapi ni bukan drama, ini cerita Hantu Kak Biah Balik Ostolia!!!

Pegawai tu suruh kitorang semua beratur dalam single line di sebelah kanan. Suasana yang tadinya riuh tetiba sunyi sepi macam dilanda garuda. Walaupun anjing tu cam comel je, bukan muka garang dan takdelah besar mana, tapi tetap boleh menimbulkan perasaan seram. Tapi, anjing tu just lalu je sebelah kitorang sambil dok sniff beg dan orang. Tapi laju je. Ada bau mencurigakan baru dia berenti. Aku nampak pegawai tu bawak beg kain, tak tau lah sape yang kantoi.

Prosedur kat kaunter macam biasa. CT, my travel partner bawak semua makanan, tapi dah pesan kat dia suruh declare masa isi arrival card. Since aku hanya bawak ubat, aku disuruh keluar ikut pintu lain sementara CT dan Acik Y kena cek. Aku panik la jugak, takut tak jumpa diorang, tapi pegawai kastam tu suruh je aku tunggu luar. Dia kata semua penumpang akan keluar ikut pintu yang sama.

Adalah dalam sepuluh minit aku tunggu, akhirnya diorang keluar jugak. Nervous gak aku time tu. Patut aku insist nak ikut diorang, tapi Alhamdulillah bag check diorang berjalan lancar. OK, korang yang nak ke Australia tu janganlah takut. Kalau tak buat salah, apa nak dirisaukan. Yang penting, declare. Dan jangan cuba-cuba bawak produk yang ada daging, ayam, susu atau coklat.

Perkara pertama yang kitorang buat adalah cari kedai jual SIM Card. Sebab travel partner aku tak boleh jauh dari internet. Hehehehe. Aku pun tumpang lah sekaki. Kitorang beli prepaid OPTUS. CT dah survey dari Malaysia lagi, found out tu yang paling murah. Bagus kan partner aku ni, rajin! Yang kelakarnya masa nak beli tu, tetibe aku tercakap bahasa Melayu. Rupanya, pekerja kedai tu orang Malaysia. Senang cerita lah kan!

Aku beli pakej $12. Simcard $2, prepaid $10 untuk 5 hari. Satu hari internet 500MB, free unlimited call to any Australian number. Pergh... macam iklan!

Lepas beli simcard, kitorang pun cross the road untuk tunggu kawan RZ mai amik kitorang. Terharunya aku. Dahlah tumpangkan rumah, siap amik kat airport lagi!

Bergambar dekat signboard besar depan airport. Kot lah korang kata aku tipu. Hehehe

View dari rumah RZ. It's spring, gais!! The flowers are blooming!

Sampai rumah RZ, kitorang pun breakfast dulu. Oh ye, rumah RZ ni apartment. OK lah, untuk student consider selesa.

Lepas makan dan mandi, aku ngan CT sambung tidur. Hahaha. Tipu je. Giler kau nak tido! Ktorang pun bersiap untuk berjalan-jalan di Melbourne City. Tapi sebelum tu, CT turun ke kedai beli kad MyKi. Kad ni macam Touch N Go jugak. Harga $20. Harga kad $6, credit $14.

Jangan terkejut tengok orang naik tram dengan anjing. Tapi orang buta sahaja yang dibenarkan bawak 'Guide Dog'.

Kitorang ke Melbourne City naik tram. First destination kitorang, Federation Square, yang terletak betul-betul kat tengah bandar. Kitorang nak booking tour di Melbourne Visitor Centre. Tour ke mana? Nanti kita cerita.


Dapatkan info tentang Melbourne kat sini. Ada ramai staf yang sangat peramah dan sedia membantu.


If you guys are into movies, art and design, kat dalam Federation Square ni ada Australian Centre for the Moving Image (ACMI). Ada pameran yang boleh masuk percuma je. Kitorang masuk la jugak tengok hari tu, tapi tak lama.


Keluar ke bahagian belakang Federation Square, kitorang nampak view yang sumpah cantik ni wei.

Ada apa belakang tembok?

Ada Yarra River!!!! 

 Lunch kitorang. Share berdua. Takdelah lapar, tapi saja nak mengunyah. Nama makanan tu Gozleme, dijual dekat kiosk belakang Fed Square oleh seorang wanita Turki.

Kebetulan hari kitorang sampai ni cuaca memang perfect. Tak sejuk! Tak payah pakai jaket pun! So, lepas makan dan golek-golek atas rumput, kitorang pun pusing-pusing area bandar Melbourne.

Melbourne ni memang banyak bangunan-bangunan klasik bercirikan zaman Inggeris dulu-dulu. Kalau nak rasa macam kat London, memang kat sini lah tempatnya

Antara tarikan lain kat bandar Melbourne ni, adalah Hosier Lane.Tempat rakyat Australia 'meluahkan perasaan' melalui grafitti. Pandai kerajaan diorang ni, dari vandalism boleh buat tourist attraction.

Cantik gila kan Flinders Street Station ni!

**Flash back kisah di airport sebelum berangkat...**

Muka sememeh aku ni mungkin nampak macam boleh dipercayai, jadinya Ayah dan Mak CT telah menitipkan pesan dekat aku supaya tengok-tengokkan anak dia. Esspecially kat part barang-barang penting, takut CT misplaced. CT pun nampaknya percaya kat aku, suruh aku pegangkan passport dia sampai lah selamat sampai ke airport Melbourne. Pergh...giler. Nasib aku tak jual anak dara kesayangan diorang ni..haha.

Tapi, ramalan Mak Ayah CT agak hampa, sebab aku yang diharap sangat ni rupanya lagi hampeh. Nak tahu apa yang hilang hari pertama di Melbourne, you alls tunggu lah entry seterusnya.

Thanks for reading gais!!!!


Monday, 28 September 2015

Melbourne - Intro

Assalamualaikum dan hai semua! Rasanya ramai tahu kan aku gi Melbourne dari Instagram my travel partner? Plan asal aku nak buat surprise, tapi dah kantoi kat situ, apa boleh buat. Tapi kan..tapi kan...bila ramai yang komen "Blogger Salbiah ke tu... " kat gambar we olls kat IG my partner, terus hakak perasan fofuler gitu.  Takde IG pun aku dah famous, kalau ada, entah  camane la agaknya. Untuk mengelakkan perasaan riak, ujub dan takabur bersarang dalam diri, cepat-cepat aku istighfar. Patutnya aku bawak tasbih pemberian kak Yana Yani. Hehehe.


Nape repeat Australia? Kan aku dah pernah gi Gold Coast dan Sydney? Well, Australia ni negara yang besar. Even negara kecik macam kita ni pun, kalau kau bandingkan dua tempat, ada banyak perbezaan. Contohnya, Kuala Lumpur vs Kota Kinabalu or Johor Bahru vs Ipoh. Kan banyak beza. Tul tak? So, jangan rasa serba-salah nak repeat negara sama. Sebab tiap-tiap bandar ada keistimewaan dia sendiri. In fact, kalau korang nak repeat tempat sama pun, sukati hampa la! Hampa punya duit kan! Kikikikih.

Bukan vandalism, tapi seni



Seumur hidup, aku tak pernah jangka aku akan buat kerja gila ni. Aku ni seorang yang sangat careful dan suka duduk dalam comfort zone. Tapi, ada satu hari tu, salah seorang rakan blogger yang rapat lah jugak dengan aku, ajak aku travel. Ke Melbourne. Dia kata dia ada kawan kat sana, so kitorang boleh tidur rumah dia. Mak kawan dia pun ikut sekali. Dan aku terus setuju dalam masa tak sampai 24 jam. Entahlah, aku percaya pada naluri aku dan aku rasa sesekali buat kelainan apa salahnya. Travel dengan someone yang aku tak pernah jumpa. Tidur rumah orang yang aku tak pernah kenal. That was so not me..

Merata dah kasut merah ni pergi

 Best sangat ke rumah hantu ni sampai sanggup aku terbang nak sampai sini?

Sape tertinggal teddy bear atas pokok?

Rasa macam kat New Zealand!

 What ya doin, mike?


Trip kali ni aku pergi bersama CT dan Acik Y, ibu kepada RZ. RZ ni kawan CT yang belajar kat Melbourne. Bakal tuan rumah kat sana nanti. Kitorang jumpa kali pertama dekat KLIA 2, few hours before boarding. Memang macam blind date gitu! Tapi terus klik! CT lah travel partner yang aku maksudkan. 

 Travel is the only thing you buy that makes you richer

 One of my favourite flowers. Macam tak percaya dapat tengok dan pegang sendiri

 Train ride yang sangat unik dan klasik!

It took almost 6 hours to get here! Tapi memang worth it!

Bukaklah pintu..kami datang nak raya!

Ada cerita di sebalik terjebaknya kami ke 'lorong gelap' ni.

Pengalaman jadi overseas student sekejap kat sini tanpa perlu bayar yuran

Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller – Ibn Battuta

Amacam..poyo kan aku. Hahaha. Nantilah, mood update entry full belum sampai. 

Nota kaki : Dah habis tulis entry baru teringat yang domain dah bertukar ke dot my. Tapi aku buat watermark semua dot com. Lantaklah...

Thursday, 24 September 2015

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

Assalamualaikum semua! Cmane la boleh terlepas pandang salah seorang geng blogger aku ni buat GA. Nasib baik perasan on last day, kalau tak ada yang kena unfriend. Hahahaha. Tak memasal walk alone nanti ;)

http://aniesandyou.blogspot.my/2015/09/tudung-aidijuma-giveaway-by-anies.html

Antara syarat utama GA ni adalah buat kisah berkaitan tudung. Since GA ni pasal tudung Aidijuma, tudung bawal, aku mesti lah nak story pasal tudung bawal. Hehehe. Dalam banyak-banyak spesis tudung, aku paaaaaling suka pakai tudung bawal! Ada dua sebab. Satu, sebab muka aku bulat. Bawal boleh dimuncungkan di bahagian dahi, so nampak la macam lonjong sikit dan cover pipi tembom aku ni. Yang kedua, sebab tudung bawal buatkan aku nampak muda. Kalau aku pakai tudung syria or awning, nampak makcik-makcik sangat. Kalau pakai bawal, terus nampak cam 20-an. Kau mampu!!!


Comel tak hakak? Ada nampak cam belasan tahun tak? Kah kah kah.

Tapi...untuk travel or gi tempat yang aku rasa 'payah' nak solat, aku selalu pakai shawl or tudung Syria. Senang nak bentuk dan tak payah iron. Tapi kalau untuk kerja, wedding dan  lain-lain, memang bawal lah pilihan aku.

Rasanya tu jelah story aku. Wish me luck gais! Nak join, klik lah banner atas tu!


Wednesday, 23 September 2015

Salam Aidiladha

Assalamualaikum semua..Tak balik kampung ke gais?? Biasanya raya haji orang tak ambil port sangat bab balik kampung ni. Gitu gini pun, macam biasa, KL tetap jam semalam. Tambah pulak dengan hujan. Tapi bagus jugak hujan, kurang sikit jerebu. Boleh bernafas dengan tenang. Kat tempat korang jerebu cmane?
 
Tahun ini umat Islam diduga dengan tragedi kren runtuh di Masjidil Haram pada petang 11 September 2015 bersamaan  27 Zulkaedah 1436 Hijrah. 107 jemaah terkorban dan antaranya adalah 7 orang rakyat Malaysia. Alfatihah untuk mereka semua. Meninggal di hari Jumaat yang mulia, di tempat yang mulia. Dapat pula dikebumikan di Mekah, tempat suci umat Islam. Beruntung sungguh kalian.

Sumpah, aku rindu tempat itu... Walaupun aku hanya berkesempatan menunaikan umrah namun masih terbayang suasananya di depan mata. Masih terasa indahnya berada di kota suci Mekah. Pergilah ke mana sahaja dalam dunia ni, tapi perasaan bila dengar azan berkumandang di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan bersolat jemaah dengan jutaan manusia lain dari pelosok dunia yang bersatu di bawah agama Islam - adalah perasaan terindah yang takkan dapat kat tempat lain. Sayunya bila nampak Kaabah depan mata, tak terbanding walau dengan percutian termahal ke mana-mana destinasi atas bumi ni. I still remember the first time I saw Kaabah. I feel like crying. Sebak dan terharu, kerana terpilih menjadi tetamu-Nya.

Memori umrah 2013. Moga berpeluang lagi ke sana

Sempena hari raya Aidiladha, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang beragama Islam. Buat yang tak dapat sambut dengan ahli keluarga kerana komitmen lain, bertabahlah dan anggaplah ia sebuah pengorbanan. Kepada yang buat korban tahun ni semoga korban kalian diterima Allah. Same goes to buat yang menunaikan haji. Semoga mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan urusan.

Aku doakan kita semua akan dijemput sebagai tetamu Allah di Tanah Haram suatu hari nanti.

Korang balik mana raya ni? Aku kat KL je..dah memang keluarga kat sini, mana lagi nak pergi kan? Oh ye, Mak dah OK dah kaki. Simen dah dibuka. Buat masa ni kena rehat. Gitu-gini pun, ligat jugak kat dapur petang tadi walaupun aku dengan confidentnya perasan boleh buat seorang. Tapi memang pun, juadah raya kalau takde sentuhan seorang ibu memang kurang sedap. Terima kasih buat yang bertanya dan mendoakan. Tahun ni buat rekod lah dia, tak dapat gi sembahyang raya. Bukan apa, takut jemaah kat masjid terpijak or terlanggar kaki yang sakit tu. So, biarlah dia rest kat rumah. Soalannya, rest ke? Hahaha. Siapa ada Mak dah tua tau sangatlah kan..

Till then, thanks for reading :)Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga pengorbanan kalian diterima Allah.

Thursday, 17 September 2015

Mixed Feeling

Asssalamualaikum dan apa khabar gais! Harap korang semua sihat la hendaknya ye! Time korang baca ni, aku dah jauh dari Kuala Lumpur. Jauh dari jerebu, jauh dari hutan batu yang kononnya gah tapi tak dibangunkan secara sistematik dan jauh dari kesesakan trafik. Lega? Of course! Tapi tulah tanah tumpah darahku, so tak boleh la nak complain banyak. Tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula tempat jatuh cinta, jatuh sakit dan jatuh sebab terpijak kain sendiri.

Aku menulis entry ni beberapa jam sebelum naik flight. Saja buat entry auto-publish, agar blog ni tak luput dari ingatan u olls! Bukan aku menaip di depan Eiffel Tower atau di tengah kepulauan Maldives, tapi di depan PC kat umah ni je. Probably aku sekarang sedang bersuka ria. Tu kalau panjang umur dan takde halangan di tengah jalan. Kalau tak, sendiri mau ingat lah!


Berat hati nak pergi bercuti, tinggalkan Mak yang kaki bersimen dan Ayah yang bukanlah kuat sangat. Mak aku retak jari kelingking kaki kanan kerana terjatuh. Selama aku takde, kakak aku yang jaga. Nasib baik kakak aku tak bekerja dan mempunyai rumah yang agak selesa. Senang Mak nak ke bilik air dan bergerak ke sana ke sini, tapi kena bertongkat. Kesian jugak kakak aku, dengan anak 4 orang lagi. Tapi mujurlah, nakal-nakal diorang pun, nak jugak tolong bila diminta.

Tapi bila aku suarakan pada Mak, dia nasihatkan aku supaya tak risau. Aku dah penat bekerja. Apa salahnya pergi bercuti, hiburkan hati sendiri. Terharu OK! Hati seorang Ibu kan.. Yelah, kitorang kecik2 dulu bukan senang sangat, tak pernah mak ayah bawak gi cuti luar negara. So bila dah besar, parents aku selalu galakkan kitorang explore the world. Ayat klasik diorang: dulu-dulu tak merasa..

Honestly, hampir dua bulan aku sibuk giler kat office. Projek tak putus-putus. Tapi dalam banyak-banyak tu, aku paling stress dengan 'Program 5S'. Stress, walaupun aku ni suka mengemas dan suka benda-benda tersusun elok, tapi aku tak suka bila keadaan meja terlampau plain. Aku ni rebel sebenarnya, tak suka bila barang-barang aku diatur-atur orang lain. Tapi, dalam pada tak suka tu, boleh plak ada yang calonkan nama aku jadi Auditor. @#$%^&**-! Selamba aku tinggalkan tempat kerja sedangkan tugas-tugas 5S aku tengah melambak. Lantak kau lah!


Perasaan nak pergi bercuti bercampur-baur. Lagi-lagi bila terima berita pasal kejadian kren jatuh di Masjidil Haram. Allahu! Walaupun aku takde sedara-mara yang pergi batch kali ni, tapi ramai juga rakan sekerja yang pergi. Lagipun, kita sesama Islam kan. Bila jadi kejadian macam ni, kita pun tumpang sedih. Semoga umat Islam dilindungi. Ini 'teguran' buat kita. Wallahu'alam.

Meriah hidup kau Sal! Dok sibuk tarik luggage dan merayap sana sini. Ah, bak kata SonaOne... Dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu.

Bunyi macam orang merajuk je..Hahaha. Mungkin aku hanya penat dan tak cukup tidur. So, biasalah tu tulis merapu-rapu. Sini kan memang tempat meroyan. Nak meroyan kat blog orang kang kena halau pulak. Hehe.

Kita sembang lagi bila aku dah balik ke negara tercinta. Salam Sayang dari aku di perantauan. Ewah!


Wednesday, 9 September 2015

Tak puas hati? Kasi turun!

Demonstrasi. Bantahan di tempat awam. Tunjuk perasaan. Panggil apa saja nama pun, kita semua tahu ia menyusahkan. Ia memalukan dan mengganggu keselamatan. Tapi, mereka sama macam kita, ada sesuatu yang ingin dipejuangkan. Bezanya, protes mereka dengan bersuara. Protes kita sekadar mengumpat mengata.

Tapi aku tahu satu yang pasti. Andai objektif tercapai,  kalian yang marah ni pun akan bangun bertepuk tangan. Sebab apa yang korang nak suarakan, telah didengari. Walaupun langkah yang diambil agak drastik. Saluran yang betul? Korang buat lawak ke? Mana ada orang nak dengar aduan. Kalau 'kena kipas' diorang suka la. Jalan terakhir, tunjuk perasaan...

Maaf team Arab Saudi. Bukan kalian yang kami marahkan. Semoga kalian dan para penyokong selamat. Maaf pemain Malaysia, dan terima kasih atas persembahan menarik dan tidak mengulangi tragedi 10-0 yang pahit untuk dikenang. Korang pun tahu kan, jiwa kami tetap berdegup untuk Harimau Malaya. Walau sering menyindir,  namun kami tak pernah putus harap. Keyakinan dan impian untuk melihat pasukan bola sepak kita kembali menjadi pasukan digeruni tetap tak pernah padam. Piala Dunia mungkin mustahil, sedang Piala Asia pun nampak sukar untuk digapai. Tapi yang kami harapkan adalah ada perjuangan. Ada fight.  Bukan kalah mudah, kemudian salahkan padang, salahkan pengadil dan apa-apa lagi.

Untuk berita penuh, baca SINI

Ultras Malaya, sejujurnya aku tak pernah faham korang. Tapi, andai tujuan kita sama, melihat kemajuan dalam bola sepak Malaysia, aku harap perjuangan korang tak sia-sia. Terima kasihlah, sebab at least korang tunggu minit ke-88, kot seawal separuh masa pertama, tak dapat lah kita lihat pasukan Malaysia menjaringkan gol ke atas pasukan yang coachnya bukan calang-calang. Bert Van Marwijck, coach pasukan Arab Saudi yang pernah membawa Belanda sampai ke final World Cup 2010. Alah, yang Spain menang lepas Iniesta score gol minit-minit akhir tu lah. Ingat tak?

Terima kasih jugak, sebab tak buat pasal macam ni masa Liverpool datang. Kalau Manchester United takpelah, diorang setan merah. Setan suka asap. Hahaha, jangan marah ye fan United. Banter manja-manja menjelang game Ahad ni.

Cakap pasal game Ahad ni, semoga Liverpool menunjukkan aksi cemerlang, gemilang dan terbilang. Kalau tak, aku harap Ultras Liverpool baling flare kat Brendan Rodgers. Tu pun kalau Liverpool ada Ultras lah. Tolonglah main pair striker kali ni Rodgers oi! Prove something to us! Lama sangat tunggu ni...

Oh, giler lah update entry ni dalam bas on the way balik rumah. Kalau ajak cakap pasal bola, memang laju je menaip! Kalau ada masalah ketidakhadaman, ambillah Gaviscon. Kah kah kah.

Jumpa lagi! Maaf, terlampau sibuk tak dapat bw. Nanti sembang lagi na...

Nota kaki : Ramai yang sangka entry ni tentang bola, hakikatnya aku bicara tentang umum...

Tuesday, 1 September 2015

September Sweetheart

Assalamualaikum dan hai semua! Selamat Hari Merdeka! Alhamdulillah, berakhir sudah bulan Ogos yang sangat memenatkan! Teringat kata-kata seorang rakan alam maya aku, V, bukan nama sebenar, busy ni bagus untuk orang bujang. So, takdelah fikir yang bukan-bukan. So true! Busy tu kekadang bagus. Tapi tulah, busy + stress + tak cukup tidur = kulit muka yang disaster. Aku nak tengok cermin pun takut. Jerawat besar-besar, pastu punyalah liat nak pecah. Ini jerawat ke Dragonball! Dok menghitung hari nak gi holiday! Badan aje kat sini, hati ngan jiwa dah kat mana-mana entah! 

Sebelum aku melalut lebih jauh, meh kita tengok sape yang bakal menjadi my September Sweetheart berdasarkan 10 orang pengomen yang meninggalkan komen dengan banyak sekali macam dah takde hari esok. Mereka adalah:

1. Jari Manis
Blog :  http://jarimanistravel.blogspot.com

2.Siti Yang Menaip
Blog:http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

3. Scdha Sein (SS)
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

4. Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

5.Deanna Morni
Blog : http://kameqdeanna.blogspot.com

6. Yana Yani
Blog : http://iamaproudmama.blogspot.com

7. Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

8. Khaty R'bain
Blog : http://kathyrbain.blogspot.com

9.Muhammad Khairuddin Lim
Blog :  http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com

10. Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.com/

11. QasehVee
Blog : http://harumankasehvee.blogspot.com/

12. Qaseh Abadi
Blog : http://syidamenulis.blogspot.com

13. aRz MoHa
Blog : http://www.arzmoha.com 

14.ros_reeza
Blog: http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/

15.Fidah Shah
Blog : http://whitebarley.blogspot.com

Tahniah Jari Manis, sebab berjaya merampas kembali takhta dari Cik Siti. Hehehe.

Blogger yang buat comeback - arz Moha, Ros_reeza, Kathy R'bain dan Yana Yani. Hari tu, takde angin, takde hujan, tetibe dapat hadiah dari sis Yana Yani. Tanjat titewww! Thanks kak. Masuk bloglist ni bukan bodek tau!

Bagi aku tasbih, nak galakkan aku selalu berzikir. Alhamdulillah. Harapkan kau Sal, tahu karaoke je! Tapi kenapa gambar orang kena tampar kat nota tu? Takut I! Hehehe.

Yang tak tersenarai, jangan ingat aku tak appreciate dan tak menyinggah pulak ye. I olls sangat terharu dengan kehadiran u olls semua. Aku tau ramai yang  nak komen, tapi mungkin tetiba sel-sel otak tak berhubung. Adakah kerana entry aku yang entah apa-apa? Dah free time nak update blog pun malam buta, tu yang keluar cerita bola je. Aku faham kalau kalian tak faham, kerana asal wujud blog ini bukan untuk dipahamkan.. Hahaha, kau merepek apa ni Sal!

Walaupun work event bersepah, tapi malas nak story kat sini sebab dah keluar kat surat khabar n kat Buletin Utama! Malam semalam siap keluar Majalah 3, hokay! Tapi bukan aku lah, bos aku je. Aku low profile. Nampak kamera je lari menyorok. Aku hanya tolong belakang tabir, sempena episod khas Majalah Tiga-170 Tahun New Straits Times.

OKlah, dah banyak merapu ni. Nanti free time aku gi jalan-jalan blog korang ye. Thanks sudi singgah sini. Sayang korang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com