Melbourne Part 1 - Imigresen, Federation Square dan Yarra River

Wednesday, 30 September 2015

Assalamualaikum dan hai semua!Intro boleh baca kat SINI.

Penerbangan lebih 8 jam memang memenatkan, tapi sebaik saja nampak langit biru Melbourne selepas berhari-hari tengok jerebu, memang perasaan yang sangat menenangkan. Tapi, debaran tu datang balik bila sampai kaunter imigresen. Pemeriksaan kastam Australia ni strict. Walaupun ada pengalaman (baca SINI), tapi aku tetap nervous. Memula beratur elok je kat kaunter passport sambil menikmati free wifi. Tiba-tiba muncul beberapa orang pegawai kastam kacak. Motif, nak bagitau diorang kacak?? Salah seorangnya menarik seekor anjing hitam! Damn!! Kisah-kisah yang aku baca di blog terus terbayang di ruangan mata. Ewah, drama sangat. Tapi ni bukan drama, ini cerita Hantu Kak Biah Balik Ostolia!!!

Pegawai tu suruh kitorang semua beratur dalam single line di sebelah kanan. Suasana yang tadinya riuh tetiba sunyi sepi macam dilanda garuda. Walaupun anjing tu cam comel je, bukan muka garang dan takdelah besar mana, tapi tetap boleh menimbulkan perasaan seram. Tapi, anjing tu just lalu je sebelah kitorang sambil dok sniff beg dan orang. Tapi laju je. Ada bau mencurigakan baru dia berenti. Aku nampak pegawai tu bawak beg kain, tak tau lah sape yang kantoi.

Prosedur kat kaunter macam biasa. CT, my travel partner bawak semua makanan, tapi dah pesan kat dia suruh declare masa isi arrival card. Since aku hanya bawak ubat, aku disuruh keluar ikut pintu lain sementara CT dan Acik Y kena cek. Aku panik la jugak, takut tak jumpa diorang, tapi pegawai kastam tu suruh je aku tunggu luar. Dia kata semua penumpang akan keluar ikut pintu yang sama.

Adalah dalam sepuluh minit aku tunggu, akhirnya diorang keluar jugak. Nervous gak aku time tu. Patut aku insist nak ikut diorang, tapi Alhamdulillah bag check diorang berjalan lancar. OK, korang yang nak ke Australia tu janganlah takut. Kalau tak buat salah, apa nak dirisaukan. Yang penting, declare. Dan jangan cuba-cuba bawak produk yang ada daging, ayam, susu atau coklat.

Perkara pertama yang kitorang buat adalah cari kedai jual SIM Card. Sebab travel partner aku tak boleh jauh dari internet. Hehehehe. Aku pun tumpang lah sekaki. Kitorang beli prepaid OPTUS. CT dah survey dari Malaysia lagi, found out tu yang paling murah. Bagus kan partner aku ni, rajin! Yang kelakarnya masa nak beli tu, tetibe aku tercakap bahasa Melayu. Rupanya, pekerja kedai tu orang Malaysia. Senang cerita lah kan!

Aku beli pakej $12. Simcard $2, prepaid $10 untuk 5 hari. Satu hari internet 500MB, free unlimited call to any Australian number. Pergh... macam iklan!

Lepas beli simcard, kitorang pun cross the road untuk tunggu kawan RZ mai amik kitorang. Terharunya aku. Dahlah tumpangkan rumah, siap amik kat airport lagi!

Bergambar dekat signboard besar depan airport. Kot lah korang kata aku tipu. Hehehe

View dari rumah RZ. It's spring, gais!! The flowers are blooming!

Sampai rumah RZ, kitorang pun breakfast dulu. Oh ye, rumah RZ ni apartment. OK lah, untuk student consider selesa.

Lepas makan dan mandi, aku ngan CT sambung tidur. Hahaha. Tipu je. Giler kau nak tido! Ktorang pun bersiap untuk berjalan-jalan di Melbourne City. Tapi sebelum tu, CT turun ke kedai beli kad MyKi. Kad ni macam Touch N Go jugak. Harga $20. Harga kad $6, credit $14.

Jangan terkejut tengok orang naik tram dengan anjing. Tapi orang buta sahaja yang dibenarkan bawak 'Guide Dog'.

Kitorang ke Melbourne City naik tram. First destination kitorang, Federation Square, yang terletak betul-betul kat tengah bandar. Kitorang nak booking tour di Melbourne Visitor Centre. Tour ke mana? Nanti kita cerita.


Dapatkan info tentang Melbourne kat sini. Ada ramai staf yang sangat peramah dan sedia membantu.


If you guys are into movies, art and design, kat dalam Federation Square ni ada Australian Centre for the Moving Image (ACMI). Ada pameran yang boleh masuk percuma je. Kitorang masuk la jugak tengok hari tu, tapi tak lama.


Keluar ke bahagian belakang Federation Square, kitorang nampak view yang sumpah cantik ni wei.

Ada apa belakang tembok?

Ada Yarra River!!!! 

 Lunch kitorang. Share berdua. Takdelah lapar, tapi saja nak mengunyah. Nama makanan tu Gozleme, dijual dekat kiosk belakang Fed Square oleh seorang wanita Turki.

Kebetulan hari kitorang sampai ni cuaca memang perfect. Tak sejuk! Tak payah pakai jaket pun! So, lepas makan dan golek-golek atas rumput, kitorang pun pusing-pusing area bandar Melbourne.

Melbourne ni memang banyak bangunan-bangunan klasik bercirikan zaman Inggeris dulu-dulu. Kalau nak rasa macam kat London, memang kat sini lah tempatnya

Antara tarikan lain kat bandar Melbourne ni, adalah Hosier Lane.Tempat rakyat Australia 'meluahkan perasaan' melalui grafitti. Pandai kerajaan diorang ni, dari vandalism boleh buat tourist attraction.

Cantik gila kan Flinders Street Station ni!

**Flash back kisah di airport sebelum berangkat...**

Muka sememeh aku ni mungkin nampak macam boleh dipercayai, jadinya Ayah dan Mak CT telah menitipkan pesan dekat aku supaya tengok-tengokkan anak dia. Esspecially kat part barang-barang penting, takut CT misplaced. CT pun nampaknya percaya kat aku, suruh aku pegangkan passport dia sampai lah selamat sampai ke airport Melbourne. Pergh...giler. Nasib aku tak jual anak dara kesayangan diorang ni..haha.

Tapi, ramalan Mak Ayah CT agak hampa, sebab aku yang diharap sangat ni rupanya lagi hampeh. Nak tahu apa yang hilang hari pertama di Melbourne, you alls tunggu lah entry seterusnya.

Thanks for reading gais!!!!


90 comments

  1. X sabar nak baca sambungan citer tu.. cepat2 update k~

    sonoknye boleh berjalan ke merata dunia.

    ReplyDelete
  2. bestnya baca orang travel ni, cantik tempat dia kan

    ReplyDelete
  3. Haha....apa yg ko hilang kn tu kak biah weih...

    ReplyDelete
  4. Haaa... kannn... ahkak pun dh d inspect oleh encik hanjing ..

    Menggelabah jap.
    Dia punya sniff... mcm lah eden bawak dadah berkilo-kilo...

    Huhu... sampai je clayton... aku samak terus SEMUA bag... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak kena sniff..tapi masa dia lalu sebelah, pura-pura tenang je.padahal dalam hati cuak gila, sebab memang takut anjing..hihi

      Delete
    2. Untonglah... haha.
      Tp lesson learnt...
      Since then... mn2 sy travel... sabun taharah WAJIB masuk senarai things to bring...

      Hihi

      Delete
    3. tapi sabun tahara susah nak cari lah..huhu

      Delete
    4. muka memang cuak.. internet free laju terus dilupakan.. seram sejuk ahaha..

      Delete
    5. epot melbourne mmg 'ketat' kan...pengalaman ke Perth, Sydney n Gold Coast x de plak 'hanjing' tu

      Delete
  5. akak banyak dengar cerita pasal kastam sana sangat strict
    sampai key chain pun kena buka
    tapi kalau lepas semua tu memang rasa sonoklah kan
    akak yang nengok ni pun rasa best sangat
    entah bila nak p sana

    makanan halal sana senang cari kan
    banyak orang malaysia ada kat sana
    entah bila dapat p negara kangaroo ni
    takat ni tengok ajelah nampaknya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, makanan halal lagi senang cari banding ngan Sydney.
      kat sini ramai orang Malaysia.ada yang belajar, kerja, meniaga pun ramai.
      alah, sy ni pun sampai sebab AA cover.kalau tak, memang tak merasa lah sampai negara omputih ni.mana tahu ada rezeki akak satu hari nanti.

      Delete
    2. akak banyak cite kekawan yang dah ke sana
      aritu ada nampak tau, tapi en suami cakap nanti dulu
      ralat juga...tapi tak apalah
      mungkin ada rezeki lebih besar nanti =)

      Delete
  6. wah jalan jauh ke melbourne pula sal...seronoknya bercuti di sana...

    ReplyDelete
  7. Hahaha...Kak Biah Pulang ke Ostolia rupanya! Padanlah takda rasa seram-seram terkujat masa jerebu kat Melesia ni :)

    Masa pegawai kacak tu suruh beratur ada tak dia jerit macam mengajar budak PLKN suruh beratur lurus? Hehehe... tak sampai hati dia nak 'kerjakan' Cik Sal ni, maklumlah muka nampak innocent katanya. Kalau bawa durian pun anjing tu redha aje menghidu bau *_*

    P.S. Sal, akak ni menaip komen tadinya rasa memang akak akan jadi the firstlah sampai pukul 4 pun tak habis lagi nak mengomen. Sadis betullah! Nampak sangat tau sibuk alahai ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takdelah kak, dia cakap sopan je.kenalah jaga nama baik negara

      Delete
    2. Yup.agree... imigresen n kastam ostrolia plg best lh so far... sgt beradab.

      Paling RUDE ... china...

      Mmg x nak g dh lh china tu if possible...

      I dont like spesis2 kuangajo ni... huhu

      Delete
    3. saja je tu...nak bagi effect yang negara diorang ni strict. ada gak bagusnya, so orang tak berani bawak yang tak sepatutnya.cam Imigresen Jeddahlah,mana ada senyum langsung.hensem je boleh harap

      Delete
    4. Amboi, pantang nampak pegawai imigresen yang hensem! Hilang terus takutnya ya! Lain kali kalau nak jadi pegawai imigresen ni muka kena bengis sikitlah. Tapi bengis-bengis pun asalkan dalam hati ada taman, takpalahkan!

      Bab China ni, bukan setakat imigresen, orang-orangnya pun alahai....kurang didikan betul!

      Delete
    5. CT okay so far dengan kastam China.. yang muka masam mencuka polis dia tapi kastam okay =)

      Delete
    6. pedulik kan muka mencuka tu kan CT janji 'lepas' masuk

      Delete
  8. Laaaa, apabenda yang hilang tu kak Sal?

    ReplyDelete
  9. wahh, gmbr2 semua wak penah pegi tahun 2010., arts gallery, graffiti kat lorong tuu., stesen keretapi Flinders tuu., nostalgia je huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak pernah sampai ye..best kan Melbourne..hihi

      Delete
    2. alaaaa Wak pun dah ke sana eh

      Delete
    3. orang Melbourne tanya, "Sweet Finger bila nak sampai?"..hehehe

      Delete
  10. pst. leh emel wak psl top commentator, ?
    3lalat@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. email apa wak? tak faham...

      Delete
    2. emel kat wak, ada soalan interview nak tnye, 'top commentator'., bole?

      Delete
    3. oh..ok wak, nanti saya email.jangan tanya soalan pelik-pelik ye..hihi

      Delete
    4. i dah 'kena'..selamat menjawab ye Sal

      Delete
    5. berpeluh nak menjawab, kak JM...haha

      Delete
  11. pantasnyaaa Kak Sal.. bagus2.. iols tak terkejar ni.. nxt week le kot hapdet. tp best laaaa baca. mcm ada org tlg citerkan utk diri sndiri..

    ReplyDelete
  12. ok nnt ceq datang brtandang lagi..

    ReplyDelete
  13. Ohhh ini citer Kak Biah Gi Ostrolia ghupanya!! Bestnya jalan2 time weather cantik!

    ReplyDelete
  14. Bab akhir tu buat akak rasa tak sabar? Apakah sambungannya? Ada elemen2 drama tak? :)

    ReplyDelete
  15. Eh... mn dtg tulisan melben beso2 kt epot tu.
    Apsal x pernah pasan pun...

    Korang landing kt tullamarine kn?

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. memang kak, anjing liar takde...tong sampah pun senang cari

      Delete
    2. yup..kucing liar takde.sape nak bela kucing, bela diam-diam dalam rumah

      Delete
  17. Suka tengok view kat sini.. cun..

    ReplyDelete
  18. ooooo... First tgk gambr anjing tu ingtkan mmg semua orgblh bwk anjing masuk train... Kiranya mcm anjing bantuan lah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...bawak anjing jalan-jalan boleh, tapi kalau naik tram hanya orang buta sahaja..

      Delete
  19. cantiknya Yarra River...suka springtime..mesti banyak bunga..

    ReplyDelete
  20. bersih!!! tu yg plg best!!nk berjln pun terasa aman je...

    ReplyDelete
  21. diorang punya grafiti menarik....

    ReplyDelete
  22. Wah dah dapat agak macam mana muka cuak SYM tu...kehkehkeh... ( adakah sama seperti ketika melihat tony eusoff?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sal !!! izinkan saya nak %#>*^+?~~€!<%€$+¥+*[€ seketika okay daaaaaa puas !!!

      Delete
    2. hahaha..abang long, janganlah buli adik Siti.

      Delete
  23. hadui aku yg teruja lebih ni!! takpe2 one day akan smp jugak ke sana! :D

    ReplyDelete
  24. sal...mula2 tgk gmbr yg ada perkataan melbourne tu..sy xnmpak ada org berdiri kat tepi..bila baca sal bergambar baru pasan....kecik beno org nye smpai xnampak dalam gambar....hahhahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha..hampeh la kak DM ni..nak nampak penuh tulisan kena tangkap gambar dari jauh..dahla baju kelabu, boleh blend in dengan bangunan belakang..apakan daya, diriku ni kecik je...

      Delete
    2. betul2 akak..same with me..hehe

      Delete
  25. Oh kak Sal, I miss this part, mujoq CT backlink ke sini.. Kak Sal, letaklah archive entry kat sni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tepi tu kan ada 'Label' sayangku..klik je kat label 'Melbourne', OK..

      Delete
  26. baca komen dulu pastu baru baca entri...boleh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak JM..buatlah sesuka hatimu...hahaha

      Delete
  27. mmg betul lah eport Melbourne mmg strict..dah byk dgr pengalaman traveller ke sana...Hantu kak Biah balik Ostolia...balik jumpa adik beradik ke ngeh ngeh

    ReplyDelete
  28. kiranya semasa nak clear passport tu kan ada byk kaunter dan byk line..bila pegawai tu minta beratur single line sebelah kanan then berurusan di satu kaunter sahaja atau mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan..kan kena beratur sebelum sampai kaunter, tapi biasanya line bengkang-bengkok.Diorang datang dan mintak beratur straight line belah kanan.Anjing lalu buat check.

      Delete
  29. travel partner x boleh jauh dari internet? hehehe..ofcozlah ramai 'feminat' menunggu life update ahaksss....same to me heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..samalah korang!saya jenis x kisah pun ada ke takde.tu yang amik 5 hari je.

      Delete
  30. satu hari 500MB? byk tu...AUD12 untuk 5 hari? MURAH!!! nak beli OPTUS prepaid di Arrival Hall...okey...noted..kalau ke Melbourne nk beli prepaid ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya ke Malbourne..asalkan ke Aussie boleh beli..

      Delete
    2. JM nk pg ehhhh...nk itut...hahahah

      Delete
    3. alaaah Deanna tu...hari tu nak pegi Seoul pun ckp nak ikut gak...mencik tau!

      Delete
  31. tdo rumah RZ? kawan CT yg study di Melbourne tu? seronok lah jimat cost penginapan...untung nya korang berdua

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jimat kak wei..tapi saya bagi gak lah duit kat dia..

      Delete
  32. alaaaaa ada barang hilang tu x seronok dengar..okey nak sambung baca kisah selanjutnya

    ReplyDelete
  33. salam perkenalan : )

    bestnyer dapat jalan2 kat melbourne. Rindu Melbourne : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal...pernah ke Melbourne ek? memang best kan...

      Delete
    2. Hai Miesha..salam kenal jugak ehehehe (gedik!)

      Delete
  34. kenapa selalu tgk negara org lbh meanrik dan cantik dr negara sendiri ... tapi mmg cantik dan menyamankan lah kan sampaikan blh feel lah wpun cuma membayangkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..pelik jugak.tapi memang cantik pun sis...tak tipu

      Delete
  35. Suka building lama2 macam tu.. pencinta building lama.. ngeh2

    ReplyDelete
  36. Replies
    1. antara main attraction di bandar Melbourne

      Delete
  37. Hosier lane pasti teman lawat...minat sangat dengan grafitti.

    ReplyDelete
  38. baru tau org buta je boleh bawak anjing naik tram...kt sini org bawak anjing pergi mana2 pon, restaurant je kdg2 tulis anjing kena stay luar....n haahhaha bestnya tgok sungai tuh! kita suka sgt bandar yg ada sungai cmni, konon2 imagine bagun pgi boleh jogging kt tepi sungai tuh...kekekekekek

    ReplyDelete
  39. peh, serius bess! cantik sgt bangunan2 dia..ala2 cerita omputih dulu2..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah