Any last word?
Tolonglah, aku belum nak mati lagi..
Time's up! *gunshot*
Credit Pix : KIL Fb |
So, aku pun ajak bff aku Dee n Sarah tengok filem ni . Mula-mula saspen jugak sebab penonton dalam panggung tak sampai 10 orang! Matilah aku kena bahan kalau cerita ni x best, huhu.
Watak utama filem ini adalah seorang pemuda bernama Akil, lakonan Redza Minhat yang nak bunuh diri tapi asyik tak jadi. Satu hari dia jumpa flyer syarikat Life Action Bureau (LAB). Company ni claim dia boleh tolong orang nak mati. Lebih tepat lagi - bunuh tapi tak tahu bila dan siapa yang akan lakukan pembunuhan tu. Tapi lepas Akil buat contract, dia rapat lak ngan sorang awek nama Zara, lakonan Cristina Suzanne. Tetibe dia rasa tak jadi nak bunuh diri sebab hidup dia kembali bermakna. Tapi orang-orang LAB tak hiraukan permintaan dia untuk cancel. Nak tau apa jadi pastu kena la tengok sendiri...
Credit Pix : KIL Fb |
Senang cerita, filem ni buat penonton tertanya-tanya dan adakalanya agak perlahan. Ditambah pula dengan watak-watak yang tetibe muncul dan nampak pointless. Apa fungsi diorang dalam cerita ni? Kenapa Akil nak bunuh diri? Siapa agen LAB yang akan bunuh dia? Zara tu muncul dari mana? Kenapa setiap kali nak bunuh diri Akil gagal? Tapi bila dah hujung-hujung baru la korang boleh nampak kenapa jalan cerita ni diatur sebegitu rupa sekaligus menjawab soalan-soalan yang dok berlegar di fikiran. Aku suka filem yang boleh 'mengeluarkan' sound effect "Oh........" yang agak panjang dan kuat dalam pawagam yang hampir kosong.
Dari mata aku yang bukanlah pakar filem ni, aku rasa filem ni ada kelas yang tersendiri. Cuma ada a few scene mistakes yang agak obvious. Tak menjejaskan jalan cerita tapi agak kelakar seperti parking lot yang kosong, tukar syot tetibe banyak kereta. Aunty kat kedai buah yang baru sampai tetibe dah pilih buah dan bayar. Peristiwa culik yang rasanya lebih kemas kalau elaborate sikit. Itulah jadinya kalau dah terlampau concentrate kan perkara-perkara minor pun nampak...huhu.
So aku strongly recommend korang tengok filem ni. Bukan filem Melayu tipikal. Percayalah!Mesej utama dia berat, soal hidup dan mati, tapi disampaikan dengan cara yang santai. Memang mantop!!Good job Grand Brilliance and Flux Visual Lab!!Kudos Nik Amir Mustapha and crews!!
Harap sangat lebih ramai produser Malaysia akan hasilkan filem bijak macam ni. Tapi tulah, kalau takde penonton pun tak guna. *Sad Smile*
akak tengok citer ni mmg BEST
ReplyDeleteTeliti betul Sal perati salah silap di scene tu, teringat cerita Thor ke apa, zaman dulu tiba kapal terbang lalu.. Sori kalau silap. Suka juga filem ada mesej kehidupan..
ReplyDelete