Sunday, 27 January 2013

Juvana The Movie : Aku tidak akan terperangkap selamanya...


Kalau kita kena tumbuk, nak lawan pakai apa?Matematik? - Botak.

Aku baru balik tengok Juvana,antara filem Melayu yang aku sangatlah nanti-nantikan. First,sebab aku memang follow drama ni, and kedua sebab aku memang minat Zahiril Adzim dan Johan As'ari .Hehehe. By the way, kepada sesiapa yang nak tengok filem ni, tapi tak follow series dia, aku nasihatkan korang tengok dulu kat Tonton. Takpun mintak member yang memang tengok cerita ni bagi briefing sikit. Sebab,kalau tak,korang akan rasa cam g tgk 'The Hobbit' tapi tak pernah tengok Lord of The Rings. Mau tercangak-bangak dalam wayang tu. Anyway,aku rasa tu strategi Faisal Ishak,nak biar peminat-peminat siri Juvana rasa dekat je dengan watak-watak dalam filem ni.

Bagi aku,filem ni menjadi...Lakonan Syazwan Zulkifli yang jadi 'Apek' memang mantap.Ada masanya dia lebih menyerlah dari Botak atau Daim.Dia ni memang boleh pergi jauh.Aku suka transisi dia kejap baik,kejap psiko...

Yang best tentang cerita ni adalah twist yang diselitkan, tentang warden Ali (Adlin Aman Ramlie) dan kenapa Lan (Sharnaaz) anti ngan budak-budak Wira Bakti.N aku suka tengok survival Daim(ZA)  yang cuba nak 'hidup lama' dia balik walaupun orang sekeliling dia pandang serong kat dia.Buat aku teringat pada satu pepatah 'Biar tersilap ampun,jangan tersalah hukum'.Sweeet je tengok dia ngan Shera.Babak gaduh dia pun smart,takdelah sampai tahap blackbelt karate tapi cukuplah untuk buat kau kata,hebat gak budak-budak ni.Banyak pengajaran sebenarnya,tentang memaafkan orang dan tentang erti sebenar kebebasan.Tapi aku rasa,kalau budak-budak yang tengok cukuplah diorang rasa takut nak buat jahat sebab sekolah juvana memanglah tempat yang ngeri(aku rasa realiti jauh lagi dasyat dari apa yang filem ni tayangkan).

Yang tak best aku rasa adalah part mamat macam gay tu macam kena .... atas katil.Tak sesuai untuk orang-orang yang suka berimaginasi,terutama budak-budak.Huhuhu..Lagi satu,filem ni banyak sangat cameo dia.Kalau dah banyak sangat artis famous yang muncul,dah hilang excitement dia.Lastly, nama sekolah baru diorang kelakar.Cam nama sekolah kat kayangan.

Tapi aku rasa better korang tengok dan nilaikan sendiri.Yang pasti,filem ni buat aku respect dengan boys' friendship.Kalau semalam dia tumbuk kau, hari ni dia sanggup bunuh orang yang cuba tumbuk kau.Ah...lelaki!

Apasal Johan Asa'ri hensem sangat hah?hah?

Sekian...



No comments:

Post a Comment

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com