2018 - Setahun sudah berlalu

Saturday, 29 December 2018

Assalamualaikum dan hai semua. Tu dia tajuk entry aku. Jiwang sungguh macam lagu Alleycats. Hahaha.

Haih, rindunya nak menaip panjang-panjang. Hari ni dapat jugak peluang. Aku menghilang dari blogging tak pergi mana pun. Cuma bila adik aku yang bongsu tu cuti tunggu grad, wi-fi terpaksa dikongsi. Internet jadi slow dan aku jadi malas. Kat office memang mustahil untuk blogging kerana aku kerja bahagian front desk. CCTV belakang kepala dan ada partner di sebelah. Memang takde privacy langsung. Since adik aku dah dapat kerja tempat lain dan dah tak duduk sekali, barulah aku dapat menikmati internet dengan lancar. See...aku kakak yang berkorban. Hahaha. Padahal kedekut nak ambil pakej internet yang lebih laju.

Ramai yang tanya aku kenapa 2018 ni aku kurang travel. Jawapannya adalah kerana aku terpaksa berjimat. Senang cerita macam nilah. Aku hilang duit sebab aku invest in business tapi business tu rugi. Mungkin aku tak cukup ilmu atau aku kena tipu. Allah saja yang tahu. Benda tu jadi masa 2017, so aku hilang saving beribu. Ah..aku malas la nak cerita. Buat sakit hati.

Aku cuma dapat travel 2 kali. Tu pun atas belas ihsan orang. Aku pergi Jeju pinjam duit hamba Allah ni dan Mak dia. Aku bayar sikit-sikit lepas dapat gaji. Ya korang kecamlah aku sebab sanggup berhutang demi nak travel, tapi 2 Hamba Allah yang baik hati ni sanggup bayarkan dulu sebab nak aku join diorang sekali. Ha...boleh agak kan aku cakap pasal siapa? Aku sangat-sangat berterima kasih kat diorang walaupun dah banyak kali diorang cakap jangan cerita kat orang pasal benda ni. Huhuhu.

So, travel lagi sekali tu gi mana? Yang ni aku buat entry lain. Ni pun pinjam duit travelmate dan bayar lepas dapat gaji. Wey tak malu!! Hahaha. Nak buat cmane, company aku keje pun tak untung so budget cut, takde event, takde OT, bonus jauh sekali!

Sneak peek. Hampa terer mesti boleh teka aku gi mana

Tahun ni jugak aku terpaksa spend beribu untuk repair kulit aku sebab tersalah pakai produk. Bukan sebab produk tu tak bagus tapi sebab kulit aku yang tak tahan dengan ingredients dalam tu. Aku naik jerawat secara menggila sampaikan aku tengok muka sendiri dalam cermin pun benci. Bukan setakat jerawat, dia punya gatal rasa nak garu muka kat tar jalan. Aku jadi malu nak menghadap orang. Nak tak nak kena jumpa dermatologist. Alhamdulillah sekarang jerawat dah surut cuma parut je tinggal. Yang ni aku guna skincare jelah, tak mampu nak buat rawatan laser.

Nampak tak menggerutu pipi dan dahi. Ni pun aku ambil gambar pakai filter. Kalau takde filter lagi jahanam.

Tahun ni juga aku  kehilangan arwah atuk aku. Alfatihah untuk Mohamad Yasin bin Mohd Taha. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Banyak kenangan dengan arwah dari aku kecik sampai ke besar gajah. Sedih jangan cakaplah. Tu atuk aku yang terakhir, pas ni kena menumpang kasih atuk orang.

Gambar throwback arwah 25 tahun dulu. Aku tepek sini takut hilang

So selain dari struggle dengan duit, aku juga struggle in relationship. Apa yang jadi aku salahkan diri sendiri. Kerana sibuk dengan dia, aku terlupa Tuhan. Ampunkan aku Ya Allah. Kerana meletakkan pengharapan pada manusia melebihi penggantungan kepada-Mu. Sekarang ni aku malas nak fikir. Malas nak menangis. Malas nak berharap. Kalau dia nak kat aku, dia taulah apa dia nak buat. Kalau dia tak nak, OK bye. Allah Maha Mengetahui. Tapi dalam hati sebenarnya sayang gila wei takkan nak tinggal macam tu je

2019 bakal menjelma, aku doa yang baik-baik aje untuk aku dan korang semua. Walaupun aku banyak makan hati tahun ni, tapi dapat jugak tumpang kebahagiaan ahli keluarga dan rakan-rakan lain. Tengok ada yang dapat baby, naik pelamin, dapat kuruskan badan, gi travel sana sini, dapat kerja baru... Chin up woman, life is not always about you! Aku bersyukur ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang masih sayangkan aku. Masih sihat, ada kerja tetap dan hidup yang selesa. Cukup makan pakai tidur semua.

Tahun depan Insha Allah tambah anak saudara baru. Oh ya bulan 1 ni aku nak bukak braces. Tak sabar nak makan puas-puas. Plan travel takde lagi, mungkin kena tunggu kewangan stabil balik.

Lupa pulak ucapan wajib untuk rakan-rakan Liverpool. Next Year Will Be Our Year! Jangan berulang mimpi ngeri 2008/09 dan 2013/14 sudahla.

Happy New Year lovely people! Thanks sudi support blog aku. Insha Allah akan rajinkan diri menulis. Till then, thanks for reading!
Read More