Tuesday, 27 August 2013

Jumpa Johan Asa'ri!

Assalamualaikum...
wow, siyes lama tak menaip kat sini! Nak buat cmane dik, Kak Sal ko busy mengalahkan Kak Ton!!!

Memula dok busy dengan preparation pameran 50 tahun Tabung Haji di Muzium Kesenian Islam.


Penat-lelah selama berbulan-bulan akhirnya membuahkan hasil..Puas hati tengok panel-panel dah tertegak dekat ruang pameran Muzium Kesenian Islam , Kuala Lumpur. Ini peta buat yang tak tau nak pergi cmane. Senang je, dekat ngan Masjid Negara dan Stesen TV Al-Hijrah.


Kat pameran tu nanti korang boleh tengok koleksi gambar-gambar dan keratan akhbar tentang perjalanan haji jemaah Malaysia dari zaman naik kapal laut lagi. Majoriti gambar-gambar dan keratan akhbar lama tersebut merupakan koleksi simpanan Pusat Sumber NSTP, tempat I olls bekerja. Research, selection, scanning, graphic, set up..semua kitorang buat sampai bergaduh-gaduh manja gitu. Tapi,
Alhamdulillah..lega sebab dah settle semuanya. So, check it out!!

Sneak peek!!!

Lepas tu,  aku kena jaga booth kat Media Prima Corporate Raya. Kira open house untuk corporate client Media Prima. Semua syarikat-syarikat Media Prima macam Hot fm, Tonton, Grand Brilliance, Tv3, Tv9 dan banyak lagi set up booth kat sini. Tahun ni NSTP dapat rumah kampung yang super cute!!!



Memang ramai tetamu kenamaan yang datang..even booth kitorang pun Raja Nazrin Shah datang singgah dengan wife, Tuanku Zara Salim yang sangat-sangat cantik! Ramai jugak menteri-menteri yang hadir antaranya,  Dato' Sri Najib dan Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Diorang tak singgah melawat booth tapi direct ke ballroom.


Other than that, ramai gak la personaliti Tv3, Hotfm dan 8tv yang aku nampak.  Juling bijik mata aku tengok ramai orang femes depan mata. Tu belum masuk bab artis. Sebut je...yg top,  tak top,  suam- suam kuku, bajet popular. ..semua ada la

Korang mesti ingat aku auta je lebih sebab takde gambar ngan diorang pun kan?kan? Well,  korang kena faham yang aku ada kat situ pun atas urusan kerja ye, so kalo dok usung kamera ke hulu ke hilir bila masa nak layan orang yang singgah ke booth. Lagipun kenala jaga nama baik bos, kang nampak sangat staf NST ni jakun bila nampak retis..Tapi memang aku mengaku ada sikit jakun atau dalam bahasa sopan sikit, 'starstruck'..hehe.

Walaubagaimanapun...aku ni ada kalanya rebel sikit. So, untuk hero Malaya sorang ni aku sanggup buat kering... Dari jauh aku nampak dia aku dah tak lalu nak makan. Sanngup aku tinggalkan udang tergolek-golek dalam pinggan dan semangkuk ABC yang baru aku jamah sesudu dua. Confident aku gi kat dia sambil dok berdoa supaya tak tergolek sebab tak biasa pakai heels .Dengan suara ayu tahap kepit, aku pun panggil..

"Johan... (omg I call him by his first name ok!!! Macam la dah kenal lama)...boleh tangkap gambar?"

"Boleh..."(dia punya senyum punyalah manis wei, cair aku ke lantai!)

Nak tau the best part..

Bos aku yang tangkapkan gambar kitorang! Oh the irony! Haha, thanks bos!!


Sengal aku rasa dah tua-tua pun starstruck lagi...


The NSTP Resource Centre team...Bos yang tengah-tengah tu

Posing feeling konon-konon kat desa gitu..tunggu bakal tunang datang beraya..puihhh!

OKlah u olls, tujuan asal entry ni, nak share gambar ngan Johan As'ari je...hehehe. Bye..thanx for reading!

Monday, 12 August 2013

Percy Jackson Sea of Monsters


Aku pergi menonton filem ni dengan expectation yang agak tinggi. Mana taknya, malam hari raya ke-2 aku ajak adik-adik aku gi tengok kat Galaxy Ampang...tak pernah aku buat wei, raya gi tengok wayang! Sebabnya, the first movie, Percy Jackson & the Lightening Thief not bad la jugak. So, aku harap second installment ni lagi best or at least sama level.

Bagi sesiapa yang baca novel Rick Riordan ni, sila bersedia sebab versi filem agak berbeza dengan buku. Yelah, kalau nak ikut sebijik dalam novel, tak cukup pulak duration 106 minit.

Misi Camp Half-Blood kali ni adalah mencari 'Golden Fleece' untuk menyelamatkan pokok Thalia yang diracun oleh Luke, watak jahat yang kononnya dah mati dalam filem pertama. Awalnya, misi ni ditugaskan kepada Clarisse (watak baru), tapi since dia hero filem ni, of course la Percy Jackson ajak awek dia, Annabeth untuk pergi senyap-senyap cari Fleece tu jugak. Grover dan Tyson pun ikut la sekali. Yang tak bestnya, monsters semua nampak agak fake. Ending dia plak terlalu simple. Kata hebat sangat si Kronos tu, tapi Percy Jackson sonang je bunuh dia seorang diri pakai pedang. Mungkin dah 'tidur' lama sangat kot, dah lupa skill. Harus diingat, Kronos bukan Lin Dan, setahun tak masuk tournament pun boleh menang BWF World Championship.

 Aku hero OK, suka hati aku lah!

Logan Lerman (Percy) masih cute macam dulu, walaupun still nampak takde chemistry dengan Alexandra Daddario (Annabeth). Filem ni awal-awal dia best, walaupun unsur saspen dah berkurangan bila asal-usul pokok Thalia dan watak baru, Tyson didedahkan terlalu cepat. Watak Grover dan karektor Tyson yang walaupun nampak bangang berjaya menghidupkan filem ni. Nak cerita lebih-lebih pun tak guna, nak tau gi lah tengok sendiri. Personally aku rasa filem ni kurang menyengat, ibarat Barcelona tanpa Messi. Ibarat lemang tanpa rendang.

Hopefully, kalau ada sambungan , 'The Titan's Curse' akan lagi best dari ni.

Sekian

 

Thursday, 8 August 2013

Raya je sedih!Pffffft!!!!

Assalamualaikum...
Mula-mula sekali aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga raya kali ini akan lebih bermakna. Dalam dok bergembira, jangan lupa pada mereka yang terpaksa bertugas di hari raya ini demi keselamatan dan kesejahteraan kita semua. My massive respects kepada anggota tentera, polis, doktor, jururawat, bomba dan ramai lagi lah. Tak mampu nak disebutkan semua! Jangan dilupakan juga orang-orang miskin, anak yatim, para saudara baru dan mereka yang baru kehilangan orang tersayang.

The other day, ada orang persoalkan kenapa orang kita suka buat iklan raya sedih, drama raya sedih,semua pun sedih la! Raya kan ke untuk bergembira? Pada aku, semua tu sekadar satu peringatan agar kita tak melampaui batas. Bila rasa nak complain tudung tak match ngan baju, cepat-cepat teringat kat orang yang pakai baju koyak, sebab tu je dia ada. Baru nak complain sofa tak berganti, cepat-cepat teringat orang yang beraya dalam rumah yang sempit dan daif. Rasa tak puas hati Mak Ayah bagi duit raya ciput, ingatlah kat anak yatim piatu yang takde sape-sape dah dalam dunia ni..

Orang tua dolu-dolu selalu marah kalau kita bertakbir selain di pagi raya. Katanya, nanti roh-roh dalam kubur menangia. Pembetulan ye.. siksa kubur memang tak pernah berhenti sampai hari kiamat! Cuma di bulan Ramadhan mereka 'direhatkan'. So, once Ramadhan dah tamat, rutin yang sama akan berulang. So, sebelum nak buat dosa tu ingat-ingat sikit kat orang-orang yang dah pergi dahulu sebelum kita. Bak kata seorang ulama,

" Orang muda akan mati bila-bila masa.
Orang tua akan mati tak lama lagi ".

Yang paling penting, sebagai umat Islam yang bersaudara, janganlah kita lupa umat Islam di Syria, Mesir, Palestin, Rohingya, Kashmir dan di serata dunia yang tak dapat bergembira macam kita. Sekurang-kurangnya kirimkan doa buat mereka. Umat Islam di akhir zaman tak ubah macam buih-buih di lautan. Banyak dari segi bilangan tapi tak mampu nak buat apa-apa untuk bantu teman seagama. *Tunduk pandang lantai*

Ops, teremosi lebih plak di hari raya ni! Sorry, tak berniat nak rosakkan mood ngkorang. Sekadar peringatan. Manusia fitrahnya pelupa, termasuk aku!Lagi-lagi skarang ni syaitan dah merdeka, lagilah kita senang leka.

Selamat bergembira di hari raya!!Hehehe *Kenyitmata*

Tuesday, 6 August 2013

Rindu Aidilfitri

Tajuk dah macam drama raya Rashid Sibir je!

Sewaktu entry ni ditaip, lagi 2 hari nak menjelang Raya. Entahlah...dah besar-besar ni macam tak berapa nak ada mood nak raya. Konon! Kalau takde mood baju raya takdelah sampai 2 pasang kan! Anyway, kalau sebut pasal raya ni ada a few things yang aku rindu sesangat. Maybe korang pun sama kot? Check it out...

1. Arwah Nenek
There's something about insan bergelar nenek ni yang buat korang rasa diorang awesome sangat. Kecik-kecik dulu kalau kena marah ngan mak atau ayah gi nyorok belakang nenek or atuk, conform selamat, betul tak! Diorang tak pernah say no, layan je kerenah kita. Di mata diorang, korang ni masih lagi budak kecik yang manja. Lagipun, masakan nenek ni biasanya sedap, kadang-kadang *ehem* lagi sedap dari mak. Hari raya memang membangkitkan rindu pada juadah yang diorang bersengkang mata masak untuk anak cucu. Sobs..sobs..Bagi sesape yang dah takde nenek n atuk moh le kite sedekahkan al-Fatihah buat mereka..

Credit pix
 Sape kaco ko, cu?Meh nenek tembak dia!

2. Gi beraya ramai-ramai dengan kawan-kawan.
Ni aktiviti masa kecik-kecik dulu lah. Time tu ntah rumah sape-sape , main redah je. Tahun 90-an dulu benda ni biasa. Sape pun yang datang, tuan rumah akan buka pintu. Trust bukanlah isu besar, jadi parents tak berapa risau. Budak-budak sekarang tak pandai beraya macam ni. Tak boleh salahkan diorang jugak, sebab keadaan sekarang dah tak selamat. Baru sekejap je gi beraya mak ayah dah call tanya kat mana. Untung jugaklah zaman aku dulu takde handphone..haha.

3. Dapat duit raya
Musim dapat duit raya dah habis..kini tiba musim memberi. But surprisingly, aku kadang-kadang dapat gak. Fizikal aku yang petite dan baju kurung yang serius tak vogue buat diorang ingat aku still student universiti. Tapi kat sedara-mara yang aku dah lama tak jumpa jelah boleh buat 'trick' ni. Tapi aku dengan innocentnya akan inform yang aku sebenarnya dah kerja. Ate...tak kan la diorang nak mintak balik, kan? Halalan toyyiba jelah..hehe.

4. Hias rumah dengan kad raya
OK, nampak macam lame..tapi nilah hiasan paling murah dan boleh diolah mengikut kreativiti. Habis raya simpan dalam kotak, tahun depan gantung balik. Zaman milenium ni orang dah tak bagi kad raya dah. Rindu zaman bebudak dulu, baru semingu puasa dah dapat banyak kad raya. Yang mana otak duit, memang akan guna time ni untuk buat bisnes kad raya. Beli sedozen, pastu jual balik, untung seposen sekeping. Oklah ..bak kata Haji Bakhil..bebudak tak boleh pegang duit banyak.

5.Pengumuman Raya yang mendebarkan
Once upon a time, orang tertanya-tanya raya jadi ke tidak. Serius!Nak dekat pukul 8 semua dah tercatuk depan TV tunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja buat pengumuman. Kadang-kadang anak bulan nampak,kadang-kadang tidak. Memang agak kelam-kabut, tapi kat situ ada 'keseronokannya'. Tapi sekarang, orang dah kira tarikh hari raya berdasarkan Ilmu Falak. So, memang conform la. Raya tahun ni tak habis lagi orang dah tahu tahun depan Raya jatuh berapa haribulan.


6.Main mercun dengan tenang
Maksud tenang di sini adalah sewaktu ia belum diharamkan pihak berkuasa. Kat mana-mana je ada orang jual. Tapi disebabkan ramai yang jadi korban, maka ia telah diharamkan untuk mengelakkan makin ramai yang beraya tak cukup jari.

7.Siblings bonding time
Sekarang masing-masing dah dewasa. Ada yang beraya di perantauan sebab kerja, ada yang raya rumah mentua dan ada yang raya pun macam tak raya sebab exam dah dekat. Nak kumpul sekali 6 beradik time raya memang susah. Tahun ni aku n adik-adik je yang ada. Kenalah buat-buat havoc supaya Mak n Abah tak terasa ketiadaan cucu-cucu diorang. Uit, bab buat kepoh ni aku no hal!

Selamat Hari Raya Aidilfitri u olls..Sorry kalau isi blog aku ni ada yang mengguris hati. Buat yang mengenali diri ini, maaf segala salah-silap, tersurat atau tersirat. Have fun and be safe! Buat yang bertugas atau yang beraya di perantauan, jangan sedih-sedih k. Semoga pengorbanan kalian mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Wallahu'alam

Moga Allah redha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com