Thursday, 28 March 2013

Bengkel ADD BH

Salam..
Lately aku makin malas nak berblog. Dari seminggu sampai 3-4 entry, nak dapat satu entry seminggu pun payah sekarang ni. Nak kata busy tak payah la poyo, apo sangat lah yg busy aku ni. Mungkin faktor kemalasan menguasai diri. Hehehe.
Jumaat lepas, aku, Azrie, Kak Zu n Abg.Azlee gi Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) kat Batu Pahat untuk buat NIB Awareness sempena Bengkel Akhbar Dalam Darjah Berita Harian. Kitorang gerak pagi, sampai dalam pukul 1. Alhamdulillah, memandangkan bawak Kak Zue, orang Batu Pahat, agak senang la nak cari UTHM.

Masjid UTHM yang cantik!


Sempat la kitorang jalan-jalan kat tapak karnival apa entah..Memandangkan gaji belum masuk, usha jelah, aku tak beli apa-apa pun. Lunch Nasi Ayam Penyet dengan portion ayam yang besar gila, pastu pusing cari Dewan Kuliah A. Dah puas sesat, jumpa gak akhirnya..

UTHM ni memang sunyi...bukan sebab sekarang cuti sem ke apa ke, tapi sebab kolej kediaman pelajar-pelajar terletak di luar kawasan kampus. Bandingkan dengan USM Penang masa zaman aku belajar dulu yang memang jauh lagi meriah.

So, sampai je, aku ngan Azrie terus jadi jakun, mengimbau memori duduk dalam dewan kuliah zaman-zaman bergelar student suatu masa dahulu. Maaf, momen-momen camwhore tu tak dapat aku nak share kat sini supaya tak memalukan kami dan keluarga kami.Hahaha..Lepas tu, macam biasalah...

Aktiviti pasang panel diterajui dua jejaka gagah

Dipendekkan cerita, dah siap pasang

Aku pernah la habis satu event NIB terus MC gara-gara angkat panel. Manja sangat kan, sebab dah lemau duduk je dalam aircond. Padahal masa kerja Petrosains dulu, follow Teachers' Workshop atau tolong Camp-In, lagi lasak dari event NSTP. Tapi kali ni aku OK plak..alhamdulillah. Nampak sangat diorang lagi banyak buat kerja dan aku lagi banyak tangkap gambar je...huhuhu.

Siap pasang panel, set up booth dan prepare untuk event esoknya, kitorang pun gi check in kat D'Impian Inn...Kelas nama hotel cam resort je, tapi sebenarnya ala-ala backpackers hotel je. Oklah, setakat satu malam. Tapi yang pasti, pas makan malam yang disponsor orang-orang ADD BH, aku tido lena tak sedar apa.

Yang sedihnya, bila sedar pagi Sabtu aku realize aku lupa bawak antihistamine.Damn!!! Aku dahla pagi-pagi hidung suka berair..Cmane nak perform!!kalau aku ni penyanyi,mau cancel concert aku. Nasib baik aku bukak booth NIB je..

Cikgu- cikgi tengah dengar ceramah dalam Dewan Kuliah.
Kak Zue sedang mempromote NIB kepada cikgu sekalian
"Ekau ni faham ko apo abang cakap ni ha?"
Setelah bertungkus-lumus dari kul 7 pagi sampai kul 1 lebih, kitorang pun kemas-kemas untuk balik.


Sampai opis dalam kul 6..tu pun sebab singgah kat R&R Ayer Keroh untuk makan n solat..Serius aku suka konsep surau 'open' kat R&R Ayer Keroh.Tapi tak tangkap gambar plak...Next time korang singgah, usha la sendiri.

Honestly aku mengaku ini entry aku paling super duper malas..aku janji next entry aku taip rajin-rajin ek.

Thanx for reading!!!

Thursday, 21 March 2013

Confession of a Hoarder

Definisi dari kamus DBP:
hoarder, a person
1. who accumulates things, pengumpul;
2. who stores things secretly, penyorok.

Senang cerita, hoarder ni adalah seorang yang suka simpan barang. Tak kisah la barang tu berguna ke, dah rosak ke atau dah terlampau lama. Diorang rasa sayang je nak let go benda-benda tu dan tak rasa 'kebanjiran' barang-barang tu sebagai satu masalah. 'Hoarding' ni sebenarnya sejenis kecelaruan emosi. Kalau tak dikawal boleh jadi penyakit mental tau..Dalam sesetengah kes, bukan setakat barang, binatang pun kadang-kadang menjadi koleksi. Tapi jangan confuse dengan hobi pulak..Kumpul setem adalah hobi. Sayang nak buang sampul surat dah guna itu hoarding.

Baru-baru ni aku kemas bilik. Dan aku dengan ini mengakui yang aku adalah seorang hoarder...Gulp!!! Antara barang-barang yang aku jumpa semasa sesi kemas-mengemas adalah:

1. Kotak handphone dan kotak kamera yang aku tengah pakai. Aku rasa aku dah cukup expert guna kamera aku. Handphone aku pakai sekarang pun dah separuh nyawa. Somehow,aku still simpan manual, manalah tau tetibe aku stuck masa pakai handphone/ kamera aku. Kotak diorang sebab aku rasa cantik dan boleh digunakan suatu hari nanti.


2.Pakaian..aku tak tau nak let go ke mana baju-baju lama aku. Aku rasa aku saja simpan supaya aku akan beringat yang almari aku dah penuh bila ada urge nak retail therapy. And ada few aku simpan dengan harapan once aku dapat capai berat badan ideal ,aku akan fit nicely dan bukan macam baju kelawar. Memang kadang-kadang terfikir nak donate, tapi macam sayang...Nak buat garage sale aku takut orang tak beli. Ye, aku mengaku fashion taste aku teruk.

First World Problem..haha!
3. Kad raya dan kad hari jadi yang aku pernah dapat..Terutama dari kawan-kawan yang dah lost contact sekarang ni. Mana aku tak sayang, zaman sekarang nak dapat sekeping kad raya setahun pun susah. Kalau dulu, melambak-lambak. Pastu tampal kat dinding bersama ketupat reben. Cheap decorations, tapi menarik dan cantik!Bila gi beraya rumah orang lain suka compare..haha.
Kad hari jadi pulak aku simpan sebab dah lama takde orang bagi aku kad birthday. Hadiah lagilah takde...#Forever alone#


4. Majalah lama...Aiyo, mentang-mentang la kerja kat library, majalah-majalah dulu-dulu pun aku nak archive jugak kat rumah, kan...Mana lah tau satu hari nanti boleh jadi koleksi rare..Nasib baik tak simpan suratkhabar sekali..

5.Handbag. Ada yang dah koyak, merekah, tali tercabut, zip rosak..pun aku sayang nak buang. Tapi, handbag tragedi ragut hari tu aku buang dahla. Sakit hati je tengok.

6. Slip-slip gaji from my first job...which is five years ago!!Tapi yang ni aku buat keputusan untuk buang.

Ada orang kata, aku ni jenis yang terlampau suka berpaut pada masa silam. Mungkin, sebab aku mengaku barang-barang yang aku simpan tu memang banyak memori. Ada jugak yang kata aku ni bila stress je, retail therapy!!!And I'll ended up with things I don't even need. Agak betul lah tu.Hehe


So, adakah ini bermakna aku seorang hoarder. Aku rasa tak lah kot. Sebab aku pernah tengok dokumentari pasal 'hoarders' ni. Biasanya bilik atau rumah diorang, nak pijak pun takde ruang. At least dalam bilik aku korang boleh main teng teng lagi.

Check out this video... Extreme Hoarding

Scary kan!!!.So, hati-hati jangan sampai jadi macam dia.huhu

Bye!!! Nak gi buang sampah.....('',)

Monday, 18 March 2013

Petrosains Aku Datang

Dah hampir setahun tak menjejakkan kaki ke Petrosains.Jangan kata masuk, lalu pun tak.Haish, tu bukan bermakna aku dah lupa diri, tapi beri peluang kepada yang lebih memerlukan untuk kerja. Setiap orang ada rezeki masing-masing kan, so buat apa tamak.Anyway, sebab aku risau status 'volunteer' aku akan invalid kalau tak kerja, aku pun mintak Puan Damia yang baik hati supaya tulis nama aku untuk kerja di hari Sabtu lepas. Masa VMU tepon, aku siap tanya lagi, " masuk pukul berapa?".Bukanlah aku lupa Petro bukak pukul berapa, tapi manala tau diorang mengamalkan konsep 'shift' ke tetibe.

Lebih kurang pukul 8.45 pagi, aku pun melangkah masuk ke dalam Petrosains. Mula-mula rasa nervous *poyo*. Tapi bila lalu kaunter tiket dan nampak entrance to dark ride, tetiba rasa macam balik kampung halaman sendiri. Rasa tenang...rasa familiar...rasa macam 'I belong here!'. Dan perubahan drastik pertama yang menangkap mata aku adalah 'Sultan of Science' (SOS). Aku ada juga baca pasal SOS dalam advertorial Berita Harian dan Metro, tapi tak pernah terfikir lak akan tengok sendiri. Dalam hati berdoa jugaklah,harap-harap dapat station kat sana.

Rutin roll call di SS1 pukul 9 tetap sama. Agak awkward aku tanya kat si Amirul Farhan aka Kecik, "roll call kat mana?". Aku tak lupa, ok, aku cuma tertanya-tanya kot-kot dah berubah.Hahaha. Yang pasti, pakai baju kuning di kalangan baju merah buat aku rasa macam legend. Dan rasa tua. Susah jugak nak bezakan mana staff,mana volunteer bila semua dah sama baju. Alhamdulillah, ada jugak kawan-kawan aku yang dulu volunteer macam aku dah upgrade jadi staff.Congrats korang!!!

Harapan aku nak station kt SOS hampa, sebab diorang memang dah train sekumpulan volunteer untuk manning kat situ. Aku ingat boleh main redah dan belajar on-the-spot macam kat Muzika atau Dinotrek dulu.Team Leader(TL) bernama Zul, bagi aku station kat Hot Science. Aku maafkan TL ni sebab dia staff baru, dia tak tau yang aku ni legend kat sini.Haha,puiiiii!! Hot Science best apa..sebab dia free, sesiapa yang lalu kat depan Petrosains boleh explore dan interact dengan staff/volunteer kat situ, even kalau korang tak nak masuk Petrosains.

So, next time kalau korang berlegar-legar kat Tingkat 4 Suria KLCC, sambil-sambil tunggu awek dok shopping buku kat Kinokuniya atau member dok janji nak tengok wayang sesama kat TGV tak sampai-sampai lagi ; bolehlah lepak sini.Tambah ilmu pengetahuan kan baguih...







The rest of the day berjalan macam biasa. Aku buat mini show dan busking simple je.Disebabkan aku jaga sorang, takdelah pulak aku nak tangkap gambar aku tengah buat show kan, untuk tatapan korang. Huhuhu...bajet ada peminat je nak 'menatap' gambar aku. Sambil-sambil tu borak jugak ngan visitor, yelah..dah Hot Science ni betul-betul depan pintu masuk, ada jugakla yang tanya aku kat mana nak beli tiket, kat mana loker, kat mana KFC....eh!

Petangnya, sementara tunggu nak end roll call, aku pun gi usha SOS. Baik tau aku ni, kalau nak mengelat waktu tengah kerja untuk merayau kat sana boleh je, tapi aku tak buat pun.Wah..baik punya puji diri sendiri kan!!!






Antara invention yang berkaitan dengan astronomi. Tak sempat explore, tengok gitu-gitu je.






Kiri: The House of Wisdom

Bawah : Antara alatan yang digunakan dalam bidang pergigian.




Tak berapa ingat exhibit ni tentang apa, tapi ada kena-mengena dengan air.Obviously!!!

This one berkaitan rekabentuk bangunan dan pembinaan.

Sebelum Wright bersaudara buat kapal terbang, Ilmuan Islam dahulukala dah kaji pasal aviation.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi tak surprise la kan kalau nak tunjuk semua kat sini. Aku suggest korang explore sendiri. Sultan of Science ni dibawa all the way dari Dubai, dan akan berada kat Petrosains sampai 30 Jun 2013. Diorang tak bayar aku pun untuk promote tapi aku memang recommend korang visit untuk tengok betapa hebatnya saintis Islam dulu-dulu. Banyak ciptaan dan penemuan yang dilakukan dalam bidang sains, teknologi, perubatan, perdagangan, Matematik dan sastera; jauh lebih awal dari orang-orang Barat. Serius kagum!!

Nak tahu harga tiket boleh klik kat Entrance Fee

Cara-cara untuk mendapatkan tiket dengan harga jauh lagi murah:
1. Call/sms/inbox FB aku
2.Ajak aku join, dengan syarat korang sponsor tiket aku sekali
3.Aku belikan tiket dengan harga staff. Dapat diskaun banyak der...

Hahaha..keji giler aku. Anyway, selain dari segala exhibit yang ada, korang boleh gak tengok Mini Show yang dibuat oleh volunteer sekelian. Masa aku dok merayap kat situ, sempat la gak tengok a few. Pura-pura macam tak pernah tengok..ala,kang bebudak tu kata aku bajet bagus plak.

Ralit kat SOS punya pasal, nyaris lak aku lupa gi end roll call. Rutin yang ni pun tak banyak berubah. Somehow, rasa sayu tetibe. Iyelah, tak tahu bila lagi akan jumpa kawan-kawan aku kat sini.Masing-masing ada komitmen sendiri. Kawan-kawan kat Petrosains banyak bantu aku get through a lot of things walaupun diorang tak sedar. Masa aku jobless takde kerja, takde tempat nak mengadu...Masa aku frust, hati pecah berderai-derai *hamboi,kan!* Kan sini aku banyak dapat pengalaman, bina keyakinan diri, kenal erti persahabatan...Sob...sob..Allah je yang tahu betapa aku sayang tempat ni walaupun ada desas-desus mengatakan aku 'merajuk'.Biarlah...tu semua cerita lama. Aku bahagia sekarang, kan itu lagi penting...

Anyway, terima kasih kerana membaca post aku yang panjang berjela ni...So, how???


Thursday, 14 March 2013

Saya suka awak!!em...kot?

Kalau kita suka orang tu, kita akan cuba untuk mendekati dia, untuk curi hati dia, untuk buat dia nampak keikhlasan kita. Bila dia buat lawak, walaupun lawak bodoh, kita ketawa. Bila dia senyum kita rasa seolah-olah itulah segaris senyuman terindah di dunia. Bila dia nampak sedih kita akan cuba untuk gembirakan hati dia. Bila dia dengan kita,kita tak tentu arah. Buat apa pun serba tak kena. Kita cuba untuk tunjuk sisi terbaik kita agar dia sedar kita layak bersama dia.

Tapi saat mendapat berita orang yang kita suka memilih untuk bersama yang lain, hati mula menjeruk rasa. Apa lebihnya dia? Apa kurangnya aku? Ah, sebab dia cantik???Memang memilih rupa!!!Sebab dia kaya? Ugh...mata duitan!!!Sebab dia baik? Dia penyabar? Kenapa dia? Kenapa tak aku???Saat itu minda mula mencari seribu-satu keburukan pilihan orang yang kita suka..Walaupun sebenarnya dalam hati kita akui kita yang sebenarnya banyak kekurangan, bukan pilihan dia..

Namun lama-kelamaan kita belajar untuk terima hakikat. Walau terselit sedikit bengang dan kecewa, namun akhirnya kita kembali ke keadaan sebelum kita suka si dia. Tiba-tiba kita pandang dia dari sudut berbeza dan segala keburukan dia bagaikan muncul entah dari mana. Kita rasa lucu..sebab pernah membazirkan masa untuk orang yang tak mungkin kita miliki di alam nyata. Dan kita akhirnya jatuh suka pada orang lain pula..

Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan menangis bila dia sedih, gembira saat dia tertawa. Bila dia dengan kita,kita mahu masa seolah-olah terhenti agar dia sentiasa ada di sisi. Kita cuba untuk membuktikan kasih-sayang kita tanpa mengharapkan apa pun balasan. Memiliki dia bukan tujuan utama walaupun itulah impian kita.Bila dia jauh, kita cuma risaukan keselamatan dia. Kalau dia sakit, kita antara yang paling gelisah, ingin menjaga dia namun terbatas kerana belum ada ikatan.

Namun, andai dia memilih untuk bersama orang lain dan bukan kita, ada rasa sayu yang terbit di kalbu. Tapi di sebalik kesedihan itu, kita salahkan diri sendiri kerana tak mampu buat dia bahagia. Kita tak mempersoalkan pilihan dia, kerana kegembiraan dia adalah keutamaan kita.Dengan linangan air mata kita lepaskan dia pergi. Biarlah, sekurang-kurangnya dia pernah buat aku gembira.

Kita paksa diri untuk melupakan, tapi ia tak mudah. Kerana hati kita dah terisi dengan dia di segenap sudut. Memadam kenangan mengambil masa.Membuka hati untuk jatuh cinta lagi pun bukannya mudah. Tapi kita cuba, kerana menangisi dia tak akan bawa dia kembali ke sisi kita. Satu hari nanti kita yakin kita akan jatuh cinta lagi, cuma Allah saja yang tahu bila.

*Mood jiwang yang tak tahu datang dari mana*

Saturday, 9 March 2013

50 kesilapan semasa temuduga

Assalamualaikum..Hi uolls!!!

Wah, jangan terkejut Kak Limah sekalian tengok entry kali ni dalam bahasa omputih. Sebabnya, ini adalah something yang dicopy and paste, sekadar nak berkongsi dengan korang2 semua. Kalau tak faham, tanya, nanti Kak Sal ko boleh translate dengan hati dan kamus yang terbuka. So, kita roll VT....

50 Worst of the Worst (and Most Common) Job Interview Mistakes

1. Arriving late.
2. Arriving too early.
3. Lighting up a cigarette, or smelling like a cigarette.
4. Bad-mouthing your last boss.
5. Lying about your skills/experience/knowledge.
6. Wearing the wrong (for this workplace!) clothes.
7. Forgetting the name of the person you're interviewing with.
8. Wearing a ton of perfume or aftershave.
9. Wearing sunglasses.
10. Wearing a Bluetooth earpiece.
11. Failing to research the employer in advance.
12. Failing to demonstrate enthusiasm.
13. Inquiring about benefits too soon.
14. Talking about salary requirements too soon.
15. Being unable to explain how your strengths and abilities apply to the job in question.
16. Failing to make a strong case for why you are the best person for this job.
17. Forgetting to bring a copy of your resume and/or portfolio.
18. Failing to remember what you wrote on your own resume.
19. Asking too many questions.
20. Asking no questions at all.
21. Being unprepared to answer the standard questions.
22. Failing to listen carefully to what the interviewer is saying.
23. Talking more than half the time.
24. Interrupting your interviewer.
25. Neglecting to match the communication style of your interviewer.
26. Yawning.
27. Slouching.
28. Bringing along a friend, or your mother.
29. Chewing gum, tobacco, your pen, your hair.
30. Laughing, giggling, whistling, humming, lip-smacking.
31. Saying "you know," "like," "I guess," and "um."
32. Name-dropping or bragging or sounding like a know-it-all.
33. Asking to use the bathroom.
34. Being falsely or exaggeratedly modest.
35. Shaking hands too weakly, or too firmly.
36. Failing to make eye contact (or making continuous eye contact).
37. Taking a seat before your interviewer does.
38. Becoming angry or defensive.
39. Complaining that you were kept waiting.
40. Complaining about anything!
41. Speaking rudely to the receptionist.
42. Letting your nervousness show.
43. Overexplaining why you lost your last job.
44. Being too familiar and jokey.
45. Sounding desperate.
46. Checking the time.
47. Oversharing.
48. Sounding rehearsed.
49. Leaving your cell phone on.
50. Failing to ask for the job.

Karen Burns, On Wednesday March 10, 2010, 11:56 am EST

So, All the best guys!!!Selamat cari kerja!!!!

Sunday, 3 March 2013

Review : Kerat 14


"Kita ni bila buat silap senang je kan...bila nak mengaku salah sikit punya susah" - ASP Razman

Aku terjumpa filem ni kat youtube... Niat asal memang nak tengok kat wayang tapi tak berkesempatan. Nasib baiklah tak tengok, kalau tak mau aku mintak refund duit tiket aku kat tokey panggung.

First of all, sorry ye korang... aku tak nampak chemistry Aaron Aziz ngan Siti Saleha seperti yang dhebohkan. Mungkin sebab aku tak tengok Nora Elena kot. Tapi diorang memang pelakon yang berkaliber, itu satu Malaya dah tahu. Kalau bukan diorang yang jadi lead entah-entah lagi ke laut kot cerita ni.

Permulaan filem ni simple, dua pekerja pembersihan jumpa mayat dah dikerat-kerat dalam plastik sampah. Lepas tu scene beralih ke permulaan cerita iaitu malam di mana Haziq (AA) dan Zara (SS) pergi ke sebuah disko. Kat sini Aril terjumpa Zara, jatuh hati dan terus calit minyak pengasih. Aku kecewa sebab mamat yang bawak watak Aril ni lakonan kaku. Mentang-mentang lah watak dia sekejap je dah mati, produser macam tak ambil berat soal ni. Aku yang menonton tak rasa apa-apa pun bila dia kena bunuh dan dikerat-kerat. Kesian tidak, geram pun tidak.

Scene seterusnya agak slow, tunjuk cmane Zara dan Haziq nak dispose mayat tu dari apartment Zara. Aku rasa cerita ni akan jadi lagi best kalau dimulakan dari babak polis datang siasat mayat yang dijumpai. Patut gunakan elemen 'flashback'. Barulah orang berdebar-debar dan tertanya-tanya siapa pembunuh.  Kalau pengarah dan penulis skrip dia bijak, diorang boleh buat orang tertanya-tanya 'siapa' sebenarnya yang dibunuh. Terima kasih la Zamarul Hisham sebab kemunculan watak ASP Razman bagi aku kekuatan nak tengok filem ni sampai habis.

Watak Inspektor Sofia sangat membosankan. Amik Sarjan Misai lagi bagus la kot! Lepas tu aku rasa cam tak logik je Haziq yang kononnya banyak rekod jenayah tu tak pandai nak cover track dia dengan baik. Boleh plak tertinggal tangan mayat dalam bonet kereta. Lepas tu, ada ke buang senjata pembunuhan dalam tangki simbah. Yang housemate Zara tu takkan tak pergi tandas sepanjang hari? Kenapa dia tak disyaki padahal dia ada kat tempat kejadian sepanjang masa?

Babak soal-siasat kat balai polis rasanya boleh diperbaiki lagi. Sekali-lagi aku berterima kasih pada lakonan SS dan AA. Aku rasa pengarah filem ni nak gunakan tema 'cinta sejati' tapi penonton yang jiwa romantik tak berapa nak ada (macam aku) expect sebuah naskhah 'penyiasatan'. Maaflah kalau itu yang korang harapkan sebab dalam masa 20 minit filem ni je macam-macam bukti polis dapat kumpulkan. Tak payahla berharap scene ala-ala CSI. Tapi kalau korang menonton dengan mengharapkan sebuah kisah cinta agung, mungkin korang akan berpuas hati.

Apa-apa pun, aku rasa filem ni satu cubaan yang baik. Baik sebab cuba untuk lari dari genre rempit dan hantu bodoh yang pengarah lain dah selalu buat. Cakap pasal kerat, kenapalah filem 'Dukun' tak diluluskan tayangan. Sayang betul...

Friday, 1 March 2013

Cikgu oh cikgu


Suatu masa dahulu aku pernah bergelar penganggur dalam tempoh yang agak lama.Masa tu ramai yang suggest aku jadi 'cikgu ganti'. Dan setiap kali pun aku sengih je dengar cadangan diorang. Aku memang tak nak jadi cikgu. Sebab aku ni baran tapi kadang-kadang lembik. Nak jadi cikgu kena sabar dan tegas. Tak boleh senang kesian. Tak boleh senang breakdown. Serius, aku memang respect golongan bergelar pendidik ni. Lagi pulak zaman sekarang budak-budak nakal lain macam.

Aku pernah share status ni kat fb yang aku copy n paste dari seorang membe yang bekerja sebagai guru. Tak tahu siapa penulis asal, tapi aku rasa dia tak kisah kot benda baik disebarkan... 

Ada orang kata...
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DIGEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !! 

Terima Kasih Cikgu!!!!

Jangan terlepas Oh My Zain Saidin!I mean, Oh My English!!!
Untunglah Cik Ta...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com